Category: Education & TVET

  • Bean Here! Melangkah ke KPTM Ipoh, Tawar Pengalaman Kafe untuk Warga Kampus

    Bean Here! Melangkah ke KPTM Ipoh, Tawar Pengalaman Kafe untuk Warga Kampus

    Jenama pilihan tempatan, Bean Here! Coffee & Pastries (Bean Here!), kini dibuka di Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Ipoh bagi menawarkan pengalaman kafe berkualiti kepada warga kampus serta komuniti sekitarnya.

    Pembukaan cawangan Bean Here! di KPTM ini mencerminkan usaha berterusan Silver Lifestyle Sdn Bhd (Silver Lifestyle), anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk), dalam memperkukuh jenama tempatan yang semakin relevan dalam landskap pengguna semasa, khususnya dalam kalangan belia yang merupakan segmen utama perbelanjaan berasaskan gaya hidup.

    Sejak memulakan operasi pada tahun 2020, Silver Lifestyle telah mengamalkan pendekatan perniagaan yang dinamik dan adaptif terhadap keperluan pasaran, termasuk pembaharuan menu secara berkala serta penyesuaian format operasi mengikut lokasi dan profil pelanggan. Bermula di Perak Techno Trade Centre (PTTC), jenama ini menerima sambutan positif daripada komuniti setempat, sekali gus membina asas kukuh untuk perluasan operasi secara lebih tersusun.

    Kini, Bean Here! beroperasi melalui tiga model utama iaitu Kiosk Uber Concept, Café Swanky Bar dan Kiosk Petite, yang dibangunkan bagi memenuhi kepelbagaian keperluan pasaran. Kehadirannya di lokasi seperti PTTC, Hotel Casuarina@Meru, Bulatan Sultan Azlan Shah dan kini di KPTM membuktikan keupayaan jenama ini menyesuaikan penawaran mengikut persekitaran, merangkumi komuniti bandar, sektor hospitaliti serta institusi pendidikan tinggi.

    Menurut Pengarah Silver Lifestyle, Encik Nur Ismail bin Mohammed, strategi pengukuhan dan peluasan jenama Bean Here! dirangka bagi meningkatkan kecekapan operasi serta menyokong pertumbuhan jangka panjang. Beliau berkata strategi ini memberi tumpuan kepada perlindungan pelaburan sedia ada, pelaburan strategik serta pengurusan kewangan yang lebih efisien di samping memanfaatkan potensi pasaran untuk pertumbuhan yang mampan.

    Seiring dengan pelaksanaan strategi tersebut, Bean Here! turut memperkenalkan pelbagai menu baharu seperti Chicken Tenders, Nachos, Black Forest Spanish Latte dan Cinnamon Latte sebagai sebahagian daripada penawaran yang lebih segar, pantas dan berpatutan bagi memenuhi citarasa golongan belia yang mengutamakan pengalaman santai dan berkualiti. Pengarah Silver Lifestyle Sdn Bhd yang juga bertanggungjawab dalam operasi dan pemasaran Bean Here!, Encik Harris bin Mohd Rodzi, berkata pihaknya turut menilai peluang peluasan strategik secara berfasa ke lokasi berpotensi tinggi seperti terminal KTM serta beberapa institusi pengajian tinggi di Ipoh termasuk UniKL.

    Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif KPTM, Tuan Haji Radzuan bin Razali, berkata pembukaan Bean Here! di KPTM Ipoh bukan sekadar menawarkan ruang menikmati minuman dan makanan, tetapi turut berfungsi sebagai ruang santai untuk belajar, berbincang dan berinteraksi. Beliau menjelaskan bahawa ruang di aras besmen tersebut telah didedikasikan sebagai pusat aktiviti pelajar termasuk pembelajaran, perbincangan serta program komuniti seperti seni dan muzik, dan kehadiran kafe ini dilihat dapat menghidupkan serta memeriahkan lagi fungsi ruang berkenaan.

    Selaras dengan aspirasi Perak Sejahtera 2030, inisiatif ini memperlihatkan usaha memperkukuh pembangunan ekonomi tempatan melalui pengukuhan rantaian nilai domestik, sejajar dengan flagship Program Mesra Pelabur. Pendekatan ini dilaksanakan melalui kerjasama dengan usahawan dan pembekal tempatan bagi memperkukuh ekosistem “Made in Perak”, di samping membuka peluang pembangunan keusahawanan menerusi model perniagaan fleksibel seperti mikro-francais.

    Menurut Timbalan Ketua Eksekutif (Perhubungan Korporat) PKNPk, Puan Nurdita Fadzlinda binti Ahmad Rasidi, inisiatif ini mencerminkan pendekatan holistik dalam merangsang pertumbuhan ekonomi negeri. Beliau berkata ia bukan sahaja memperkukuh rantaian nilai tempatan, malah mewujudkan lebih banyak peluang kepada usahawan dan pemain industri untuk berkembang dalam ekosistem yang lebih tersusun dan berdaya tahan.

    Selain itu, kehadiran Bean Here! di institusi pendidikan tinggi turut menyokong agenda Koridor TVET Malaysia dan pemerkasaan modal insan melalui latihan industri, pembangunan kemahiran serta peluang pekerjaan kepada belia. Ini secara tidak langsung memperkukuh agenda pembelajaran sepanjang hayat dalam bidang perkhidmatan dan keusahawanan, di samping menyumbang kepada pembinaan ekosistem sosial yang lebih inklusif dan dinamik.

    Tambah beliau, usaha ini turut selari dengan keutamaan negeri dalam pembangunan bakat dan kesejahteraan komuniti, di mana penglibatan sektor swasta dan institusi pendidikan dilihat mampu memperkasa golongan belia dengan kemahiran relevan serta mewujudkan persekitaran yang menyokong interaksi sosial dan pembangunan komuniti secara inklusif.

    Dari sudut penjenamaan negeri, inisiatif ini memperkukuh imej Perak sebagai negeri yang progresif, mesra pelaburan serta berorientasikan bakat, inovasi dan keterangkuman. Pada masa yang sama, penerapan amalan lestari seperti pengurangan penggunaan plastik dan pengurusan sisa secara bertanggungjawab mencerminkan komitmen terhadap agenda pembangunan mampan jangka panjang.

    Majlis pembukaan ini dirasmikan secara bersama oleh Tuan Haji Radzuan Razali dan Puan Nurdita Fadzlinda yang mewakili Ketua Eksekutif PKNPk, Datuk Redza Rafiq. Turut hadir ialah barisan pengurusan KPTM, Silver Lifestyle dan PKNPk sebagai simbol sokongan berterusan terhadap usaha memperkukuh ekosistem ekonomi dan sosial negeri Perak.

  • Base Maintenance Malaysia Celebrates First Batch of Locally Trained Aviation Technicians

    Base Maintenance Malaysia Celebrates First Batch of Locally Trained Aviation Technicians

    Base Maintenance Malaysia (“BMM”), a wholly owned subsidiary of SIA Engineering Company Limited (“SIAEC”), has marked a significant milestone with the graduation of its first cohort of 55 trainee technicians. This achievement reflects the company’s strong commitment to nurturing skilled local talent while reinforcing Malaysia’s position in the growing aerospace maintenance, repair and overhaul (MRO) sector.

    The milestone comes at a crucial time, as the Asia-Pacific region is projected to dominate global aircraft fleet expansion and MRO demand in the coming years. With this surge, the need for qualified aviation technicians has intensified, placing pressure on Malaysia’s aerospace industry to accelerate the development of a highly skilled, homegrown workforce capable of meeting international standards.

    To address this demand, BMM introduced its structured Technician Trainee Programme, designed to strengthen the national talent pipeline while supporting Malaysia’s Technical and Vocational Education and Training (TVET) ecosystem. The programme equips trainees with both theoretical knowledge and hands-on experience, ensuring they graduate with industry-relevant skills. To date, more than 100 technicians have enrolled, demonstrating strong interest and confidence in the initiative.

    The graduation ceremony, officiated by Ng Sze Han, Selangor State Executive Councillor for Investment, Trade and Mobility, highlights the collaborative efforts between industry and government in building a sustainable talent pipeline. This initiative aligns closely with Malaysia’s ambitions under the Aerospace Industry Blueprint 2030, which aims to position the country as a leading regional hub for MRO services.

    Spanning 12 months, the programme integrates classroom-based learning with supervised practical training in controlled environments. Trainees are exposed to critical areas such as aircraft maintenance fundamentals, safety and regulatory compliance, maintenance procedures, human factors, aviation legislation, and aircraft systems and engine familiarisation. This comprehensive approach ensures graduates are well-prepared to transition into real-world maintenance operations.

    BMM has also forged strategic partnerships with leading aviation training institutions, including Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Aviation Technology, ADMAL Aviation College and APR Aviation Training Centre. Through these collaborations, students gain valuable exposure to actual aircraft maintenance environments while pursuing pathways towards becoming licensed aircraft engineers and technicians.

    According to BMM Chief Executive Officer Lee Yang Loong, the graduation of this inaugural cohort represents more than just a training milestone. It underscores the company’s long-term investment in developing Malaysian aerospace professionals capable of supporting the rapidly expanding global MRO landscape. As demand for maintenance capacity continues to rise, building a strong and sustainable local talent pipeline is not only a strategic priority but also a business necessity for the future of the industry.