Pemeriksaan Kesihatan Percuma telah dijalankan pada 8 Julai 2023 di Persatuan Kebajikan Ahsana Kuala Lumpur beralamat: 2, Jalan 4/153A, Off Jalan Puchong, Taman Puchong Indah, Kuala Lumpur.
Ahsana dengan kerjasama Viimen TV buat julung-julung kalinya mengadakan aktiviti sihat bersama dengan komuniti menerusi program Pemeriksaan Kesihatan Percuma pada sabtu lepas. Selain daripada pemeriksaan kesihatan percuma, terdapat juga booth yang membuat jualan amal untuk membantu Insan Istimewa dan komuniti juga berpeluang untuk menyantuni mereka.
Tujuan program ini diadakan bagi memberi peluang dan kesedaran kepada komuniti terutama golongan belia akan kepentingan kesihatan diri. Malah, ini adalah titik permulaan kepada komuniti untuk lebih mendekati dan membantu golongan Insan Istimewa yang memerlukan.
Persatuan Kebajikan Ahsana Kuala Lumpur (PKAKL) adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Malaysia. Ahsana KL ialah NGO yang memfokuskan rumah kebajikan dan aktiviti/program khusus untuk INSAN ISTIMEWA.
Ahsana KL memfokuskan untuk membantu insan istimewa yang dihantar oleh Pihak JKM, Gelandangan yang tiada waris atau kehilangan ibu bapa atau mereka yang terlahir dari fakir miskin. Sumbangan yang diterima 100% daripada Pihak Komuniti malah terdapat beberapa platform yang digunakan.
YB Theresa Kok juga hadir bagi meluangkan masa untuk hadir ke rumah Ahsana menyantuni dan membantu Insan Istimewa Ahsana.
Semoga program yang telah berlangsung ini dapat meningkatkan lagi kesedaran kita untuk membantu dan menaikkan lagi nama Insan Istimewa.