Category: Event

  • Pengusaha Kosmetik Alha Alfa Hasilkan Single Dengan Zara Zya

    Di restoran eksklusif The Roomah Publika, Dato’ Sri Alha Alfa, figura terkemuka dalam bidang kecantikan negara, mengadakan sidang media istimewa untuk mengumumkan agenda terkini.

    Sebagai pemula bicara “Syukur Alhamdulillah, pertama sekali terima kasih buat kesemua rakan media dan teman-teman artis dan yang sudi hadir pada sidang media pada hari ini.

    “Selain giat menjalankan pelbagai aktiviti bersempena Anugerah Juara Lagu Ke-38 (AJL38) sebagai penaja utama, ‘Title Sponsor’ bagi konsert Mahalini pada Februari tahun hadapan, ‘Year End Sale’, keluaran terbaharu Alha Alfa Cosmetics, saya juga teruja untuk membuat beberapa pengumuman istimewa buat semua.

    Gradient Lips Edition

    Produk Alha Alfa kini berada di awan biru melalui kolaborasi sulungnya bersama syarikat penerbangan Air Asia Shop melalui produk terbaharu iaitu Lip Matte Gradient Lips Edition.

    Malaysia Book of Records (MBR)

    ‘Jenama’ Alha Alfa Cosmetics turut melakar sejarah dengan mencatat rekod memasuki MBR sebagai Highest Latitude Cosmetic Demonstration (Demonstrasi Kosmetik Latitud Tertinggi), serta pemegang rekod bagi kategori ‘individu’, Yang Berbahagia Dato’ Sri Alha Alfa sendiri untuk gelaran yang sama, Highest Latitude Cosmetic Demonstration.

    Perfume Alha Alfa (AA) X Umie Aida

    Alha Alfa Cosmetics juga berbangga memperkenalkan keluaran terbaharu minyak wangi eksklusif bersama primadona filem Melayu, Datin Seri Umie Aida, Perfume AA X Umie Aida, dan juga rangkaian Perfume AA sendiri.

    Single ‘Cinta Agung’ feat. Zara Zya

    Mungkin ramai yang tidak sedar di luar sana, Dato’ Sri Alha Alfa mempunyai bakat dalam bidang nyanyian dan pernah menghasilkan single sebelum selain pernah berduet, katanya, “Idea disebalik penghasilan single ini timbul secara santai, secara jujurnya saya tidak mempunyai tujuan khusus untuk menghasilkan lagu ini. Dan untuk pengetahuan semua, saya dan Zara Zya gemar berkaraoke, kami mempunyai beberapa kenalan rapat yang digelar ‘geng karaoke’, dan kebetulan juga, saya berkawan baik dengan Yuka Kharisma yang merupakan seorang penyanyi dan komposer terkenal. Pernah saya berseloroh meminta beliau menciptakan sebuah lagu dan tanpa diduga Yuka beritahu beliau telah menyiapkan sebuah single untuk saya, lantas saya terima pelawaan tersebut dan mengajak Zara Zya untuk berduet bersama. Hakikatnya lagu ini sudah pun dihasilkan hampir setahun yang lalu. Kini, tiba masa kami luncurkannya.

    Alha Alfa Cosmetics (AAC) Mendunia

    Keberadaan jenama AAC sudah pun menembusi pasaran antarabangsa, selain negara Singapura dan Brunei, produk AAC mempunyai peminat setianya di bumi Indonesia. “Berdasarkan DM (mesej terus) yang diterima, AAC mendapat tempat di hati pengguna Eropah dan Timur Tengah, mereka memuji kualiti produk kami malah meminta membuka cawangan di sana, tetapi pada tahun hadapan kami akan mula beroperasi secara rasmi di Indonesia.

    Diari Hati Dato’ Sri Alha Alfa

    Sebagai seorang usahawan kosmetik berjaya yang kini boleh dianggap sebagai selebriti, “Saya hanyalah seorang usahawan biasa dan masih banyak lagi yang saya harus pelajari. Hakikatnya, saya tidak mempunyai yang ‘niat khas’ untuk menampilkan ‘sisi lain Alha Alfa’, apa yang saya lakukan hanyalah bertujuan memeriahkan lagi industri hiburan tanah air.

    “Mengenang kembali permulaan sebagai seorang MUA (jurusolek artis), ramai rakan selebriti yang memberi sokongan, kepercayaan mereka berikan tidak mampu saya balas. Oleh itu, saya beranggapan, dengan cara menaja anugerah-anugerah seperti AJL38 dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) merupakan cara saya mengungkapkan terima kasih kepada sebuah industri yang amat bermakna kepada saya.

    “Sebagai contoh, penghasilan single bersama Zara Zya ini merupakan penghargaan saya terhadap beliau yang banyak membantu dan memberi sokongan sebagai seorang sahabat, biarlah ia diabadikan menerusi sebuah karya yang indah.

    “Saya seorang yang sukakan cabaran, tetapi saya sendiri tidak berani untuk melakukannya. Namun apabila diasak oleh rakan-rakan terdekat, saya akan menyahut cabaran tersebut.

    “Fokus utama saya kini adalah Alha Alfa Cosmetics (AAC), dengan memastikan jenama kami dapat bersaing dengan jenama antarabangsa yang terlebih dahulu bertapak di industri kita.

    “Dengan momentum yang ada pada jenama AAC, saya dan keluarga besar Alha Alfa Rich Legacy (AARL) berimpian untuk meletakkan AAC ebagai jenama kecantikan nombor satu di pasaran Malaysia.

    “Dan andai benar kini saya dilihat sebagai seorang selebriti, mudah-mudahan saya dikenali dan diingati kerana kehebatan produk kosmetik yang saya hasilkan, dan inilah perancangan masa hadapan saya.

  • WATSONS 1ST PREMIUM STORE LAUNCH AT WATSONS EXCHANGE TRX

    The launch of Watsons Malaysia’s new premium shop at The Exchange TRX is a great pleasure for the top health and beauty retailer in the nation. With more than 700 outlets throughout Malaysia, this enlarged layout presents a novel design idea that skillfully combines multiple experience-led zones with offline and online (O+O) services.

    “We are incredibly excited to introduce a lifestyle health and beauty shopping experience that aligns with the Exchange TRX mall’s concept. The new store is specifically crafted to offer our young and trendy customers a unique lifestyle shopping experience while remaining attuned to the dynamic needs of our customer base. As part of our commitment to staying on trend, we consistently strive to introduce new, high-quality brands and products from around the world into our stores.” said Caryn Loh, Managing Director of Watsons Malaysia and Regional Exclusives Director of Watsons International.

    The new design features a more spacious design and vibrant colour schemes enhancing the overall shopping experience. The store also showcases a diverse array of brand-new products, enhancing the shopping experience for health and beauty enthusiasts, and making it not only enjoyable but also interactive.

    Customer will have the unique opportunity to experience their favourite merchandise at their leisure via the wide range of samples and testers in designated areas around the store. Numerous experience-led zones including a trending W table for product testing, an elevated cosmetic area, a trending health care zone, the salon at home products, a premium bath range, exclusive K-Beauty, and first-ever K-pop merchandise and many other offerings are available in this new store. On top of that, this new store is also equipped with beauty experts and health advisors to provide attentive services of beauty and health advice to each customer.

    Caryn added, “Our promise to our customers is to make them Look Good, Do Good and Feel Great. With consumer demands ever-changing, Watsons strives to stay ahead of the curve, providing our customers with a hassle-free, convenient, and value-added shopping experience.”

    Also present at the grand opening is Mr Trevor Hill – General Manager of The Exchange TRX Mall Lendlease; the Watsons management team & business partners, the Ambassador of Watsons Malaysia, Phei Yong, and Watsons’ Celebrity Friends.

    Commemorating this grand opening, from 4 – 10 January, members get to enjoy an extra 5% off with minimum spend, daily gifts with purchase, members lucky draw, free makeup and health check and many more. Terms and conditions apply.

    Visit the Watsons store at the Exchange TRX at C.04.0 Level Concourse or find out more at Watsons.com.my and get daily highlights from Watsons Malaysia’s Facebook and Instagram.

  • Tamasya Anak Muda: “Moderen Bukan Erti Kebaratan, Tradisi Tidak Bererti Kolot”

    Tamasya Anak Muda, gelombang revolusi budaya di Jiospace, Petaling Jaya pada 5-6 Januari 2024. Festival tidak hanya tawarkan muzik, tetapi juga gabungkan seni, budaya, dan aktiviti komuniti dengan semangat kerakyatan moden. Slogan mereka, “moderen bukan erti kebaratan, tradisi tidak bererti kolot,” jadi titik pertemuan antara tradisi dan kekinian. Seni warisan budaya dan kerakyatan tetap moden dan relevan dalam zaman ini jika jiwa rakyat terus jadi intisari dan pusatnya.

    Festival ini menyatukan pelbagai bakat-bakat tempatan dalam satu platform. Di atas  pentas, pengunjung akan disajikan dengan persembahan langsung daripada artis-artis  dan kumpulan ternama seperti Leaism, Amir Jahari, Arish Mikael, Pitahati, Margasatwa,  Satwo, Iqbal M., Fazleena & The Lasykar, dan Jemput Dengar (DJ). Malah, para  pengunjung juga akan mendapat peluang emas untuk menyaksi dan mengamati sebuah  ‘pengalaman’ muzik dan persembahan oleh seniman legendaris M.Nasir di atas pentas  Jiospace pada hari tersebut.

    Tamasya Anak Muda bukan hanya sekadar pesta muzik. Di perkarangan luar, terdapat  Tamasya Sunburst Marketplace yang menyajikan jenama-jenama terkemuka, kedai-kedai  unik, serta instalasi seni yang menarik. Pengunjung juga akan diajak untuk menikmati  alunan muzik busking di acara tersebut, yang tidak hanya memainkan lagu-lagu arus  perdana, tetapi membawa tema-tema kerakyatan dan tradisi juga.

    Tamasya Sunburst Marketplace yang akan diadakan pada dua-dua hari tersebut di perkarangan luar festival ini boleh diakses secara percuma kepada para pengunjung. Bagi  peminat konsert yang akan diadakan pada Sabtu, 6 Januari sahaja, tiket boleh didapati  dengan harga RM207. Diskaun istimewa akan ditawarkan pada harga RM177 yang akan  mula dijual dari 9hb Disember (3pm) hingga 15 Disember (12am).

    Tamasya Anak Muda dianjurkan oleh Luncai Emas, sebagai pengurus acara utama,  bersama rakan-rakan kongsi seperti Sunburst Store yang bertanggungjawab dalam kurasi  Tamasya Sunburst Marketplace, Mercy Malaysia sebagai NGO yang mengumpul derma  buat mangsa-mangsa tragedi di Palestin, SIAR dalam penganjuran aktiviti-aktiviti, Fung  Keong dan sebagainya. Tamasya Anak Muda juga telah disokong oleh Yayasan Hasanah  dan ArtsFAS, yang turut serta menjayakan festival ini.

    Tentang Tamasya Anak Muda

    Tamasya Anak Muda merupakan pintu kepada revolusi budaya yang diilhamkan oleh seni  dan muzik. Ia meraikan kepelbagaian dan perpaduan antara tradisi dan kekinian dalam  satu platform untuk menggerakkan minda generasi muda.

    Untuk maklumat lanjut mengenai acara ini serta pembelian tiket, sila layari www.jiotix.asia .

    Sila gunakan #TamasyaAnakMuda dalam media sosial untuk berkongsi pengalaman  anda!

  • Animenia 2024 will take place at Jio Space in Petaling Jaya

    Extending herself beyond her customary comfort zone, internationally recognised and honoured Malaysian composer and producer Sharon Paul is set to take a new turn with the launch of Animenia 2024, her most ambitious, colourful, and vivid musical composition to date.

    This was revealed to esteemed members of the media during a well-attended press conference which was held at the Concourse in Sungei Wang Plaza in Kuala Lumpur, this morning.

    With the trust and significant funding by MyCreative Ventures, and the complete support by the Ministry of Communications & Digital, ANIMENIA 2024, is set to be staged at Jio Space in Petaling Jaya on 3rd & 4th February 2024.

    Founded by award winning Malaysian composer and producer Sharon Paul, and with technical input from industry heavyweight Jennifer Thompson, the anime-themed orchestral concert and cosplay gathering is expected to be one of the most notable events of 2024. 

    Among the featured artistes that will grace the stage at ANIMENIA 2024 include Rina Hime, Asmidar, Riko SOG, Ariel Fesol and Nuim Mubarrak. Also to be featured will be professional prop maker and renowned cosplayer Abudora.

    Animenia 2024 which focuses on fusing together music and the Cosplay community while celebrating anime from around the world, will feature a 48-piece ensemble consisting of an orchestra, 4 traditional music instruments, choir by Elcoro Ensemble and a backing band, along with the Malaysian artistes. Animenia 2024 with its attractive themes and innovative ideas, will have activities for the whole family, from ages 9 onwards. More than 3,000 anime and music fans are expected to attend the festival over the two-day period.

    Animenia 2024 will be spread over 2 days and will also see a variety of activities including an ACG exhibition & bazaar featuring cosplay products and  food, various competitions that include costume, cosplay skits, dance, anisong and Mobile Legends, and will end with a tea dance featuring several prominent DJs.

    Sharon Paul who is the owner of Musicwerks Studio and Werkit Records will also be Animenia 2024’s musical director. She is a Berklee graduate and has vast experience writing for television, animation, films and songs. Her vision for the company is to create good music, influence and educate the next generation to achieve their aspirations.

    Acting as stage and technical producer for Animenia 2024 will be Jennifer Thompson, better known in the industry as “Kak Jen”. She has been in music scene for more than 30 years, and was the General Manager for Persatuan Akademi Industri Music Malaysia (AIM) for 15 years. She also produced “Anugerah Bintang Popular” (the Malaysian “People’s Choice Award”) for 9 years. Using her knowledge and her experience of the music scene, she will be overseeing the entire technical production for the concert.

    Conducting the orchestra is MK Ridzuan, a renowned musician in a symphony orchestra, mainly as an oboist.  MK Ridzuan ventured into traditional music as a flute, serunai and gendang player. His debut performance as a traditional musician was in Middlesex and Cambridge, in the United Kingdom, performing Mak Yong and Ghazal songs.

    Animenia 2024 will be project managed by 10-year film industry veteran Aishah who has been with Primeworks Studios for 9 years. Besides content creation and producing, she has also been involved in the biggest TV station programs including Anugerah Juara Lagu, Anugerah Skrin, Anugerah Bintang Popular and the Lazada Concert. She also coordinated with Royal Protocol Malaysia for the 8th Asean Textiles Symposium, together with the Raja Permaisuri Agung and recently became the Project Manager for the SOG’s Reimaginasi concert.

    Also supporting Animenia 2024 with his knowledge and experience will be Abdullah Othman, better known as Abudora. He has been making props not just for cosplay, but various other fields such as event roadshows, corporate branding and films. He also appeared as one of the judges in the iFlix’s 2019 TV show, Cosplay Heroes.

    Animenia 2024 will be hosted by renowned Malaysian cosplayer, J-Rock enthusiast and vocalist Hsachiko (read as Sa-Chi-ko).

    Tickets for Anime 2024 can be purchased at: ticket2u.com.my

  • MyCEB MENGIKTIRAF PERANAN PENTING YANG DIMAINKAN OLEH RAKAN MEDIA DALAM INDUSTRI ACARA PERNIAGAAN

    Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB) menganjurkan satu majlis makan petang untuk menghargai pihak media yang berkepentingan kepada Biro di atas sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi sepanjang perjalanan yang menyaksikan perubahan dan cabaran dalam industri acara perniagaan.

    Majlis makan petang yang dikenali sebagai Sesi Suai Mesra MyCEB Bersama Media: Sejuta Hubungan, Satu Cerita tersebut, telah dihadiri oleh 60 orang wakil kehormat daripada media terkemuka.  Sempena jamuan petang penghargaan tersebut, MyCEB mengambil kesempatan untuk mengalu-alukan dan memperkenalkan YBhg. Dato’ Roslan Tan Sri Abdul Rahman, Ketua Setiausaha bagi Kementerian Pelancongon, Seni dan Budaya (MOTAC) merangkap Pengerusi MyCEB, dan Ketua Pegawai Eksekutif, YBrs. Encik Azman Haji Tambi Chik.  Majlis sambutan yang mesra tersebut menyaksikan Dato’ Roslan dan Encik Azman menyampaikan ucapan alu-aluan, ucapan pembukaan dan memperkenalkan langkah yang diatur untuk usaha-usaha Biro pada masa hadapan.

    Petang ini menandakan detik penting dalam mengiktiraf peranan penting yang dimainkan oleh media dalam kejayaan dan daya tahan industri acara perniagaan.  Kami amat berterima kasih di atas sokongan media, dan kami juga berharap agar dalam peranan baharu kami, kami akan terus menerima dedikasi yang tidak berbelah bahagi, liputan yang berwawasan dan semangat kerjasama media di saat kami mengorak langkah dalam mengemudi perjalanan yang mengujakan pada masa hadapan,” kata Dato’ Roslan.

    Acara petang ini jelas menggambarkan penglibatan pihak kami yang bersungguh-sungguh dengan rakan media kami.  Sesungguhnya, ia boleh disimpulkan sebagai seribu hubungan yang terjalin oleh kisah-kisah hebat yang disampaikan melalui satu mesej utama, iaitu untuk mengukuhkan Malaysia sebagai magnet untuk acara perniagaan antarabangsa, yang disokong oleh MyCEB dan pemain industri kami.  Saya amat berterima kasih kepada semua pihak penerbitan yang hadir pada petang ini.  Semoga kita dapat meneruskan perkongsian ini, berkongsi naratif yang menarik dan mempromosikan pertumbuhan dan kejayaan acara perniagaan bersama-sama,” sambung Encik Azman.

    Pada acara tersebut, MyCEB mendedahkan bahawa Biro sedang bersiap sedia untuk masa hadapan yang dinamik dalam penglibatan media, dengan mengambil pendekatan pelbagai aspek.  Biro bertujuan untuk memupuk kerjasama dan perkongsian yang lebih kukuh dengan entiti media, dan membayangkan landskap kejayaan dan kecemerlangan yang mampan dalam industri acara perniagaan.  Selain daripada itu, MyCEB bersedia untuk memudahkan lawatan media yang teratur, untuk memupuk persefahaman bersama mengenai tawaran industri.

    Rakan kongsi media akan menikmati pengalaman yang eksklusif, dengan menerima jemputan secara langsung untuk menghadiri program dan acara anjuran MyCEB.  Tambahan pula, MyCEB merancang untuk terlibat dalam perbincangan meja bulat yang berwawasan dengan wakil media, mewujudkan satu platform penting untuk bertukar-tukar pandangan dan idea yang berharga.

    Mencerminkan pencapaian untuk tahun 2023, MyCEB berkongsi jumlah pencapaian nilai PR pada tahun ini sebanyak RM174.8 juta dari Januari hingga kini.  Angka penting tersebut menjadi bukti kepada sokongan dan komitmen oleh media, yang menyumbang kepada daya tahan dan kejayaan industri.

    Meninjau ke hadapan untuk tahun 2024, MyCEB sangat teruja dalam merangkakan program dan aktiviti yang lebih menarik bersama media, sekaligus mengiktiraf media sebagai asas industri.  Dengan sokongan dan liputan yang berterusan daripada media, MyCEB bersedia untuk mengecapi kejayaan, setelah mencapai sebanyak 305 acara perniagaan yang akan diadakan di dalam tempoh 2023 sehingga 2030. Jumlah acara perniagaan yang bakal berlangsung dianggarkan bakal mengalu-alukan hampir sejuta orang delegasi antarabangsa dan tempatan.

  • MAMPUKAH PENDEKAR AWANG MENYAINGI KUTIPAN MAT KILAU?

    Tanggal 12hb Disember 2023, telah berlangsungnya pelancararan treler, OST dan merchandise eksklusif filem kami yang ke-2 berjudul Pendekar Awang Darah Indera Gajah. yang dirasmikan oleh STUDIO KEMBARA sendiri. menurut mereka yang terlibat, InshaAllah filem ini akan ditayangkan pada 11hb Januari 2024 tertakluk kepada pengesahan daripada pihak Finas.

    Pihak yang terlibat di dalam proses pembikinan filem ini juga ada memberitahu, kami benar-benar mengharapkan filem ini akan mendapat sambutan yang hangat serta dapat menghiburkan para penonton kelak. Sebagaimana yang tuan-tuan telah maklum konsep hiburan yang dibawa oleh Studio Kembara ialah Hiburan Bermanfaat. Kami percaya filem ini ada mutu yang tersendiri dan bukan itu sahaja ia juga membawa mesej-mesej yang bermanfaat, bagus dan yang boleh menyuntik semangat cinta akan tanah air serta inspirasi yang diperlukan pada waktu ini.

    Justeru, musim ini kami menambah nilai sajian kami dan sukacita memperkenalkan tagline baru iaitu Hiburan Bermanfaat Seisi Keluarga. Filem ini sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat sebagaimana tagline.

    Pihak pengurusan studio kembara juga bersama-sama mengajak sidang penonton dan rakyat Malaysia amnya untuk beramai-ramai seisi keluarga menonton filem ini. Sukacita kami mencadangkan untuk jadikan filem ini sebagai 1 acara santai keluarga atau acara hari bersama keluarga, beramai-ramai mengukuhkan silaturahim dan ukhwah persaudaraan keluarga dengan datang dan berhibur menonton filem ini.

    Kami percaya filem ini sangat berbaloi untuk ditonton, jelas mereka.

    TRELER RASMI

    Treler PENDEKAR AWANG membawa perasaan dan kandungan atmosfer filem kehidupan melalui sebuah lagu yang penuh dengan maksud tersirat selari dengan konten filem PENDEKAR AWANG.

    MERCHANDISE EKSKLUSIF UNTUK PEMINAT SETIA

    Kami juga ingin memperkenalkan rangkaian merchandise rasmi PENDEKAR AWANG untuk peminat setia kami dengan kerjasama strategik bersama KUMPULAN MALAKAT. Dari pakaian hingga barangan koleksi, setiap item direka khas untuk filem ini. Merchandise boleh didapati di kedai dalam talian kami di platform malakat.com selepas pelancaran dengan membuat pembelian secara Preorder.

  • ASEAN FESTIVAL 2023: CELEBRATING YOUTH ACHIEVEMENTS

    The ASEAN Festival 2023 commenced its third day by introducing the ASEAN Festival 2023: Celebrating Youth Achievements at the LaLaport Bukit Bintang City Centre, Kuala Lumpur. In conjunction with the ASEAN festival, Youth Achievement Records (YAR), also organized by GenYouth will be held to acknowledge the accomplishments of young individuals from various ages and backgrounds. It aims to foster a sense of unity and pride among the ASEAN nations while highlighting the achievements of their young citizens.

    The festival serves as a platform to recognize talent, and contributions from the youth in various fields, including arts, culture, sports, entrepreneurship, and several others. Day 3 of the ASEAN Festival promises to highlight the contributions made by the YAR recipients for their outstanding achievements to the environment, economy, and society worldwide.

    Youth Achievement Records (YAR) is a concept that combines the idea of recognizing and documenting the accomplishments and achievements of young individuals. It aims to record and document their accomplishments in various areas of life. During the YAR presentation ceremony, there will be special performances by the YAR recipients and a fashion show and magic show by ALIST Academy Malaysia, followed by performances by fellow embassy attendees.

    YAR Recipients at ASEAN Festival:

    1. Crystal Ong Shir Ching (王雪晶) – “Youngest in Malaysia to Release a Music VCD at 9 years old and Publish a Photo Album at 11 years old”
    2. Suki Low Sook Yee – “The inaugural winner of the First Million Ringgit Prize in Malaysia’s Pioneering Reality Singing Competition, ‘8TV’s ONE in a MILLION’ (September 2006)”
    3. Coach Low Jia Cheng and Esports Team – “First Malaysian team to win an eSports medal in Asian Game 2022 in China”
    4. Coach Low Jia Cheng and Esports Team – “First Malaysian team to win an eSports medal in SeaGame 2021 in Vietnam”
    5. Ms. Chelsea Lee Ning – “The First and Youngest Asian woman to complete a 33-kilometer ultra-marathon swim in France (19 years old)” and “The Fastest Female to swim in France’s longest non-stop open water marathon – Le Flow Des Gabarriers 2023 in France (7 hr 24 min)”
    6. Ainsley Tiew Lee Sin – “First Malaysian Honored with the ‘Ten Outstanding Young Persons of the World Award’ for Exceptional Contribution to Children, World Peace, and /or Human Rights”
    7. Jinv Wong Vui Wei – “First pop music educator in Malaysia with four (4) academic degrees”
    8. Jeryl Lee Pei Ling 李佩玲 – “First Malaysian to Emerge as the Champion in the Chinese Variety Show ‘The Next 2023.”

    The ASEAN Festival 2023: Celebrating Youth Achievement is not only a celebration but also an opportunity for fostering collaboration, and cultivating a sense of pride and unity among the ASEAN youth. By recognizing and showcasing their achievements, the festival aims to create a positive and empowering environment that supports the growth and development of young individuals in the ASEAN region.

  • ASEAN FESTIVAL CASHLESS DAY EXTRAVAGANZA 2023: A MULTIFACETED CELEBRATION OF CULTURE, CUISINE, AND ENTERTAINMENT

    Officially opening in LaLaport Bukit Bintang City Centre, a premium position in the heart of Kuala Lumpur, was the ASEAN Festival Cashless Day Extravaganza. The event featured a wide range of cultural diversity and aimed to highlight the varied cultures and customs within the Association of Southeast Asian Nations (ASEAN). The goal of the Cashless Day Extravaganza is to raise awareness of cashless payment methods and expand financial inclusion in the ASEAN area, both of which enhance the security, convenience, and effectiveness of financial transactions.

    Day 2 of the festival began by showcasing the colors of Malaysia along with various cultural performances by Thailand, Indonesia, Vietnam, and Timor-Leste. The festival organizers aim to create a truly inclusive and immersive experience unlike any other. It was safe to say the festival was infused with a myriad of cultures and experiences. Guests were also shown an exclusive VIP Tour of ASEAN Festival Market, ASEAN Travel Fair & ASEAN Embassies along with a more intimate gathering for sponsors during their unplugged session.

    Within the ten members of ASEAN present, the festival serves as a platform for showcasing the convenience and benefits of cashless payments, encouraging businesses as well as governments to adopt modern digital payment methods internationally. The main factor that builds into the trust of cashless payments would be the security measures, safe transaction processes, and advantages in creating more for the user.

    Governments from the ASEAN countries recognize the importance of transitioning to cashless societies, and the support from the ASEAN regions enables the growth of the environment for cashless payments. By fostering partnerships within those government bodies, the festival aims to drive innovation, improve interoperability between different payment systems, and create a seamless cashless payment ecosystem across the ASEAN countries.

    With 100 booths from food and drinks to authentic art and craft products, there is something to satiate every appetite. Witness the world on one stage with various performances and the chance to win lucky draw prizes. Collect the stamps when participating in the lucky draw to choose one door gift from the organizer’s booth. Join the lucky draw session to win fantastic prizes of Vanzo perfume sets, food or cash vouchers, razor gadgets, and many more.

    Overall, the ASEAN Festival Cashless Day is a groundbreaking initiative that actively promotes and encourages the adoption of cashless payments, and supports the vision of a digital and financially inclusive ASEAN region. Through this collective effort, the ASEAN Festival Cashless Day paves the way for a future where digital transactions become the norm, empowering individuals, businesses, and governments to fully embrace the transformative power of cashless payments.

     

  • FESTIVAL ASEAN 2023 : MEMERIAHKAN PENCAPAIAN BELIA

    Kuala Lumpur, 2 Disember 2023 – Festival ASEAN 2023 tahun ini meraikan pencapaian Belia di LaLaport Bukit BIntang City Centre, Kuala Lumpur. Festival ini sempena Youth Achievement Record (YAR) yang dianjurkan oleh GenYouth yang akan diadakan bagi mengiktiraf pencapaian individu muda  daripada pelbagai latar belakang dan peringkat umur yang berbeza. Tujuannya adalah untuk memupuk semangat perpaduan dan kebanggaan di kalangan negara-negara ASEAN serta menonjolkan pencapaian belia mereka. Ini tanda kita menghargai usaha-usaha anak muda dan pencapaian mereka dalam Festival ASEAN 2023.

     

    Festival ini berperanan sebagai platform untuk mengiktiraf bakat dan sumbangan dari golongan belia dalam pelbagai bidang, termasuk seni, budaya, sukan, keusahawanan, dan banyak lagi. Hari ke-3 Festival ASEAN menonjolkan sumbangan yang dibuat oleh penerima YAR untuk pencapaian cemerlang mereka terhadap alam sekitar, ekonomi, dan masyarakat di seluruh dunia.

    Youth Achievement Records (YAR) adalah satu konsep yang menggabungkan idea mengiktiraf dan mendokumentasikan pencapaian individu muda. Ia bertujuan untuk merekod dan mendokumentasikan pencapaian mereka dalam pelbagai bidang. Semasa upacara penyampaian YAR,  persembahan istimewa akan dipersembahkan oleh penerima YAR, pertunjukan fesyen dan pertunjukan silap mata oleh ALIST Academy Malaysia, dan diikuti dengan persembahan oleh peserta kedutaan lain.

     

    Penerima YAR di Festival ASEAN:

    1. Crystal Ong Shir Ching (王雪晶) – “Termuda di Malaysia menerbitkan VCD Muzik pada usia 9 tahun dan Album Foto pada usia 11 tahun”
    2. Suki Low Sook Yee – “Pemenang sulung Hadiah Jutaan Ringgit Pertama dalam Pertandingan Nyanyian Realiti Perintis Malaysia, ‘8TV’s ONE in a MILLION’ (September 2006)”
    3. Jurulatih Low Jia Cheng dan Pasukan Esports – “Pasukan Malaysia pertama memenangi pingat eSukan dalam Sukan Asia 2022 di China”
    4. Jurulatih Low Jia Cheng dan Pasukan Esports – “Pasukan Malaysia pertama memenangi pingat eSports dalam SeaGame 2021 di Vietnam”
    5. Cik Chelsea Lee Ning – “Wanita Asia Pertama dan Termuda yang menyempurnakan ultra-maraton renang sejauh 33 kilometer di Perancis (19 tahun)” dan “Wanita Terpantas berenang dalam maraton air terbuka tanpa henti terpanjang di Perancis – Le Flow Des Gabarriers 2023 di Perancis (7 jam 24 min)”
    6. Ainsley Tiew Lee Sin – “Rakyat Malaysia Pertama Dianugerahkan ‘Anugerah Sepuluh Orang Muda Cemerlang Dunia’ untuk Sumbangan Luar Biasa kepada Kanak-kanak, Keamanan Dunia dan/atau Hak Asasi Manusia”
    7. Jinv Wong Vui Wei – “Pendidik muzik pop pertama di Malaysia dengan empat (4) ijazah akademik”
    8. Jeryl Lee Pei Ling 李佩玲 – “Rakyat Malaysia Pertama Muncul sebagai Juara dalam Rancangan Varieti Cina ‘The Next 2023.”

    The ASEAN Festival 2023: Celebrating Youth Achievement is not only a celebration but also an opportunity for fostering collaboration, and cultivating a sense of pride and unity among the ASEAN youth. By recognizing and showcasing their achievements, the festival aims to create a positive and empowering environment that supports the growth and development of young individuals in the ASEAN region.

    ASEAN Festival 2023: Meraikan Pencapaian Belia bukan hanya sebuah perayaan tetapi juga peluang untuk memupuk kerjasama, dan menanamkan rasa kebanggaan dan perpaduan di kalangan belia ASEAN. Dengan mengiktiraf dan mempamerkan pencapaian mereka, festival ini bertujuan untuk mencipta persekitaran yang positif dan memperkasakan bagi menyokong pertumbuhan dan pembangunan individu muda di rantau ASEAN.

     

  • BAGI MEMGUKUHKAN JARINGAN KESELAMATAN DALAM TALIAN YAYASAN CHOW KIT MENERAJUI USAHA BERSAMA KANAK-KANAK MALAYSIA

    Kuala Lumpur, 28 November 2023 –Yayasan Chow Kit dengan kerjasama rakan strategik membuat majlis tertutup untuk membahaskan hal Perlindungan Kanak-Kanak di Era Digital. Hal ini bertujuan untuk menggerakkan sokongan kukuh terhadap undang-undang yang ketat berkaitan perlindungan kanak-kanak dalam talian. Mereka tekad dan bersemangat untuk melindungi kanak-kanak di Malaysia dengan acara ini. Acara ini juga dimeriahkan dengan kehadiran YB Dato’ Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail dan YB Dato Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat.

     

    Majlis ini mengumpulkan pihak berkepentingan dalam perlindungan kanak-kanak; termasuk wakil jabatan kerajaan, lebih daripada 100 NGO, dan pakar keselamatan kanak-kanak dalam usaha membina perbincangan menyeluruh untuk menanam pemahaman mendalam tentang akibat serius dunia digital terhadap kanak-kanak jika dibiarkan tanpa kawalan. Objektif utama majlis ini adalah merumuskan cadangan dasar yang boleh dilaksanakan, mengukuhkan usaha untuk melindungi kanak-kanak dalam ranah digital.

     

    Yayasan Chow Kit, sebagai entiti yang disokong oleh Kerajaan dan pejuang keselamatan kanak-kanak, mengambil peranan utama dalam meningkatkan kesedaran awam mengenai kekurangan perlindungan yang mengkhawatirkan bagi kanak-kanak dalam landskap digital masa kini. Yayasan Chow Kit gigih berusaha untuk memacu perubahan dasar dan advokasi, menangani isu-isu penting berkaitan keselamatan kanak-kanak, dan bekerjasama untuk melindungi kanak-kanak dari keganasan, penyalahgunaan, pengabaian, dan eksploitasi.

     

    Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan peningkatan kes-kes penderaan kanak-kanak dari 5,858 pada tahun 2020 kepada 6,144 pada tahun 2021 dan 6,770 pada tahun 2022. Antara Januari dan Mei 2023, JKM menangani 2,959 kes. Perlu diingat bahawa sebelum wabak Covid-19, pada tahun 2019, JKM telah melaporkan 6,382 kanak-kanak memerlukan penjagaan dan perlindungan. Data yang tersedia untuk tahun 2021 menunjukkan bahawa daripada 6,144 kanak-kanak yang dilaporkan, 197 ditinggalkan atau tiada ibu bapa, 2084 diabaikan, 1614 diserang fizikal, 1962 diserang seksual, 184 diserang emosi, dan 103 dalam kategori lain.

     

    Matlamat utama majlis ini adalah meningkatkan kesedaran awam mengenai isu mendesak penderaan kanak-kanak dalam talian dengan menggalakkan perbincangan awam di Malaysia. Ini melibatkan usaha-usaha bersama dengan pempengaruh media sosial, pendidik, institusi pendidikan, dan syarikat komunikasi yang mampu mempengaruhi perubahan perilaku dalam dunia yang semakin terhubung secara digital.

     

    UCAPTAMA disampaikan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, yang menyatakan kebimbangan mendalamnya mengenai kes-kes penderaan kanak-kanak. Beliau menekankan komitmen kerajaan untuk melindungi kanak-kanak daripada penderaan, menekankan peranan penting usaha bersama dengan NGO dan organisasi berkepentingan dalam memajukan tekad kolektif untuk melindungi kebajikan kanak-kanak dalam talian.

     

    Acara ini menampilkan perbincangan serta pandangan pakar dari PDRM, MCMC, Cyber Security, dan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang dimoderasi oleh Dr Goh Chee Leong, CEO HELP Tertiary, merangkumi topik-topik kritikal tentang bagaimana organisasi seperti PDRM dan MCMC dapat bekerjasama bagi mempertingkatkan perlindungan kanak-kanak secara dalam talian.

     

    ACP Siti Kamsiah dari PDRM membentangkan perkhidmatan semasa yang ditawarkan oleh unit D11 PDRM kepada mangsa penderaan kanak-kanak, menyoroti rancangan untuk meningkatkan perkhidmatan dan mengalokasikan sumber yang diperlukan dan En Mohd Ali bin Taib, dari Jabatan Kebajikan Masyarakat berkongsi peranan mereka dalam meningkatkan perlindungan kanak-kanak.

     

    Juga dikongsi pandangan mengenai peranan penting media dalam mempromosikan perlindungan kanak-kanak, bersama dengan rancangan masa depan untuk meningkatkan keselamatan dalam talian bagi kanak-kanak oleh Ketua Jabatan Program Komuniti, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, YBrs. Puan Hashimah Hashim.

     

    Dato’ Dr. Hartini Zainudin dari Yayasan Chow Kit menyatakan, “Inisiatif seperti majlis ini penting dalam meningkatkan kesedaran, perubahan dasar, dan mencipta persekitaran yang lebih selamat bagi kanak-kanak dalam talian dan luar talian. Pendidikan memainkan peranan penting dalam mencegah penderaan kanak-kanak.”

     

    Beliau menambah, “Sokongan yang luar biasa untuk majlis ini amat menggalakkan, menandakan keinginan rakyat Malaysia untuk membuat perubahan. Acara ini menandakan langkah penting ke arah memperkukuh usaha melindungi kanak-kanak dari sebarang unsur yang membahayakan kehidupan mereka.

     

    Majlis ini juga menyaksikan penyerahan memorandum yang ditandatangani oleh lebih dari 45 NGO kepada Menteri. Memorandum ini, melambangkan komitmen yang bersatu, diserahkan kepada YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri oleh kanak-kanak Yayasan Chow Kit. Majlis ini adalah bukti kepada kesungguhan dan kerjasama rakyat Malaysia dan Kerajaan untuk mengukuhkan langkah-langkah perlindungan kanak-kanak. Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.yck.org.my