INFINITY VIBES FEST 2025: Festival gaya hidup tanpa alkohol pertama yang menggabungkan kopi, muzik dan aktiviti larian di Dataran MAEPS

Infinity Vibes 2025 - R&B Hip-Hop Picnic

Infinity Love Creative Ventures mengumumkan penganjuran sulung Infinity Vibes Fest 2025, sebuah festival gaya hidup moden yang menghimpunkan aktiviti larian, kulinari, muzik dan komuniti dalam satu acara sehari yang bakal berlangsung pada 13 Disember 2025 di Dataran MAEPS, Serdang. Mengangkat konsep gaya hidup sihat dan interaksi komuniti, festival ini mengekalkan identitinya sebagai acara sepenuhnya bebas alkohol, menjadikannya destinasi hujung minggu yang selamat, mesra keluarga dan inklusif untuk semua peringkat umur.

Penganjur festival, Shasha Samsudin dan Creative Show Director En. Fidote dari Infinity Love Creative Ventures (ILCV Events), menyatakan bahawa festival ini dibina sebagai platform yang menggabungkan pelbagai hobi gaya hidup dalam satu pengalaman berfokus. “Objektif utama kami adalah untuk memperkenalkan sebuah One-Day Lifestyle Event yang menggabungkan larian, kopi, pencuci mulut, kulinari dan muzik dalam satu pengalaman menyeluruh,” ujarnya. Mereka turut menekankan komitmen festival ini dalam membuka peluang kepada bakat-bakat DJ tempatan untuk tampil di pentas besar dan mengetengahkan bakat muda negara.

DJ LOLLIPOP

Dengan memilih konsep acara sehari, penganjur percaya format ini memberikan pengalaman yang lebih padat, tersusun dan praktikal kepada pengunjung, sambil memastikan pengurusan logistik dan kos yang lebih efisien. Festival ini turut memperkenalkan keunikan tersendiri melalui penganjuran R&B & Hip-Hop Picnic pertama di Malaysia, sebuah segmen di mana pengunjung dapat berkelah sambil menikmati alunan muzik urban daripada DJ tempatan.

Selain muzik, Infinity Vibes Fest 2025 memberi tumpuan besar kepada dunia kulinari moden. Segmen Coffee, Dessert & Kulinari Lifestyle bakal menghimpunkan usahawan kecil, artisan kopi, bakeri dan penggiat pencuci mulut tempatan sebagai tarikan utama festival. Dengan kepelbagaian aktiviti yang ditawarkan, festival ini dijangka menarik pengunjung daripada pelbagai latar — termasuk keluarga, fun runners, peminat kopi dan dessert, pelajar serta golongan dewasa muda.

DJ SYAZA

Festival ini menawarkan empat pengalaman utama iaitu Coffee & Dessert Run pada waktu pagi, Coffee & Dessert Food Fest sepanjang hari, R&B & Hip-Hop Picnic pada waktu petang, dan Local DJ Night sebagai acara kemuncak malam. Larian santai 5KM masih dibuka untuk penyertaan, manakala kategori Fun Walk 3KM telah habis dijual. Kemuncak malam pula bakal menampilkan barisan DJ tempatan berbakat seperti DJ MIA, DJ DEVO WAYNE, DJ ALIPH, DJ ASAP, DJ ALIPP, DJ FAZZ dan DJ SYAZA, selain DJ LOLLIPOP (Lawrence Anthony), pemegang rekod Malaysia’s Youngest DJ oleh Malaysia Book of Records.

Acara ini turut menerima sokongan daripada jenama seperti Kopi Dua Darjat, F&N (100PLUS), Park Inn Hotel by Radisson dan MAEPS Serdang. Pengunjung dan usahawan juga berpeluang memenangi hadiah menarik melalui cabutan bertuah termasuk Roerdum Watch, Park Inn Room Voucher, Smart TV dan hamper. Selain tiket harian, tiket kombo untuk R&B & Hip-Hop Picnic dan Local DJ Night ditawarkan pada harga RM120.

DJ ALIPH

Shasha menyatakan harapannya agar Infinity Vibes Fest berkembang menjadi festival tahunan terbesar dalam kategori kopi, dessert, muzik urban dan fun run. “Kami mahu terus menyokong pengusaha kecil dan membina komuniti gaya hidup yang positif,” katanya. Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, pengunjung boleh melayari www.infinityvibesfest.com atau menghubungi hotline +6011-3300 0017.

DJ MIA
DJ MIA