Category: Event

  • Konsert By Ajai & Mega Friends Bakal Menggegarkan Megastar Arena Kuala Lumpur Pada Bulan Ogos 2024

    35 Tahun Meniti Impian

    Pada 6 Mac 2024 di Kuala Lumpur, minat terhadap karya mereka terus meningkat. Hampir setiap seniman yang sedang mendapat perhatian kini mencapai kejayaan melalui lagu-lagu yang mereka hasilkan.

    Sebut sahaja siapa. Daripada yang tersohor namanya seperti Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Dato’ Sheila Majid, Dayang Nurfaizah, Kris Dayanti, Misha Omar, Ella, Dato’ Jamal Abdillah, Hafiz Suip, Ning Baizura, Nora, Ziana Zain, Liza Hanim, Allahyarham Dato Sharifah Aini, Saleem dan Siti Sarah, dan ramai lagi, kepada generasi pertengahan dan baharu seperti Hazama, Black, Niki Palikat, Aufahanie, senarainya tak terungkap, Mereka telah mencipta kegemilangan dengan lagu-lagunya.

    Sedar tak sedar, insan seni ini telah bertapak di dalam industri muzik 35 tahun lamanya dan namanya masih gah di mata peminat seni daripada segenap lapisan usia.

    Mohd Faizal bin Maas atau lebih dikenali dengan Ajai sememangnya begitu sinonim namanya dengan irama ‘killer’ genre balada. Antara lagu-lagunya yang masih malar segar menjadi siulan bukan satu, bukan dua malah beratus tersusun rapi dalam senarai berdaftar MACP.

    Konsert ByAjai & Mega Friends bakal berlangsung pada Sabtu, 3hb Ogos, 2024 di Megastar Arena Kuala Lumpur dibawakan khas oleh Menara Network Sdn Bhd. Tiket-tiket konsert boleh dibeli secara online di WWW.TICKET2U.COM.MY bermula 6hb Mac, 2024 ini. Tawaran harga tiket yang dibuka ini merupakan tawaran “Early Birds”. Peminat yang membeli tiket-tiket “SUPER MEGA VIP” pula berpeluang untuk sesi ‘Meet & Greet” bersama Ajai dan juga membawa pulang goodie bag merchandise rasmi.

    Untuk konsert pertama Ajai, beliau akan menggunakan khidmat Sharon Paul selaku Pengarah Muzik konsert. Pemuzik-pemuzik juga akan diiringi oleh barisan ‘strings” bagi menambahkan lagi perisa muzik. Sebagai seorang yang sangat cerewet dalam mengenengahkan lagu-lagunya, Ajai pastinya mahukan yang terbaik untuk setiap sudut di konsert pertamanya ini.

    ‘Apa yang saya boleh janjikan, insyaallah, semua lagu yang bakal didendangakan oleh saya mahupun artis-artis MEGA FRIENDS saya pastikan lagu karoks sampai hilang suara kata Ajai secara berseloroh. ‘Dan yang pasti juga, kualiti bunyian, susunan muzik dan setiap inci yang dipersembahkan oleh team Menara Network dan produksi tiada kompromi’, jelas pihak Menara Network tanda setuju dengan misi yang ingin Ajai sampaikan pada semua peminatnya di konsert tersebut.

    Pastinya, inilah buah tangan yang telah lama anda nantikan. Kita punyai ‘Hit Maker’ yang bakal menggegarkan pentas di konsert ByAjai bersama barisan Mega Friends nya seperti Dayang Nurfaizah, Hafiz Suip, Aina Abdul, Hazama, Aufahanie dan Maestronya, Ajai.

    Di kesempatan ini juga pihak Menara Network dan Ajai ingin merakamkan ucapan terima kasih pada pihak pengurusan Hotel Royale Chulan Damansara dan Royale Chulan KL di atas persetujuan menjadi rakan hotel rasmi bagi konsert kali ini.

    TRIVIA KONSERT BYAJAI & MEGA FRIENDS

    • Mohd Faizal bin Maas @ Ajai dilahirkan di Johor Bharu pada 15 Мас, 1975.
    • Memulakan karier seninya pada tahun 1989, sewaktu berusia 14 tahun.
    • Megastar Arena Kuala Lumpur menjadi pilihan lokasi konsert. Namanya juga selari dengan konsert ‘ByAjai & Mega Friends’
    • “Mega Friend” merupakan definasi Ajai kepada barisan penyanyi undangan yang bakal beraksi di pentas Konsert ByAjai yang julung kalinya ini
    • 5 penyanyi ditampilkan yang dikenali di tahun-tahun yang berbeza dengan lagu-lagu hit mereka masing-masing
    • Ajai bakal membawakan versi komposer untuk lagu-lagu hit yang diciptakan
    • Semua lagu yang bakal didendangkan juga merupakan lagu-lagu MEGA, yang pernah beliau ciptakan.
    • Tiket-tiket juga dilabelkan ‘Mega’ dan juga tajuk-tajuk lagu ciptaan Ajai. Boleh dibeli secara online di WWW.TICKET2U.COM.MY bermula 6hb Mac, 2024.

    TRIVIA LAGU HATI INI TELAH DILUKAI 2.0

    • Penyanyi duet asal ialah Kris Dayanti
    • Lagu ini dirakamkan pada tahun 1998 sewaktu Ajai berkhidmat sebagai Pengurus A&R di Warner Music (M)
    • Pengacara Rina Nose telah menjadikan lagu ini viral semula di pentas Big Stage apabila menjemput Ajai bernyanyi bersamanya secara spontan
    • Ajai pula melamar Aina Abdul bukan nya Rina Nose untuk menjadi rakan duet terbarunya secara langsung di pentas akhir Big Stage
    • Tanggung jawab memberikan nafas baru pada susunan muzik digalas oleh Sharon Paul.
    • Lagu dan lirik video rasmi di pasaran di edarkan disemua digital platform pada 6 Mac, 2024 di bawah edaran Believe Music.
    • Ajai dan Aina sedang dalam rangka perancangan merakamkan ‘official MTV’ dengan Kerjasama Menara Network. Nantikan!
  • Loop Music Festival Menyatukan Artis Terkenal!

    Lagenda negara yang terkenal digabungkan dengan pendominasi muzik tempatan dalam acara ini. Acara yang dipanggil oop FESTIVAL MUZIK LOOP meraikan perjalanan muzik yang berulang-ulang yang melangkaui masa dan zaman.

    Pada 11 Mei 2024, Axiata Arena Bukit Jalil akan diserikan dengan kepelbagaian genre muzik yang menakjubkan. Dari nuansa mendalam pop, balada yang menyentuh jiwa, getaran hebat rock, irama Malaysia yang memperkaya warisan, kreativiti yang merdeka dari genre indie, dan sehinggalah sentuhan alunan dangdut yang mengasyikkan peminat muzik yang hadir.

    Antara barisan artis terkenal tanah air yang bakal mengisi perjalanan LOOP MUSIC FESTIVAL ialah Datuk Sri Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, XPDC, Masdo, Insomniacks, Amelina, Noraniza Idris dan Sufian Suhaimi.

    Tidak ketinggalan Aisha Retno, Ronnie Hussein, Nadeera Zaini, Usop, Lucidrari, Disko Santan (Codogg & Awyn) dan Arish Mikael.

    LOOP MUSIC FEST yang dibawakan secara eksklusif oleh RJ Sales Sdn. Bhd akan berlangsung dari jam 2 petang sehingga 11:30 malam. Penganjuran acara ini pastinya akan menjadi titik tumpuan bagi peminat muzik yang ingin menghayati nostalgia dan inovasi dalam satu acara yang epik.

    Penerbit LOOP MUSIC FEST Rosix Omar berkata, fenomena penganjuran festival muzik kini menjadi satu trend yang semakin berkembang dan digemari.

    Menurutnya, adalah amat penting untuk merancang festival ini dengan teliti bagi memastikan kelangsungannya dalam jangka masa panjang.

    “Kami begitu teliti dalam pemilihan artis, kerana barisan artis yang dipilih adalah berdasarkan tema dan konsep LOOP MUSIC FESTIVAL itu sendiri. Bukan sahaja mewakili era dan masing-masing, malah mereka ini juga barisan artis yang mendominsi carta muzik tanah air. Tidak boleh dinafikan barisan artis yang ditampilkan memiliki aura dan pengaruh yang kuat dan memberi impak yang berkekalan sehingga kini,” katanya.

    Tambah Rosix Omar lagi, LOOP MUSIC FESTIVAL bukan sekadar festival muzik ‘indoor’ biasa, tetapi sebuah peristiwa yang akan mengumpulkan lebih dari 11,000 peminat muzik tempatan dalam satu tempat.

    “Dengan antusiasme yang tinggi, saya percaya bahawa acara ini akan menjadi penanda aras untuk komuniti muzik tempatan serta menjadi platform yang unggul untuk memperkenalkan bakat-bakat baru dan menonjolkan kepelbagaian genre muzik.”

    “Kami berusaha untuk menyajikan persembahan dan pengalaman muzik yang terbaik untuk penonton yang hadir dengan menyatukan artis-artis hebat diatas satu pentas.

    “Dengan kehadiran barisan artis yang mengagumkan dan durasi persembahan yang telah diatur, pihak penganjur yakin bahawa nilai tiket sungguh berbaloi. Tambah lagi, festival ini bakal diadakan di lokasi yang memberikan keselesaan kepada mereka yang hadir,” katanya.

     

    INFO LOOP MUSIC FEST Dikuasakan oleh AirAsia & Tune Group.

    • Tarikh: 11 Mei 2024
    • Masa: 2 petang-11.30 malam
    • Lokasi: Axiata Arena, Bukit Jalil
    • Tiket: ticket2u.com
    • Harga tiket: RM168 (Black Zone), RM178 (White Zone), RM258 (Fly Zone), RM278 (Red Zone) dan RM478 (Tune Zone)
  • Program Wacana Srikandi Menyemarakkan Keunggulan dan Inspirasi Wanita Malaysia

    Bertempat di Pusat Konvensyen Shah Alam, Menteri Wanita, Keluarga, dan Masyarakat, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, telah menyempurnakan program Wacana Srikandi. Program ini menjadi platform utama bagi wanita-wanita di Malaysia untuk bersatu, berinspirasi, dan merayakan kehebatan mereka menjelang Hari Wanita Antarabangsa tahun ini.

    Majis yang julung kalinya dianjurkan oleh SACC Convec Sdn. Bhd. (SCSB) menampilkan figa usahawan berjaya yang berkongsi rahsia kejayaan mereka melalui forum yang dihoskan oleh Fedtri Yahya dengan tajuknya ‘Wanita Inspirasi, Ikon Berkualiti’ telah memberikan inspirasi suntikan semangat kepada para tetamu yang hadir terutama dalam mengarus perdana gender.

    Antara panel yang hadir lalah Aliza Ali, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Chatime Malaysia, Aleeya Zailan, Ketua Pegawai Eksekutif Avenys Malaysia Sdn. Bhd. dan Masitah Mohd Affandy, Penerima Anugerah Pesona Wanita Inspirasi Johor.

    “Bersempena dengan Hari Wanita Antarabangsa pada tahun ini dengan tema ‘Wanita Dijulung Negara Gemilang’ yang memberikan penekanan kepada pentingnya membentuk budaya inklusif dan kesaksamaan gender di semua lapisan masyarakat, sebagai usaha untuk memartabatkan wanita di Malaysia, kami di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menggalakkan para wanita untuk sentiasa bergiat secara aktif dalam bidang ekonomi serta tenaga buruh, di mana kedua-dua ini dapat membantu dalam menjana pendapatan untuk diri sendiri, keluarga sekaligus mewujudkan peluang pekerjaan”, ujar YB Nancy ketika ucapan perasmiannya.

    Selain itu, majlis turut diceriakan dengan persembahan yang memukau daripada penyanyi tanah air laitu Anuar Zain, Syamel dan Ernie Zakri serta persembahan fesyen dengan 21 peragaan daripada House of Jedan Shah Alam dengan temanya ‘Cahaya Di Aidilfitri’.

    Program Wacana Srikandi kali ini turut memberikan penghargaan kepada 3 buah rumah kebajikan iaitu Pertubuhan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia, cawangan Selangor, Yayasan Kebajikan Negara dan Majlis Kanser Nasional (MAKNA) dengan sumbangan sebanyak RM10,000 bagi setiap rumah.

    Sajian istimewa daripada cef berpengalaman di Pusat Konvensyen Shah Alam, saguhati dan hadiah kepada tetamu bertuah merupakan antara pengalaman dan kenangan manis yang dapat dibawa pulang oleh para tetamu yang hadir.

    Program Wacana Srikandi ini disokong oleh Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta ditaja oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) selaku penaja utama dan para penaja lain iaitu Menteri Besar Incorporated, Worldwide Holdings Berhad, Selgate Corporation, Datum Corp International Sdn. Bhd., Johawaki, Argania, Ferraflora, CIMB Bank. Concorde Hotel, Naturel dan House of Jedan Shah Alam dengan kerjasama Thrillerz dan MyTicket Asia.

  • ‘Kasih – Monolog dari Hati’ Koleksi raya Rockqueen buat saudara di Palestin

    Diinspirasi oleh lirik lagu “Kasih” yang dinyanyikan oleh Ella, artis rock Malaysia, koleksi raya kali ini mempersembahkan maksud kasih sayang dan menekankan pada gaya yang mengutamakan keanggunan, kesederhanaan, dan makna mendalam di balik busana yang indah. Oleh itu, dengan menjelang bulan Ramadhan dan datangnya musim perayaan, Rockqueen dengan bangga menghadirkan Koleksi Raya ‘Kasih: Monolog dari Hati’ tahun 2024, sebagai bentuk penghargaan terhadap keindahan kemanusiaan dan semangat kebebasan buat saudara di Palestin.

    Konsep Koleksi ‘Kasih’

    Koleksi ‘Kasih’ terinspirasi dari keindahan hubungan manusia yang dibina atas asas kasih sayang dan empati. Dengan mengambil intipati dari nilai-nilai murni dalam budaya kita, Rockqueen membawa sebuah interpretasi moden yang tidak hanya menonjolkan keunikan rekaan tetapi juga memperkukuhkan ikatan kasih antara kita.

    Koleksi ini merangkumi Abaya Kimono ‘Seri’, Abaya Hoodie ‘Khaela’, dan Baju Melayu ‘Arjuna’, setiap satu dibuat dengan sentuhan personal dari Ella sendiri yang mencerminkan keistimewaan dan gayanya dalam seharian dan menyambut lebaran. Lebih dari sekadar fesyen, ‘Kasih’ menjadi seruan kepada inti kemanusiaan kita yang bersama. Dalam saat-saat kegembiraan kita, janganlah kita lupa kepada saudara kita di Palestin yang menghadapi tantangan yang menguji keadaan mereka.

    Mesej di Sebalik Kempen

    Mengusung semangat ‘Kasih’ sebagai pengingat yang mendalam di tengah-tengah momen kebahagiaan kita, Rockqueen mengingatkan kita untuk selalu mengenang saudara kita di Palestin yang merindukan kebebasan untuk hidup dalam damai.

    Kempen kali ini istimewanya menampilkan Ella sendiri bersama-sama dengan suami tercinta Captain Azhar dan Kaka Azraf sebagai pendukung utama kempen ini. Menggunakan kabut dan kabus dalam sesi fotografi ‘Kasih’ sebagai metafora yang mendalam, menciptakan suasana awangan yang melambangkan cabaran yang dihadapi oleh saudara-saudara kita di Palestin. Kabut mewakili tirai ketidakpastian, sementara kabus merujuk kepada jalan yang kabur yang mereka lalui.

    Kuda – dengan kehadirannya yang kuat dan megah, menjadi pusat perhatian sebagai lambang kebebasan. Lebih dari peranan simboliknya, ia memberi nuansa pejuang, melambangkan kekuatan dan ketabahan. Pilihan ini selaras dengan tema utama kempen, melampaui dunia fesyen untuk membangkitkan rasa solidariti dan keberanian. Kempen ini bertambah mendalam intipatinya apabila diiring dengan alunan susunan baru bagi lagu Kasih nyanyian Ella sendiri.

    Nilai Kemanusiaan dari Ella

    Ella menekankan pentingnya untuk mengenang saudara-saudara kita di Palestin yang menghadapi cabaran yang sukar untuk mencapai kebebasan dan kedamaian yang mereka layak miliki.

    “Melalui ‘Kasih’, kita diingatkan untuk menghulurkan bantuan dan solidariti kepada saudara-saudara kita di Palestin yang merindukan kebebasan untuk hidup dalam damai,” ujarnya dengan penuh empati. “Kempen ini bukan hanya tentang fesyen atau perayaan semata-mata, tetapi tentang menghidupkan semangat kemanusiaan dan kesatuan di kalangan kita semua. Ella berharap koleksi ini akan menjadi pengingat kepada kita semua tentang tanggungjawab kita sebagai manusia untuk menyokong dan menghormati hak asasi manusia bagi semua individu, tanpa mengira bangsa atau agama.”

    Ella menyeru kepada semua peminat dan pengikutnya untuk menyokong kempen ‘Kasih’ ini dengan mengambil bahagian dalam menyampaikan mesej solidariti dan keadilan kepada dunia. “Mari bersama-sama kita tunjukkan bahawa kasih sayang itu tidak mengenal sempadan, dan kita bersama-sama memperjuangkan kebebasan dan keadilan untuk semua.”

    Ella menegaskan bahawa koleksi ‘Kasih’ Rockqueen bukan sekadar sebuah kempen pemasaran, tetapi juga satu platform untuk menyebarkan kesedaran dan keamanan tentang isu-isu kemanusiaan yang penting di sekitar kita. Dengan keprihatinan yang mendalam dan semangat kesatuan yang kuat, Ella dan Rockqueen mengajak semua untuk bersama-sama menyokong misi untuk mencipta dunia yang lebih adil dan berkasih sayang bagi semua.

    Koleksi ‘Kasih’ 2024

    Koleksi ini mempersembahkan 10 jenis pakaian termasuk Seri (Abaya kimono), Khaela (Abaya Hoodie), Arjuna (Baju Melayu), dan lain-lain, semuanya dalam nuansa hitam dan putih, koleksi ini diberi sentuhan yang penuh makna.

    Rockqueen ‘Kasih’ Eid Collection 2024 tidak hanya menampilkan keanggunan koleksi Raya tetapi juga memperkuatkan mesej mendalam kempen kali ini.

    Untuk informasi lebih lanjut tentang koleksi ‘Kasih’, kunjungi www.rockqueen.com.my

  • Samsung Occupies TRX Samsung Galaxy MRT Station, Malaysia’s Biggest Subway Interchange.

    Samsung Malaysia cordially invites Malaysians to witness the grand unveiling of the Tun Razak Exchange (TRX) Samsung Galaxy Station on the MRT Kajang Line. This collaboration marks Samsung’s integration into the network of 29 stations along the TRX Station and Putrajaya line, catering to over 220,000 daily commuters. Present at the unveiling ceremony were esteemed figures such as Denny Kim (President of Samsung Malaysia), Elaine Soh (Chief Marketing Officer), and Kevin Kim Tae Hoon (Business Director of Mobile eXperience) from Samsung Malaysia, along with Datuk Mohd Zarif Hashim (Chief Executive Officer), En Shahrul Fadli Omar (Chief Financial Officer), and Schrene Goh (Chief Commercial Officer) from Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp).

    Datuk Mohd Zarif Hashim, CEO of MRT Corp, expressed excitement about the collaboration, stating that the TRX MRT Station holds significant commercial value and is pivotal in anchoring the TRX International Financial District and Kuala Lumpur’s latest major retail destination. The station is now named TRX Samsung Galaxy MRT Station, offering commuters a visually striking and engaging experience adorned with Samsung Galaxy’s advertisements.

    The TRX Samsung Galaxy Station, the largest interchange station between the TRX station and Putrajaya Line, serves The Exchange TRX, a premier lifestyle destination within Tun Razak Exchange. Commuters will be immersed in a world of possibilities, powered by Galaxy AI, upon arriving at this station.Denny Kim, President of Samsung Malaysia, emphasized the seamless experience for travellers and shoppers due to the station’s direct connection to Malaysia’s vibrant lifestyle hub. The collaboration with MRT Corporation aligns with their vision for a more connected future, enhancing convenience and accessibility.

    In a special offer, Samsung Galaxy users can redeem free RM5 TNG credit from Samsung Experience Store @ The Exchange TRX using the Samsung Members app, courtesy of Samsung Malaysia. This offer allows users to experience the convenience of commuting to TRX Exchange mall at no cost.

    Furthermore, the newly launched Galaxy S24 series in Malaysia promises to redefine the smartphone experience with advanced AI features. From barrier-free communication to enhanced search capabilities and AI-powered camera tools, the Galaxy S24 series introduces a new era of smartphone innovation.

    To learn more about Galaxy S24 series, visit:

    https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-s24-ultra/#overview

    Enjoy exclusive deals worth up to RM1,650 from now until 10th March 2024.

    To purchase Galaxy S24 devices, please click the respective links below:

  • FIESTA RAYA @ THE CURVE BERTEMAKAN “KONGSI KERIANGAN, RASAI KEUNIKAN!”

    Fiesta Raya @ The Curve yang akan berlangsung bermula pada 12hb Mac hingga 9hb April 2024, memberi peluang kepada orang ramai untuk berkunjung bagi mendapatkan barangan keperluan Ramadan dan Aidilfitri tahun ini. Berlangsung sepanjang bulan Ramadan 1445H, acara ini bertempat di The Curve, Mutiara Damansara, Selangor. Ia merupakan hasil cetusan idea bersama antara ANS Diversified Sdn Bhd, Team360, dan NiyatEnson Empire Sdn. Bhd., yang bertujuan untuk memberi pengalaman beli-belah yang memuaskan kepada pengunjung untuk menyediakan keperluan Ramadan dan menyambut perayaan Aidilfitri akan datang.

    Jurucakap ANS Diversified Sdn. Bhd., Encik Ahmad Faizal Zulkipli berkata, festival yang julung kali diadakan itu menghimpunkan lebih 50 gerai barangan kelengkapan hari raya dan juadah makanan selain dimeriahkan dengan acara sampingan seperti the Curve Berselawat, Iftar Amal bersama rumah-rumah kebajikan dan anak-anak yatim terpilih, serta peluang untuk menyertai cabutan bertuah apabila pengunjung berbelanja minima RM150 dari gerai-gerai jualan Fiesta Raya. Selain itu, pengunjung juga berpeluang membawa pulang Duit Raya sehingga RM1,500 menerusi Pertandingan Selfie dan Menang.

    Dari kiri: En Ayob Majid (Pengerusi IRAMA), Mohd Farhan Aizwan (Head of Community Outreach TheNoor),  En Ahmad Faizal Zulkipli (Jurucakap ANS Diversified Sdn Bhd), Cik Elaine Liew (Central Manager the Curve), Dr Fitri Haris (Pengarah Urusan NiyatEnson Empire), Puan Farah Fakhira (Pengasas Khira Official) dan Puan Wan Nurul Jannah (Wakil Starvillion)

    Selaku penganjur bersama NiyatEnson Empire Sdn. Bhd. yang diwakili oleh Dr. Fitri Haris, beliau berkata, sepanjang fiesta berlangsung, para pengunjung akan dapat merasai pengalaman Ramadan Raya bersama para pempengaruh terkenal tanah air seperti Tajul dan Isteri, Hajar LK, Farah Khira serta barisan artis-artis yang akan menghiburkan dan memberi pengisian jiwa seperti Kumpulan nasyid UNIC, Nizam Laksamana, Rabithah, Ikhwan Fatanna dan ramai lagi.

    Terdapat 35 gerai barangan kelengkapan hari raya dan 15 gerai makanan ditawarkan dengan pelbagai hidangan juadah berbuka puasa sepanjang tempoh festival berlangsung selama 29 hari. Pihak penganjur turut berkata, pihaknya berhasrat menjadikan Fiesta Raya @ The Curve tersebut sebagai acara tahunan di pusat membeli-belah the Curve, Mutiara Damansara.

    Dengan sokongan daripada Boustead the Curve, Hotel Royale Chulan the Curve, Aplikasi Muslim the Noor, Yayasan Digital Malaysia, Khira dan Starvilion, Fiesta Raya @ the Curve akan memberikan satu pengalaman baharu kepada para pengunjung pusat membeli-belah the Curve, peniaga-peniaga dan juga para penduduk di kawasan Mutiara Damansara. Pihak penganjur turut menyasarkan lebih 500,000 pengunjung ke Fiesta Raya @ The Curve tahun ini.

    Bertemakan “”Kongsi Keriangan, Rasai Keunikan!”, Fiesta Raya @ the Curve, Mutiara Damansara adalah salah satu lokasi yang perlu dikunjungi sepanjang Ramadan bersama keluarga bagi menikmati pengalaman berbuka puasa secara santai di pusat beli-belah terkemuka itu, selain pembelian kelengkapan persiapan Hari Raya, menjelang Syawal ini.

    Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi 012-3153988 (Haji Kamal), 012-4056349 (Puan El) atau 012-3055861 (Puan Amira)

  • Dokumentari ‘This is Johan’ akan disiarkan secara khas di laman penstriman Viu

    Pada 29 Februari 2024 Hotlink telah melancarkan siaran dokumentari autobiografi ‘This is Johan’ bekerjasama dengan Universal Music Group dan Viu. Dokumentari ini terbahagi kepada dua bahagian yang mengikuti perjalanan evolusi Joe Flizzow dalam dunia muzik Malaysia, merakam jejaknya sebagai pemuzik rap, dan usahanya dalam memperkenalkan genre hip-hop di Malaysia.

    Dokumentari tersebut telah mencatat kisah asal Johan Ishak sebelum dikenali di kalangan ramai sebagai Joe Flizzow. Filem tersebut mempamerkan titik peluh, kejayaan, kejatuhan dan semangat #BikinSampaiJadi Joe Flizzow yang telah dan masih memberi inspirasi kepada peminat-peminat tempatan serta pengikut hip-hop sehingga kini.

    Kolaborasi tiga pihak antara Hotlink, UMG, dan Viu telah ditubuhkan sebagai usaha untuk memperkukuhkan perkembangan industri muzik di Malaysia dan memberi inspirasi kepada warga belia untuk mencapai impian mereka dalam bidang diceburi masing-masing.

    “Sebagai penyedia penyelesaian bersepadu untuk golongan belia, kami amat teruja untuk menggunakan peluang istimewa ini dengan mempamerkan semangat #BikinSampaiJadi sebagai inspirasi kepada warga belia untuk mencapai impian mereka,” kata Rabiras Rajakrishnan, Ketua Konsumer Hotlink di Maxis.

    Joe Flizzow yang juga telah mewakili Hotlink sebagai salah seorang duta sejak 2022 telah berkongsi pengalaman bahawa proses perfileman dokumentari ini telah dirakam secara santai.

    “Harapan saya untuk dokumentari ini tidak terhad kepada catatan kisah kerjaya saya, tetapi juga sebagai inspirasi kepada bakal artis untuk membara semangat dan merangkul kejayaan masing-masing. Untuk saya, ia adalah proses “menang atau belajar” – tiada istilah seperti kalah, tetapi belajar. Saya ingin penonton untuk melihat pengalaman manis dan pahit saya dan rasa bersemangat untuk mencapai impian mereka walau apapun cabaran yang mereka akan hadapi. Percayalah, moment 5am inilah yang akan membentuk anda untuk menjadi seorang legenda kelak,”

    “Dokumentari ini menawarkan pandangan unik dalam kehidupan seseorang artis yang tidak sahaja melakarkan impak dalam industri muzik tempatan, tetapi juga perjuangan untuk memperolehi tempat dalam industri ini. Dokumentari ini mempunyai sesuatu untuk semua para penonton, baiklah peminat hip-hop ataupun seorang yang gemar kisah-kisah tentang daya tahan terhadap cabaran hidup dan kretiviti,” tambah pemuzik rap tersebut.

    “Kami teruja untuk berkongsi dokumentari ini dengan memberi peluang untuk para penonton untuk menonton kisah perjalanan Joe Flizzow yang menakjubkan serta kemeriahan industri muzik di Malaysia. Kisah pengalaman Joe sejak permulaan beliau dalam industri muzik ini adalah bukti daripada ketekunan, titik peluh beliau dan juga keupayaan transformasi hasil seni seperti muzik,” kata Kim Lim, Pengarah Urusan Universal Music Malaysia.

    Bermula hari ini, 29 Februari 2024, dokumentari ‘This is Johan’ akan disiarkan secara khas di laman penstriman Viu. Para pengguna Hotlink boleh memperolehi kod percuma sebulan Viu Premium daripada Hotlink app untuk menonton kedua-dua bahagian dokumentari ‘This is Johan’.

     

  • Wings Bakal Bawa Konsert Ke Pantai Timur, The Rock Emperor Penang Hiburkan 8,000 Penonton

    Kumpulan legenda terkenal, kembali ke rumah mereka di Spice Arena di Bayan Baru, Pulau Pinang. Sekitar 8,000 peminat rock yang menikmati persembahan mantap Wings.

    Aksi pembukaan konsert Wings The Rock Emperor Penang Chapter dengan persembahan ala teaterikal disambut dengan jeritan hangat peminat yang tidak sabar menanti persembahan kumpulan rock otai itu.

    Apabila Datuk Awie, Eddie, Black, Edrie serta Syam melangkah masuk ke pentas utama, penonton semakin menggila dan Wings pun mula memacu langkah memulakan persembahan dengan lagu Romania, Jumpa Hilang dan Lubuk Pusing.

    Deretan lagu popular seperti Bujang Senang, Bernafas Dalam Lumpur, Peronda Jaket Biru, Sayap Ilusi, Hukum Karma, Ingatkan Dia, Rantai, Nurnilam Sari, Opera Hidup, Awang Trasher dan Lipas Kudung membuatkan penonton tenggelam dalam kelunakan vocal memukau Awie yang dilengkapkan dengan persembahan muzik mengasyikkan semua anggota Wings.

    Wings juga sempat memuatkan enam lagu popular iaitu Biarkan Berlalu, Intan Ku Kesepian, Belenggu Irama, Anugerah, Misteri Mimpi Syakilla dan Taman Rashidah Utama dalam sebuah persembahan medley.

    Menariknya, Wings juga sempat membawakan lagu-lagu tribute yang mempopularkan nama Awie sebagai penyanyi solo iaitu Bara dan Dipenjara Janji yang turut dipersembahkan dengan lagu Like Hell, nyanyian asal kumpulan Loudness.

    Wings juga tidak lupa untuk mendedikasikan untuk saudara di Palestin, Allah Allah Aghisna diiringi dengan doa ikhlas memohon kesejahteraan mereka di sana.

    Dalam pada itu, kumpulan otai itu turut berkongsi bingkisan perancangan mereka untuk membawa Wings The Rock Emperor ke destinasi lain.

    “Insya-Allah, kami mempunyai beberapa perancangan untuk membawa Wings The Rock Emperor ke destinasi lain. Setakat ini, semuanya dalam perancangan dan kini, kami sudah merisik dua lokasi di bahagian sana.

    “Kami mahu datang dengan kelainan dan mempunyai perancangan untuk membawa Wings The Rock Emperor ke destinasi lain. Industri muzik kita sekarang meriah dengan konsert, tetapi banyak persembahan tertumpu di kawasan Lembah Klang. Jadi, kami memilih untuk menghiburkan peminat di lokasi lain.

    “Jika tiada aral, konsert bakal berlangsung di Pantai Timur dan kami menjangkakan ia bakal menjadi kenyataan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Doakan semua perancangan kami untuk membawa The Rock Emperor ke destinasi lain berjalan lancar,” kata Awie.

    Dihoskan oleh penyampai radio Kool 101, Haiza, Wings The Rock Emperor Penang Chapter adalah susulan kejayaan persembahan mega dengan konsep sama di Singapura dan Shah Alam.

  • WALI x SETIA Konsert “Dawai” & “Cari Jodoh” Berlangsung Meriah di Penang!

    Orange International Sekali Lagi Berjaya Hiburkan Peminat Muzik Pop, Kali Ini Di Sebelah Utara

    Konsert yang pada mulanya memaparkan kumpulan pop popular Indonesia iaitu Wali Band dikejutkan dengan penambahan sebuah lagi kumpulan pop iaitu Charly Setia Band. Selain itu, penyanyi Indonesia Fadhilah Intan menyanyikan lagu Dawai, dan penyanyi Malaysia Saixse dan Khai Bahar turut membuat persembahan. Orange International (OI) ialah syarikat penganjur konsert terkemuka. Konsert mega yang julung kali diadakan, Wali X Setia “CARI JODOH” & “DAWAI” DI PULAU PINANG berjaya menghiburkan peminat muzik khususnya di Utara.

    “Pada mulanya, hanya Wali sahaja yang akan menjadi main act, tetapi seakan bulan jatuh ke riba apabila Charly Setia pula berminat untuk turut serta menjayakan konsert berkenaan, bonus tidak ternilai buat siapa yang menontonnya kerana kami menawarkan tiket pada harga yang sama,” jelas Dato’ Fadzli Idrus, selaku CEO & Pengasas Orange International.

    Konsert yang bertempat di Spice Arena, Pulau Pinang menyaksikan Wali mempersembahkan dalam 12 buah lagu hit mereka seperti Cari Jodoh, Ada Gajah Di Balik Batu, Si Udin Bertanya, Yank, Aku Bukan Bang Toyib dan lain-lain.

    “Terima kasih buat semua peminat kami di Malaysia yang hadir menyaksikan Wali beraksi, kamu semua adalah yang terbaik!

    “Kami sangat berbesar hati dapat menghiburkan anda semua dan ‘asyik’ dengan sing-along bersama-sama kami,” kongsi Faank, vokalis Wali.

    Manakala Charly Setia menyanyikan lagu-lagu popular mereka seperti Cinta Sampai Mati, Jangan Pernah Berubah dan Asmara, di antara lainnya.

    Seterusnya, malam konsert menjadi gamat apabila penyanyi Fadhilah Intan menyanyikan lagu Dawai yang ditunggu-tunggu ramai, dan lebih istimewa apabila dia turut menyanyikan lagu Bukan Cinta Biasa yang dipopularkan oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza.

    Malam konsert bertambah hangat apabila giliran Saixse pula muncul di pentas dengan menyanyikan lagu Malam Pagi yang dinyanyikan bersama oleh semua penonton yang hadir, dan Khai Bahar pula membawakan lagu Luluh, Bayang, Oh Wanita dan sebuah lagu bonus, Lemas.

    “Kami amat berpuas hati menyaksikan konsert yang dibawakan kedua-dua pihak penganjur, pelbagai ‘perisa’ muzik yang disajikan dengan genre yang berbeza dapat memenuhi citarasa setiap penonton yang hadir,” kongsi salah seorang penonton.

    Rata-rata penonton yang hadir mengenakan baju berwarna hijau yang menjadi tema pada malam konsert sebagai tanda sokongan terhadap program Eco-Schools yang disarankan oleh kerajaan.

    “Terima kasih kepada semua pembeli tiket dan penonton yang hadir menggamatkan konsert, sekali lagi saya selaku pihak penganjur bersama-sama MN berterima kasih kepada pembeli-pembeli tiket awal yang memahami dengan pertukaran tarikh dan ‘kejutan’ ini,” akhiri Dato’ Fadzli Idrus.

  • JENAMA ELRAH EXCLUSIVE LANCAR BUTIK BUSANA BAJU MELAYU AIDILFITRI 2024

     

    Jenama ELRAH EXCLUSIVE nyata tidak asing lagi dibibir para peminat busana baju melayu yang mewah. Elrah Exclusive telah melancarkan butiknya di ‘Shoppes at Four Seasons Place’ di Jalan Ampang, Kuala Lumpur baru-baru ini. Majlis ini adalah titik mula bagi Elrah Exclusive yang akan mempamerkan koleksi baju Melayu yang sangat anggun and eksklusif bersempena musim perayaan Aidilfitri 2024 tahun ini. Kejayaan Elrah terbukti apabila ia berjaya menembusi pasaran Malaysia dan juga Thailand selama lebih sedekad. Elrah Exclusive ternyata mempunyai peminatnya yang tersendiri dan dianggar mampu menarik lebih ramai lagi peminat melalui koleksi busana terbaharu yang memiliki lebih dari 100 pilihan warna yang menarik.

    Rekaan baju Elrah Exclusive yang terkenal dengan potongan segak bersama butang unik dan aksesori lainnya bakal tampil lebih mewah dari segi kemasannya di koleksi raya tahun ini. Koleksi baju melayu Elrah 2024 menggunakan bahan ‘abloh crepe‘ berkualiti tinggi, dan menawarkan kekentalan elegan dengan struktur yang sempurna apabila dipakai. Saiz yang ditawarkan pula bermula dari XXS hingga XXL sesuai untuk semua peringkat umur.

    Harga bagi sepasang baju melayu Elrah adalah mampu milik bermula dari RM99 sehingga ke RM199. Di antara ciri-ciri istimewa pada rekaan baju melayu Elrah adalah kerana potongan slim fit dengan zip sisi kiri-paduan tradisi dan tren, mencipta penampilan yang menawan serta aksesori ekslusif percuma seperti pin rantai logo, butang octagon, sapu tangan percuma berserta kotak ekslusif.

    Majlis pelancaran ini telah dirasmikan oleh pengasas Elrah Exclusive serta duta rasmi jenama Elrah iaitu Tn. El Azman selaku pengasas Elrah Exclusive, serta Sharnaaz Ahmad dan Beto Kusyairi selaku duta jenama ini. Butik ini telah dirasmikan pada 26th February 2024 pada jam 3.00 pm. Terdapat pelbagai koleksi pakaian yang dijual, antaranya seperti Baju Melayu Ultimate 2.0, Baju Melayu Luxe Teluk Belanga, Kurta Klasik Eksklusif, Jubah Eksklusif, koleksi pakaian kanak-kanak dan sampin Elrah.

    Lokasi ini dipilih kerana ia berada di tengah ibu kota dan sekaligus dilihat sebagai lokasi yang paling strategik dan premium di dalam Four Seasons Place. Ia juga mengambil kira jumlah trafik dan tumpuan pembeli yang banyak, maka lokasi ini akan memudahkan pelanggan untuk mencari keperluan baju melayu di tengah kota.

    Butik ini mensasarkan golongan yang ingin merasakan suasana yang selesa dan mewah untuk pelanggan setia Elrah Exclusive dengan harga yang mampu milik. Bagi sebarang keterangan atau pertanyaan lebih lanjut boleh menghubungi Amirun Nazreen di talian 017-2413839 selaku pegawai operasi Elrah Exclusive shoppes at Four Seasons Place.