Konsert “For You Nourul” Kini Berlangsung pada 30 Mei 2026, Membuka Lembaran Baharu Kehidupan Nourul Depp

Penjadualan semula konsert “For You Nourul” ke 30 Mei 2026 bukan sekadar perubahan tarikh, tetapi mencerminkan perjalanan baharu dalam kehidupan Nourul Depp sebagai artis dan usahawan. Lebih menarik, konsert ini kini dianjurkan sepenuhnya oleh syarikat miliknya sendiri, ND Entertainment, selepas mengambil alih penganjuran daripada pihak terdahulu.

Nourul menjelaskan bahawa keputusan ini hadir daripada keinginan untuk meningkatkan standard diri serta memahami keseluruhan proses penganjuran konsert secara lebih mendalam. Baginya, “For You Nourul” bukan sekadar pentas nyanyian, tetapi sebuah platform pembelajaran dan transformasi diri. Dalam masa sama, beliau kini menggalas pelbagai peranan sebagai penyanyi, penganjur, usahawan, isteri dan wanita yang berdepan cabaran kehidupan.

Di sebalik kesibukan tersebut, Nourul meluahkan rasa syukur terhadap sokongan suami dan pasukan ND Entertainment yang sentiasa menjadi tulang belakang kekuatannya. Setelah hampir 15 tahun memberi fokus kepada keluarga dan perniagaan, konsert ini menjadi simbol kebangkitan semula dirinya dalam industri muzik. Dengan semangat baharu, Nourul bersedia menghadirkan sebuah persembahan yang bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga penuh makna dan inspirasi.

Masih belum dapat tiket? Jangan risau! Tiket “For You Nourul” masih tersedia dengan pilihan harga RM198 (Sehati Sejiwa), RM298 (Cinta Azali), RM328 (Keliru), RM388 (Kerana Terluka) hingga RM6,000 untuk VIP Box.

Boleh terus grab tiket melalui laman rasmi Ticket2U sebelum habis!

Jadi, cepat-cepat lock tarikh dalam kalender — 30 Mei 2026, jam 8.00 malam. Jumpa Nourul Depp secara live di Zepp Kuala Lumpur!