Category: News

  • Kesedaran hak pengguna dalam kalangan pelajar ditingkatkan oleh cabaran interaktif pengguna.

    Yang Berhormat Dato’ Rosol bin Wahid, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, membuka dan menutup Cabaran Interaktif Pengguna Kelab Pengguna Sekolah 2022 Peringkat Kebangsaan hari ini di Hotel Primula Beach Resort Kuala Terengganu, Terengganu.

    2. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menganjurkan Program Cabaran Interaktif Pengguna Kelab Pengguna Sekolah (CIP KPS) Tahun 2022 Peringkat Kebangsaan yang telah diadakan mulai 17 sehingga 19 Oktober 2022 di Kuala Terengganu, Terengganu. CIP KPS pada tahun ini melibatkan penyertaan 634 sekolah yang terdiri daripada 2,536 pelajar dari seluruh negara dan format pertandingan ini adalah berbentuk cabaran interaktif berkonsepkan explorace yang menguji kecekapan, pengetahuan dan amalan kepenggunaan merangkumi aspek-aspek kepenggunaan dengan memberi penekanan terhadap lima (5) aspek iaitu perlindungan pengguna, pengurusan kewangan, pemakanan sihat, kelestarian alam sekitar dan kerja berpasukan.

    3. Untuk makluman, Cabaran Interaktif Pengguna ini merupakan salah satu aktiviti kepenggunaan di bawah Kelab Pengguna Sekolah (KPS) yang berperanan sebagai platform dan nadi penggerak pendidikan kepenggunaan di peringkat sekolah menengah. Berdasarkan data terkini sehingga 30 September 2022, sebanyak 2,030 sekolah telah menubuhkan Kelab Pengguna Sekolah (KPS) dengan melibatkan penyertaan pelajar seramai 69,178 orang sebagai ahli KPS dan pihak KPDNHEP menyeru agar lebih banyak sekolah tampil ke hadapan untuk mendaftarkan Kelab Pengguna Sekolah di sekolah masing-masing bagi menyebarluas kefahaman dan kesedaran hak pengguna sehingga peringkat akar umbi.

     

    4. Pihak Kementerian juga komited menyokong usaha dan kerjasama strategik dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam meningkatkan kesedaran hak pengguna terutama di kalangan pelajar. Kementerian percaya peranan yang dimainkan oleh para pelajar amat penting yang boleh menjadi duta kecil KPDNHEP dalam menyebarluaskan maklumat kepenggunaan dan dikongsi bukan sahaja di peringkat ahli-ahli KPS bahkan dikongsi bersama rakan, warga sekolah, ahli keluarga dan masyarakat setempat.

    5. Besarlah harapan pihak Kementerian agar program seumpama ini menjadi platform terbaik bagi pembelajaran interaktif yang efektif dalam usaha membentuk generasi pengguna muda khususnya di peringkat sekolah agar menjadi seorang pengguna yang berilmu, bijak dan bertanggungjawab.

    SENARAI PEMENANG CABARAN INTERAKTIF PENGGUNA KELAB PENGGUNA SEKOLAH (CIP KPS) PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2022

     

    ANUGERAH PENGGUNA BIJAK

    SM SAINS ALAM SHAH (W.P. KUALA LUMPUR)

     

    ANUGERAH MESRA ALAM

    SMK KOTA MASAI 2 (JOHOR)

     

    ANUGERAH NUTRI-X

    SMK ST PAUL (NEGERI SEMBILAN)

     

    ANUGERAH BIJAK WANG

    SMK SRI NANGKA, TUARAN (SABAH)

     

    ANUGERAH SUARA PENGGUNA

    SEKOLAH MENENGAH SAINS SULTAN MAHMUD (TERENGGANU)

     

    TEMPAT KE-5

    MRSM TUN GHAFAR BABA, JASIN (MELAKA)

     

    TEMPAT KE-4

    SMA MAJLIS AGAMA ISLAM WP LABUAN (W.P. LABUAN)

     

    TEMPAT KE-3

    SM SAINS ALAM SHAH ( W.P. KUALA LUMPUR)

     

    NAIB JOHAN

    SMK SRI NANGKA, TUARAN (SABAH)

     

    JOHAN

    SMK KIDURONG, BINTULU (SARAWAK)

  • PREMIS MENJUAL ALAT PERANTI TEKNOLOGI PENSTRIMAN DISERBU PENGUAT KUASA KPDNHEP

    Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menggeledah sebuah kedai di Jalan Mutiara, Skudai, Johor minggu ini yang menjual gajet teknologi penstriman (kotak android) (KPDNHEP).

    2. Serbuan yang bermula pada jam 1.00 tengah hari itu dengan kekuatan seramai empat (4) anggota penguat kuasa KPDNHEP Putrajaya dilakukan hasil daripada maklumat pemilik hak cipta serta risikan awal yang telah dilakukan oleh pihak KPDNHEP selama beberapa hari sebelum tindakan.

    3. Hasil pemeriksaan lanjut ke atas premis terbabit, pihak KPDNHEP telah merampas 600 unit alat teknologi penstriman pelbagai jenama berserta dokumen yang berkaitan yang disyaki mengandungi karya hak cipta yang dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM 404,500.00.

    4. Pasukan serbuan juga telah bertindak menahan seorang individu, wanita warganegara tempatan berumur lingkungan 20-an yang mengaku sebagai pekerja di premis terbabit untuk siasatan lanjut kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah seksyen 43AA Akta Hak Cipta 1987 iaitu melakukan pelanggaran hak cipta dalam apa-apa karya dengan menjual suatu teknologi penstriman.

    5. Jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada RM 10 000.00 dan tidak melebihi RM 200,000.00 atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya.

    6. Pihak KPDNHEP telah menambahbaik Akta Hak Cipta 1987 melalui pindaan kepada Akta Hak Cipta (Pindaan) 2022 yang telah berkuatkuasa mulai 18 Mac 2022 lalu. Ia memberi penekanan dalam usaha pihak Kementerian untuk membanteras pelanggaran hak cipta secara dalam talian atau cetak rompak digital ini dengan lebih berkesan.

    7. Pihak Kementerian ingin mengingatkan kepada semua peniaga agar tidak menjual alat teknologi penstriman seumpama ini yang mengandungi karya hak cipta yang dituntut haknya tanpa kebenaran. Tindakan penguatkuasaan serta pemantauan yang berterusan dan tegas akan dilakukan oleh pihak Kementerian kerana alat teknologi penstriman ini berupaya untuk melakukan pelanggaran hak cipta dalam apa-apa karya hak cipta yang dilindungi.

    8. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung salah laku peniaga berhubung perkara yang berkaitan boleh menyalurkan aduan yang lengkap kepada pihak Kementerian melalui saluran berikut:

    • WhatsApp 019-279 4317 / 019-848 8000
    • Portal Aduan; e-aduan.kpdnhep.gov.my
    • Call Centre 1-800-886-800 3
    • Emel e-aduan@kpdnhep.gov.my
    • Ez ADU KPDNHEP
  • HARGA AYAM DAN TELUR AYAM

    Penegasan di media mengenai kenaikan harga runcit ayam dipandang serius oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

    2. Program mekanisme kawalan harga maksimum bagi ayam dan telur telah dilaksanakan semenjak 5 Februari 2022. Mekanisme ini dilaksanakan untuk mengekang peningkatan harga ayam dan telur ayam secara mendadak di pasaran terutamanya selepas musim perayaan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHHMP). Sebagai rujukan semula, kawalan harga maksimum adalah seperti berikut:

    Harga kawalan ayam

    LOKASI PELADANG PEMBORONG PERUNCIT
    Semenanjung RM6.00 RM8.10 RM9.40
    Sarawak (Kuching) RM6.60 RM8.60 RM9.80
    Sabah (Kota Kinabalu) RM6.80 RM9.80 RM11.00

     

    Harga kawalan bagi telur gred A, B, dan C

    3. Berdasarkan cerapan harga harian pada 15 Oktober 2022 oleh Kementerian, adala didapati bahawa harga purata nasional adalah RM9.18/kg. Manakala harga purata bagi Semenanjung Malaysia adalah sebanyak RM9.13/kg. Ini bermakna, harga ayam runcit sebenarnya masih di bawah harga kawalan maksimum RM9.40/kg.

    4. Seperti komoditi lain, harga bagi ayam dan telur ayam akan turut terkesan dan mengalami perubahan selaras dengan pergerakan kos input pengeluaran seperti jagung bijan dan soy bean meal. Namun begitu, kerajaan akan terus komited dalam memastikan harga di setiap rangkaian bekalan tidak akan melebihi harga maksimum.

    5. Kementerian juga ingin menekankan bahawa terdapat Program Jualan Murah Keluarga Murah (PJMKM) yang turut menawarkan harga lebih rendah sehingga 20 peratus kerana terdapat subsidi tambahan jualan bagi memastikan harga di bawah harga kawalan maksimum.

    6. Kementerian juga ingin memberi amaran kepada semua pihak terutamanya penternak, pemborong dan peruncit untuk menjual ayam dan telur untuk sentiasa mematuhi kawalan harga maksimum ini dan kegagalan mematuhinya akan mengakibatkan mereka diambil Tindakan di bawah akta-akta yang berkaitan.

    7. Kementerian juga telah membentangkan status kedudukan harga dan bekalan semasa ayam dan telur ini dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pasukan Kas Jihad Menangani Inflasi yang telah dipengerusikan oleh YB Dato’Sri Mustapa bin Mohamed, Menteri Ekonomi pada 17 Oktober 2022.

  • Nantikan Afgan, Phum Viphurit dan Noryn Aziz di Kuching Jazz, di mana 10 penghibur jazz berpengaruh akan membuat persembahan!

    Disebabkan oleh pandemik global, Kuching Jazz telah berehat selama dua tahun. Acara muzik yang mesti dihadiri di Sarawak, Kuching Jazz atau Kuching Waterfront Jazz Festival, akan kembali pada 28 dan 29 Oktober 2022, untuk menghangatkan dan menghilangkan dahaga peminat jazz.

    Mengambil Waterfront, Grand Margherita Kuching sebagai lokasinya, penganjur, Hemisphere Corporation Sdn. Bhd. percaya barisan pemuzik dan penghibur yang dihimpunkan untuk dua malam pesta tersebut akan memberi kepuasan dan ‘hadiah’ terbaik selepas ‘dunia berehat’.

    Menyifatkan festival tersebut sebagai sebuah percutian hujung minggu yang ideal dan lari dari kesibukan, alunan muzik Jazz yang bakal dipersembahkan oleh barisan penghibur kelak akan membuat kunjungan ke Kuching yang indah nan cantik tidak akan sia sia.

    “Kami di Hemisphere Corporation Sdn. Bhd amat berharap dan percaya Kuching Jazz akan mendapat sambutan hangat selepas dua tahun tidak dianjurkan.

    “Dan kami juga percaya peminat festival ini serta genre muzik yang diketengahkan penghibur yang diterbangkan dari beberapa negara seperti Australia, Indonesia, Singapura dan Thailand akan menjadi magnet kepada peminat.

    “Kami berbangga kerana dapat kembali menganjurkan Kuching Jazz dan barisan penghibur yang tak kalah berpengaruh pada 28 dan 29 Oktober ini,” ujar Encik Mark Ferguson, Ketua Pegawai Eksekutif, Hemisphere Corporation Sdn. Bhd.

    Barisan penghibur yang akan menghangatkan festival ini termasuklah bintang dari Indonesia, Afgan yang kembali bertemu peminatnya dalam Kuching Jazz.

    Afgan yang sudah mempunyai profil cukup besar dalam dunia seni nusantara lewat vokal merdu di untaian hit termasuk Sudah dan Jodoh Pasti Bertemu akan bergabung dengan barisan penyanyi Jazz Malaysia seperti Noryn Aziz, Leon Sapphire, Ta’Dan, Ky Den dan Ushera.

    Kuching Jazz tidak akan lengkap tanpa kehadiran Phum Viphurit dari Thailand yang memang dinantikan banyak penggemar.

    Begitu juga Freyja Garbett (Australia) dan penampilan Dawn Wong & The Ark Royal dari Singapura yang dijangka akan ‘membawa’ bersama peminat dari negara masing masing untuk berhibur dalam pesta muzik jazz terbesar di Kuching ini.

    “Pengunjung akan mendapatkan pengalaman berbeza dalam penganjuran festival ini termasuk persembahan dari Afgan yang tentunya lain daripada persembahan sebelum atau akan dilakukannya pada masa terdekat,” ujar Encik Mark Ferguson lagi.

    Masuk dalam kategori ‘mesra pengunjung’ tanpa diskrimasi bangsa atau budaya dengan kesemua lapisan masyarakat dijemput hadir, festival ini dimeriahkan dengan jualan gastranomi dan kraftangan yang dijual di bazar disediakan.

    Memasuki tahun keempat penganjuran, tolong jangan keliru dengan Borneo Jazz Festival yang diadakan di Miri, lantaran Kuching Jazz mempunyai kekuatan tersendiri.

    Festival ini sudah pernah menyaksikan kehadiran bintang bintang Jazz dan penghibur terkenal seperti Datuk Sheila Majid, Tompi, Kunto Aji, Baihana, Carmen Souza Trio, Siti Navarro dan Harvey Malaihollo serta Dayang Nurfaizah dan Ning Baizura.

    Justeru itu tidak ada alasan mengapa anda berfikir dua kali atau beralasan untuk hadir ke Kuching Jazz pada tahun ini.

    Barisan pemuzik yang hebat, bazar makanan dan jualan kraftangan yang tidak akan mengecewakan dan paling penting dapat ‘mematikan’ kesibukan bekerja dengan alunan Jazz yang dimainkan, Kuching Jazz adalah pesta terbaik yang rugi dilepaskan.

    BUTIRAN HARGA TIKET

    PASS 1 HARI

    PRA JUALAN :

    HARI PERTAMA: (DEWASA) RM180, (KANAK-KANAK 3-12 TAHUN) RM90

    JUALAN DI LOKASI: (DEWASA) RM200, (KANAK-KANAK 3-12 TAHUN) RM100

    HARI KEDUA: (DEWASA) RM280, (KANAK-KANAK 3-12 TAHUN) RM140

    JUALAN DI LOKASI: (DEWASA) RM300, (KANAK-KANAK 3-12 TAHUN) RM200

    PASS 2 HARI

    PRA JUALAN : (DEWASA) RM350, (KANAK-KANAK 3-12 TAHUN) RM170

     

    Semua maklumat mengenai jualan tiket atau pass boleh dibeli melalui website www.kuchingjazz.com

  • Bermula 21 Oktober Ini Drama Terbaharu Wanita Milik Tuan Putra Di Isi Slot Akasia TV3

    Ia mungkin sangat mencabar untuk membezakan antara pertemuan atau suratan takdir. Mampukah Tuan Putra Anaqi mengubah nasibnya dengan kedatangan Bunga Zinnirah setelah isterinya pergi sekian lama? Drama bersiri terbaharu Wanita Milik Tuan Putra akan memberikan segala jawapannya mulai 21 Oktober 2022. Ia akan bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 7 malam. di Akasia TV3 dan strim secara langsung dalam talian di www.tonton.com.my

    Wanita Milik Tuan Putra ini diinspirasikan daripada novel Wanita Milik Tuan Putra, karya Aunie Ayunie diterbitkan oleh OrangeTree Production Sdn Bhd. Drama bersiri 28 episod, arahan Shuhaimi Zulkefli ini menampilkan barisan pelakon tanah air seperti Hisyam Hamid, Intan Najuwa, Sherry Ibrahim, Syazuwan Hassan, Hafidz Roshdi, Natasya Mahyan dan ramai lagi.

    Bunga (Intan Najuwa) dihalau keluar oleh bapa angkatnya, Dato’ Azka apabila mendapati Bunga bersama lelaki lain di dalam bilik! Bunga tiada tempat untuk berteduh. Namun, dengan bantuan Tuan Putra (Hisyam Hamid), Bunga dapat menumpang di rumahnya bersama pembantu rumah iaitu, Mak Jah dan Pak Jais.

    Insiden yang berlaku kepada Bunga membuatkan Putra berasa simpati membuat dirinya akur untuk berkahwin dengan Bunga atas desakan Dato’ Azka. Di mana ada cinta, di situ ada benci. Tania (Sherry Ibrahim), kakak tiri kepada Putra tidak merestui perkahwinan mereka kerana sudah lama menyimpan perasaan terhadap Putra

    Lama kelamaan, hubungan mereka semakin erat dan Putra mula menyedari bahawa cintanya terhadap Bunga semakin mekar. Adakah sesuatu bakal mengancam hubungan mereka? Atau cinta mereka dapat dipertahankan hingga akhir hayat?

    Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Wanita Milik Tuan Putra menerusi slot Akasia mulai 21 Oktober 2022, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam di TV3 dan strim secara langsung di www.tonton.com.my

    Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, dan Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

     

  • KELAB GOLF ROYAL SILVER MENGANJURKAN ACARA AMAL NOSTALGIA YANG BERSEJARAH PADA 15 OKTOBER 2022

    Apabila semua acara seni terpaksa dibatalkan pada tahun 2020 kerana untuk kebimbangan keselamatan dan kesihatan, wabak Covid 19 di seluruh dunia mempunyai kesan yang ketara ke atas sektor hiburan. Ramai pemuzik telah terjejas. Untuk menampung kehidupan, ada yang terpaksa menjual instrumen mereka. Ada juga yang jatuh sakit atau meninggal dunia.

    Walaupun kerajaan sudah membuka semula sektor hiburan pada awal penamatan PKP bagi membolehkan para artis dan penggiat seni meneruskan pencarian pendapatan dan pelbagai inisiatif digiatkan oleh agensi kerajaan dan NGO seperti Karyawan sudah tentu ia ambil masa agak lama untuk menstabilkan keadaan sosio-ekonomi mereka.

    Perkara ini amat menyentuh perasaan semua termasuk pengasas acara ini, YM Dr Raja Putra Shah, lebih-lebih lagi apabila terbaca artikel di media sosial mengenai keadaan artis legenda, Fredo dan Shuib  serta pihak yang terlibat di industri hiburan yang lain yang turut terkesan. YM Dr. Raja Putra Shah yang telah bertahun lamanya mengenali Datuk Freddie Fernandez, Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, telah menghubungi beliau dan mencetuskan idea acara majlis amal ini.

    YM Dr. Raja Putra Shah sememangnya tidak asing lagi dalam pengendalian program muzikal kerjasama dengan RTM dan TV3 dan berpengalaman terlibat dalam 2,000 program termasuk beberapa program dengan artis antarabangsa. Beliau yakin gabungan bersama Karyawan menerusi kolaborasi strategik ini mampu menjayakan malam amal yang dijenamakan sebagai Nostalgia Lagenda yang bertujuan meraih dana untuk artis yang terkesan.

    Kenapa pencetus idea memilih empat artis lagenda ini, iaitu Shuib, Fredo, Jay Jay dan Zur Eda? Mereka merupakan artis seangkatan yang pernah popular dengan lagu hits masing-masing pada era 80’an. Kenangan Lalu nyanyian Fredo Flybaits, Mulanya Di Sini nyanyian Shuib Freedom, Rindu Bayangan nyanyian Jay Jay Carefree and Pelitaku nyanyian Zur Eda sememangnya membawa kenangan nostalgia dan menggamit memori kepada ramai di kalangan kita, rakyat Malaysia tidak kira bangsa. Keempat-empat artis lagenda ini pernah dan sentiasa menjadi idola dan sumber inspirasi menerusi kehebatan suara, keasyikan melodi dan keindahan lirik yang membekas di dalam hati para pendengar sehingga kini.

    Majlis amal yang telah dihadiri oleh 600 hadirin di mana majoritinya merupakan para usahawan tempatan, syarikat GLC dan agensi penyokong industri keusahawan negara ini juga mampu menarik minat mereka memberi peluang kepada para artis legenda ini mengadakan persembahan di majlis-majlis korporat dan sosial anjuran organisasi mereka dan rangkaian niaga mereka.

    Kolaborasi majlis amal ini bukan sahaja bermula dan berakhir sulung di Kelab Golf DiRaja Perak tetapi akan diteruskan di bawah jenama Nostalgia Lagenda menerusi perjanjian kerjasama antara Persatuan Karyawan Malaysia dan syarikat pengurusan acara, Nerv Global Sdn Bhd dengan pelantikan YM Dr. Raja Putra Shah selaku penasihat acara.

    Majlis amal ini yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu, 15 Oktober 2022 di Kelab Golf DiRaja Perak (Royal Perak Golf Club) amat istimewa dengan kehadiran eksklusif Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak dan Duli Yang Amat Mulia Raja Puan Muda Perak. Tuanku telah berkenan untuk menghadiri majlis ini setelah pihak kami mengadap Tuanku bagi mencadangkan dan memohon perkenan jemputan pada 9 Ogos 2022. Di kesempatan majlis amal ini, kami juga bakal memberi penganugerahan kepada 10 penerima Anugerah United Entrepreneurs Awards (UEA) berdasarkan rekod kecemerlangan dalam menyokong ekosistem keusahawanan nasional. Pemilihan penerima anugerah berprestij tinggi ini dilaksanakan oleh Panel Penasihat yang dianggotai oleh empat Presiden NGO Keusahawan dan dipengerusikan oleh seorang Profesor Kepimpinan, Perniagaan Keluarga, Inovasi dan Keusahawanan yang juga merupakan Pengarah Akademi Keusahawanan institusi pengajian tinggi tempatan yang tersohor.

    Kami juga menampilkan artis jemputan, Iqa Nasra, finalis Mentor 5 dan Datin Maylene Yong, ikon penggiat kerja-kerja amal, selain kumpulan Migos, pemuzik graduan Aswara bagi memeriahkan lagi persembahan pada malam amal tersebut.

    Dengan sukacitanya kami ingin mengajak para usahawan, individu mahupun syarikat swasta, syarikat GLC dan agensi keusahawanan, bersama menjayakan Majlis Amal Nostalgia Legenda pada 15 Oktober 2022 ini, dengan menderma sambil berhibur. Sesiapa yang berminat, boleh menghubungi Hotline 010 3839 335 atau Sekretariat di talian 016 867 1277 bagi pengesahan kehadiran.

    Walaupun kami tiada kuasa menghapuskan cabaran kesan pasca pandemik, sekurang-kurangnya kita mampu membantu artis dan penggiat seni tempatan dengan penuh bermakna. Majlis amal Nostalgia Lagenda mampu memberi aspirasi kepada umum bersandarkan gagasan #kitajagakita dan #keluargamalaysia

  • The AEON Fashion Preview for November 2022 to February 2023 includes party wear and the Rabbits Invasion of the Lunar New Year.

    The annual AEON Fashion Preview 2022 has unveiled the most recent collection for February 2023 to November 2022. (AFP22). It consists of four major collections and an assemblage: an AEON exclusive with Neonate x Guys’ Vision; Scarlet Loungewear emerges as the party’s life; Ti:Zed takes the lead in couple wear; and the forthcoming rabbit invasion to mark the Lunar New Year 2023.

    Source: AEON CO. (M) BHD.

    According to Naoya Okada, Deputy Managing Director and Chief Operating Officer of AEON CO. (M) BHD, “As we celebrate AEON’s 38th year in Malaysia, we are also thrilled to grow the various AEON’s fashion brands and fashion essentials such as Scarlet, Agenda, Suave and Crème; that have been so much a part of the Malaysians way of life from the growing years to building a strong career. We have been working on cutting-edge fabric technology that is continuously functional for customers’ needs, and we are also making it a priority to maintain aesthetics and promoting wellness – so you are seeing new brands such as innerCasual, iC as well as + Collection to fill in size gaps.”

    Source: AEON CO. (M) BHD.

    This year’s AEON Fashion Preview 2022 (AFP22) is taking the lead in emphasising the importance of dressing for yourself rather than dressing to impress others. From #ownwhatyouwear to #comfortfit, AEON is also promoting access to confidence, connectivity, collaboration and most importantly , affordability.

    Neonate x Guys’ Vision, An AEON Exclusive

    Founded by Karl Shafek Ibrahim and Ahmad Syahir Hamdan, Neonate Clothing Company is a popular Malaysian streetwear brand that has collaborated with AEON’s Guys’ Vision. The Neostalgia collection will be available for the first time at selected ten AEON outlets nationwide, including Alpha Angle, Taman Maluri, MidValley, Bandaraya Melaka, Nilai, Shah Alam, Bandar Utama, Cheras Selatan, Queensbay and Tebrau City. Inspired by the elements from the 1960s to the 1990s, the collection features a modern twist with television test patterns and arcade games. It also utilises jersey fabric for lightweight and breathability, delivering an athleisure lifestyle that is perfect for indoors and outdoors.

    Party Wear: From Zoom Screen To The Runway

    With year-end parties back in full force, AEON’s Scarlet Loungewear, a big proponent of relaxed fashion, has debuted its collection, which is inspired by effortless glam to dress up comfort while glorifying cosiness. The Scarlet Loungewear offers soft stretch fabric made with cotton for luxurious comfort, and the outfits also come with headbands, house slippers, and mismatched socks.

    Slay at the party with Guys’ Vision’s latest machine knit top and popular ankle-knee pants. While Crème offers various modern silhouettes in satin, dotted with sequins, small ruffles and asymmetrical hems to give you the sparkle you need to shine under the spotlight.

     Twinning Couple Wear

    Don a matchy outfit with Ti:Zed’s adorable pullovers, sweaters, and matchy cotton t-shirts, which are designed in full print and colours. Whereas, Guys’ Vision cotton and rayon simplicity go well with any of SCAR’s pieces.

    Rabbits Invasion Of The Lunar New Year 2023

    The AEON Fashion Preview 2022 (AFP22) collection debuted a slew of trendy outfits dominated by signature red hues.The themed tù-gether is all about capturing the energy of rabbits, the zodiac sign for 2023, to bring abundance and prosperity in health and wealth.

    SCAR, a leading youthful fashion brand, reimagines classic silhouettes with modern twists such as printed, lace, textured fabric, and floral jacquard.

    This year, Arcadia is focusing on linen selections with bright colours of pleasing embroidery and monotone print.

    Crème features flowy chiffon-like fabric with cheongsam and samfu detailing.

    The + collection offers versatility for plus sizes, from machine knit fabric to printed linen and festive embroidery detailing.

    J-Kids provides a plethora of cotton-based wear for the festival season without interfering with the child’s active play time.

    Guys’ Vision has a wide selection of comfortable cotton in a variety of bold prints and plain colours to help you celebrate in style.

    AEON’s SCAR and innerCasual have also partnered for the launch of  ‘AEON tù-gether with White Rabbit.’ The collaboration introduced iron-on patches of rabbit visuals inspired by the iconic brand of White Rabbit by artist Evelyn Pow Qian Ping. StevenSunny, a renowned stylist, trend guru, and fashion extraordinaire, customises these patches on favourite must-have essentials, ensuring a tù-gether takes on a new synergy of co-creation with the customers.

    Source: AEON CO. (M) BHD.

    “innercasual or iC is AEON’s inner wear specialty concept of functional innerwear, active wear and casual wear that has sustainability high on its agenda so working on a personalization program like this with SCAR, White Rabbit and the various artisanal talents speaks volume about AEON’s intention to extend lifecycles of every piece of apparel from AEON – that is made with so much love”, shared Low Ngai Yuen, the Chief Merchandise and Marketing Officer of AEON CO. (M) BHD.

    The AEON Fashion Preview 2022 (AFP22), which was hosted at Tapak Urban Street Dining KL, showcased street-food, live music, and performances by Orang Orang Drum Theatre, Yonnyboii, Aruel Ariel, and Aman RA.

  • EVERY SATURDAY AT 5.00 PM, WOMEN TALK RETURNS FOR A SECOND SEASON

    After a successful first season of female-centric topics and discussions with famous and illustrious people, TV3’s talk programme Women Talk is coming back for a second season starting on October 15, 2022, at 5:00 pm on Saturdays. You can watch it live in HD online at www.tonton.com.my.

    Women Talk is a 13-episode series conducted in English hosted by Deborah Henry and Zoraya Vadillo and features guests from various fields including politics, finances, entrepreneurship, law, fashion and many more.

    The first episode of the new season talks about the topic ‘RISING FROM THE FALL’ where invited guests Nirmala M Supramaniam (Head of Department, Household Financial Education Department, AKPK) and entrepreneur, Izayati Mustaffa shares their experiences on the downfall and re-rise of their businesses, as well as moving forward in their designated fields and endeavours.

    Stay tuned to Women Talk as they will also venture into interesting and insightful topics such as working from home and its work life balance (Hajjah Mahuran Saro Dato’ Haji Sariki from Talent Corporation Malaysia Berhad and Zarina Ismail, PUSMA President), fast fashion and its impact on climate change (Nini Marini, President of Citra Malaysia and Andrea Wong, fashion stylist and personal shopper), as well as the ‘glass ceiling’ phenomenon that still exists in the working culture where the male population is more dominant, and other interesting topics in the upcoming episodes of the programme.

    The production of Women Talk is led by Chief Producer Shahila Shah together with producers Datin Elaine Daly and Said Thani as well as Deborah Henry and Zoraya Vadillo as hosts.

    For further information and updates on the latest TV3 programmes, visit www.xtra.com.my and follow official social media sites Facebook, Instagram & Twitter at @TV3Malaysia.

  • DEEPAVALI CELEBRATIONS ARE MARKED BY THE SURIA KLCC GROUP. WITH AN EXCITING FEAST FOR THE SENSES

    As the Hindu population in Malaysia celebrates this important festival, this Deepavali asks for a more colourful celebration. The economy is prospering, and the pandemic restrictions have been relaxed.

    The Suria KLCC Group, consisting of Suria KLCC, Alamanda and Mesra Mall, is set to usher in the  festival of lights, which falls on 24 October 2022, with vivacious sights and sounds.

    “Deepavali is a time to celebrate the triumph of light over darkness, knowledge over ignorance, and  good over evil. This festive season reminds us to not only celebrate with gusto, but also with  gratitude as we journey ahead as a community after the struggle of recent times.” said Andrew  Brien, CEO of the Suria KLCC Group.

    Dazzling festivities at Suria KLCC 

    Suria KLCC will be hosting the Deepavali celebrations for 17 days, from 14 to 30 October 2022. A  vibrant garden installation at the Centre Court beckons visitors into its fold throughout this period. Visitors will be fêted to a lively setup filled with floral peacocks and traditional Indian gazebo adorned  with flower garlands. The festive mood is further augmented with Deepavali tunes.

    In the middle of the garden, a 20-foot rotating kolam with motion sensor lighting and sound is poised  to provide visitors with a fun, interactive experience. This feature comes to life with multi-coloured  lights when shoppers trigger the sensors on this festive centrepiece. On selected weekends,  shoppers will also be treated to traditional Indian dance performances at the Centre Court.

    Meanwhile, avid shoppers stand to be rewarded with Suria KLCC (SKLCC) Shopping e-Vouchers as part of the Shoppers Reward Programme. Those who spend RM600 and above in two receipts  at any specialty stores will receive a SKLCC Shopping e-Voucher worth RM50.

    Festive rewards at Alamanda Putrajaya

    As homes are decked in colourful traditional Indian decoration, a beautiful rangoli illuminated with  diyas welcomes shoppers to Alamanda Shopping Centre from 8 to 24 October 2022 for its  Deepavali celebration.

    This festive period, which extends over 17 days, brings marvellous rewards to shoppers. Shoppers  who spend RM300 in a maximum of two receipts at any specialty stores will receive a pair of spice  jars.

    Those who spend RM1,500 and above are eligible for the High Spender Rewards. On top of a pair  of spice jars, they stand a chance to receive an additional RM50 Alamanda voucher. This reward is  limited to the first 125 shoppers who spend RM1,500 and above. This reward is available while  stocks last.

    For more information and the latest updates, visit:

    Suria KLCC – www.suriaklcc.com.my / www.facebook.com/SuriaKLCCMall

    Alamanda – www.alamanda.com.my /www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre

  • Filem Tamil tempatan sasar tayang di Netflix

    Hakikat bahawa tiga filem Tamil Malaysia boleh didapati di Netflix adalah satu kebanggaan untuk ciptaan anak tempatan. Filem ini, yang boleh ditonton pada perkhidmatan penstriman antarabangsa Netflix, sudah pasti memenuhi keperluan untuk diiklankan. Ini disebabkan oleh fakta bahawa filem dengan nama Vedigundu Pasangge (Rowdy Folks), Paramapatham (The Snake & Ladder Gameboard), dan Pulanaivu mengandungi mesej positif dan memenangi pelbagai anugerah pada majlis anugerah pawagam di Malaysia dan luar negara.

    Diedarkan oleh MyContent Distribution, filem Vedigundu Pasangge telah ditayangkan mulai 16 September lalu manakala filem Pulanaivu dan Paramapatham ditayangkan bermula 14 Oktober 2022.

    Filem-filem ini sangat sesuai ditonton bersempena sambutan Hari Deepavali yang berlangsung dan sokongan rakyat Malaysia terhadap filem-filem Tamil tempatan yang ditayangkan di saluran Netflix akan menaikkan lagi semangat para pengkarya Malaysia untuk terus menghasilkan produk-produk seni terbaik bukan sahaja untuk tontonan rakyat Malaysia tetapi juga hebahan antarabangsa khususnya.

    Berikut merupakan filem-filem yang ditayangkan di Netflix dan keistimewaan setiap filem tersebut.

    • Filem Vedigundu Pasangge (Rowdy Folks),

    Filem ini berkisarkan tentang seorang budak kampung bernama Theva. Dia terlibat dengan sebuah situasi yang kusut dan menyedari bahawa segala-galanya di sekelilingnya adalah misteri. Keadaan berubah menjadi keruh buat Theva angkara Boss yang penuh dengan muslihat dan tanpa Theva mengetahui warna sebenar perangai Boss. Boss menggunakan Theva sebagai umpan, yang menyebabkan masalah kepadanya. Theva belajar sesuatu tentang kehidupan – ‘once bitten, twice shy’.

    Bergenre aksi komedi romantik drama, filem ini diarahkan oleh TS.DR Vimala Perumal. Berdurasi 1 jam 58 minit, para penonton menyaksikan lakonan hebat Denes Kumar, Sangeeta Krishnasamy, David Antonny dan Thangamani Velayudan.

    Vedigundu Pasangge mencipta sejarah dengan menjadi filem berbahasa Tamil yang pertama dan mencatat kutipan tertinggi di Malaysia dengan melepasi kutipan sebanyak RM1.3 juta. Penerbitnya iaitu Denes Kumar berkata kutipan itu dicapai dua minggu selepas filem itu dilancarkan di 55 buah pawagam seluruh negara, serta lima pawagam di United Kingdom pada 26 Julai. Filem ini memperoleh £222 pada hari pertama di United Kingdom. Ia merupakan koleksi pembukaan tertinggi untuk filem dari Malaysia di box office United Kingdom.

    Pada acara Festival Filem Malaysia ke-30 yang lalu, filem  Vedigundu Pasangge telah berjaya memperolehi Anugerah Khas Juri kerana menjadi filem berbahasa Tamil Malaysia pertama yang mengutip lebih RM1 juta dan memberi pembikin filem Malaysia alasan sebenar untuk meraikannya.

    Filem ini juga telah memenangi pelbagai anugerah dalam festival filem tempatan dan antarabangsa dengan kejayaan tersendiri. Antaranya ialah Malaysia Book of Records untuk Collection of Highest Indian Movie Theaters in Malaysia, Cinema Worldfest Awards (Musical Comedy), Calcutta International Cult Film Festival (BPengarah Filem Wanita Terbaik) dan juga South Film & Arts Academy Festival (Editor Terbaik, Susunan Seni Terbaik , Susunan Bunyi Terbaik), Pertandingan Filem Global Accolade dan Festival Filem Planet Barcelona (Lakon Layar Terbaik).

    • Filem Paramapatham

    Sai Nanthini Movie World, sebuah produksi pembuatan filem ditubuhkan pada 2014 dan menjadi perintis dalam pembikinan filem di Utara Malaysia. Pengasasnya ialah DR. Latcha Perrabu PhD juga merupakan pengasas Persatuan Filem India Kadaaram (KIFA).

    Filem fiksyen kedua mereka bertajuk Paramapatham telah dicalonkan di pelbagai Festival Filem Antarabangsa dan memenangi Anugerah dalam beberapa kategori.

    Antaranya adalah ‘Sinematografi Terbaik di Festival Filem Norway, NTFF’, ‘Ciri Terbaik dalam Festival Filem Tagore, TIFF’ serta ‘Penerbit Terbaik & Asing Terbaik di Festival Filem Coimbatore, India’. Filem ini juga secara rasmi dipilih dan menjadi finalis dalam lapan buah festival di sekitar United Kingdom, Amerika Syarikat, Rome dan negara-negara lain.

    Paramapatham berkisarkan ahli arkeologi bernama Aroon bersama tiga orang rakannya, (Jayakanth, Ganesh, dan Kumar) merancang untuk pengembaraan ke sebuah bukit yang belum diterokai.

    Mereka telah pergi ke bahagian paling dalam bukit  tersebut dan melalui pengembaraan itu, mereka menemui Koloni British abad ke-18 yang sudah lama terbiar. Semasa penerokaan tersebut, mereka secara tidak sengaja menjumpai permainan papan purba dengan perkataan “Parapatham” yang diukir pada papan kayu. Aroon menyedari bahawa ia adalah bahasa Tamil kuno dan permainan itu berasal dari India. Mereka membukanya dan mula bermain. Apabila hari semakin gelap, mereka meninggalkan permainan tanpa menyelsaikannya, Aroon membawa balik permainan itu ke rumahnya. Permainan tersebut mula mengawal kehidupan realiti mereka dan mereka mula menghadapi  masalah akibat permainan tersebut.

    Antara ciri-ciri menarik filem ini ialah Paramapatham keseluruhannya berkisarkan papan permainan tersebut yang penuh dengan fantasi dan penggembaraan.  Animasi 2D & 3D dalam filem ini akan menjadi elemen-elemen menarik yang mempamerkan pemain lebih dari permainan. Malah filem ini mengandungi visual yang menarik perhatian seperti luncur ais, belon udara panas, koloni pemandangan bukit terbiar dan tempat-tempat tersembunyi lain di Malaysia. Elemen visual merupakan  tonggak utama filem ini dalam memenangi Anugerah Sinematografi Terbaik dalam Festival Filem Norway.

    Menariknya juga, papan permainan tersebut telah dibuat sepenuhnya oleh pasukan produksi dengan banyak rahsia serta cabaran tersembunyi dalam permainan itu sendiri.  Malah selebriti terkenal iaitu di bawah label rakaman AR Rahman iaitu Bamba Bakiya telah sudi menyanyikan sebuah lagu cinta dalam filem ini.

    • Filem Pulanaivu

    Filem Pulainavu berkisarkan Aishwarya yang muda dan cantik memulakan kehidupan di kolej dan bertemu dengan sekumpulan rakan-rakan baru. Salah seorang daripada mereka jatuh cinta kepada Aishwarya dan mendambakan cinta serta perhatiannya. Aishwarya pula cuba untuk memulakan hidup baru kesan  dari hubungan lampaunya. Sewaktu kisah cinta ini mula terjadi, sebuah pembunuhan mengejut telah berlaku.

    Bhairavi yang merupakan seorang pegawai polis, dan pasukannya masuk ke tempat kejadian untuk menyelesaikan misteri di sebalik pembunuhan ini. Kisah itu kemudian mempamerkan pencarian pembunuh dan niat di sebaliknya. Bhairavi sebaliknya menghadapi cabaran dengan pesalah serta bergelut dengan tugasnya sebagai ibu, isteri dan polis yang mahu terus rbakti.

    Berdurasi 1 jam 58 minit, filem yang diarahkan oleh oleh Shalini Balasundram dan Santhish Natarajan menampilkan Shaila V, Shalini Balasundram, Kabil Ganesan, Sarankumar, Krothigah Nair, Shabby, Ley Sharwind, KS Maniam, Shashi Tharan, Desmond Dass dan ramai lagi membawakan karakter-karakter yang menarik dalam filem ini.

    Di bawah rumah produksi Shaibha Vision Entertainment Sdn Bhd, filem Pulanaivu bukan sekadar filem tetapi penuh dengan visual ‘roller coaster’ yang merangkumi emosi, keseronokan, ketegangan, rasa ingin tahu dan permainan minda.

    Filem yang digabungkan dengan baik yang memikat hati kerana percintaan serta jenayah ini telah memperolehi beberapa anugerah antaranya di FBest Crime Thriller Feature Film (Toronto Tamil Film Festival 2020), Best Screenplay dan Best )11th Norway Tamil Film Festival) serta beberapa anugerah di Everest International Film Festival dan Chola Cinema Award.