Category: Bufet

  • Heritage Valley KL Lancar Buffet Ramadhan Serba Tradisional dan Moden dari RM44

    Heritage Valley KL Lancar Buffet Ramadhan Serba Tradisional dan Moden dari RM44

    Ramadhan Feast Buffet di Heritage Valley menjanjikan pengalaman berbuka puasa yang dinanti-nantikan tahun ini, dengan sajian warisan dan hidangan antarabangsa yang menggoda selera. Antara hidangan utama yang menjadi tarikan ialah masak lemak Negeri Sembilan yang autentik, termasuk Daging Salai Masak Lemak dan Siput Sedut Masak Lemak. Aroma tradisi salai menambah lapisan rasa pada kuah santan berlemak dan pedas, manakala tekstur siput sedut yang unik memberikan pengalaman makan yang menyeronokkan. Kedua-dua hidangan ini dihidangkan panas-panas dan paling enak dinikmati bersama nasi putih, menjadikannya sajian warisan yang pasti memikat selera pengunjung bandar.

    Selain itu, Ramadhan Feast Buffet menawarkan puluhan pilihan hidangan setiap malam, menjamin pengalaman kulinari yang kaya dengan pelbagai rasa. Juadah tradisional seperti ayam kampung, sate, dan aneka kuih kampung boleh dinikmati bersama pilihan antarabangsa seperti pasta Itali, soto Betawi, bakso Indonesia, serta hidangan Barat seperti chicken grill dan chicken chop.

    Buffet ini berlangsung dari 20 Februari hingga 18 Mac 2026, setiap hari dari pukul 6.00 petang hingga 10.00 malam dengan harga RM88 untuk dewasa dan RM44 untuk kanak-kanak. Heritage Valley mampu menampung sehingga 300 tetamu dalam satu masa dan dilengkapi kemudahan mesra pengunjung termasuk parkir percuma, ruang solat yang luas serta persekitaran berbuka yang mesra keluarga. Bagi menambah kemeriahan, Ramadhan Night Market akan berlangsung setiap hujung minggu, menampilkan gerai makanan tradisional serta persembahan muzik busking yang menghidupkan suasana bazar Ramadhan.

    Menjelang Syawal, Heritage Valley turut merancakkan suasana dengan pelbagai aktiviti menarik seperti Bazaar Raya Poernama Lebaran oleh Poernama Fest, program kacau dodol, aktiviti menganyam ketupat, serta elemen kampung di tengah kota. Kesemua inisiatif ini diadakan bagi menghidupkan kembali semangat Ramadhan dan Raya yang sarat dengan nilai kekeluargaan dan warisan budaya, sekaligus melengkapkan pengalaman berbuka puasa di Heritage Valley.

    Pengarah Heritage Valley Kuala Lumpur, Idi Iskandar, berkata, “Kami mahu membawa tetamu merasai suasana seolah-olah berbuka di kampung, lengkap dengan juadah tradisi yang semakin jarang dinikmati masyarakat bandar. Menu istimewa Lomak Salai dari Negeri Sembilan menjadi tarikan utama, selain pelbagai hidangan Melayu dan antarabangsa yang kami sediakan. Kami yakin Heritage Valley akan menjadi destinasi utama berbuka puasa di Kuala Lumpur.”

    Ramadhan Feast Buffet ini dijangka menarik ribuan pengunjung sepanjang bulan mulia, sekaligus mengukuhkan kedudukan Heritage Valley sebagai hab gaya hidup dan kulinari utama di ibu negara. Tempahan kini dibuka secara dalam talian melalui pautan https://luxeacre.onpay.my/order/form/1 atau boleh menghubungi nombor 018-7617688 untuk sebarang pertanyaan.

    Heritage Valley Kuala Lumpur, yang mula beroperasi pada 2025, merupakan destinasi gaya hidup moden yang menggabungkan makanan, komuniti, seni dan acara dalam satu lokasi. Sebagai “one-stop urban hub”, Heritage Valley menghimpunkan vendor tempatan, ruang acara, festival komuniti dan aktiviti kreatif dengan fokus kepada kolaborasi, kreativiti serta sokongan terhadap perniagaan kecil. Dengan fasiliti mesra acara termasuk kapasiti sehingga 300 pax, kemudahan parkir yang luas dan ruang solat, Heritage Valley bukan sekadar tempat menjamu selera, tetapi juga ruang interaksi, pengalaman dan peluang ekonomi untuk masyarakat bandar.

    Facebook: https://www.facebook.com/klheritagevalley
    Instagram: https://www.instagram.com/heritagevalleykl/

  • Nikmati Keunikan “Warna Rasa”, Pengalaman Bufet Ramadan di Royale Chulan Kuala Lumpur

    Royale Chulan Kuala Lumpur sekali lagi menghidupkan suasana Ramadan 2026 dengan mempersembahkan Bufet Ramadan Warna Rasa, sebuah pengalaman iftar yang meraikan kepelbagaian cita rasa Malaysia serta semangat kebersamaan. Bertemakan konsep “1001 ramuan”, bufet ini menampilkan lebih daripada 150 hidangan tradisional dan moden yang disediakan dengan teliti oleh pasukan kulinari hotel, menggabungkan rempah ratus, herba serta resipi warisan yang kaya dengan lapisan rasa.

    Berlatarbelakangkan kehijauan Taman Mahsuri, pengalaman berbuka puasa di Warna Rasa diperkaya dengan suasana yang menenangkan serta persembahan kebudayaan secara langsung. Hiburan oleh Aurora Buskers dan tarian tradisional Joget Melayu oleh Antava Projects menambah nilai eksklusif, menjadikan bufet ini bukan sekadar jamuan iftar, malah satu pengalaman Ramadan yang penuh kenangan dan bermakna untuk dinikmati bersama keluarga, rakan serta rakan sekerja.

    Bufet Ramadan Warna Rasa akan berlangsung dari 20 Februari hingga 19 Mac 2026, setiap hari dari 6:30 petang hingga 10:00 malam, menjadikannya pilihan ideal untuk majlis berbuka puasa keluarga mahupun iftar korporat.

    Harga Bufet Ramadan Warna Rasa

    • Dewasa: RM230 nett
    • Kanak-kanak: RM115 nett
    • Warga Emas: RM161 nett
    • Tawaran Early Bird (Pra-Pembelian): RM190 nett
      (1 Januari – 16 Februari 2026)
    • Pakej Durian (Pilihan): RM40 nett
      (8:00 malam – 9:00 malam)

    Dengan kombinasi sajian autentik, suasana taman yang indah, hiburan kebudayaan dan harga yang kompetitif, Bufet Ramadan Warna Rasa di Royale Chulan Kuala Lumpur menjanjikan pengalaman berbuka puasa yang lengkap, bermakna dan wajar dijadikan pilihan sepanjang bulan Ramadan ini.

  • Citarasa Santapan Desa – “Menikmati Keaslian Rasa dalam Suasana Eksklusif”

    Citarasa Santapan Desa – “Menikmati Keaslian Rasa dalam Suasana Eksklusif”

    Menjelang Ramadan Al-Mubarak 1447 Hijrah, Menara Kuala Lumpur kembali mempersembahkan bufet tahunan yang dinanti ramai, Citarasa Santapan Desa – “Rasa Asli, Suasana Eksklusif”, yang bakal berlangsung dari 21 Februari hingga 16 Mac 2026 di Sky Mega Hall, sebuah ruang makan premium setinggi 292 meter dari aras bumi. Bufet ini menawarkan pengalaman gastronomi unik yang menggabungkan keaslian hidangan kampung dengan sentuhan moden, sambil membolehkan tetamu menikmati panorama 360° Kuala Lumpur dari senja ke malam. Dengan tema baharu tahun ini, bufet ini membangkitkan nostalgia desa melalui rasa, aroma, tekstur dan suasana yang dirancang secara teliti oleh pasukan kulinari Menara Kuala Lumpur dan Knight Cuisines Sdn. Bhd.

    Pengunjung bakal dihidangkan lebih 200 pilihan hidangan desa yang disusun dalam empat set menu rotasi mingguan, termasuk kerabu mangga, sup tulang berempah, rendang tok, ayam percik desa, kari kepala ikan, ikan talapia bakar dan sambal tempoyak daun kayu. Gerai masakan secara langsung menjadi tarikan utama dengan kambing golek manja, char kuey teow kampung, mee kari kuah pekat, sate ayam dan daging serta cucur udang panas dan apam balik rangup. Pencuci mulut tradisi seperti kuih-muih Melayu, pengat pisang dan bubur kacang hijau, disertai minuman klasik seperti air bandung, teh tarik dan sirap limau menambah kesempurnaan pengalaman bufet.

    Bagi mengekalkan suasana eksklusif, hanya 220 tetamu dibenarkan setiap hari, memastikan ruang, privasi dan layanan premium terjamin. Tetamu juga berpeluang menikmati pemandangan menakjubkan KLCC dan panorama Kuala Lumpur, dengan pilihan tempat duduk berhampiran tingkap untuk pengalaman terbaik. Kemudahan tambahan termasuk surau, kerusi bayi terhad, ruang menunggu selesa, perkhidmatan shuttle, keselamatan terlatih dan koordinasi pramusaji profesional.

    Hari / TiketDewasaWarga EmasKanak-kanak / OKU
    Hari BiasaRM179RM134RM107
    Early BirdRM125RM94RM75
    Hari MingguRM199RM149RM119
    Early BirdRM139RM104RM84

    *Harga termasuk 10% caj perkhidmatan dan 6% SST.

    Ketua Pegawai Eksekutif LSH Service Master Sdn. Bhd., Encik Khairil Faizal Hj Othman, menekankan bahawa Citarasa Santapan Desa bukan sekadar bufet, tetapi sebuah pengalaman gastronomi yang mengangkat warisan desa ke pentas premium Kuala Lumpur Tower. Dengan promosi Early Bird dari 1 November hingga 31 Disember 2025, pengalaman eksklusif ini dijangka meninggalkan kenangan Ramadan yang indah bagi keluarga, tetamu korporat, dan pelancong antarabangsa.

    TEMPAHAN & MAKLUMAT LANJUT – TEMPAT SANGAT TERHAD
    Tempahan dibuka sekarang dan tertakluk kepada kapasiti.
    Untuk pertanyaan dan tempahan:
    +603 2630 3033
    Rebut tawaran Early Bird sebelum 31 Disember 2025.
    Rasa asli desa, suasana eksklusif – hanya di Kuala Lumpur Tower.