4 Juta Dijangka Tonton Episod Akhir Keluarga Itu : Segalanya Bakal Terbongkar!

Drama rantaian sensasi, Keluarga Itu, bakal melabuhkan tirainya dalam satu kemuncak emosional yang dinanti-nanti seluruh negara pada malam esok, 9 Mei 2025. Dengan jangkaan tontonan melebihi 4 juta, episod akhir ini dijangka menjadi fenomena baharu yang akan memahat ingatan penonton tanah air.

Sejak mula ditayangkan, Keluarga Itu menjadi nadi perbualan di pelbagai platform media sosial. Teori peminat, kupasan karakter dan teka-teki plot membanjiri ruangan komen dan forum dalam talian, menjadikan setiap episod satu pengalaman dramatik yang menegangkan. Kini, segala persoalan yang mengganggu jiwa akan menemui jawapan.

Antara teka-teki yang masih menghantui peminat ialah pembunuhan Jihad. Mhia yang makin tertekan, Aman yang makin hilang pedoman, Boy dengan dendam tersembunyi, atau Iman – lelaki bertopeng suci dengan sisi gelapnya? Siapakah dalang sebenar di sebalik tragedi hitam itu?

Cempaka pula berdepan dilema hebat apabila rahsia Iman terhadap Dhini akhirnya terbongkar. Lebih memilukan, Cempaka dipersalahkan dalam konflik yang tidak pernah dimintanya. Rumah tangga yang dulunya bahagia, kini hanya tinggal puing-puing akibat pengkhianatan. Namun, mampukah dia mengorbankan segalanya demi menegakkan keadilan?

Detik terakhir drama ini dijangka membawa pelbagai kejutan, pendedahan dan penutup kepada watak-watak yang telah membentuk naratif sepanjang musim. Peminat bakal disajikan dengan babak-babak yang menyentuh hati dan membuka mata, menjadikan Keluarga Itu antara karya yang paling memberi kesan tahun ini.

Apakah yang bakal terjadi? Siapa yang akan terima balasan? Dan siapakah yang akan bangkit dari kejatuhan?

Saksikan pengakhiran penuh dramatik dalam Keluarga Itu, pada 9 Mei 2025, jam 9.00 malam hanya di TV3. Ikuti perkembangan terkini menerusi laman sosial TV3 di Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube (@TV3Malaysia) serta Instagram @dramasangat untuk konten eksklusif dan reaksi peminat.