HONOR terus melakar sejarah dalam dunia teknologi dengan memperkenalkan Siri HONOR 400, peranti pertama di dunia yang hadir bersama teknologi AI Image To Video, hasil kerjasama strategik bersama Google Cloud. Di saat jenama lain masih tertumpu pada suntingan foto biasa, HONOR mengambil langkah besar dengan memperkenalkan keupayaan AI yang mampu menghidupkan imej pegun kepada video berdurasi lima saat.
AI dalam Siri HONOR 400 bukan sekadar mengedit gambar, tetapi memahami detik dan emosi di sebalik setiap imej. Melalui ciri AI Image To Video, pengguna boleh memilih gambar kegemaran dan menukarkannya kepada video pendek dalam format 16:9 atau 9:16, menjadikan setiap memori lebih hidup dan bermakna.
Bayangkan sekeping gambar kenangan lama bersama ibu atau anak anda kini boleh ‘bergerak’ semula, mencetuskan nostalgia dan perasaan yang tidak mampu digambarkan dengan kata-kata. Inilah revolusi dalam penceritaan visual yang sebenar.
Teknologi ini membuka pintu kepada pelbagai kenangan untuk dihidupkan semula. Sama ada gambar nenek dari tahun 1950-an, lukisan imaginasi anak kecil, atau saat bayi anda tersenyum buat kali pertama – semuanya kini boleh dijelmakan semula dalam bentuk video yang menyentuh jiwa. Malah, HONOR turut merancang pelancaran kempen khas sempena Hari Ibu yang menampilkan teknologi ini sebagai penghargaan kepada setiap detik berharga.
Siri HONOR 400 juga dilengkapi dengan pelbagai alat penyuntingan AI bertaraf profesional seperti AI Eraser, AI Cutout, AI Outpainting, AI Upscale dan Moving Photo Collage. Ciri-ciri ini membolehkan pengguna mengedit, memperluas, memadam atau menambah elemen dalam foto dengan mudah – menjadikan HONOR 400 sebuah studio kreatif dalam poket anda.
Dari segi rekaan, Siri HONOR 400 menampilkan gaya elegan yang diinspirasikan daripada keindahan alam semula jadi. Model HONOR 400 Pro hadir dengan sistem tiga kamera yang memukau, manakala model standard menampilkan reka bentuk dua kamera yang ringkas tetapi bergaya.
Warna yang ditawarkan juga menyerlahkan keunikan reka bentuknya. HONOR 400 Pro bakal ditawarkan dalam pilihan warna Lunar Grey, Tidal Blue dan Midnight Black, manakala HONOR 400 pula dalam warna Desert Gold, Tidal Blue dan Midnight Black.
HONOR akan mengumumkan tarikh pelancaran rasmi Siri HONOR 400 dalam masa terdekat. Untuk maklumat terkini, ikuti laman Facebook rasmi HONOR Malaysia dan layari laman web rasmi di www.honor.com/my