Kuasa Untuk Menang: iQOO Neo 10 Dilancarkan Secara Rasmi pada 5 Jun 2025

iQOO Malaysia secara rasmi melancarkan telefon pintar terbaharu mereka, iQOO Neo 10, hari ini menerusi platform TikTok Mall. Peranti ini menjanjikan kuasa prestasi luar biasa untuk para pengguna moden, khususnya peminat permainan mudah alih. Dengan kombinasi cip Snapdragon 8s Gen 4 dan cip Superkomputer Q1 yang dibangunkan sendiri oleh iQOO, iQOO Neo 10 memberi jaminan pengalaman penggunaan yang lancar, pantas dan stabil, walaupun dalam keadaan intensif.

Sepanjang tempoh promosi bermula 5 Jun hingga 9 Julai 2025, pengguna boleh menikmati pelbagai tawaran menarik secara eksklusif di TikTok iQOO Mall. Dua varian model ditawarkan untuk pembelian dalam talian, masing-masing didatangkan bersama pelbagai hadiah percuma selagi stok masih ada. Antaranya termasuk waranti lanjutan, perlindungan skrin retak, fon kepala dan aksesori permainan premium.

iQOO Neo 10 turut dilengkapi skrin AMOLED 1.5K dengan kadar segar semula 144Hz serta perlindungan mata, memberikan visual yang halus dan selesa untuk kegunaan jangka masa panjang. Bateri BlueVolt Gen 3 berkapasiti 7000mAh yang disokong dengan teknologi pengecasan pantas 120W memastikan peranti sentiasa bersedia digunakan sepanjang hari. Tambahan pula, sistem penyejukan Ultra VC 7 berfungsi mengawal suhu peranti dengan cekap sewaktu aktiviti permainan atau penstriman.

Bagi meningkatkan pengalaman pengguna, promosi tambahan seperti iQOO Buds 1i, Finger Sleeves dan pengecas 120W turut ditawarkan pada harga diskaun menarik. Kerjasama eksklusif bersama Razer Gold dan Fantech memperkasakan lagi nilai peranti ini dengan tawaran rebat permainan dan aksesori gaming yang eksklusif.

Menambah keterujaan, iQOO turut memperkenalkan kempen Top 100 Creator Squad. Seramai 100 pencipta kandungan akan memeriahkan pelancaran ini melalui video eksklusif dan siaran langsung yang membina keterlibatan dengan peminat teknologi dan pengguna TikTok. Sepanjang tempoh 9 hingga 17 Jun, pembeli juga berpeluang menebus iQOO Buds 1i secara percuma semasa sesi livestream berlangsung, tertakluk kepada stok.

Sebagai insentif tambahan, pertandingan Ranking Livestream menawarkan hadiah utama seperti wang tunai RM3,888 serta kerusi gaming Fantech edisi khas kepada tiga pencipta terbaik sepanjang kempen. Ini sekali gus memberikan peluang kepada komuniti kreatif untuk menyerlah bersama pelancaran produk terhebat ini.

Orang ramai digalakkan untuk mendapatkan iQOO Neo 10 segera kerana unit dan hadiah adalah terhad. Pembelian boleh dibuat menerusi Kedai Rasmi iQOO di TikTok dan maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman web serta media sosial rasmi iQOO Malaysia.

Tertakluk kepada terma dan syarat.