Bolt has launched a global integration with ChatGPT, allowing users to access its ride-hailing service directly through AI conversations for the first time. The move brings Bolt’s services to ChatGPT’s estimated 900 million weekly users, making it easier for travelers to plan and book rides without switching between multiple apps.
Through the integration, users can ask ChatGPT for a ride, receive an upfront fare estimate, compare available route options, check their driver’s estimated arrival time, and view the most convenient pickup location to reduce waiting time. Once they are ready to travel, the trip details are transferred to the Bolt app, where the booking is finalized.
The announcement reflects the growing role of artificial intelligence in travel planning. According to Accenture’s Consumer Pulse Research 2025, which surveyed 18,000 consumers across 14 countries, 80% of travelers worldwide now use AI tools for travel-related purposes. More than half of those surveyed said they would be comfortable allowing AI to fully manage their travel arrangements.
Afzan Lutfi, General Manager of Bolt Malaysia, said people increasingly plan their activities within AI conversations instead of using multiple apps. He noted that requesting a ride should be as simple as asking an AI assistant, seeing the estimated fare, and starting the journey.
At launch, payments will continue to be processed through the Bolt app. However, Bolt has confirmed that it plans to introduce direct in-ChatGPT payments for rides in the future, making the booking experience even more seamless.The integration highlights how AI is becoming a central platform for everyday digital services, enabling users to discover, compare, and access transportation more efficiently through natural conversations.
Selepas lebih dua dekad mewarnai industri muzik tanah air dengan karya-karya yang merentasi generasi, Noh Salleh kini muncul bukan sekadar sebagai seorang penyanyi, malah sebagai antara figura paling berpengaruh dalam evolusi muzik alternatif Nusantara.
Pada usia 41 tahun, Noh Salleh telah membuktikan kredibilitinya sebagai komposer, penulis lagu dan penghibur yang sentiasa tampil dengan idea segar. Keupayaannya menggabungkan pelbagai genre seperti rock alternatif, folk, pop, jazz, bossa nova dan muzik sinematik menjadikan setiap persembahannya memiliki identiti tersendiri.
Bagi peminat setia, menyaksikan Noh Salleh di pentas konsert mungkin sudah menjadi kebiasaan. Namun kali ini, pengalaman yang bakal ditawarkan jauh berbeza apabila karya-karya ikoniknya dipersembahkan dalam susunan muzik orkestra berskala besar menerusi konsert Cadenza of the Soul: Noh Salleh with Aubrey Suwito Orchestra.
Konsert yang dianjurkan oleh Altus Prohouse bersama CK Star Entertainment itu akan berlangsung di Idea Live Arena, Kuala Lumpur pada 8 November 2026, jam 8.30 malam.
Lagu-lagu seperti Angin Kencang, Rahsia Tuhan, Bunga Di Telinga dan Sang Penikam bakal diberikan nafas baharu menerusi sentuhan maestro muzik Aubrey Suwito bersama barisan orkestranya. Walaupun diolah dalam susunan yang lebih eksklusif, karya-karya tersebut tetap mengekalkan roh asal yang begitu dekat di hati para peminat.
Konsert ini juga merupakan persembahan solo orkestra kedua buat Noh Salleh selepas kejayaan konsert bersama Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) di Dewan Filharmonik Petronas pada November tahun lalu. Namun, kali ini ia tampil dalam skala yang lebih besar dengan konsep yang lebih mendalam.
Mengambil inspirasi daripada perkataan Itali “Cadenza” yang membawa maksud solo, digabungkan dengan perkataan “Soul” yang bermaksud jiwa, konsert ini dijangka menjadi sebuah perjalanan emosi yang mengangkat seni, penceritaan dan ekspresi muzik dalam satu malam istimewa.
Kolaborasi antara Noh Salleh dan Aubrey Suwito dijangka memberikan dimensi baharu kepada karya-karya yang telah menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup ramai pendengar.
Menurut wakil CK Star Entertainment dan Altus Prohouse, konsert ini bukan sekadar sebuah persembahan hiburan tetapi penghormatan terhadap perjalanan seni Noh Salleh sepanjang lebih dua dekad dalam industri.
Mereka percaya reputasi Aubrey Suwito sebagai antara pengarah muzik dan komposer paling disegani di Malaysia mampu menghasilkan sebuah persembahan yang mengangkat nilai artistik karya-karya Noh Salleh ke tahap yang lebih tinggi serta menawarkan pengalaman berbeza daripada konsert-konsert terdahulu.
Sementara itu, Aubrey Suwito mengakui beliau tidak perlu berfikir panjang sebelum menerima pelawaan untuk menjayakan projek berkenaan.
Menurutnya, Noh Salleh merupakan seorang karyawan seni yang cukup genius dan konsert tersebut bakal menjadi sebuah perayaan muzik yang luar biasa buat semua pencinta seni tempatan.
Beliau turut mengajak orang ramai hadir meraikan malam penuh emosi itu dan menikmati karya-karya hebat anak tempatan dalam balutan muzik orkestra yang megah.
Bagi mereka yang ingin menjadi sebahagian daripada sejarah ini, tiket dijual mengikut kategori berikut:
CAT 3 – RM188
CAT 2 – RM268
CAT 1 – RM368
VIP – RM488
VVIP + Meet & Greet – RM588
Twin Seat (Suite Room 1-4) – RM788
Sebagai nilai tambah, pemegang tiket VVIP akan berpeluang menghadiri sesi Meet & Greet bersama Noh Salleh, manakala pembeli tiket VIP akan menerima T-shirt konsert edisi terhad secara percuma.
Jualan tiket akan dibuka bermula 5 Ogos 2026, jam 12 tengah hari menerusi Ticket2U dan Fantopia.
Jika anda ingin menikmati karya-karya ikonik Noh Salleh dalam susunan orkestra yang lebih gah dan penuh emosi, Cadenza of the Soul: Noh Salleh with Aubrey Suwito Orchestra pastinya merupakan sebuah pengalaman yang tidak wajar dilepaskan.
Pada 8 November nanti, Idea Live Arena bakal menjadi saksi sebuah malam yang meraikan muzik, seni dan jiwa dalam persembahan yang dijangka meninggalkan kenangan buat setiap penonton.
Kemunculan semula Azar Azmi dalam drama Bulan Henti Bicara menjadi antara perkara yang paling mencuri perhatian penonton selepas episod pertama disiarkan. Selepas hampir tujuh tahun menyepi daripada dunia lakonan, pelakon itu akhirnya kembali menghiasi kaca televisyen menerusi watak Faziah.
Ramai peminat meluahkan rasa teruja melihat Azar Azmi kembali beraksi. Malah, ada yang mengakui mereka mula mengikuti drama ini semata-mata kerana ingin menyaksikan kemunculan semula pelakon tersebut. Sebelum drama ini ditayangkan, video Azar di lokasi penggambaran turut tular di TikTok dan berjaya meraih lebih sejuta tontonan.
Namun, bukan hanya kemunculan Azar Azmi yang menjadi perhatian. Lakonan Azhan Rani sebagai Jamali turut menerima pujian apabila berjaya membuatkan penonton benar-benar membenci wataknya. Dalam masa sama, Ezzanie Jasny berjaya menyentuh hati ramai menerusi watak Zulfa yang sarat dengan pengorbanan.
Jalan cerita yang memaparkan konflik kekeluargaan, kasih sayang dan cabaran hidup seorang wanita turut menerima pujian kerana dekat dengan realiti masyarakat. Ramai percaya drama ini mempunyai potensi besar untuk terus mencipta fenomena sepanjang tayangannya.
Dengan sambutan yang diterima selepas episod pertama, Bulan Henti Bicara kini menjadi antara drama yang paling dinantikan setiap minggu oleh penonton.
Peminat muzik ABBA di Malaysia bakal disajikan dengan satu malam penuh nostalgia apabila kumpulan tribute terkenal dunia, Björn Again, akhirnya akan membuat penampilan sulung mereka di Kuala Lumpur menerusi jelajah antarabangsa “The ABBA Forever Tour” pada tahun 2026.
Didatangkan khas terus dari Melbourne, Australia, Björn Again akan mempersembahkan konsert selama dua jam yang meraikan legasi muzik ABBA menerusi persembahan penuh bertenaga, vokal yang mengagumkan, kostum ikonik serta elemen komedi dan teater yang menjadi identiti mereka sejak penubuhan kumpulan tersebut.
Penonton boleh menjangkakan persembahan lagu-lagu malar segar seperti Mamma Mia, Dancing Queen, Waterloo, SOS dan Gimme! Gimme! Gimme!, selain balada popular seperti The Winner Takes It All, I Have a Dream, Chiquitita dan Fernando yang terus menjadi kegemaran peminat dari pelbagai generasi.
Sejak ditubuhkan di Melbourne, Björn Again telah mengadakan persembahan di lebih daripada 120 buah negara dan merupakan satu-satunya kumpulan tribute ABBA yang diiktiraf secara rasmi oleh ahli kumpulan ABBA sendiri. Reputasi mereka sebagai antara tribute act terbaik di dunia turut disokong oleh peminat terkenal termasuk Metallica, Nirvana, Tom Jones, Rowan Atkinson dan J.K. Rowling.
Sepanjang kerjaya mereka, Björn Again telah membuat persembahan di beberapa lokasi paling ikonik dunia seperti Stadium Wembley, Royal Albert Hall, Sydney Opera House dan Myer Music Bowl Melbourne. Mereka juga sering muncul di festival muzik antarabangsa terkenal termasuk Glastonbury Festival, Roskilde Festival, Reading Festival dan Big Red Bash.
Media antarabangsa turut memberikan pengiktirafan tinggi terhadap persembahan mereka. Time Out pernah menyifatkan Björn Again sebagai antara persembahan langsung paling menghiburkan di dunia, manakala Benny Andersson daripada ABBA pernah berkata bahawa peminat seharusnya menikmati persembahan Björn Again kerana itulah pengalaman paling hampir untuk menyaksikan ABBA secara langsung.
Populariti muzik ABBA kembali melonjak dalam beberapa tahun kebelakangan ini hasil kejayaan filem seperti Muriel’s Wedding, The Adventures of Priscilla, Queen of the Desert serta fenomena pentas dan filem Mamma Mia!. Justeru, persembahan Björn Again di Kuala Lumpur dijangka menjadi antara acara muzik yang paling dinantikan sepanjang tahun 2026.
Tiket akan mula dijual pada jam 10.00 pagi, 28 April 2026 menerusi platform Ticket2U. Peminat juga boleh mengikuti perkembangan terkini melalui laman media sosial Shiraz Projects dan Björn Again untuk sebarang pengumuman berkaitan konsert ini.
Bagi peminat setia ABBA, inilah peluang terbaik untuk menikmati malam penuh nostalgia, hiburan dan lagu-lagu klasik yang telah mencipta sejarah dalam dunia muzik pop.
As foldable smartphones become increasingly popular among Malaysian consumers, HONOR is continuing to expand its presence in the premium smartphone segment. The company reports that one in every three foldable smartphones sold in Malaysia is an HONOR device, reflecting growing demand for its foldable technology.
According to HONOR’s internal findings, consumers who have migrated from competing flagship brands are attracted by a combination of affordability, durability, battery performance, innovative design, and comprehensive after-sales support.
The HONOR Magic V6 has been developed to deliver a complete flagship foldable experience while remaining competitively priced. Starting at RM7,699, the smartphone offers several premium features that cater to both everyday users and professionals.
Built with a Super Steel Hinge rated at 2,800MPa tensile strength, the Magic V6 is engineered for long-term reliability. It also features IP68 and IP69 certifications for water and dust resistance, while the Anti-Scratch NanoCrystal Shield helps safeguard the cover display against scratches and accidental drops.
The smartphone is powered by a 6,660mAh silicon-carbon battery, offering exceptional battery life for a foldable device. Fast charging support includes 80W wired charging and 66W wireless charging, reducing charging times and helping users stay connected throughout the day.
Photography capabilities include a 64MP telephoto camera paired with CIPA 6.5 image stabilization for sharper zoom performance and improved image quality in different lighting conditions.
Display quality remains another major strength of the Magic V6. The cover display reaches up to 6,000 nits brightness, while the foldable inner display delivers up to 5,000 nits. Both screens feature 4,320Hz PWM dimming to reduce eye strain and a low-reflection coating that improves visibility under bright lighting.
Software enhancements such as Fast Flex, PC-level Multi-Flex, and HONOR Share enable efficient multitasking while simplifying file transfers between Android smartphones, iPhones, and Mac computers.
To further enhance customer confidence, HONOR includes one year of Worry-Free Crack Protection together with two years of Worry-Free Quality Assurance with every Magic V6 purchase. By combining flagship hardware, productivity-focused software, and comprehensive protection, the HONOR Magic V6 continues to position itself as one of the strongest value offerings in Malaysia’s foldable smartphone market.
Safi memperkenalkan wajah baharu rangkaian Safi Youth Gold Rania menerusi kempen Semarakkan Seri Keremajaan yang mengetengahkan mesej lebih bermakna mengenai kecantikan dan keyakinan wanita. Pelancaran semula ini bukan sahaja menampilkan pembaharuan dari segi produk, malah membawa pendekatan yang lebih dekat dengan pengalaman serta cabaran wanita Malaysia pada masa kini.
Menerusi kempen tersebut, Safi ingin mengubah persepsi bahawa penjagaan kulit anti-penuaan hanya bertujuan untuk kelihatan lebih muda. Sebaliknya, jenama itu menekankan bahawa kecantikan sebenar bermula daripada keyakinan diri, kesejahteraan emosi dan penghargaan terhadap diri sendiri.
Sebagai sebahagian daripada transformasi ini, Safi Youth Gold Rania kini diperkasakan dengan teknologi Peptida Kolagen yang direka untuk membantu meningkatkan keanjalan dan seri kulit. Pada masa sama, Safi turut memperkenalkan tiga inovasi baharu iaitu PDRN Booster Repair Serum yang merupakan serum PDRN Spicule Halal pertama di Malaysia, CycloPeptide Water Elixir yang menggunakan teknologi CycloPeptide pertama di negara ini serta Beauty Miracle Oil.
Keistimewaan rangkaian ini terletak pada pembangunan formulanya yang disesuaikan dengan keperluan kulit wanita Malaysia. Dengan mengambil kira faktor cuaca panas dan lembap sepanjang tahun, setiap produk dibangunkan menggunakan teknologi penjagaan kulit bertaraf antarabangsa bagi memberikan hasil yang lebih berkesan kepada pengguna tempatan.
Menurut Safi, keberkesanan produk ini turut disokong oleh ujian klinikal yang menunjukkan kulit boleh kelihatan lebih cerah, anjal dan berseri dalam tempoh seawal tiga hari penggunaan.
Selain memperkenalkan inovasi baharu, Safi turut mengembalikan nama Rania yang pernah menjadi pilihan ramai pengguna. Nama tersebut dikekalkan sebagai simbol keanggunan, kecantikan dan keyakinan wanita yang terus relevan sepanjang zaman.
Pakar Jenama dan Tinjauan Maklumat Safi Malaysia, Kazlina Mohd Kassim berkata, hasil kajian yang dijalankan mendapati ramai wanita sebenarnya mengimpikan lebih daripada sekadar kulit yang muda. Mereka mahu mengembalikan semangat, keyakinan dan kekuatan diri yang mungkin semakin pudar akibat tekanan kehidupan seharian.
Beliau berkata, wanita hari ini sering meletakkan keperluan keluarga dan kerjaya sebagai keutamaan sehingga terlupa untuk menjaga kesejahteraan diri sendiri. Justeru, kempen Semarakkan Seri Keremajaan diwujudkan bagi mengingatkan wanita bahawa menghargai diri adalah sebahagian daripada perjalanan menuju kehidupan yang lebih seimbang.
Bagi menghidupkan aspirasi kempen tersebut, Safi mengumpulkan kisah daripada 100 wanita Malaysia yang berkongsi pengalaman hidup mereka. Daripada jumlah itu, lima wanita dipilih untuk menjalani program transformasi yang memberi tumpuan kepada pembangunan keyakinan, kasih sayang terhadap diri dan pertumbuhan peribadi.
Perjalanan mereka kemudiannya dijadikan kandungan inspirasi yang memaparkan pelbagai kisah kehidupan sebenar termasuk cabaran sebagai ibu sepenuh masa, pengalaman ibu tunggal, perubahan selepas bergelar ibu, hubungan dengan pasangan yang mempunyai jurang usia serta usaha membina semula keyakinan diri selepas melalui pelbagai ujian.
Dalam majlis yang sama, pelakon dan usahawan Fasha Sandha diumumkan sebagai duta baharu Safi Youth Gold Rania. Pemilihannya dilihat selari dengan mesej kempen kerana beliau dikenali sebagai wanita yang cekal, berdikari dan sentiasa positif dalam menghadapi cabaran kehidupan.
Menurut Kazlina, perjalanan hidup Fasha menjadi gambaran bahawa setiap wanita mempunyai peluang untuk bangkit semula dan menyerlahkan potensi diri tanpa mengira usia atau pengalaman yang dilalui.
Sebagai pelengkap kepada kempen ini, Safi turut memperkenalkan versi baharu lagu Gemilang nyanyian asal Jaclyn Victor dengan lirik yang diolah semula. Lagu tersebut membawa mesej bahawa setiap wanita masih mempunyai peluang untuk mencipta detik paling gemilang dalam hidup mereka, walau apa jua cabaran yang pernah ditempuhi.
Melalui pelancaran semula Safi Youth Gold Rania, Safi berharap dapat terus menjadi jenama yang bukan sahaja menawarkan penyelesaian penjagaan kulit, malah memberi inspirasi kepada wanita Malaysia untuk menghargai diri, membina keyakinan dan meraikan kecantikan yang datang daripada kekuatan dalaman.
Selepas sekian lama memberi tumpuan kepada pelbagai cabang seni termasuk lakonan, pengarahan dan penerbitan, Yusry Abdul Halim kembali mengubat kerinduan peminat menerusi album solo terbaharu berjudul Eternal. Diterbitkan oleh Sony Music Entertainment Malaysia, album ini menjadi penanda aras baharu dalam perjalanan seni beliau selepas lebih 20 tahun tidak tampil dengan album solo penuh.
Mengandungi enam buah lagu, Eternal menampilkan gabungan karya yang menyentuh pelbagai aspek kehidupan. Setiap lagu disusun bagi membawa pendengar menyelami kisah yang berbeza, daripada cinta dan pengorbanan hinggalah kepada kehilangan, penghargaan terhadap keluarga serta realiti kehidupan masyarakat masa kini.
Menurut Yusry, album ini lahir daripada pengalaman dan pemerhatian sepanjang perjalanan hidupnya sebagai seorang anak seni. Beliau percaya setiap individu mempunyai kisah yang akan terus kekal dalam ingatan dan itulah inspirasi utama di sebalik pemilihan tajuk Eternal.
Katanya lagi, beliau mahu setiap lagu dalam album ini mempunyai nilai yang mampu menyentuh hati pendengar tanpa mengira usia atau latar belakang. Bagi beliau, muzik bukan sekadar hiburan, sebaliknya medium untuk berkongsi emosi dan pengalaman yang boleh dirasai oleh semua.
Majlis pelancaran Eternal berlangsung dalam suasana eksklusif menerusi Eternal Gala Night yang diadakan di JioSpace pada 25 Julai 2026. Acara tersebut menghimpunkan peminat, rakan media serta penggiat industri bagi meraikan kemunculan semula Yusry sebagai penyanyi solo.
Album ini turut memperlihatkan kerjasama bersama penyanyi rap dan komposer Luca Sickta menerusi dua buah lagu, Jiwa & Raga serta Hancur Kecewa. Kolaborasi tersebut menggabungkan sentuhan moden dengan kekuatan vokal Yusry, sekali gus menghasilkan karya yang sarat dengan emosi.
Baki empat lagu dalam album ini merupakan hasil ciptaan sepenuhnya oleh Yusry, membuktikan kreativiti beliau sebagai komposer masih relevan dan mampu berkembang mengikut perubahan cita rasa muzik semasa.
Lagu Jiwa & Raga dipilih sebagai lagu utama album dengan mengetengahkan kisah cinta yang dibina atas dasar kesetiaan dan pengorbanan. Hancur Kecewa pula membawa tema kehilangan dan proses menerima hakikat selepas berakhirnya sebuah hubungan.
Sementara itu, Pelengkap Hidup menjadi simbol penghargaan terhadap keluarga dan insan tersayang yang sentiasa menjadi sumber kekuatan. Kasarnya Cinta mengupas cabaran dalam sesebuah hubungan, manakala Kamu Harus Tahu menyentuh soal kepercayaan dan penyesalan. Album ini diakhiri dengan Narsisistik, sebuah karya yang mengajak pendengar merenung fenomena budaya media sosial serta kecenderungan masyarakat mengejar populariti dan pengiktirafan.
Walaupun setiap lagu mempunyai identiti tersendiri, kesemuanya disatukan melalui mesej bahawa setiap pengalaman hidup meninggalkan kesan yang membentuk siapa diri seseorang pada hari ini.
Dengan pelancaran Eternal, Yusry berharap album ini bukan sahaja menjadi koleksi lagu baharu untuk peminat, malah mampu menemani mereka dalam pelbagai detik kehidupan. Album tersebut kini tersedia untuk distrim di semua platform penstriman digital utama.
Konsert Ungu 3 Dasawarsa: Special Night in Kuala Lumpur bakal menjadi sebuah malam yang sarat dengan nostalgia apabila kumpulan legenda Indonesia itu kembali menghiburkan peminat di Malaysia pada 5 September 2026 di Idea Live Arena.
Lebih menarik, penyanyi Marsha Milan diumumkan sebagai artis jemputan khas yang akan berkongsi pentas bersama Ungu dalam meraikan tiga dekad perjalanan seni kumpulan tersebut.
Bagi Marsha, peluang itu bukan sekadar satu persembahan biasa, malah merupakan impian yang akhirnya menjadi kenyataan selepas beliau pernah menyimpan hasrat untuk berduet dengan vokalis Ungu, Pasha.
Beliau mengakui lagu-lagu Ungu mempunyai tempat yang cukup istimewa dalam hidup ramai pendengar kerana setiap karya membawa kisah dan kenangan tersendiri.
“Kalau sebut sahaja lagu-lagu Ungu, memang terus teringat memori. Ramai yang menjadikan lagu mereka sebagai lagu tema perkahwinan, lagu putus cinta, atau teman ketika melalui pelbagai fasa kehidupan. Saya sendiri pun begitu,” katanya.
Marsha berkata beliau mahu membawa persembahan yang mampu menyentuh emosi penonton, selain menghidupkan suasana menerusi sesi nyanyian beramai-ramai bersama peminat.
Walaupun jadualnya kini padat dengan persiapan menjelang AJL40, penyanyi itu yakin masih mempunyai masa mencukupi untuk membuat persiapan terbaik bagi konsert tersebut.
Beliau juga mendedahkan bahawa beberapa lagu solo bakal dipersembahkan, manakala lagu duet akan dipilih sendiri oleh Ungu.
Selain rangkaian lagu-lagu hit yang menjadi kegemaran ramai, peminat turut bakal disajikan dengan sebuah lagu baharu daripada Ungu yang akan dipersembahkan secara eksklusif buat pertama kali di Kuala Lumpur.
Pengarah Konsert COMs. Creative Studio, En. Zairul Addry Helmy berkata pemilihan Marsha sebagai artis jemputan dibuat kerana kekuatan vokal dan penghayatannya yang mampu memberikan dimensi berbeza kepada keseluruhan persembahan.
Beliau percaya kolaborasi tersebut akan menjadi antara momen paling diingati pada malam konsert dan berharap peminat tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan sambutan ulang tahun ke-30 Ungu secara langsung.
Selepas membina reputasi sebagai antara penyanyi lelaki yang konsisten menghasilkan lagu-lagu beremosi, Syamel kini melakar satu lagi pencapaian penting apabila memperkenalkan album sulungnya, PERTAMA. Kehadiran album ini bukan sekadar memenuhi penantian peminat, malah menjadi manifestasi kepada perjalanan seni yang dibina selama sedekad dalam industri muzik Malaysia.
Bagi Syamel, penghasilan sebuah album penuh memerlukan masa, kesabaran dan keyakinan terhadap karya yang ingin dipersembahkan. Beliau mengakui tidak pernah mahu menghasilkan album semata-mata untuk memenuhi jangkaan pasaran, sebaliknya mahu memastikan setiap lagu mempunyai nilai yang mampu bertahan lama dan memberi makna kepada pendengar.
Album PERTAMA hadir dengan konsep yang menggabungkan enam buah lagu dalam satu perjalanan penceritaan yang tersusun. Daripada kisah kehilangan kepada harapan untuk memulakan semula kehidupan, setiap trek melengkapkan antara satu sama lain dan membentuk sebuah naratif yang dekat dengan realiti kehidupan ramai orang.
Judul PERTAMA dipilih kerana membawa maksud yang lebih luas daripada sekadar album sulung. Ia turut melambangkan keberanian seseorang untuk membuka lembaran baharu selepas melalui pelbagai ujian hidup. Syamel percaya setiap individu mempunyai peluang untuk bangkit semula, dan mesej itulah yang ingin diterjemahkan melalui keseluruhan album ini.
Album ini menampilkan enam buah lagu iaitu Beribu Tanda Tanya, Cukup Sekali, Aku Bukan Dia, Dalam Kenangan, Tunjukkan Ku Bahagia dan PERTAMA. Kesemua lagu menyentuh pelbagai emosi yang sering dialami dalam kehidupan, termasuk kerinduan, cinta, kehilangan, penerimaan dan harapan terhadap masa depan.
Dalam proses pembikinan album, Syamel bergabung dengan beberapa nama yang cukup berpengaruh dalam industri muzik seperti Edry Abdul Halim, Aizat Amdan, Mel Ramlan, Yusuff Khan dan Adam Armin. Kerjasama tersebut memperkayakan warna muzik album ini, manakala penglibatan Syamel sebagai penulis dan pencipta bagi beberapa lagu memberikan sentuhan peribadi yang lebih mendalam terhadap setiap karya.
Menurut Syamel, beliau sentiasa percaya bahawa lagu yang baik ialah lagu yang mampu terus hidup walaupun selepas bertahun-tahun diterbitkan. Atas sebab itu, beliau lebih mengutamakan kekuatan melodi dan lirik berbanding mengejar trend muzik semasa yang sering berubah mengikut peredaran waktu.
Selain mengambil inspirasi daripada pengalaman sendiri, Syamel turut mengangkat kisah-kisah yang berlaku kepada individu di sekelilingnya. Pendekatan itu menjadikan setiap lagu lebih mudah difahami kerana emosi yang diketengahkan adalah sesuatu yang pernah atau sedang dilalui oleh ramai orang. Beliau berharap setiap pendengar dapat menemui makna tersendiri apabila menghayati setiap lagu dalam album ini.
Pelancaran PERTAMA bukan sahaja menjadi simbol kematangan seorang penyanyi, malah membuktikan kesungguhan Syamel untuk terus berkembang sebagai pengkarya. Album ini juga menjadi hadiah istimewa kepada peminat yang setia menyokong perjalanan seninya sejak awal kemunculan, dan kini boleh dinikmati menerusi semua platform penstriman digital.
Transformasi digital yang sedang rancak berlaku di Malaysia bukan lagi tertumpu kepada penggunaan teknologi semata-mata, sebaliknya menuntut pembangunan modal insan yang mampu menyokong keseluruhan ekosistem digital negara. Pertumbuhan pesat kecerdasan buatan (AI), pusat data hiperskala dan pengkomputeran awan kini membuka peluang ekonomi baharu, namun kejayaannya bergantung kepada ketersediaan tenaga kerja ICT yang berkemahiran tinggi.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, infrastruktur digital menjadi nadi kepada pembangunan AI dan ekonomi digital. Beliau menegaskan bahawa pelaburan besar dalam teknologi hanya akan memberi impak jangka panjang sekiranya Malaysia mampu melahirkan lebih ramai profesional tempatan yang mempunyai kepakaran dalam bidang teknikal dan kejuruteraan digital.
Building a future-ready workforce to meet the demand for highly-skilled ICT talents in ASEAN was a critical topic discussed in a panel discussion with MDCC, DAMA Malaysia Chapter, Cyberview, Microsoft (APAC), and Sidec.
Menurut beliau, aplikasi AI yang semakin digunakan dalam pelbagai sektor memerlukan sokongan pusat data yang cekap, rangkaian komunikasi berprestasi tinggi, sistem pengkabelan moden serta infrastruktur awan yang selamat. Semua komponen ini memerlukan tenaga mahir untuk memastikan operasi berjalan lancar dan memenuhi piawaian antarabangsa.
“Tiada ekonomi AI tanpa infrastruktur ICT bertaraf dunia dan tiada infrastruktur ICT bertaraf dunia tanpa tenaga mahir bertaraf dunia,” katanya ketika merasmikan BICSI Southeast Asia Conference & Exhibition Malaysia 2026 yang berlangsung di Sunway Resort Hotel.
Persidangan bertemakan “Advancing ICT Infrastructure for an AI-Connected Future” itu menjadi platform kepada pemain industri dari seluruh Asia Tenggara untuk membincangkan perkembangan teknologi, cabaran industri serta strategi memperkukuhkan infrastruktur digital bagi menyokong revolusi AI.
Malaysia ketika ini terus menarik perhatian pelabur global dalam sektor digital. Berdasarkan data Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), negara merekodkan lebih RM92.8 bilion pelaburan yang diluluskan pada suku pertama 2026, dengan RM38.9 bilion daripadanya melibatkan sektor ICT. Dalam masa yang sama, kapasiti pusat data negara dijangka melepasi 4,000 megawatt selepas tahun 2026.
In his officiating address, Deputy Minister of Human Resources Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan said the growth of AI and digital infrastructure must be supported by investments in both technology and talent.
Pertumbuhan ini dijangka meningkatkan permintaan terhadap kepakaran dalam bidang kejuruteraan pusat data, rangkaian komunikasi, keselamatan siber, pengkomputeran awan, teknologi gentian optik serta pembangunan infrastruktur digital mampan. Ia juga membuka lebih banyak peluang pekerjaan berpendapatan tinggi kepada tenaga kerja tempatan.
Namun, perubahan teknologi yang pantas turut memberi cabaran kepada pasaran pekerjaan. Kajian TalentCorp mendapati kira-kira 697,000 pekerja di Malaysia berpotensi mengalami perubahan ketara terhadap tugas dan fungsi pekerjaan mereka dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang akibat penggunaan automasi dan AI yang semakin meluas.
Bagi memastikan tenaga kerja negara tidak ketinggalan, Khairul Firdaus berkata usaha meningkatkan kemahiran serta latihan semula perlu dijadikan agenda berterusan. Pendekatan itu bukan sahaja membantu pekerja menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi, malah membolehkan mereka mengisi peluang pekerjaan baharu yang diwujudkan hasil perkembangan ekonomi digital.
Pengarah BICSI Southeast Asia Affiliate, Mary Elizabeth Cheng berkata Malaysia mempunyai kelebihan untuk muncul sebagai peneraju pembangunan infrastruktur digital di rantau ini. Menurut beliau, pertumbuhan pesat AI dan pusat data menjadikan keperluan terhadap latihan profesional, piawaian antarabangsa dan pensijilan industri semakin penting dalam melahirkan tenaga kerja berkualiti.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif BICSI, John H. Daniels berkata kejayaan sesebuah negara sebagai hab digital tidak hanya diukur melalui jumlah pusat data atau pelaburan yang diterima. Sebaliknya, ia turut bergantung kepada keupayaan tenaga kerja yang membina, mengendalikan dan menyelenggara infrastruktur tersebut mengikut standard profesional yang tinggi.
Beliau berkata infrastruktur digital yang kukuh tidak dibina secara kebetulan, tetapi merupakan hasil gabungan kepakaran, pengalaman dan amalan terbaik yang diamalkan oleh tenaga kerja profesional. Atas sebab itu, pelaburan dalam pembangunan bakat perlu berjalan seiring dengan pembangunan fizikal infrastruktur digital negara.
BICSI Southeast Asia Conference & Exhibition Malaysia 2026 dianjurkan oleh BICSI Southeast Asia Affiliate yang dikendalikan Tecnoviq Learning Academy Sdn Bhd (TECLA) dengan sokongan Global Creative & Media Agency (GCMA). Persidangan itu turut disokong oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), MDEC, Invest Selangor, Sidec, Cyberview, SME Malaysia, PIKOM serta Dewan Perdagangan Digital Malaysia (MDCC).
Sepanjang penganjuran, peserta didedahkan dengan pelbagai topik berkaitan infrastruktur digital termasuk reka bentuk pusat data mampan, pengkomputeran edge, teknologi penyejukan cecair, bangunan pintar, keselamatan siber, gentian optik serta penyelesaian AI yang bakal menjadi pemacu utama transformasi digital Malaysia pada masa hadapan.