Astro sekali lagi membuktikan kedudukannya sebagai peneraju kandungan tempatan apabila melancarkan kempen ‘Home of Drama’ 2025 dengan dua drama berimpak tinggi Mandul Bukan Pilihan dan Thariq Ridzuwan: His Treasure bermula Julai ini.
Memetik kenyataan Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad, kempen tahun ini memberi tumpuan kepada drama-drama yang mengetengahkan isu sosial, nilai kekeluargaan, dan konflik emosi, di samping membawa suara dan cerita yang relevan dengan masyarakat Malaysia hari ini.
“Kami ingin menyajikan cerita-cerita yang bukan hanya menghibur, tetapi membangkitkan perbualan dan menyentuh hati penonton. ‘Home of Drama’ bukan sekadar kempen, ia adalah komitmen Astro dalam menjadikan platform ini sebagai rumah kepada karya-karya tempatan yang bermakna dan bermutu,” ujar beliau.
Mandul Bukan Pilihan

(Bermula 14 Julai 2025 | Isnin – Khamis, 10 malam | Astro Ria)
Drama terbitan iFAME dan arahan Osman Ali ini mengupas isu infertiliti dan tekanan perkahwinan, dengan skrip ditulis oleh penulis terkenal Indonesia, Oka Aurora.
Kisah Billa dan Aldi, pasangan muda yang terikat dengan perjanjian RM1 juta sekiranya perkahwinan mereka gagal akibat ketiadaan zuriat. Selepas lima tahun mencuba, Billa disahkan mandul dan menghidap kanser. Dalam keputusasaan, dia meminta bantuan adik angkatnya, Farah yang menyimpan agenda tersembunyi. Ketegangan memuncak apabila cinta lama Billa, seorang doktor bernama Ben, kembali muncul. Drama ini mengangkat isu pengorbanan wanita, kesetiaan dan hakikat sebuah keluarga.
Barisan pelakon: Mira Filzah, Hun Haqeem, Ayda Jebat, Ashraf Muslim.
Runut bunyi: Misha Omar, Hael Husaini, Nadeera Zaini.
Thariq Ridzuwan: His Treasure

(Bermula 23 Julai 2025 | Rabu & Khamis, 9 malam | Astro Ria)
Drama aksi romantik arahan Eyra Rahman ini diadaptasi daripada novel popular yang mencatat lebih 10 juta bacaan atas talian, mengangkat tema cinta, kesetiaan dan pengorbanan dalam dunia penuh konflik dan bahaya.
Thariq, seorang ejen elit, kembali untuk menyelamatkan bekas kekasihnya, Radwa, yang dipaksa berkahwin demi kepentingan keluarga. Mereka bersatu semula, namun dihantui trauma silam, kehadiran musuh lama dan misteri yang menjejaskan masa depan mereka. Saat Radwa disahkan hamil, cinta mereka diuji buat kali terakhir.
Barisan pelakon: Meerqeen, Qasrina Karim, Evertts Gomes.
Runut bunyi: ALPHA – “P. Ramlee dan Saloma”, Hael Husaini – “Alangkah”.
Lebih Banyak Drama Menanti Anda!
Kempen ini bakal diteruskan sepanjang tahun dengan judul-judul lain seperti Rumah Tanpa Luka, Generasi Perfect 10, Jutawan Ekspres, Bride From The Past, Mutiara Dalam Debuan Kabus dan banyak lagi.
Astro turut mempersembahkan acara khas ‘Hello KITA’ pada Ogos, menghimpunkan pelakon-pelakon utama drama dan penggiat industri dalam sambutan besar-besaran bersama peminat.
Saksikan di Astro GO dan sooka
Drama Mandul Bukan Pilihan dan Thariq Ridzuwan: His Treasure boleh distrim secara On Demand melalui Astro GO dan sooka.
Langgan Pek Astro One dari RM49.99/sebulan atau tingkatkan pengalaman hiburan anda dengan Astro Fibre 500Mbps + Pek Hiburan hanya RM139.99/sebulan.
Maklumat lanjut, langganan dan naik taraf boleh didapati di www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838.
Terma dan syarat dikenakan.
