Siri HONOR 400 yang dinanti-nantikan kini mula dijual secara rasmi di seluruh Malaysia, hari ini. Setelah mencatat rekod pratempahan yang mengatasi model-model terdahulu sepanjang tempoh seminggu, Siri HONOR 400 membuktikan popularitinya yang luar biasa di kalangan pengguna tempatan. Kehebatan kamera utama Super Sensing 200MP dan teknologi AI Imaging Generasi Baharu pada siri ini menerima pujian meluas, menjadikannya pilihan utama bagi pencinta fotografi dan pengguna teknologi.
Nikmati pakej hadiah eksklusif bernilai sehingga RM598 dan jam tangan pintar percuma dengan setiap pembelian HONOR 400 Pro (24GB + 512GB) yang ditawarkan pada harga RM2,699 dalam pilihan warna Lunar Grey, Tidal Blue dan Midnight Black. Setiap pembelian model ini turut didatangkan bersama HONOR Choice Watch 2i dan Jaminan Lanjutan 1 Tahun bernilai RM598. HONOR 400 standard pula tersedia pada harga RM1,899 untuk varian 24GB + 256GB dan RM2,199 untuk varian 24GB + 512GB, dalam warna Desert Gold, Tidal Blue dan Midnight Black. Pembeli model standard akan menerima satu set hadiah percuma yang mengandungi HONOR Choice Earbuds X7e dan Jaminan Lanjutan 1 Tahun. Pembelian varian 256GB juga boleh dinaik taraf ke storan 512GB secara percuma. Tambahan lagi, pembelian melalui kedai rasmi HONOR di Shopee, Lazada atau TikTok Shop turut disertakan dengan hadiah jam kecergasan HONOR Band 10, tertakluk kepada stok yang terhad.Siri HONOR 400 yang dinanti-nantikan kini mula dijual secara rasmi di seluruh Malaysia, hari ini. Setelah mencatat rekod pratempahan yang mengatasi model-model terdahulu sepanjang tempoh seminggu, Siri HONOR 400 membuktikan popularitinya yang luar biasa di kalangan pengguna tempatan. Kehebatan kamera utama Super Sensing 200MP dan teknologi AI Imaging Generasi Baharu pada siri ini menerima pujian meluas, menjadikannya pilihan utama bagi pencinta fotografi dan pengguna teknologi.
Nikmati pakej hadiah eksklusif bernilai sehingga RM598 dan jam tangan pintar percuma dengan setiap pembelian HONOR 400 Pro (24GB + 512GB) yang ditawarkan pada harga RM2,699 dalam pilihan warna Lunar Grey, Tidal Blue dan Midnight Black. Setiap pembelian model ini turut didatangkan bersama HONOR Choice Watch 2i dan Jaminan Lanjutan 1 Tahun bernilai RM598. HONOR 400 standard pula tersedia pada harga RM1,899 untuk varian 24GB + 256GB dan RM2,199 untuk varian 24GB + 512GB, dalam warna Desert Gold, Tidal Blue dan Midnight Black. Pembeli model standard akan menerima satu set hadiah percuma yang mengandungi HONOR Choice Earbuds X7e dan Jaminan Lanjutan 1 Tahun. Pembelian varian 256GB juga boleh dinaik taraf ke storan 512GB secara percuma. Tambahan lagi, pembelian melalui kedai rasmi HONOR di Shopee, Lazada atau TikTok Shop turut disertakan dengan hadiah jam kecergasan HONOR Band 10, tertakluk kepada stok yang terhad.

Siri HONOR 400 boleh didapati melalui pelbagai platform utama termasuk HONOR Experience Store, laman sesawang rasmi HONOR, Shopee, Lazada, Harvey Norman, Senheng SenQ dan Urban Republic.
HONOR juga dengan bangganya mempersembahkan Jerayawara Siri HONOR 400 di tiga pusat beli-belah utama iaitu IOI City Mall di Putrajaya, AEON Mall Tebrau City di Johor Bahru dan Queensbay Mall di Pulau Pinang. Jerayawara pertama akan bermula di IOI City Mall dari 4 hingga 8 Jun 2025, memberi peluang kepada pengunjung untuk mengalami kehebatan Siri HONOR 400 secara langsung. Pengunjung juga boleh mendaftar untuk menyertai aktiviti eksklusif Time Machine Studio dan Next-Gen AI Imaging Experience yang mempamerkan teknologi AI Image to Video yang canggih. Teknologi ini membolehkan pengguna menghidupkan semula kenangan lama seperti gambar zaman kanak-kanak atau potret keluarga lama menjadi video MP4 berdurasi 5 saat, mengembalikan nostalgia yang penuh makna.
Selain itu, pengunjung boleh mencuba transformasi kreatif gambar mereka menjadi video imaginatif menggunakan alat penyuntingan AI inovatif seperti AI Cutout dan AI Eraser. Bayangkan anda boleh “dikejar dinosaur”, terapung di udara atau berada di mercu tanda ikonik di seluruh dunia — semua ini boleh dialami di jerayawara tersebut. Pengalaman ini menjadikan jerayawara Siri HONOR 400 satu peluang unik untuk menghidupkan gambar dan kenangan dalam bentuk yang lebih interaktif dan mengujakan.
Bukan itu sahaja, pengunjung juga boleh mendapatkan lakaran potret mereka daripada artis tempatan berbakat menggunakan tablet HONOR Pad 10 yang baru dilancarkan, menambah nilai personalisasi kepada pengalaman jerayawara.
Dengan pembelian mana-mana peranti HONOR bernilai RM1,000 ke atas, pengguna turut berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah eksklusif bernilai keseluruhan RM75,000, termasuk HONOR Choice Robot Cleaner R2, HONOR Choice Earbuds X5, beg pakaian kabin pelbagai fungsi, dan banyak lagi hadiah menarik.
Tarikh dan lokasi jerayawara Siri HONOR 400 adalah seperti berikut: IOI City Mall, Putrajaya dari 4 hingga 8 Jun 2025; AEON Mall Tebrau City, Johor Bahru dari 1 hingga 6 Julai 2025; dan Queensbay Mall, Pulau Pinang dari 16 hingga 20 Julai 2025.
Siri HONOR 400 direka khusus untuk peminat fotografi dan pencerita visual yang menggabungkan kamera bertaraf flagship dengan teknologi AI pengimejan yang inovatif. Kamera utama Super Sensing 200MP disokong oleh OIS dan EIS bagi menghasilkan gambar yang tajam dan jelas. Model Pro hadir dengan tambahan Kamera Telefoto AI 50MP dengan zum sehingga 50X dan OIS, manakala kedua-dua model Pro dan standard menampilkan Kamera Swafoto Potret 50MP yang mampu menghasilkan gambar menakjubkan dari pelbagai sudut.
Dari segi prestasi, Siri HONOR 400 dilengkapi bateri silikon-karbon berkapasiti 6,000mAh, menyokong pengecasan berwayar HONOR Wired SuperCharge 80W atau 100W serta pengecasan tanpa wayar sehingga 50W untuk kuasa yang pantas dan tahan lama. Paparan AMOLED 1.5K dengan kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak HDR sehingga 5,000 nits memberikan pengalaman visual yang memukau. Teknologi penjagaan mata seperti mod Cahaya Biru Rendah, Pemalapan PWM 3840Hz, Paparan Nyahfokus AI dan mod Malam Sirkadia pula memastikan penggunaan yang lebih selesa. Dari aspek ketahanan, model Pro membawa penarafan IP68 dan IP69, sementara model standard memiliki IP65, menjadikan ia sesuai untuk pelbagai situasi dan persekitaran.
Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi HONOR di www.honor.com/my.
Pendaftaran untuk menyertai Time Machine Studio dan Next-Gen AI Imaging Experience boleh dibuat melalui pautan https://www.smartsurvey.co.uk/s/400Series_IOICityMall/. Tempat adalah terhad dan akan ditawarkan berdasarkan siapa cepat, dia dapat.