KUALA LUMPUR, 2026 – Bahang persaingan Anugerah Melodi Terhangat 2026 (AMT2026) semakin terasa apabila jumlah undian kini mencecah 4 juta, sekali gus memperlihatkan sambutan hebat peminat sejak undian dibuka pada 3 September lalu.
Seiring persaingan yang semakin sengit, beberapa nama mula mencuri perhatian berdasarkan jumlah undian yang diterima setakat ini.
Antara 10 calon yang kini berada di kedudukan teratas berdasarkan jumlah undian tertinggi secara keseluruhan ialah Amir Ahnaf & Siti Khadijah, Aisha Retno, Fattah Amin & Amira Othman, Keluarga Datuk Seri Siti Nurhaliza & Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, Zaki Yamani, Aina Abdul, Anna Jobling, Alpha, Meerqeen dan Sophia Albarakbah.
Bagaimanapun, senarai berkenaan masih belum menggambarkan keputusan akhir kerana kedudukan calon boleh berubah selagi tempoh pengundian masih dibuka.
Persaingan dijangka terus menjadi lebih sengit menjelang tarikh tutup undian, dengan peminat masih mempunyai peluang untuk mengubah kedudukan calon pilihan masing-masing menerusi undian yang diberikan.
Undian AMT2026 dibuka sehingga 8 Oktober 2026, jam 9 malam menerusi laman undian rasmi AMT2026.
Setiap akaun Tonton yang berdaftar menerima lima undian, manakala pemegang langganan tiga bulan dan 12 bulan masing-masing memperoleh 2,500 dan 10,000 undian.
Dengan konsep “Fan Power”, peminat berpeluang memberikan sokongan kepada nama pilihan mereka dan membantu menentukan siapa yang bakal menguasai persaingan Anugerah Melodi Terhangat 2026.
Ketika tempoh pengundian semakin menghampiri penghujungnya, kedudukan semasa masih terbuka untuk berubah. Calon yang kini berada di hadapan belum tentu dapat mengekalkan kedudukan mereka sehingga undian ditutup.
Persoalannya, siapakah yang bakal kekal di kedudukan teratas dan siapakah pula yang mampu mencipta kejutan pada saat-saat akhir?
Jawapannya bakal diketahui pada malam kemuncak Anugerah Melodi Terhangat 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 18 Oktober 2026, Ahad, jam 9 malam.
Acara berkenaan akan disiarkan secara langsung menerusi TV3 dan turut boleh distrim melalui Tonton.
Untuk maklumat lanjut serta perkembangan terkini mengenai AMT2026, ikuti laman media sosial rasmi TV3 di Facebook, Instagram, X, Threads dan TikTok menerusi @TV3Malaysia, selain Instagram dan TikTok @MelodiTerhangat.
Laman undian AMT2026: https://vote.tonton.com.my/anugerahmeloditerhangat








