Category: News

  • LIGA SUKAN UNITI KHAS BUAT KELUARGA MALAYSIA

    Sukan diakui secara meluas sebagai salah satu komponen atau tonggak utama dalam menggalakkan keharmonian antara etnik. Sehubungan itu, Liga Sukan UNITI Keluarga Malaysia yang akan berlangsung dari September hingga Oktober 2022 akan dianjurkan oleh Kementerian Perpaduan Negara dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan.

    Terdapat dua (2) jenis sukan yang akan dimainkan: futsal dan bola jaring. Dengan penyertaan 16 Negeri, termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan, kedua-dua sukan ini akan dimainkan di seluruh negara.

    Juara bagi setiap negeri pula bakal berentap di Peringkat Kebangsaan untuk dinobatkan sebagai Juara Kebangsaan.

    Jangan berlengah lagi. Sila hubungi Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di negeri anda secepat mungkin. Anda mungkin mendapat hadiah wang tunai sehingga RM10,000.00.

    Untuk sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi pegawai yang berkenaan sebagaimana tertera di bawah:

    ?) ????? ??????:

    Mohd Zulhilmi bin Mohd Husin

    No. Telefon : 03-8091 8234

    Email : zulhilmi@perpaduan.gov.my

    ?) ????? ???? ??????:

    Puan Noradnin Suhaizan binti Adnan

    No. Telefon : 03-8091 8205

    Email : noradnin@perpaduan.gov.my

    ??????????? ????????? ???????? ????????

  • Hype Night In KL Tampilkan Kolaborasi Penyanyi Tular Indonesia-Malaysia

     

    Selepas kerajaan mengisytiharkan fasa endemik negara, industri hiburan negara kembali hidup dengan pelbagai aktiviti seni dan persembahan teater.

    Tidak ketinggalan beberapa penganjuran konsert berskala besar yang dianjurkan bermula Mei lalu membabitkan beberapa penyanyi terkenal, termasuklah dari luar negara. Sekali gus memberi bayangan sokongan padu peminat masih ada.

    Terbaharu, Konsert Hype Night In Kuala Lumpur 2022 yang dianjurkan oleh NJ Setia bakal diadakan di KWC StarXpo Kuala Lumpur pada 23 Oktober 2022.

    Konsert Hype Night In Kuala Lumpur bakal menampilkan kolaborasi hebat penyanyi dari dua negara Malaysia dan Indonesia. Dari Malaysia, Ezad Lazim, Amir Masdi dan Najwa Latif. Sementara dari Indonesia pula barisan penyanyi yang tular dan mempunyai lebih 15 juta pengikut di media sosial seperti Tri Suaka, Nabilah Maharani, Zidan, Angga Candra dan Valdy Nyok.

    Penganjur NJ Setia berkata, pihaknya mengambil peluang dalam membentuk sebuah konsep persembahan kolaborasi antara influencer Indonesia dan Malaysia yang segar dan sesuai dengan peredaran industri muzik serantau.

    Selaku penganjur konsert ini kami mahu membuka mata banyak pihak. Dengan semangat, tiada perkara yang mustahil, NJ Setia membawa kumpulan penyanyi dari Yogyakarta dan Jakarta, Indonesia untuk berada di atas pentas bersama penyanyi tersohor Malaysia.

    NJ Setia bijak mengambil peluang dalam membentuk sebuah konsep persembahan kolaborasi antara influencer Indonesia dan Malaysia yang segar dan sesuai dengan peredaran industri muzik serantau.

    Konsert Hype Night In Kuala Lumpur juga akan menjadi acara berkumpul bagi influencer, Youtubers dan insta famous meraikan kolaborasi terbaik tahun ini antara penyanyi Malaysia dan Indonesia. Ini adalah pentas persembahan vokal serumpun.

    Menurut pihak penganjur juga, konsert ini adalah ruang terbaik penyanyi dari Indonesia membuktikan kemampuan sebenar mereka untuk menghiburkan penonton dan peminat dari Malaysia, Singapura dan Brunei.

    Bagi penyanyi dari Indonesia, Nabilah Maharani yang popular menerusi lagu Bila Nanti, dia sangat gembira apabila diberi peluang untuk beraksi dan membuat persembahan di Malaysia.

    Sementara itu, Amir Masdi berkata, pemilihannya untuk konsert yang menggabungkan penyanyi Malaysia dan Indonesia ini satu perkara yang unik untuk penonton.

    Dari segi penyanyi pula mereka dapat merasa suasana yang baru di pentas sebab ada penyanyi dari Malaysia dan Indonesia. Jadi, kehadiran kami ini akan memberikan tenaga dan ‘vibe’ yang berbeza. Mungkin cara mereka buat persembahan dan interaksi dengan penonton.

    Mereka juga berpeluang untuk berjumpa penyanyi dari Indonesia untuk bertukar informasi dalam muzik.  Peminat dan penonton yang hadir pada Konsert Hype Night In Kuala Lumpur 2022 nanti bakal disajikan dengan persembahan solo dan duet dengan 18 lagu di bawah pimpinan pengarah muzik Along Exists.

     

    Tiket menyaksikan konsert ini boleh didapati menerusi laman web www.tiket2u.com.my.

  • ERA, SINAR, ZAYAN dan GEGAR Mencari Pemenang Wang Tunai dan Pelbagai Peluang Menarik

    Dapatkan wang tunai dalam ‘Sound Terabur ERA’, ‘Ejaan SINAR’ dan ‘Teka Nasyid ZAYAN’ di udara, serta peluang menyertai ‘Bekwoh & Dikir Hari Malaysia’ bersama GEGAR

    ERA: Sound Terabur ERA

    Teka tajuk lagu di ERA dan berpeluang menang RM200, bermula 12 hingga 23 September di udara

    • Sebaik sahaja isyarat panggilan muncul di udara, pendengar ERA mestilah membuat panggilan dengan pantas.
    • Peserta mesti meneka tajuk lagu berdasarkan sampel bunyi yang disuarakan oleh personaliti ERA Azad Jazmin. Klu jawapan akan disiarkan di Instagram rasmi ERA.
    • Pemain boleh membuat seberapa banyak tekaan yang mereka suka, tetapi mereka mesti dalam masa 10 saat, dan jawapan yang betul akan memperoleh RM200.

    Dapatkan maklumat tentang ‘Sound Terabur ERA’ di laman rasmi dan media sosial ERA.

    SINAR: Ejaan SINAR

    Berpeluang menang sebahagian wang tunai RM7500, dari 12 hingga 23 September di udara

    • Pendengar SINAR perlu menjadi pemanggil terpantas sebaik sahaja isyarat memanggil ke udara.
    • Teka ejaan untuk perkataan yang didengar daripada perakam suara yang dimainkan oleh pendengar SINAR. 
    • Peserta boleh mencari klu jawapan di ‘Facebook Story’ dan ‘Instagram Story’ SINAR.
    • Peserta bersama ejaan yang betul akan memenangi hadiah wang tunai yang bernilai sekurang-kurangnya RM200 untuk setiap pusingan.

    Dapatkan maklumat tentang ‘Ejaan SINAR’ di laman rasmi dan media sosial SINAR.

    ZAYAN: Teka Nasyid

    Teka tajuk lagu nasyid di ZAYAN dan berpeluang menang wang tunai RM150 dari 12 hingga 30 September di udara

    • Pendengar ZAYAN perlu menjadi pemanggil terpantas selepas isyarat memanggil ke udara.
    • Teka tajuk lagu nasyid berdasarkan klip lagu yang dimainkan oleh selebriti ZAYAN dalam tempoh 10 saat.
    • Peserta boleh mendapatkan pembayang di ‘Facebook Story’ dan ‘Instagram Story’ ZAYAN.
    • Peserta bersama tajuk lagu nasyid yang betul akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM150 pada setiap pusingan.

    Dapatkan maklumat tentang ‘Teka Nasyid’ di laman rasmi dan media sosial ZAYAN.

    GEGAR: Bekwoh & Dikir Hari Malaysia

    Semua dipelawa untuk mengambil bahagian dalam ‘Bekwoh & Dikir Hari Malaysia’, pada 16 September di Padang Bola KTM, Kampung Kemangan, Machang, Kelantan

    • Pendengar GEGAR boleh menghantar penyertan dari sekarang hingga 15 September di www.gegar.syok.my 
    • Lengkapkan maklumat peribadi dan nyatakan sebab mengapa ingin menyertai ‘Bekwoh & Dikir Hari Malaysia’ bersama GEGAR. 
    • Penyertaan yang menarik akan menerima pelawaan untuk menyertai bekwoh dan menyaksikan persembahan dikir barat Hari Malaysia daripada Sirat Maharaja dan K Bistari Bukit Panau, dua kumpulan pendikir tempatan. 

    Dapatkan maklumat tentang ‘Bekwoh & Dikir Hari Malaysia’ di laman rasmi dan media sosial GEGAR.

  • Dewa 19 menganjurkan Anniversary Tour tahun ke-30

     

    Ahmad Dhani, pengasas kumpulan itu, sudah pasti akan hadir ketika Dewa 19 membuat persembahan di Malaysia kali ini untuk membantu kumpulan itu dalam menegakkan komitmen dan menjaga ikrarnya.

    Tandakan Tarikh keramat ini dalam calendar anda pada 9 dan 10 September 2022, Axiata Arena, Kuala Lumpur menanti Baladewa dan peminat untuk merayakan kedatangan Dewa 19 yang kali ini hadir untuk menandakan satu lagi momen penting dan bersejarah.

    Hadir dalam rangka Anniversary Tour, 30 Years of Dewa 19, kumpulan yang sudah memulakan tour mereka di beberapa kota di Indonesia ini turut menjadikan Malaysia sebagai negara yang ikut merayakan ulang tahun ke-30 penubuhan mereka.

    ’30 Tahun, 30 Kota, 30 Lagu’ begitu slogan ringkas namun cukup padat yang disampaikan kepada para peminat untuk konsert julung kali ini.

    Dhani malah berjanji dalam 30 lagu tersebut, aka nada banyak rendisi yang tidak pernah serta jarang dipersembahkan dalam konsert mereka selama ini.

    Jika kehadiran Dhani yang menggerakkan Dewa 19 bersama 30 lagu belum cukup menyemarakkan perayaan 30 tahun band asal Surabaya ini, Anniversary Tour, 30 Years of Dewa 19 terus memberi bonus tambahan.

    Kehadiran di Malaysia yang dibawakan oleh Icon Entertainment akan disertai beberapa mantan anggotanya termasuk pemain drum, Tyo Nugros.

     

    Dan yang dinantikan juga buat pertama kali, Dewa 19 menghimpunkan empat vokalis handalan mereka di atas satu pentas.

    Bayangkan bagaimana Ari Lasso melantunkan tembang yang ikonik dengannya sebelum posisi vokalis itu diambil alih oleh Once Mekel dan perjuangan vocal magis kedua penyanyi ini disambung oleh Virzha serta yang terkini.

    Jadi jangan lepaskan peluang untuk merayakan 30 tahun Dewa 19 dengan 30 lagu yang akan menenggelamkan anda dalam nostalgia silam pada tanggal 9 dan 10 September 2022 ini.

    Konsert yang ditunggu-tunggu ramai ini turut mendapat sokongan Hot FM dan Buletin FM selaku radio rasmi serta Astro Gempak selaku digital media rasmi. Kesion Malaysia dan EF Media juga turut memberi sokongan padu terhadap konsert ini selaku rakan media rasmi.

  • AIM23: THE MINISTRY OF COMMUNICATIONS AND MULTIMEDIA MALAYSIA WILL SELECT FOUR MAIN AWARD CATEGORY WINNERS TO RECEIVE THE MUSIC INDUSTRY DIGITAL CONTENT FUND (DKD) WITH A TOTAL OF RM320,000.

    It will be a significant scene for the four winners of the Music Industry Awards’ Best New Artiste, Best Music Video, Song of the Year, and Album of the Year divisions for the 23rd edition (AIM). This is because, for the first time, they will receive the Music Industry Digital Content Fund or DKD from the Malaysian government through the Ministry of Communications and Multimedia Malaysia (K-KOMM) as a form of encouragement and incentive to local music industry practitioners. The DKD money of RM50,000 each for ‘Best New Artiste’ and ‘Song of the Year,’ RM20,000 for ‘Best Music Video,’ and RM200,000 for ‘Album of the Year’ would be awarded to the winners of the selected award categories.

    DKD is one of the government’s key projects for assisting and inspiring new industry practitioners to create, market, and distribute high-value creative material to local and worldwide markets. This demonstrates the Government’s sincerity and commitment to promoting the expansion of the creative industries, especially the music business, which has immense potential as one of the primary pillars of economic growth in the digital age.

    Rosmin Hashim, Chairman of the Recording Industry Association of Malaysia (RIM) and the AIM23 Organising Committee said, “We have just received this good news from K-KOMM and RIM as the organisers of AIM, is very appreciative and grateful for the support given by the Government to the local music industry players. In line with AIM’s goal to improve the quality of creative content, the initiative through DKD to the four winners of AIM’s main categories will be a catalyst for music industry activists to produce high quality and international standard creative content works”.

    For instance, the DKD given to the recipient of the “Best New Artiste” award category might be utilised to create singles of greater quality for the honoree while advancing the artist’s career. A higher-quality music video and new single can be produced thanks to the DKD reward given to the winner of the “Song of the Year” award.

    Furthermore, DKD funds are provided to the champions of the ‘Best Music Video’ and ‘Album of the Year’ award categories to stimulate the production of new albums of great quality and potential for the local and worldwide markets.

    The recording firm will distribute the DKD allotted for the AIM23 winners to the appropriate winners so that the DKD investment has the greatest possible impact and involves a variety of job opportunity chains in the local music industry ecosystem. For more information about AIM, please visit www.aim.org.my.

  • Wajah Baru Minuman Tenaga M-150 Rasmi Dilancarkan

    Kuala Lumpur, 8 September – Hari ini botol reka bentuk lama yang telah digunakan untuk minuman tenaga M-150 sejak 20 tahun lalu telah digantikan dengan reka bentuk baharu oleh firma pengedar minuman itu, Infra Bunga Sdn Bhd (Infra Bunga).

    Infra Bunga yakin ia boleh merekrut lebih ramai pengikut M-150 dan bersaing dalam perniagaan minuman tenaga Malaysia dalam fasa baharu berikutan pandemik COVID-19.

    Minuman tenaga M-150 yang berkafein dan tidak berkarbonat ini membekalkan tenaga kepada seluruh badan di samping menyegarkan minda.

    M-150, yang mempunyai rasa sitrus dan manis yang lazat, bertindak mengurangkan keletihan di samping membantu dalam meningkatkan daya tahan dan kewaspadaan semasa aktiviti sukan.

    Pengarah Urusannya, Saw Lip Jin, berkata, M-150 adalah minuman gaya hidup yang sesuai untuk dinikmati di mana-mana majlis dan pada bila-bila masa.

    “Selepas seharian padat dengan pelbagai aktiviti, M-150 adalah pilihan terbaik untuk  mengembalikan kesegaran tubuh. Ia juga mudah di bawa ke mana-mana.

    “Minuman berasal dari Thailand itu berada di pasaran Malaysia sejak 2016. Gabungan unik bahan asli dan formulasi berkualiti tinggi, M-150 menawarkan rasa dan memberi manfaat yang terbaik serta enak diminum sejuk,” katanya.

    Jadikan M-150 sebagai rakan perjalanan anda, tambah Lip Jin kepada mereka yang memandu jarak jauh.

    M-150 adalah minuman gaya hidup yang sesuai untuk sasaran pasaran pelanggan berumur antara 18 dan 40 tahun kerana setiap botol 150ml hanya mempunyai 155 kalori.

    Lebih daripada 14,000 titik sentuh, termasuk portal beli-belah dalam talian, kiosk layan diri, kedai runcit dan kedai serbaneka, menyediakan barangan Thai berkualiti tinggi yang dipasarkan secara eksklusif oleh Infra Bunga.

    Duta M-150

    Muhamad Hasif Sharauddin, Tiktoker terkenal Malaysia dilantik oleh Infra Bunga sebagai duta M-150 bagi menaikkannya sebagai minuman tenaga pilihan ramai.

    Beliau yang juga dikenali dengan gelaran Hasif Upin atau Abang Upin Ipin adalah ‘Top 3’  tiktoker Malaysia yang  mempunyai 2.6 juta  pengikut termasuk pengikut dari Indonesia.

    Semoga Muhamad Hasif dapat membantu meningkatkan jualan M-150 dan menarik pembeli baharu dalam kalangan pengikutnya.

    Seorang yang aktif dan sentiasa positif dalam kehidupan, Muhamad Hasif wajar diangkat sebagai ‘wajah’ M-150.

    Latar diri Hasif

    Jika Hasif Upin, 29, dahulunya dikenali sebagai Abang Upin Ipin di TikTok, anak jati Kota Tinggi, Johor ini kini semakin mara dalam dunia kreatif sebagai vokalis.

    Hasif tidak pernah membayangkan dia akan berjaya dalam industri muzik sehinggalah dia membuat penampilan sulung dengan lagu Janji Sampai Mati yang diterbitkan oleh Aizat Amdan dan Anas Amdan.

    “Syukur Alhamdulillah, selepas menyertai uji bakat The Audition anjuran Armani Entertainment Group, saya menerima ‘superstar pass’ daripada pengarah tersohor Michael Ang dan terus diserap menjadi penyanyi.

    Memiliki lebih 2.6 juta pengikut di TikTok, Hasif juga menganggap platform itu sebagai pembuka jalan rezeki untuknya.

    “Semuanya bermula dengan video parodi Upin Ipin yang saya hasilkan selepas sahur Ramadan pada tahun lalu dan tak menyangka ia akan menjadi viral,” katanya.

    Hampir semua videonya menarik minat netizen sehingga virus itu merebak ke Indonesia, di mana dia kini mempunyai 2.6 juta pengikut di akaun TikToknya.

    Berkongsi mengenai lagu Janji Sampai Mati, Hasif berkata, ia mengisahkan mengenai cinta antara dua insan yang berterusan sehingga akhir hayat.

  • NEGERI SEMBILAN MENTERI BESAR HONORS MALAYSIA AND CHINA’S RM1BIL COOPERATION TO STRENGTHEN MALAYSIA’S POSITIONING IN SOUTHEAST ASIA’S SEMICONDUCTOR SUPPLY CHAIN, GENERATING 500 EMPLOYMENT OPPORTUNITIES

    YBhg. Dato’ Iqmal Shafiq bin Dato’ Seri Mohd Haniff, Chairman of Metalmach Micro Technology; Mr. Low Kim Yoong, Operation Director of Metalmach Micro Technology; YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin Bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan; YB Puan Nicole Tan Lee Koon, State EXCO Members and State Assembly of Bukit Kepayang; Mr. Alfred Foo, Business Director (Malaysia) of Future Hover Industrial Co., Ltd; YBhg. Dato’ Haji Najmuddin Sharif bin Sarimon, Chief Executive Officer of Invest Negeri Sembilan;

    Kuala Lumpur, 8 September 2022 – Menteri Besar of Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin Bin Harun, was present for the official joint venture collaboration between local Precision Metal Parts Manufacturer Metalmach Micro Technology (MMT) and Auxiliary Materials partner from China, Future Hover Industrial Co., Ltd (Future Hover), to invest RM1 billion in making Malaysia the preferred location for semiconductor exports in Southeast Asia and the rest of the world.

    As a result of this agreement, both parties will pool their top-tier technology and resources to provide the industry with a one-stop shop. This is accomplished by merging MMT’s 40 years of precision machining, mould dies, and semiconductor development knowledge with Future Hover’s highly competitive consumables and auxiliary materials, as well as its competence in semiconductor testing and packaging, all under one roof.

    Joint Venture Collaboration between Metalmach Micro Technology (MMT) & Future Hover Industrial Co., Ltd (Future Hover), witnessed by YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin Bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan

    Beginning with the construction of an all-inclusive and complete factory that will soon be established in Negeri Sembilan, Malaysia, the domestic brand and its Chinese rival will invest a combined RM 1 billion in order to earn RM 10 billion in export income within the next ten years. More than 500 employment will be created in the area, and this will act as a hub for regional and international suppliers to get more affordable goods with shorter lead times. In doing so, the two parties seek to offer technical training and in-depth industrial knowledge in an effort to support the development of a sizable skilled worker population in Negeri Sembilan and our nation.

    Ms. Guan Mei Ying, General Manager of Future Hover, commented saying, “Malaysia serves as an ideal location for us to anchor in the Southeast Asia region not only because of its supportive government but also factors such as the educated workforce, strategic location, and developed infrastructure that can most definitely bring a huge impact to our operations. While this collaboration will indefinitely result in a multitude of job opportunities for Malaysians, I look forward to seeing the greatness that we can achieve together as a result of combining the knowledge, expertise, and resources of two great nations.”

    During the press conference, it was disclosed that with this agreement, MMT would be able to develop its presence in the China market, delivering current services to industry participants in the region and contributing to the export sales and demand for Malaysian products and services.

    Mr. Low Kim Yoong, Operation Director of Metalmach Micro Technology

    Mr. Low Kim Yoong, Operations Director of MMT, said, “With the increasing demand and tremendous expansion of the semiconductor sector within Southeast Asia, this collaboration will not only strengthen the position of both companies within the region but also enhance Malaysia’s already favorable position in the supply chain and enable our beloved country to be the priority choice for semiconductor production globally. This joint venture collaboration will enable us to handle everything from the front end to the back end of semiconductor assembly, making us one of the strongest players in the semiconductor industry supply chain.”

    “We look forward to providing superior support and cost-efficient solutions for industry players across the globe as well as contributing to the growth of our nation, with the commencement of this joint venture collaboration,” he concluded.

    Ms. Guan Mei Ying was unable to attend the official signing ceremony due to the lockdowns in China; as a result, Mr. Alfred Foo, Business Director (Malaysia) of Future Hover, who tirelessly worked to ensure a fruitful and successful partnership between the two parties, was chosen to stand in for the general manager of Future Hover at the main event.

  • TERPALING JUARA- SHAZREEN SHAHARUM

     

    Apabila memenangi Persembahan Terpaling Padu dengan lagu Merisik Khabar pada minggu pertama Terpaling Juara, Rahmad Mega membuktikan dirinya masih berbisa (Juara Lagu 1987, nyanyian asalnya oleh Allahyarham Datuk Sudirman).

    Pada minggu kedua dan ketiga pula, Shaz mendapat kemenangan besar apabila Berjaya membolot gelaran Persembahan Terpaling Padu untuk dua minggu berturut-turut. Kemenangan ini tidak membuatkan Shaz leka dan duduk selesa.

    Sudah tentunya memberi tekanan kepada Shaz kerana perlu kekalkan stamina, vokal dan memberikan persembahan terbaik untuk minggu keempat serta bersaing dengan lima peserta yang mana, masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri.

    Minggu ini, tanggungjawab yang dipikul lebih berat apabila peserta perlu menyanyikan lagu ciptaan kapten sendiri. Shaz tidak terkecuali, apabila diberi tugasan untuk membawakan lagu Canggung bergenre irama tradisional moden (SFMM 35, nyanyian asal Wany Hasrita).

     

    Dua genre telah dinyanyikan oleh Shaz iaitu balada dan dangdut menerusi lagu Cinta (AJL36, nyanyian asal Marsha Milan), Selamat Jalan Romeo (AJL 19, nyanyian asal Ramlah Ram) dan Purnama Merindu bergenre balada (AJL14- nyanyian asal oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza).

    Hael dan Shaz kerap dirujuk sebagai bersetuju oleh pengguna internet. Realitinya, sejak Isnin lalu, perbuatan Shaz semakin menggusarkan Juris. Apa lagi yang perlu dikatakan untuk minggu ini? Adakah Shaz berhak untuk menggelarkan ini antara persembahan terbaik yang pernah ada? Pada 11 September 2022, jam 9:00 pagi, semua orang akan berada di TERPALING JUARA. Zon masa. Ia akan disiarkan dalam HD secara langsung di tonton.com.my. Untuk mempromosikannya di media sosial, gunakan hashtag #TerpalingJuara dan #PlaylistAJL.

  • Hidangan Menarik dan Lazat Di Saras Delights Bakery

     

    Hidangan mewah dan berkhasiat yang disajikan di Cafe Pantai Hospital Melaka boleh digantikan di Saras Delights & Bakery. Pengubahsuaian telah dibuat pada hospital di Pantai Melaka. Tempat untuk orang sakit terlintas di fikiran apabila kita mendengar perkataan “hospital.” Pentadbiran sangat bijak dan mudah didekati, dan tempat letak kereta adalah mudah dan murah.

    Jom semua kali ini nak kongsikan satu lagi makanan menarik yang boleh semua cuba di Saras Delights Bakery and Cafe, Hospital Pantai Melaka. Kafe terbaru yang nampak cantik dengan susun atur yang menarik dan bersih yang terletak dalam kawasan Hospital Pantai  yang pasti semuanya bersih

    Café ini mula dibuka pada Julai 2022 oleh Puan Sara yang berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang penyediaan makanan. Dengan minat dan azam yang tinggi Puan Sara berbincang dengan suami yang merupa Doktor pakar bedah disitu. Untuk membuka sebuah Cafe Sedap Hospital Pantai Melaka Di Saras Delights & Bakery.

    Ia terletak di level G, bangunan parkir bertingkat yang bersebelahan dengan Hospital Pantai Melaka. Kawasan ini dinamakan “Makan Makan”. Ruang makan yang bersih dan selesa dibuka setiap hari kecuali Ahad kerana klinik tutup . Waktu operasi dari jam 7.00pagi hingga 7.00 malam. Sabtu sahaja jam 7.00pagi hingga 5.00petang.

     

    Antara menu yang ada di Saras Delights & Bakery seperti pastry, cakes, pasta dan pizza. Semua makanan adalah tanpa MSG, tanpa pewarna tambahan dan dimasak segar setiap hari.

     

    Menu bagi Asian Delights Saras Delight pula anda boleh cuba Chicken Porridge, Mee Siam, Noodle Soup, Nyonya Curry Laksa, Rice with Chicken Rendang dan Rice withTerayaki Chicken. Banyak lagi menu-menu terbaru akan di hasilkan oleh Saras Delights. Untuk pengetahuan semua hidangan mereka tanpa MSG untuk memberikan kepuasan makanan sihat untuk pelanggan-pelanggan.

    Yang Berminat jemput singgah ke Instagram: Sarasdelights_bakery dan FB: Sarasdelights.

  • Malaysia: Malaysia Purple League

     

    Dengan penubuhan liga badminton profesionalnya, pertandingan SENHENG Redone Purple League akan menyambut kembalinya Liga Ungu Malaysia pada Oktober di Stadium Malawati di Shah Alam. Lapan pasukan yang bertanding akan bersaing untuk mendapatkan ganjaran wang tunai RM500,000.

    Pengumuman rasmi kejohanan edidi keenam pertandingan itu diadakan oleh pihak Malaysia Purple League pada sidang media di Gardens Ballroom, Mid Valley di Kuala Lumpur hari ini.

    Turut hadir pada sidang media itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Dato’ Jana Santhiran, Pengerusi Eksekutif SENHENG, Lim Kim Heng, Ketua Pegawai Eksekutif redone, Mohammad Farid Yunus dan Ketua Pegawai Operasi Malaysia Purple League, Ho Khek Mong.

    Memasuki musim yang keenam, acara utama anjuran Malaysia Purple League (MPL) ini terus kekal relevan bagi memberi ruang buat para pemain professional berkelas dunia untuk beraksi secara kompetitif di dalam format liga selain menerima sokongan padu daripada penyokong, mendapat tajaan daripada pelbagai syarikat.

    Bagi musim baharu ini, lapan pasukan terdiri dari pasukan tempatan dan antarabangsa bakal bersaing untuk merebut takhta kejuaraan SENHENG redONE Purple League yang dijadualkan akan membuka tirainya pada Oktober depan.

    Sejak bermula pada 2014, Malaysia Purple League telah Berjaya menarik nama-nama besar untuk beraksi antaranya, Datuk Lee Chong Wei, Chou Tien Chen, Zhao Yunlei, Tai Tzu Ying, Aaron Chia, Soh Wook Yik, Christina Pedersen dan ramai lagi bintang dunia yang pernah menghangatkan liga badminton nombor satu negara.  MPL juga memberi sokongan kepada pemain professional seperti Cheam June Wei, Soniia Cheah, Mohd Azriyn, Goh Soon Huat, Shevon Lai.

     

    Pertandingan anjuran MPL juga telah Berjaya menarik penyertaan lebih dari 60 kelab berbanding 20 pada awal saingan selain menjadi platform penting buat para pemain remaja.

    Ketua Pegawai Operasi (MPL), Ho Khek Mong berkata, “Untuk kejohanan ini memasuki musim yang keenam adalah satu pencapaian yang membanggakan dan ia bukanlah tugas yang mudah untuk menganjurkan pertandingan berprestij ini. Dengan sokongan daripada peminat, penaja, media dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), kejohanan ini telah berada pada kelas yang tersendiri.

    Liga ini akan memacu sukan badminton ni negara kita untuk membawa nama Malaysia kembali ke puncak menerusi sukan ini. Untuk edisi kali ini, nama-nama seperti Chou Tien Chen, Nyugen Tien Minh, Terry Hee Yong Kai, Loh Kean Hean, Jessica Tan Wei Han dijangka akan menghangatkan saingan musim ini.

    SENHENG telah memainkan peranan dalam memastikan pelbagai aktiviti sukan berfungsi dengan baik sejak awal. Musim keenam SENHENG redONE Purple League akan bermula pada 1 Oktober di Stadium Malawati di Shah Alam dan berakhir pada 9 Oktober di Arena of Stars di Genting Highlands.