Festival Auto & Gaya Hidup Malaysia (MALF) 2025 kembali dengan penuh gaya, bersedia menggegarkan Litar Antarabangsa Sepang pada 14 dan 15 Jun ini! Lebih daripada sekadar acara permotoran, festival ini menjanjikan gabungan unik kelajuan, warisan budaya dan aktiviti komuniti dalam suasana mesra keluarga yang tidak boleh dilepaskan.
Berbeza daripada pameran automotif biasa, MALF 2025 menampilkan pendekatan serantau yang meraikan kepelbagaian budaya Malaysia dalam suasana penuh adrenalin. Dengan penyertaan dari negara jiran seperti Singapura, Thailand, Indonesia dan Brunei, festival ini terus mengukuhkan kedudukannya sebagai acara gaya hidup otomotif terbesar di Asia Tenggara.
Antara sorotan utama termasuk demonstrasi drift, hari litar rasmi, aksi pemandu lagenda, pameran kereta retro serta perhimpunan lebih 800 kereta dari pelbagai kelab seluruh negara. Pengunjung juga boleh merasai pengalaman istimewa di kawasan pit dan menyaksikan pertunjukan dari ikon-ikon permotoran tempatan dan antarabangsa.
Tidak hanya tertumpu pada dunia automotif, MALF 2025 turut menampilkan bazar gaya hidup dengan pelbagai sajian tempatan, zon kanak-kanak, kawasan santai eksklusif untuk wanita lengkap dengan perkhidmatan urutan dan penjagaan diri, serta persembahan pentas yang meriah.

Persembahan budaya tradisional seperti tarian etnik Borneo dan pertunjukan seni dari pelbagai negeri akan menghidupkan semangat 1Malaysia, menjadikan festival ini satu pengalaman menyeluruh untuk seisi keluarga. Festival ini turut menampilkan acara sampingan seperti Festival Motosikal, Larian Kopi dan Auto Icons Show.
“Festival ini adalah lambang Malaysia moden – berbilang kaum, penuh semangat dan bersatu. Kami berbangga dapat menganjurkan MALF 2025 sebagai platform untuk menyatukan rakyat melalui gaya hidup, budaya dan minat terhadap permotoran,” kata Malcolm Khoo, Ketua Pegawai Eksekutif KL Works merangkap Penganjur Utama MALF 2025.
Yang lebih menarik – masuk adalah PERCUMA! Dengan sambutan Hari Bapa yang jatuh pada hujung minggu sama, ini adalah peluang terbaik untuk merapatkan hubungan keluarga dalam suasana penuh aksi, nostalgia dan keterujaan.
Untuk maklumat lanjut, sorotan jelajah serta pengumuman rasmi, ikuti @malfestivalmy di Instagram dan Facebook.
Jun ini, bukan sahaja enjin yang dihidupkan malah semangat Malaysia yang digegrakan!
