Tamasya Anak Muda, gelombang revolusi budaya di Jiospace, Petaling Jaya pada 5-6 Januari 2024. Festival tidak hanya tawarkan muzik, tetapi juga gabungkan seni, budaya, dan aktiviti komuniti dengan semangat kerakyatan moden. Slogan mereka, “moderen bukan erti kebaratan, tradisi tidak bererti kolot,” jadi titik pertemuan antara tradisi dan kekinian. Seni warisan budaya dan kerakyatan tetap moden dan relevan dalam zaman ini jika jiwa rakyat terus jadi intisari dan pusatnya.
Festival ini menyatukan pelbagai bakat-bakat tempatan dalam satu platform. Di atas pentas, pengunjung akan disajikan dengan persembahan langsung daripada artis-artis dan kumpulan ternama seperti Leaism, Amir Jahari, Arish Mikael, Pitahati, Margasatwa, Satwo, Iqbal M., Fazleena & The Lasykar, dan Jemput Dengar (DJ). Malah, para pengunjung juga akan mendapat peluang emas untuk menyaksi dan mengamati sebuah ‘pengalaman’ muzik dan persembahan oleh seniman legendaris M.Nasir di atas pentas Jiospace pada hari tersebut.
Tamasya Anak Muda bukan hanya sekadar pesta muzik. Di perkarangan luar, terdapat Tamasya Sunburst Marketplace yang menyajikan jenama-jenama terkemuka, kedai-kedai unik, serta instalasi seni yang menarik. Pengunjung juga akan diajak untuk menikmati alunan muzik busking di acara tersebut, yang tidak hanya memainkan lagu-lagu arus perdana, tetapi membawa tema-tema kerakyatan dan tradisi juga.
Tamasya Sunburst Marketplace yang akan diadakan pada dua-dua hari tersebut di perkarangan luar festival ini boleh diakses secara percuma kepada para pengunjung. Bagi peminat konsert yang akan diadakan pada Sabtu, 6 Januari sahaja, tiket boleh didapati dengan harga RM207. Diskaun istimewa akan ditawarkan pada harga RM177 yang akan mula dijual dari 9hb Disember (3pm) hingga 15 Disember (12am).
Tamasya Anak Muda dianjurkan oleh Luncai Emas, sebagai pengurus acara utama, bersama rakan-rakan kongsi seperti Sunburst Store yang bertanggungjawab dalam kurasi Tamasya Sunburst Marketplace, Mercy Malaysia sebagai NGO yang mengumpul derma buat mangsa-mangsa tragedi di Palestin, SIAR dalam penganjuran aktiviti-aktiviti, Fung Keong dan sebagainya. Tamasya Anak Muda juga telah disokong oleh Yayasan Hasanah dan ArtsFAS, yang turut serta menjayakan festival ini.
Tentang Tamasya Anak Muda
Tamasya Anak Muda merupakan pintu kepada revolusi budaya yang diilhamkan oleh seni dan muzik. Ia meraikan kepelbagaian dan perpaduan antara tradisi dan kekinian dalam satu platform untuk menggerakkan minda generasi muda.
Untuk maklumat lanjut mengenai acara ini serta pembelian tiket, sila layari www.jiotix.asia .
Sila gunakan #TamasyaAnakMuda dalam media sosial untuk berkongsi pengalaman anda!