Category: News

  • Exists wujudkan konsert di Singapura

    Reaksi penonton terhadap konsert Exists Reunion sebelum ini di Singapura pada 5 Oktober 2019, amat mendalam. Konsert itu diadakan di The Theatre at Mediacorp, dan tiket untuk acara itu habis dijual hanya dalam masa dua hari, menunjukkan sambutan hangat yang diterima penonton.

    Kemunculan Mamat, Ezad, Ajai, Along, Musa, Shah dan Ujang memberikan kenangan yang bukan sedikit buat para peminat tegar Exists Reunion. Menyanyi bersama-sama pada setiap lagu membuatkan lokasi konsert menjadi tempat karaoke berskala besar antara Exists Reunion dan para peminat mereka.

    Tahun hadapan, momen dan keindahan itu akan dibawakan lagi oleh Shiraz Projects. Di tempat yang sama, mereka bakal menggandakan lagi memori indah tersebut pada 14 Januari 2023.

    Untuk kumpulan yang ditubuhkan di Johor Bahru pada tahun 1991, mereka juga sangat teruja untuk bertemu mata dan berkongsi tenaga menyanyi bersama-sama peminat di Singapura pada tahun hadapan.

    Konsert Exists Reunion buat pertama kalinya dalam sejarah menggabungkan semua formasi asal Exists iaitu Musa (bass), Along (gitar), Ajai (keyboard), Shah (gitar), Ujang (dram) dan dua vokalis mereka Mamat dan Ezad pada tahun 2019 di Stadium Malawati, Shah Alam dan The Thatre at Mediacorp.

    Dijadualkan berlangsung di The Theatre at Mediacorp pada 14 Januari 2023, Konsert Reunion Exists menjanjikan sebuah nostalgia buat peminat kerana ia merupakan lokasi pertama mereka dalam rangkaian jelajah yang akan berlangsung pada tahun 2023.

    Pastinya, untaian hit dari Langkah Seiringan, Rahsia Pohon Cemara atau Untukmu Ibu yang memperkenalkan Exists dengan Mamat pada waktu itu masih berusia 13 tahun dan vocal ‘belum pecahnya’ akan disampaikan pula kali ini dalam persembahan Mamat di usianya 30 tahun.

    Dan Ezad yang menyertai Exists menggantikan Mamat di tahun 1996 menyambung legasi sukses Exists dengan album Diammu Gunung Berapi yang mengandungi banyak hit serta lagu lagu di album keempat (Jangan Gentar) dan seleksi di album Ada sehingga Paragon akan membuat penonton tidak senang duduk sepanjang konsert yang bakal berlangsung kelak.

    Konsert Exists Reunion menawarkan tiket berharga SGD245 (Meet & Greet), SGD155 (Diamond), SGD135 (Platinum), SGD95 (Gold), SGD75 (Silver) untuk peminat melakar sejarah bersama mereka.

    Untuk sebarang keterangan lanjut, sila layari www.myticket.asia untuk tempahan tiket. Bagi informasi atau update terkini, layari laman social Exists dan Shiraz Projects.

    Sekali lagi, jangan lepaskan momen ini dan nantikan informasi seterusnya tentang jelajah Konsert Exists Reunion yang akan berlangsung tahun hadapan.

    KONSERT EXISTS REUNION yang merupakan konsert satu malam sahaja ini dianjurkan oleh Shiraz Projects Sdn Bhd.

    KONSERT EXISTS REUNION- SINGAPURA

    Tarikh : 14 Januari 2023

    Venue : The Theatre at Mediacorp, Singapura

    Laman Web : www.shirazprojects.com

    Harga tiket : SGD245 (Meet & Greet), SGD155 (Diamond), SGD135 (Platinum), SGD95 (Gold), SGD75 (Silver)

    Tiket : www.myticket.asia

    Facebook : shirazprojects

    Instagram : shirazprojects

    Hashtag : #KonsertJelajahExistsReunion

  • MAHKOTA PARADE, MELAKA AKAN MENGACARAKAN MAJLIS PERASMIAN HARI INDUSTRI JUALAN LANGSUNG MALAYSIA PERINGKAT NEGERI MALAYSIA 2022

    MELAKA, 15 Oktober 2022 – Program Hari Industri Jualan Langsung Malaysia telah diadakan di Peringkat Negeri Melaka di Mahkota Parade, Melaka atas usaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Persatuan Jualan Langsung Malaysia (DSAM), dan pihak Malaysia. Persatuan Pengedaran Langsung (MDDA). Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi telah merasmikan acara selama tiga hari itu, yang berlangsung dari 14 hingga 16 Oktober 2022. Menyertai program ini adalah sebanyak 22 perniagaan jualan langsung yang berdaftar dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

    Untuk makluman, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di bawah Bahagian Pembangunan Francais dan Jualan Langsung (BPFJL) adalah bertanggungjawab untuk sentiasa mengawal selia industri jualan langsung selaras dengan peruntukan Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid 1993 [Akta 500] termasuk Garis Panduan, Peraturan dan Syarat Lesen yang berkuatkuasa.

    Jualan Langsung adalah merupakan perniagaan yang berkonsepkan jualan dari pintu ke pintu, jualan secara pesanan pos atau mel melalui katalog atau melalui transaksi elektronik.

    Terdapat tiga (3) jenis pelan pemasaran perniagaan jualan langsung yang ditetapkan iaitu Single Level Marketing (SLM), Multilevel Marketing (MLM), Pesanan Pos atau Mel (Mail Order).

    Setakat 1 Oktober 2022, terdapat sebanyak 398 Lesen Jualan Langsung yang telah diluluskan dan masih sah untuk syarikat-syarikat menjalankan operasi perniagaan yang berkonsepkan dan bercirikan Jualan Langsung. 6 daripada jumlah tersebut adalah syarikat yang berdaftar di Negeri Melaka.

    Pencapaian nilai jualan industri Jualan Langsung bagi tahun 2020 adalah berjumlah RM25.7 bilion, peningkatan sebanyak 43.6% dari tahun sebelumnya (RM17.9 bilion tahun 2019).

    Melalui laporan yang dikeluarkan oleh World Federation of Direct Selling Association (WFDSA) industri jualan langsung di Malaysia yang telah berjaya mencapai kedudukan no. 6 di dunia (berbanding no. 7 sebelum ini) dan no. 4 di rantau Asia Pasifik bagi hasil jualan langsung untuk tahun 2021. Ini memperlihatkan juga bahawa industri Jualan Langsung merupakan salah satu bidang tumpuan yang berupaya menyumbang dalam mengukuhkan ekonomi negara, selain kepentingannya dalam mewujudkan peluang pekerjaan, menjana pendapatan (termasuk pendapatan tambahan) serta peluang perniagaan kepada masyarakat.

    Namun, KPDNHEP memandang serius terhadap aduan-aduan yang diterima melibatkan pelanggaran dan ketidakpatuhan kepada peruntukan undang-undang dan peraturan di bawah Akta 500.

    Kementerian di bawah Bahagian Penguatkuasa tidak akan berkompromi dengan mana-mana syarikat yang gagal untuk mematuhi peruntukan undang-undang tersebut serta tidak akan teragak-agak untuk membatalkan lesen Jualan Langsung syarikat.

  • KPDNHEP MENGUMUMKAN PELAKSANAAN SKIM HARGA MAKSIMUM MUSIM PERAYAAN DEEPAVALI 2022

    PUTRAJAYA, 17 Oktober 2022 – Pada 24 Oktober 2022, orang ramai di seluruh negara akan menyambut Deepavali. Oleh itu, Skim Harga Maksimum Deepavali 2022 akan dikuatkuasakan oleh kerajaan, dan ia akan berkuat kuasa dari 20 Oktober hingga 26 Oktober 2022. Tempoh pelaksanaan tujuh hari akan berkuat kuasa empat hari sebelum perayaan, sehari semasa perayaan, dan dua hari selepas perayaan. Ayam dan telur ayam juga telah disimpan dalam senarai barangan yang akan dihadkan harganya mulai 12 Oktober 2022.

    Sebanyak 8 jenis barangan harga terkawal berserta harga maksimumnya akan diwartakan bagi pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali 2022.

    Senarai barangan harga terkawal bagi SKIM HARGA MAKSIMUM MUSIM PERAYAAN DEEPAVALI 2022 adalah seperti berikut:

    (1) Daging kambing biri-biri import bertulang
    (2) Tomato
    (3) Cili merah
    (4) Kelapa biji (*Harga maksimum di peringkat borong sahaja)
    (5) Kelapa parut (*Harga maksimum di peringkat runcit sahaja)
    (6) Bawang merah kecil (India)
    (7) Bawang merah besar import
    (8) Kacang dal (Australia)

    Semakan harga boleh dibuat melalui website Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna di https://www.kpdnhep.gov.my

    Tempoh pelaksanaan ini adalah bersesuaian mengikut keadaan semasa pada masa kini, iaitu mewujudkan suasana menang-menang kepada pengguna dan peniaga. Pengguna dapat menikmati harga yang berpatutan dan peniaga berpuas hati dengan tempoh masa pelaksanaan yang effektif. Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali 2022 akan dikuatkuasakan melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 yang membolehkan penentuan harga dibuat ke atas peringkat pengeluar, pemborong dan peruncit.

    Pegawai-Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah ditugaskan di lokasi-lokasi strategik seperti di pusat membeli-belah barangan keperluan perayaan. Strategi ini membolehkan penguatkuasaan dan pemantauan dilaksanakan dengan lebih berkesan di mana tindakan segera dapat diambil terhadap aduan pengguna dan tindakan penguatkuasaan ke atas peniaga sekiranya berlaku ketidakpatuhan.

    Pengumuman harga yang ditentukan akan dibuat kepada orang ramai melalui media massa, pengedaran risalah serta pemasangan bunting dan poster di tempat-tempat strategik seperti di pasar awam, pasar raya dan pasar raya besar.

    Jika didapati ada peniaga yang tidak mematuhi undang-undang berkenaan dengan skim ini, pengguna boleh menyalurkan aduan kepada Kementerian ini melalui:

    (i) Whatsapp ke 019- 279 4317 / 019-848 8000
    (ii) Portal e-aduan@kpdnhep.gov.my
    (iii) Pusat Panggilan 1800 886 800
    (iv) E-mel e-aduan@kpdnhep.gov.my
    (v) aplikasi telefon pintar Ez ADU
    (vi) Pusat Arahan Penguat Kuasa (ECC) 03-8882 6245 / 6088

  • Program Terpaling Juara di TV3 Berjaya Menarik 8 Juta Penonton

    Sepanjang 8 minggu disiarkan setiap Ahad jam 9.00 malam bermula 21 Ogos 2022 hingga 9 Oktober 2022, program hiburan popular TV3 mencecah 8 juta orang. (Sumber: Nielsen, 21 Ogos 2022 – 9 Oktober 2022).

    Selepas 8 minggu berentap, program hiburan popular TV3, Terpaling Juara meraikan Rahmad Mega (kapten Hael) sebagai juara dengan membawa pulang sebuah trofi dan hadiah wang tunai sebanyak RM 100,000!

    Aqmal (kapten Naim) menyandang tempat kedua (trofi dan hadiah wang tunai RM50,000), Hazami (kapten Akim) menduduki tempat ketiga (trofi dan hadiah wang tunai RM30,000) dan Shaz (kapten Hael) merupakan pemenang tempat keempat (trofi dan hadiah wang tunai RM10,000).

    Pentas akhir Terpaling Juara telah bersiaran secara langsung pada 9 Oktober 2022 (Ahad), pukul 8.55 malam hingga 11.00 malam di TV3 dan strim langsung secara HD di www.tonton.com.my dengan menyaksikan 4 finalis iaitu Aqmal (Kapten Naim), Hazami (Kapten Akim), Rahmad Mega dan Shaz (Kapten Hael) mempertaruhkan dua buah lagu iaitu sebuah lagu solo dan sebuah lagu berduet dengan kapten masing-masing.

    Sepanjang kolaborasi dengan 3 kapten iaitu Akim Ahmad, Hael Husaini dan Naim Daniel yang merupakan penyanyi, penggubah lagu dan penulis lirik yang berbakat besar serta pemilik trofi Juara Lagu di anugerah paling berprestij, keenam-enam peserta senior dan junior telah menghiburkan penonton dengan menjayakan persembahan mingguan yang bertemakan #playlistAJL dari 21 Ogos 2022 hingga 9 Oktober 2022. Dua penyingkiran telah dilakukan sebelum Rahmad Mega, Aqmal, Hazami dan Shaz beraksi di pentas akhir.

    Terpaling Juara dihoskan oleh pasangan duo yang dinamik iaitu Haziq Hussni dan Shiha Zikir serta menampilkan Dato’ Hattan dan Fauziah Latiff sebagai juri tetap. Lebih menarik, episod akhir ini telah digamatkan lagi dengan kehadiran Dato’ Sri Siti Nurhaliza sebagai artis jemputan dan juga juri jemputan. Floor 88 turut tampil untuk persembahan selingan (interlude). Pemenang ditentukan dengan 70% markah dari panel juri serta 30% daripada undian atas talian di www.xtra.com.my/terpalingjuara.

    Senarai Lagu Persembahan di Pentas Akhir Terpaling Juara

    1. Joget Angan Tak Sudah (Juara Lagu 1998, nyanyian asal oleh Jay Jay) – Hazami & Kapten Akim
    2. Hati (AJL35, nyanyian asal oleh Hael Husaini)- Shaz & Kapten Hael
    3. Sampai Syurga (AJL23, nyanyian asal oleh Faizal Tahir) – Aqmal
    4. Ku Akui (AJL27, nyanyian asal oleh Hafiz Suip) – Rahmad Mega
    5. Gelisah Mimpi (AJL17, nyanyian asal oleh Liza Hanim) – Shaz
    6. Di Amaran Mama (AJL31, nyanyian asal oleh Hazama & The Penglipur Lara) – Aqmal & Kapten Naim
    7. Luluh (AJL33, nyanyian asal oleh Khai Bahar) – Hazami
    8. Dipenjara Janji (SFMM 1997, nyanyian asal oleh Awie) – Rahmad Mega & Kapten Hael
    9. Interlude: Medley Chikadun & Hutang – Floor 88
    10. Penutup: Medley Wajah Kekasih / Ku Milikmu / Balqis – Dato’ Sri Siti Nurhaliza

    Terpaling Juara menampilkan vivo Malaysia sebagai penaja utama, Nivea sebagai penaja bersama, Hot FM sebagai rakan radio rasmi, Berita Harian dan Harian Metro sebagai rakan media rasmi serta Xtra dan Oh Bulan! sebagai rakan digital.

  • LAWATAN PELANCONGAN ABOUT KL AND BEYOND KL DI SELANGOR

    Malaysia merupakan rumah kepada pelbagai khazanah semula jadi. Walaupun kebanyakan orang mengaitkan Malaysia dengan ibu kotanya Kuala Lumpur apabila mereka memikirkan negara ini, terdapat banyak lokasi menarik di luarnya yang boleh anda lawati bersama keluarga dan rakan-rakan anda.

    Hari Pertama

     CHOLO CHOLO HOT SPRING AND CHALET

    Setibanya kami di Cholo Cholo Hotspring & Chalet saya baru mengetahui bahawa ‘cholo’ bermaksud ‘jenguk dalam Bahasa Malaysia atau ‘melihat sekeliling atau melihat sesuatu dengan meregangkan atau bersandar’ dalam bahasa Inggeris. Dan ‘cholo’ ialah dialek Minangkabau; berasal dari Sumatera di Indonesia.

    Bertempat di Hulu Tamu di Hulu Selangor dan diasaskan oleh En. Othman Omar pada 2008, Ontok Ontok kini diuruskan oleh anaknya; En. Lokman Hakim dan isteri Pn. Emas Zaherra. Kawasan tersebut terdiri daripada restoran, chalet dan tapak perkhemahan bernama Ontok-Ontok serta Kolam Air Panas Cholo Cholo.

    Kolam air panas terdiri daripada beberapa kolam yang dikategorikan mengikut tahap kepanasan, sebaik sahaja ini siap, bayaran nominal akan dikenakan kerana ia akan disertakan dengan kawasan persalinan yang betul dan bilik air. Bukan itu sahaja, keseluruhan kawasan ini sesuai untuk pembinaan pasukan berskala kecil – satu pengalaman yang hebat untuk peserta.

    Terletak di daerah Hulu Selangor, Kolam Air Panas ini sering dikunjungi penduduk setempat. Air panas dari mata air bawah tanah dipercayai oleh segelintir pihak mempunyai nilai perubatan terutama dalam penawar penyakit kulit dan reumatik.

     

    Fraser Valley Kuala Kubu Bharu

    Inap Dusun Fraser Kuala Kubu Bharu terletak di Jalan Ampang Pechah, Kuala Kubu Bharu, Selangor iaitu kira-kira 45 minit hingga satu jam perjalanan dari Kuala Lumpur.

    Ini adalah pembangunan berterusan untuk membina pusat riadah keluarga sehenti di atas tanah seluas 100 ekar yang diuruskan oleh Pelasari Agriculture Sdn Bhd sejak 2019 di sekitar kawasan ini yang menawarkan pemandangan alam semula jadi yang indah di kedua-dua tasik dan Banjaran Gunung Titiwangsa.

    Katil yang amat selesa dengan linen yang ditempah khas dan ia mempunyai kualiti yang sama seperti hotel 5 bintang di bandar. Semua khemah dilengkapi dengan penghawa dingin mudah alih yang boleh membuatkan anda sejuk terutamanya pada waktu siang walaupun khemah dipasang betul-betul di bawah matahari, jangan risau kerana terdapat kipas dipasang di tengah-tengah khemah juga.

     

    Sri Damai Riverside Kalumpang

    Sri Damai Resort yang berkonsepkan Nature Environment, dilengkapi kolam mandi untuk kanak-kanak manakala kolam pancing pula bagi mereka yang gemar untuk  memancing. Pelbagai aktiviti riadah yang pasti menyeronokan seperti ATV, BERBASIKAL AIR TERJUN, LADANG RUSA, TERNAKAN KAMBING & DUSUN BUAH-BUAHAN TEMPATAN.

    Resort eko berteraskan sungai. Sesuai dijadikan sebagai tempat perkhelahan, chalet istirehat, hari keluarga, tempat kursus dan teambuilding serta majlis keraian.

    Ia terletak lebih kurang 300 meter dari Sri Damai Resort. Di sini terdapat 2 buah homestay iaitu Inap Sri Alam & Inap Sri Alam 2 dan 4 buah Inap Nibong. Sepanjang tepi sungai terdapat 7 buah wakaf bagi kemudahan pengunjung untuk berkelah dan juga terdapat tapak khemah untuk bercamping bersama keluarga dan rakan-rakan.

    Yang lebih menariknya resort cantik dekat sengan sungai ini, pengunjung pun tak perlu risau untuk kemudahan lain yang ada. Di resort ini juga disediakan surau terbuka untuk solat berjemaah dengan keluarga yang besar. Cafe pun turut ada dengan harga makanan yang sangat berpatutan.

     

    Hari Kedua

    Water Rafting KKB

    Selepas sarapan pagi kami bertolak ke Water Rafting KKB pada jam 8.30 pagi dan tiba di Water Rafting KKB pada jam 9.00 pagi. Ia terletak hanya 1.5 jam pemanduan dari Bandaraya Kuala Lumpur. Ia menawarkan tempat terbaik dan ideal untuk Rafting Air Putih komersial. Dengan jarak 7 km, sungai ini mempunyai deras dari Gred 1 hingga Gred 5. Paras air bagaimanapun sangat bergantung kepada cuaca dan dikawal oleh empangan berhampiran.

    Pekan ini agak damai dan tenang di sepanjang jalan yang mungkin merupakan bangunan berusia hampir berabad-abad ini seperti diangkut kembali ke masa lalu. Bandar ini benar-benar mengekalkan daya tarikan “dunia lama”.

    Saya sangat mengesyorkan bagi anda yang mencari keseronokan untuk mencuba berakit di Sungai Selangor, terutamanya jika anda belum melakukannya. Walaupun sukan ini sengit yang akan menyebabkan keletihan tetapi ia amat berbaloi dengan harga dan pengalaman.

     

    Resort Eko Rimba Komanwel Rawang

    Seterusnya, kami bertolak ke Resort Eko Rimba Komanwel Rawang. Ia Merupakan resort eco-tourism yang terletak dipinggir bandaraya Kuala Lumpur dan 1 jam dari pusat bandar. Resort ini baru diubahsuai dan sedang mempergiatkan promosi pakej perkhemahan selepas PKP.

    Resort Taman Eko merupakan sebuah taman yang indah dilitupi hutan tebal di sekelilingnya. Ia adalah tempat yang sesuai untuk menghabiskan hujung minggu anda di tengah-tengah alam semula jadi, untuk berehat dan mengisi semula tenaga anda.

    Jika anda bercadang untuk pergi pada hujung minggu, anda mungkin perlu menempah tapak perkhemahan 2-3 minggu lebih awal. Tapak perkhemahan tasik sememangnya tempat kegemaran ramai perkhemahan. Terdapat hanya 15 slot sungai yang tersedia dan ia biasanya ditempah sepenuhnya 1 bulan lebih awal.

    Jika keadaan memaksa anda boleh berteduh di dewan yang disediakan di depan pejabat Terkom ini. Pastikan anda semua alert dengan keadaan sekeliling terutamanya dahan pokok atau ranting yang jatuh. Jangan biarkan anak-anak anda bermain dalam sungai jika air deras dan bertukar lumpur.

    Resort Eko Rimba Komanwel Rawang penuh dengan lokasi yang cantik untuk bergambar dan juga untuk melakukan aktiviti. Lokasi Kawasan yang luas dan private dan juga tidak bercampur dengan Kawasan luar resort.

    Kaki bergambar akan rambang mata untuk bergambar kerana terlalu banyak port yang menarik di sini. Antara yang menjadi kegemaran pelawat yang datang disini bergambar adalah di checkpoint kerana mempunyai dekorasi yang menarik.

     

    Hari Ketiga

    Mah Meri Cultural Village

    Pada hari berikutnya, selepas bersarapan pagi kami bertolak ke Mah Meri Cultural Village dan kami tiba di Mah Meri Cultural Village pada pukul 10.00 pagi. Di Mah Meri Cultural Village sangat berbaloi untuk dilawati untuk mengetahui budaya dan tradisi tersendiri penduduk Mah Meri, subkumpulan orang Senoi yang tinggal di sepanjang pantai Selangor.

    Mah Meri terkenal dengan ukiran kayu yang mahir dan topeng ekspresif yang dipakai semasa ritual tarian untuk mewakili roh nenek moyang. Hubungi atau e-mel untuk membuat temujanji sebelum membuat perjalanan keluar ke Pulau Carey, kerana penduduk kampung tidak selalu ada.

    Muzium kampung mempunyai pameran seni Mah Meri yang sangat baik dengan teks yang disertakan menerangkan mitologi dan legenda tempatan yang memaklumkan setiap karya, seperti kisah harimau yang terperangkap dalam sangkar yang memberi inspirasi kepada salah satu arca kayu Mah Meri yang paling ikonik. Kebanyakan figura adalah representasi beberapa daripada lebih 700 tuhan yang diiktiraf oleh Mah Meri; beberapa keping berusia lebih daripada 100 tahun.

     

    Amverton Cove Golf & Island Resort

    Selepas itu kami bertolak ke Amverton Cove Golf & Island Resort yang terletak bersebelahan dengan taman tema air Riverine Splash dan Taman Survival Riverine untuk bermalam  di sana. Pengalaman yang menarik terutamanya untuk ahli keluarga. Bilik katil twin mereka dilengkapi dengan 2 katil bersaiz queen. Pakej ini juga disertakan dengan taman air dan kemudahan terpilih.

     

    Hari Keempat

     SKYTREX Adventure, Sg Congkak

    Pada hari yang terakhir kami di sini, selepas sarapan pagi, kami bertolak ke SKYTREX Adventure, Sg Congkak dan kami tiba di SKYTREX Adventure, Sg Congkak pada pukul 10.30 pagi. Taman flying fox pertama di Malaysia oleh Skytrex ini terletak di kawasan Hulu Langat yang sejuk dan berbukit.

    Memandu dengan santai melalui bandar Hulu Langat dengan gerai-gerai makanan yang menawan dan gerai buah-buahan di kedua-dua belah jalan dan dibawa kembali ke masa lalu ke persekitaran perkampungan yang indah dengan sungai dan air terjun di tengah-tengah kebun dan hutan tropika yang subur.

    Ia juga menyediakan pelbagai aktiviti seperti team building, team bonding, amazing race, skycamp, skynight dan lain-lain. Baru memperkenalkan dan giat mempromosikan pakej skycamp.

  • Kerajaan Terengganu sambut baik Karnival Jom Heboh

    Seramai 300,000 orang hadir ke lokasi kedua Karnival Jom Heboh 2022, yang diadakan baru-baru ini di Kompleks Sukan Negeri Terengganu di Kuala Nerus selama dua hari pada 7 dan 8 Oktober 2022. Ini walaupun panas. atau hujan lebat!

    Karnival Jom Heboh yang mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai Acara Padang Paling Lama di Malaysia dibawakan khas oleh DuitNow telah membuka pintu seawal 8.00 pagi dengan pelbagai aktiviti dan tawaran menarik di booth platform Media Prima Berhad (MPB) yang tersedia seperti TV3, TV9, DidikTV, Hot FM, Molek FM, Buletin FM, OH BULAN, SEISMIK, VOCKET, Waktu Solat Malaysia, WOWSHOP, New Straits Times, Berita Harian, Harian Metro, Drama Sangat dan tonton serta penampilan istimewa daripada artis-artis ternama tanah air.

    Tarikan utama di  Karnival Jom Heboh 2022 Terengganu semestinya belon udara panas yang hanya dikenakan bayaran semurah RM1 kepada setiap pengunjung menerusi DuitNow. Pengunjung terawal juga berpeluang untuk menerima hadiah daripada KJH yang bernilai RM500,000 daripada jenama terkenal seperti Sensodyne, Provital Immuna Plus, Super Coffee, F&N, CSR sugar dan Simply K.

    Pengunjung berpeluang untuk beramah mesra bersama artis kegemaran mereka di booth Studio Jom Heboh dan Studio Drama Sangat. Antaranya, Fedtri Yahya, Ummi Nazeera, Izzue Islam, Nabil Aqil, Aniq Suhair, Azlee Senario, Syafiq Kyle, Mark Adam, Zaidi Aziz, Hanif Miswan, Aina Mariah, Amat Larbsib, Danial Nawawi, Ash Oh Bulan, Anne Oh Bulan dan ramai lagi. Tidak ketinggalan juga penampilan maskot kartun popular dari Mina & Mila, Hang Omar Timur dan Profesor Kool.

    Akustika @ Jom Heboh yang dihoskan oleh Ahmad Fedtri Yahya dan Fizi Molek FM pada 7 Oktober bermula 9.00 malam dijayakan oleh artis-artis tanah air popular seperti Afieq Shazwan, Ismail Izzani, Hariz Fahayet, Haqiem Rusli, Insomniacks dan Tajul Arif yang mempersembahkan lagu-lagu berunsur ketuhanan khas buat pengunjung yang hadir.

    Bersempena dengan Maulidur Rasul yang disambut oleh semua umat Islam, malam kedua Akustika @ Jom Heboh yang berlangsung pada 8 Oktober, pukul 9.00 malam telah diserikan dengan program-program perkongsian agama dan diselang-selikan dengan lagu-lagu ketuhanan. Gandingan hos pada malam kedua terdiri daripada Fedtri Yahya dan Mat Dan dari Molek FM. Antara artis yang terlibat adalah Aiman Sidek, Aiman Tino, Syafiq Farhain, Nomad, Sufian Suhaimi dan Khai Bahar.

    Untuk maklumat terkini, layari www.jomheboh.com.my dan ikuti laman sosial rasmi Facebook dan Instagram @jomhebohofficial. Sebarkan keseronokan dengan menggunakan tanda pagar #KarnivalJomHeboh dan #KJH.

  • AKASIA: SEKALI LAGI CINTA KEMBALI

    Pelakon utama dalam drama bersiri Sekali Lagi Cinta Kembali, Aniq Suhair dan Siti Khadijah Halim, pernah bekerjasama pada masa lalu, dan chemistry mereka sebagai pasangan jelas menunjukkan bahawa mereka serasi. Gandingan serasi mereka membuahkan hasil yang baik apabila mampu mencapai khalayak ramai menerusi slot Akasia TV3, dengan capaian tertinggi ialah 3.8 juta penonton. Drama itu menerima 559.7 juta tontonan di platform media sosial Tiktok semasa siarannya, dan memperoleh 476 juta pengikut di media sosial. (Invoking Nielsen, 13 September 2022–12 Oktober 2022).

    Sejak menghiasi slot Akasia TV3 pada 13 September 2022, penonton setia telah menyuarakan pendapat bahawa gandingan Aniq Suhair dan Siti Khadijah Halim adalah pilihan tepat oleh pengarah Riza Baharudin dan pihak produksi A. Aida Production. Walaupun telah diberi tanggungjawab menggalas watak asal lakonan Idris Khan dan Amelia Henderson dengan masa persediaan yang singkat, Aniq Suhair dan Siti Khadijah telah menghidupkan watak mereka dengan cukup hebat. Penonton juga telah menularkan tanda pagar #HayRa dan #SepanjangHayyatAira di laman media sosial yang menggabungkan nama watak Hayyat dan Aira sebagai tanda setuju mereka.

    Sekali Lagi Cinta Kembali menceritakan tentang kisah kehidupan Hayyat (Aniq Suhair) dan Aira (Siti Khadijah Halim) yang terpaut ketika Aira terpaksa menjaga Nek Som (Kismah Johar). Hayyat mula jatuh hati dengan Aira setelah melihat keikhlasannya menjaga Nek Som tetapi Hayyat tetap menafikan perasaan sendiri dek sebuah rahsia yang disorokkan pada awal. Selepas menikahi Aira, Hayyat tetap ingin menyimpan rahsianya dengan rapi. Namun, rahsia itu mula terbongkar apabila berdepan dengan seseorang dari kisah silamnya. Dapatkah Aira menerima Hayyat secara seluruh?

    Nantikan drama Sekali Lagi Cinta Kembali yang bersiaran sehingga 20 Oktober 2022 di slot Akasia setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam di TV3 dan turut ditayangkan melalui perkhidmatan penstriman iQIYI pada hari yang sama.

    Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

  • Puteri Sarah Liyana, Adriana Adnan, Nadia Brian, dan Melanie Tan membintangi drama baharu Samarinda TV3 ‘Suri Hati.’

    Rakan-rakan Sarah, Laila, Suraya, dan Atikah sedang mencari kebahagiaan dalam kehidupan mereka yang sukar. Namun, keinginan untuk membalas dendam semakin kuat sehingga ia mengatasi dirinya sendiri. Bolehkah mereka melepasi keengganan mereka dan mencapai kebahagiaan yang mereka inginkan? Saksikan drama terbaru Suri Hati, yang akan mengambil alih slot masa Samarinda bermula 12 Oktober ini jam 10 malam. pada hari Isnin hingga Khamis, secara langsung dalam HD di www.tonton.com.my.

    Drama bersiri 20 episod iaitu Suri Hati adalah terbitan Million Pictures Sdn Bhd, arahan oleh Azhar Khalid yang juga dikenali sebagai Apache dan nukilan skrip oleh Amaz Mizilan. Drama yang penuh konflik ini menggandingkan pelakon-pelakon terkemuka tanah air seperti Puteri Sarah Liyana, Nadia Brian, Adriana Adnan, Melanie Tan, Fahrin Ahmad, Shakilla Khoriri dan ramai lagi.

    Sarah (Puteri Sarah Liyana) mengalami masalah rumah tangga sehingga bercerai dengan suaminya yang panas baran. Setelah bercerai, Sarah membuka sebuah cafe dan mula berkenalan dengan seorang duda bernama Hakim, namun pertelingkahan berlaku apabila orang terdekat mula membantah hubungan mereka.

    Laila (Nadia Brian) seorang wanita yang berkerjaya mengalami masalah tekanan emosi disebabkan trauma yang dialaminya pada usia yang sangat muda. Keadaan tersebut membuat hidup Laila penuh dendam dan tidak suka melihat kebahagiaan orang lain termasuk rakan-rakannya.

    Suraya (Adriana Adnan) seorang suri rumah impikan kehidupan yang bahagia selepas berkahwin bersama seorang duda anak satu. Namun kehidupannya diuji apabila anak tirinya, Marissa tidak dapat menerima beliau selaku ibu tiri dan suaminya Marzuki (Fahrin Ahmad)  mula curang dengan kekasih lamanya.

    Atikah (Melanie Tan) seorang wanita yang ceria dan ingin mencari cinta. Bagi Atikah, kebahagiaan terletak dalam cinta sejati. Namun, kisah cinta Atikah tidak menentu dimana beliau mengalami situasi bercinta, bertunang dan melangkah masuk ke alam perkahwinan dengan individu yang berlainan. Ini membuatkan rakan-rakannya keliru dengan sikap Atikah.

    Mampukah mereka menggapai kebahagiaan yang dicari? Mungkinkah persahabatan mereka selamat daripada diracuni oleh sifat cemburu? Jangan ketinggalan untuk menonton drama Suri Hati yang penuh emosi dan menyayat hati ini melalui slot Samarinda setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam di TV3 dan strim secara langsung melalui www.tonton.com.my.

    Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram iaitu @TV3Malaysia, dan Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

  • Nicholas Saputra dan Ariel Tatum Membintangi Filem Sayap Sayap Patah, Adaptasi Daripada Kisah Sebenar Polis

    Filem Adaptasi daripada Kisah Benar Rusuhan di Penjara Jakarta!

    Filem yang dibintangi oleh Nicholas Saputra dan Ariel Tatum ini telah ditayangkan di Indonesia mulai 18 Ogos 2022. Anehnya, terdapat lebih 2 juta penonton di seluruh republik itu semasa tayangan, dengan pendapatan tiket melebihi RM40 juta.

    Penulis Denny Siregar, selaku produser eksekutif filem ini, berharap supaya tragedi tersebut tetap diingat sebagai sejarah. Filem ini melibatkan Monty Tiwa, Eric Tiwa, dan Alim Sudio sebagai penulis serta mempertemukan kembali Rudi Soedjarwo dan Nicholas Saputra setelah film Ada Apa dengan Cinta? (2002).

    Kepada yang belum berkesempatan menonton, filem Sayap-Sayap Patah digarap daripada tragedi berdarah yang berlaku di Lokap Mako Brimop, Kota Depok, Indonesia pada 2018 apabila sekumpulan tahanan penggganas bangkit merusuh.

    Dalam kejadian yang menggemparkan itu, pertempuran hebat tercetus dan seramai 5 anggota polis Densus 88 dibunuh dengan kejam.

    Sinopsis Sayap Sayap Patah

    Sayap Sayap Patah adalah filem aksi dan romantik yang mengisahkan kisah cinta pasangan suami isteri yang merupakan anggota keselamatan dalam pasukan khas Densus 88 dan Nani. Kerjaya Aji yang selalu berada di barisan hadapan dalam membenteras pengganas membuat Nani yang sarat hamil anak pertama sentiasa dalam kebimbangan. Cabaran getir menjaga keamanan tetap diteruskan demi untuk mempertahankan negara termasuklah untuk bersama isteri dan keluarga tercinta. Ketika tayangan di Indonesia Ogos lalu, filem ini berjaya mengutip sebanyak RM40 Juta dan mendapat pelbagai komen dan kritikan yang positif daripada penonton.

    Nicholas melakonkan watak Adji salah seorang anggota Densus 88 yang juga suami kepada Nani (Ariel Tatum). Turut membintangi filem ini adalah rapper terkenal Indonesia Iwa K serta dibantu dengan cemerlang oleh Popi Sovia, Ariyo Wahab, Edward Akbar, Dewi Irawan, Revaldo dan ramai lagi.

    Amir Masdi turut berbangga dipilih menyanyikan Soundtrack Filem “Sayap Sayap Patah” dan menyanyi kan Lagu “Ku Tunggu Senyuman Mu”. Anda boleh menonton nyanyian beliau di sini!

    Filem Sayap Sayap Patah akan mula ditayangkan di semua pawagam Malaysia bermula 13 Oktober 2022.

  • Two new BMW I Charging locations have been unveiled in Langkawi by Tian Siang Premium Auto and BMW Group Malaysia.

    The Datai Langkawi, a five-star beach resort, now has new charging stations installed, expanding the viability of electric driving in Langkawi’s tropical paradise. The number of charging infrastructures on the island has increased with the introduction of two new BMW I Charging stations at The Datai Langkawi by BMW Group Malaysia and Tian Siang Premium Auto.

    Sashi Ambi, Head of Corporate Communications of BMW Group Malaysia said, “BMW Group Malaysia has always believed that sustainability is a shared responsibility. As we continue to realise our vision of carbon-neutral mobility in Malaysia through our premium fully electric BMW i vehicles and the expansion of our comprehensive BMW i Charging network, we are pleased to collaborate with likeminded partners, such as The Datai Langkawi – alongside our dealer, Tian Siang Premium Auto. This partnership underlines our commitment to providing a Premium Electric Ownership Experience to all electric vehicle (EV) owners across the country – an experience that exemplifies sustainable luxury and is in tandem with our national agenda for electrification in Malaysia.”

    Tan Ka Kin, Managing Director of Tian Siang Premium Auto said, “With the new BMW i Charging facilities introduced today, we are thrilled to be powering a total of 12 premium charging facilities across the northern regions of Malaysia – bringing greater access to electromobility in major locations outside the Klang Valley. This gives us confidence that interest for EVs in these regions will continue to rise as we work to present Sheer Electric Driving Pleasure to our customers here.”

    “Sustainability and conservation are at the core of our business strategy, and we integrate these values into all aspects of our company ethos, operations, and guest experiences at the resort. Offering this BMW i Charging station to our guests is just one of our many efforts in moving towards cleaner air and regenerative travel, to reaffirm our commitment to protecting the rich biodiversity of Langkawi for generations to come”, stated Arnaud Girodon, General Manager of The Datai Langkawi.

    To further accelerate the adoption of electromobility on the island, guests of The Datai Langkawi are also invited to experience the BMW iX through a limited-time test drive opportunity. The two new BMW i charging facilities are also conveniently located at the entrance of the beach resort, accessible for guests.