HONOR Magic V5 Catat Rekod Ketebalan Hanya 8.8mm, Peluang Terhad Daftar Beta Malaysia

HONOR, jenama teknologi global yang terkenal dengan inovasi terkini, hari ini mengumumkan pencapaian luar biasa melalui pelancaran rasmi telefon boleh lipat terbaharunya, HONOR Magic V5. Telefon pintar flagship ini mencipta rekod baharu sebagai telefon boleh lipat paling nipis di dunia, dengan ketebalan hanya 8.8mm apabila dilipat, mengatasi model terdahulu, HONOR Magic V3 yang berukuran 9.2mm.

Walaupun direka lebih nipis, HONOR Magic V5 kekal unggul dari segi prestasi, dengan pengekalan kekuatan perkakasan, kecekapan kuasa, dan pengalaman pengguna yang tiada tandingan. Ini membuktikan bahawa ketipisan tidak mengorbankan keupayaan, malah memberikan nilai tambah kepada pengguna yang mahukan telefon pintar bergaya dengan fungsi multitugas yang hebat.

HONOR Magic V5 Bakal Dilancarkan di Malaysia!
Dengan sambutan hangat yang diterima dalam talian, HONOR dengan sukacitanya mengesahkan bahawa HONOR Magic V5 akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi. Peranti ini sesuai untuk pengguna yang menghargai gabungan antara rekaan elegan dan teknologi boleh lipat yang serba canggih.

Ketipisan Magic V5 yang setanding ketebalan syiling 50 sen memudahkan pengguna untuk membawa telefon ini ke mana-mana dengan mudah, sama ada dalam poket, beg tangan, atau pouch, tanpa rasa berat dan tebal seperti telefon boleh lipat lain. Selain itu, telefon ini menyokong pengalaman multitugas yang lancar serta kecekapan kerja yang lebih baik memberikan pengguna rasa seperti menggunakan telefon pintar konvensional dengan kelebihan teknologi terkini.

Daftar Sebagai Beta Experiencer Sekarang!
HONOR mengajak semua peminat teknologi di Malaysia untuk menjadi antara yang pertama merasai pengalaman menggunakan HONOR Magic V5 melalui Program Beta Experiencer. Program ini menawarkan peluang eksklusif untuk mencuba, menguji, dan memberi maklum balas secara langsung tentang peranti baharu ini semasa fasa pembangunan.

Pendaftaran dibuka mulai hari ini di laman web rasmi HONOR Malaysia. Peserta yang terpilih akan dihubungi untuk penyertaan lanjut.

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada revolusi telefon boleh lipat yang menakjubkan ini!