Tonton memulakan bulan Disember dengan pelancaran TONime, sebuah kempen anime menyeluruh yang dirangka bagi mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi utama kandungan anime di Malaysia. Inisiatif ini merangkumi promosi digital, penglibatan komuniti serta aktiviti secara langsung, bertujuan memperkenalkan lebih banyak judul anime kepada penonton tempatan selain meningkatkan keterujaan menjelang acara terbesar peminat budaya pop Jepun, Comic Fiesta 2025.
Sebagai sebahagian daripada kempen ini, Tonton memperkenalkan TONime WatchQuest, sebuah peraduan tontonan yang berlangsung dari 1 hingga 15 Disember 2025. Melalui WatchQuest, pengguna hanya perlu menonton judul anime terpilih di platform Tonton untuk mengumpul markah secara automatik dan berpeluang memenangi hadiah menarik seperti lima pas hujung minggu Comic Fiesta 2025 serta Blind Box Anime bernilai RM300. Inisiatif ini bukan sahaja menggalakkan tontonan, malah memberikan ganjaran eksklusif kepada peminat setia anime.
WatchQuest menampilkan pelbagai judul anime popular yang mendapat sambutan hangat, antaranya My Dress-Up Darling, SPYxFAMILY Season 3, Frieren: Beyond Journey’s End, Black Butler dan banyak lagi. Kepelbagaian genre yang ditawarkan memastikan pengalaman tontonan yang seimbang, merangkumi aksi, komedi, fantasi dan kisah kehidupan seharian, sesuai untuk penonton baharu mahupun peminat tegar.
Dalam usaha mengeratkan hubungan dengan komuniti anime, Tonton turut bekerjasama dengan MUSE COMMUNICATION untuk membuka reruai TONime di Comic Fiesta 2025 yang berlangsung pada 20 dan 21 Disember di Kuala Lumpur Convention Centre. Reruai ini menawarkan pelbagai aktiviti interaktif seperti Tonton Trivia, Luck Draw, Guess the Anime Poster, Emoji Anime Guess, serta cabaran Pose Like the Poster, dengan hadiah eksklusif termasuk cenderamata anime, permainan papan dan baucar.
Reruai TONime direka sebagai ruang pertemuan peminat anime untuk berkongsi minat dan menikmati pengalaman interaktif yang menyeronokkan. Pengunjung juga berpeluang menikmati tawaran menarik melalui Tonton Rewards serta kolaborasi bersama rakan strategik seperti Baskin-Robbins, yang menyediakan barangan eksklusif sepanjang acara. Dengan TONime, Tonton bukan sahaja menawarkan kandungan anime berkualiti, malah membina ekosistem hiburan yang lebih dekat dengan komuniti peminat tempatan.
Untuk maklumat lanjut mengenai judul anime dan aktiviti terkini, pengguna boleh mengikuti Tonton di Facebook, Twitter, TikTok dan Instagram menerusi akaun @tontonmy.
HONOR X9d hadir sebagai sebuah telefon pintar yang terus memberi impresi positif sejak pandang pertama. Reka bentuknya kelihatan kemas dan moden, dengan sentuhan premium yang jelas terasa apabila dipegang. Perincian pada kemasan badan digabungkan dengan pilihan warna Reddish Brown, Sunrise Gold, Forest Green dan Midnight Black memberikan identiti yang matang dan eksklusif, sesuai untuk pengguna yang mementingkan penampilan peranti sebagai sebahagian daripada gaya harian. Dengan dimensi yang langsing serta berat sekitar 193 gram, telefon ini terasa seimbang di tangan dan tidak membebankan walaupun digunakan untuk tempoh yang lama.
Kalis air dan habuk
Dari sudut ketahanan, HONOR X9d memberi keyakinan tambahan untuk kegunaan harian. Pensijilan IP66, IP68 dan IP69K membolehkan peranti ini digunakan dalam pelbagai keadaan termasuk hujan, persekitaran berdebu dan percikan air bertekanan tinggi. Digabungkan dengan teknologi HONOR Ultra-Bounce Anti-Drop, telefon ini direka untuk menahan hentakan harian yang tidak disengajakan, menjadikannya sesuai untuk pengguna aktif yang mahukan peranti tahan lasak tanpa mengorbankan reka bentuk.
Paparan Utama
Paparan menjadi salah satu kekuatan utama HONOR X9d. Skrin AMOLED FullView bersaiz 6.79 inci memberikan pengalaman visual yang memuaskan dengan warna yang hidup dan kontras yang seimbang. Tahap kecerahan maksimum sehingga 6000 nits memastikan kandungan pada skrin kekal jelas walaupun digunakan di bawah cahaya matahari terik, menjadikannya sesuai untuk kegunaan luar seperti membaca mesej, menggunakan navigasi atau menonton video.
Dalam penggunaan harian, skrin ini terasa sangat selesa untuk mata. Aktiviti seperti menonton video, melayari media sosial, membaca artikel panjang atau bermain permainan boleh dilakukan dalam jangka masa lama tanpa menyebabkan mata cepat penat. Kadar segar semula 120Hz menjadikan pergerakan skrin terasa lancar dan responsif, manakala teknologi 3840Hz PWM Risk-Free Dimming membantu mengurangkan ketegangan mata, memberikan pengalaman tontonan yang lebih nyaman untuk penggunaan jangka panjang.
Prosesor
Dari segi prestasi, HONOR X9d dikuasakan oleh cip Qualcomm Snapdragon 6 Gen 4 berasaskan teknologi 4nm yang menawarkan keseimbangan baik antara kuasa pemprosesan dan kecekapan tenaga. Dalam penggunaan seharian, peranti ini memberikan tindak balas yang pantas dan stabil untuk tugasan seperti mesej, panggilan, media sosial dan pelayaran web. Aplikasi boleh dibuka dan ditukar dengan lancar tanpa gangguan ketara, menjadikan pengalaman multitasking lebih selesa.
Untuk permainan, prestasi yang ditawarkan cukup memuaskan. Permainan seperti Subway Surfers berjalan dengan sangat lancar, manakala Mobile Legends dan PUBG Mobile dapat dimainkan dengan kadar bingkai yang konsisten serta kawalan yang responsif. Walaupun digunakan untuk sesi permainan yang agak panjang, suhu peranti kekal terkawal dan tidak terasa panas melampau, menunjukkan pengurusan haba yang baik serta kecekapan cipset dalam mengekalkan prestasi.
Bateri Besar
Bateri merupakan satu lagi kelebihan besar pada HONOR X9d. Dengan kapasiti 8,300mAh berasaskan teknologi silikon-karbon, telefon ini mampu bertahan hampir dua hari untuk penggunaan biasa. Dalam rutin harian yang melibatkan panggilan, mesej, media sosial, tontonan video dan navigasi, pengguna tidak perlu risau untuk kerap mencari pengecas. Ketahanan bateri ini memberikan kebebasan penggunaan yang lebih lama, terutamanya untuk mereka yang sentiasa bergerak.
Apabila perlu dicas, sokongan pengecasan pantas 66W sangat membantu. Dalam situasi sebenar, pengecasan singkat sudah mencukupi untuk menyokong beberapa jam penggunaan, manakala pengecasan penuh mengambil masa sekitar satu jam lebih. Selain itu, sistem pembesar suara dengan output sehingga 400% memberikan pengalaman audio yang kuat dan jelas untuk muzik, tontonan video serta permainan.
AI Fotografi
Untuk fotografi, HONOR X9d dilengkapi kamera utama 108MP Ultra-Clear yang disokong oleh AI Imaging Engine. Dalam keadaan cahaya terang, gambar yang dihasilkan kelihatan tajam dengan perincian yang jelas serta warna yang semula jadi. Bagi penggambaran potret atau subjek harian, pemisahan antara subjek dan latar belakang kelihatan kemas, memberikan hasil yang memuaskan tanpa perlu banyak suntingan.
Dalam keadaan cahaya rendah, sistem AI membantu meningkatkan kualiti imej dengan melaraskan pencahayaan dan mengurangkan hingar. Ciri AI Eraser pula sangat praktikal untuk kegunaan harian, membolehkan objek atau individu yang tidak diingini dipadam dengan mudah hanya melalui satu sentuhan. Untuk rakaman video, sokongan AI Video Enhancement dan AI Stabilization membantu menghasilkan rakaman yang lebih lancar dan stabil, sesuai untuk vlogging atau rakaman spontan.
Ciri-Ciri AI
Pengalaman perisian pada HONOR X9d diperkaya dengan pelbagai ciri AI yang benar-benar memberi nilai tambah. Fungsi seperti AI Translate dan AI Subtitles memudahkan pemahaman kandungan asing, manakala AI Notes membantu menyusun idea dan maklumat dengan lebih teratur. Magic Portal 2.0 dan Circle to Search pula mempercepatkan proses perkongsian serta pencarian maklumat tanpa perlu melalui banyak langkah. Integrasi AI Assistant Gemini menjadikan interaksi dengan peranti terasa lebih pintar dan intuitif, sekaligus membantu melancarkan tugasan harian pengguna.
Tahan Lasak
Secara keseluruhan, Nak cari telefon yang tak risau jatuh, kena habuk, atau kena hujan masa tengah buat kerja buruh kat tapak binaan, atau aktiviti outdoor yang lasak—dan lain-lain kerja berat? Ambillah HONOR X9d ni. Bukan setakat nampak cantik, tapi memang padu gila sebab ia dah dapat pensijilan tiga kali ganda iaitu IP66, IP68, dan IP69K— maknanya ia kalis air, kalis habuk, dan tak kisah kena semburan air kuat atau suhu panas. Teknologi Ultra-Bounce Anti-Drop tu pun ada, jadi kalau terlepas tangan masa tengah busy tu, tak payah risau sangat. Dengan perlindungan sebegini, memang terbukti ia bukan sekadar tahan lasak, malah sesuai sangat untuk kita yang kerjanya selalu terdedah pada persekitaran mencabar.
Tambahan pula, selepas guna untuk seketika, memang terbukti bahawa HONOR X9d menawarkan pengalaman penggunaan yang seimbang dan praktikal. Gabungan skrin yang cun (berkualiti tinggi), prestasi yang stabil, dan kamera pintar menjadikannya sangat seronok untuk digunakan setiap hari. Dan yang paling win, bateri dia tu besar gila dan tahan lama, memang sesuai sangat untuk kita yang seharian kat luar tak sempat nak caj. Senang cerita, ia memang ‘daily gadget’ yang berbaloi dan boleh diharap dalam jangka masa panjang, tak kira la awak pakai untuk kerja office atau kerja site.
Kumpulan nasyid popular tanah air, Inteam, kembali dengan karya terbaharu berjudul “Satukan Kami Di Syurga”, hasil ciptaan komposer terkenal Farouk Roman dan lirik menyentuh jiwa daripada personaliti TV dan penulis tersohor, Fedtri Yahya. Farouk Roman, yang pernah menghasilkan karya hit untuk artis seperti Khai Bahar, Hazama, dan Dato’ Siti Nurhaliza, membawa nafas baru dalam genre nasyid kontemporari melalui kolaborasi ini.
Ahli Inteam meluahkan keterujaan terhadap kolaborasi ini, menegaskan bahawa lagu ini memberikan kelainan dalam perjalanan seni mereka. Hazamin Inteam berkata, “Kami berharap lagu ini mampu menjadi fenomena, dan dekat di hati pendengar,” manakala Syah Inteam menambah, “Lagu ini sangat universal, mudah diterima dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat.” Rahim Inteam pula optimis bahawa lagu ini berpotensi menjadi popular dan memberi nafas baharu kepada kumpulan, dan Hisyam Inteam menegaskan, “Ia bukan sekadar lagu – ia perlu disampaikan dengan rasa dan keikhlasan yang mendalam.”
Selain lagu, muzik video Satukan Kami Di Syurga menampilkan pasangan selebriti Norman Hakim dan Memey Suhaiza bersama anak-anak mereka, menandakan penampilan semula mereka dalam muzik video Inteam selepas lagu DIA pada 2019. Norman Hakim menyatakan, “Saya bersyukur dapat kembali bekerjasama dengan Inteam selepas sekian lama. Ia satu momen yang menyentuh hati.”
Lagu ini menyampaikan mesej kasih sayang, harapan, dan doa agar dipertemukan kembali di syurga bersama insan tersayang, menjadikannya relevan dalam dunia hari ini yang penuh cabaran. “Satukan Kami Di Syurga” kini boleh ditonton di saluran YouTube Inteam Digital dan didengari di semua platform penstriman digital utama sejak 6 November 2025, menjadikannya satu karya nasyid kontemporari yang menyentuh hati pendengar dari semua lapisan masyarakat.
Payments Network Malaysia Sdn. Bhd. (PayNet) recently celebrated a significant milestone with the graduation of 50 students from its Program Akar Powered by AWS re/Start, a digital upskilling initiative designed to cultivate cloud-ready talent for Malaysia’s financial services industry. Delivered through World Education Placement Services Sdn. Bhd. (WEPS), Program Akar represents PayNet’s first flagship national initiative aimed at bridging the country’s digital skills gap. The programme equips participants with globally recognized cloud technology and digital payments skills at no cost, preparing them to meet the evolving demands of Malaysia’s financial ecosystem.
Aligned with the national agenda to strengthen digital talent, highlighted by Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim, Program Akar provides young Malaysians with practical skills beyond conventional academic learning, enabling them to thrive in technology-driven roles. Shafenaz Farouk, Chief People Officer of PayNet, emphasized that the programme is creating a robust pipeline of digital-ready talent for the financial sector, empowering participants with industry-relevant skills, hands-on experience, and confidence to contribute immediately to the workforce.
The second cohort follows the successful pilot at Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU), where financial institutions such as Bank Negara, Maybank, Public Bank, CIMB, and Bank Islam have expressed interest in internships and job placements for graduates. Participants underwent a 14-week intensive training programme, covering foundational cloud computing, digital payments, and a two-day on-site values-driven development workshop. Graduates received multiple certifications, including the AWS re/Start Certificate of Completion, AWS Cloud Practitioner, Digital Payments Certificate, and Values-Driven Enrichment Programme Certificate, signaling readiness for industry roles.
Program Akar graduates shared their experiences as cohort participants during the Akar Success Story session
Hussein Mohd. Ali, Country Manager of AWS Malaysia, highlighted the importance of cloud skills as the backbone for the nation’s next phase of AI-driven transformation in financial services. Program Akar equips participants to contribute effectively in areas ranging from modern digital payments to emerging AI applications, while strengthening Malaysia’s position in the global fintech landscape. WEPS CEO Mughilen Rathakrishnan added that the initiative provides a clear pathway for young Malaysians to enter the workforce with in-demand, future-proof skills.
With Cohort 2 achieving strong outcomes, PayNet continues to build momentum in nurturing Malaysia’s fintech talent. Through ongoing collaboration with industry partners, Program Akar ensures alignment with sector needs, addressing critical talent gaps and supporting the country’s digital finance ambitions. Globally, AWS re/Start operates in over 60 countries, with 98% of graduates securing interview opportunities, reflecting the programme’s proven impact on shaping a highly skilled, employable workforce.
Majestica Sembranica Productions dengan bangga mempersembahkan showcase istimewa FARASU pada 27 Disember 2025 di BE KL, Bandar Tasik Permaisuri, menandakan kebangkitan semula band Metal tersohor ini selepas 23 tahun beraksi dalam landskap muzik Metal Malaysia. Dengan konsep Nusantara Melodic Death Metal dan terma unik “DeathMetalSwagger”, FARASU menjanjikan persembahan yang sarat dengan kekuatan, emosi, dan identiti Nusantara. Showcase bertema “Siri Jelajah FARASU: 7 Sumpahan, 7 Benua, 7 Lautan” melambangkan perjalanan artistik, spiritual dan eksplorasi bunyi kumpulan ini, mencipta pengalaman yang bukan sahaja menggoncang fizikal, tetapi juga menantang mental dan emosi penonton.
Acara akan dibuka seawal jam 6.30 petang, dengan setlist utama FARASU menampilkan lagu-lagu eksplosif dari semua rilisan mereka. Tiga band undangan iaitu SLYTHERA, RUH ARASY dan EXHUMAN akan memanaskan pentas dengan persembahan bertenaga sebelum FARASU muncul. Peminat juga berpeluang memiliki merchandise eksklusif sebagai kenang-kenangan daripada acara bersejarah ini. Showcase ini bukan sekadar persembahan, tetapi satu perayaan muzik, tenaga dan persahabatan dalam komuniti Metal Malaysia.
Pembayaran boleh dibuat melalui FPX Online Banking, Touch ’n Go eWallet dan ShopeePay. Hanya perlu tekan butang ‘checkout’ dan anda akan terus dibawa ke halaman perbankan dalam talian untuk melengkapkan transaksi.
Kumpulan rock legenda, Barbarik, sekali lagi menggegarkan pentas dengan persembahan Pentas Barbarik Live @ Odeon KL semalam, apabila ribuan peminat setia mereka, dikenali sebagai Rejim Barbarik, membanjiri dewan seawal pukul 5.00 petang. Walaupun konsert bermula sedikit lewat akibat kehadiran luar jangkaan, suasana berubah gamat sebaik Barbarik yang dibarisi Muss, Jo Branko, Rozaimi dan Ainol memulakan persembahan dengan lagu hit Peluru Cokelat. Deretan lagu popular lain seperti Hidup Sederhana, 18000 Sayap, Kasmaran, Krisis Dipertengahan dan Hukum Karma mencetuskan sorakan tanpa henti, disokong oleh sistem audio dan pencahayaan yang mantap.
Malam itu juga menyaksikan kehadiran istimewa artis jemputan seperti Black, Eddie dan Mel, yang tampil menerusi lagu Opera Hidup, Semalam Yang Hangat serta duet Sendiri, menjadi momen paling emosional bagi para peminat. Konsert ditutup dengan lagu Keris Tak Ada Sarung, sebagai penamat yang sarat simbolik, menandakan kesetiaan Barbarik terhadap identiti muzik mereka. Persembahan ini membuktikan bahawa Barbarik kekal relevan dan mampu menyatukan tenaga, emosi, dan semangat perjuangan muzik bersama peminat setia.
Kejayaan Gula Cakery yang kini berkembang pesat bukan sahaja bergantung kepada kek viral atau pembukaan cawangan baharu, tetapi turut disandarkan pada perhatian terhadap kebajikan pekerjanya. Pengasasnya, Nor Arieni Adriena Mohd Ritzal, menekankan bahawa sejak hari pertama, fokus utama syarikat adalah memastikan setiap ahli pasukan merasa dihargai dan mempunyai peluang untuk berkembang. “Kalau mereka grow, bisnes akan grow. Apabila pekerja rasa dijaga, mereka akan menjaga pelanggan dengan hati yang gembira,” ujar beliau. Pendekatan ini terbukti menjadi salah satu faktor utama yang menjadikan Gula Cakery terus kukuh dalam industri makanan dan minuman (F&B).
Pendekatan tersebut terserlah semasa majlis makan malam tahunan bertemakan hitam dan putih baru-baru ini, yang menghimpunkan ratusan staf dari pelbagai cawangan. Majlis itu bukan sekadar acara tahunan, tetapi platform untuk menghargai segala usaha dan tenaga pasukan sepanjang tahun. Antara yang diraikan termasuk staf yang telah berkhidmat antara tiga hingga lapan tahun melalui Long Service Award, manakala hadiah cabutan bertuah seperti iPad, TV 65 inci dan pakej percutian menaikkan lagi semangat pekerja.
Perjalanan Gula Cakery bermula daripada dapur rumah dengan satu ketuhar dan resepi warisan nenek Arieni, kini berkembang menjadi jenama popular dengan menu viral seperti Tiramisu. Arieni menekankan bahawa latihan bukan sekadar untuk mengajar teknik atau SOP, tetapi juga membentuk keyakinan diri staf dan menggilap bakat mereka. Budaya kerja syarikat menekankan nilai hormat, tanggungjawab, layanan mesra, dan semangat untuk belajar.
Kini, Gula Cakery berada pada fasa pertumbuhan lebih agresif, dengan perancangan membuka cawangan baharu di Johor dan Bangi, berpindah ke central kitchen yang lebih besar, serta membangunkan Training Academy Gula Cakery dan program kesetiaan pelanggan. Menurut Arieni, momen paling mengharukan adalah melihat staf yang dahulu malu memegang tanggungjawab kini menjadi ketua, membuktikan bahawa perhatian terhadap kebajikan pekerja adalah “resipi” sebenar kejayaan Gula Cakery.
Dengan semangat pasukan yang mantap, budaya kerja positif, dan perancangan masa depan yang jelas, Gula Cakery membuktikan bahawa menjaga kebajikan pekerja bukan sahaja memupuk keluarga profesional yang kukuh, tetapi juga menjadi kunci pertumbuhan bisnes yang berterusan.
Valdy Nyonk kembali mengetuk hati para pendengar dengan single terbarunya berjudul “Gelas Yang Retak”, sebuah balada sendu yang menggambarkan luka dan kekecewaan akibat pengkhianatan dalam percintaan. Dicipta dan ditulis oleh Tegar, lagu ini menampilkan lirik penuh emosi yang menyoroti betapa sukar memulihkan kepercayaan yang telah dihancurkan, disulam dengan melodi balada yang menyayat hati. Penyampaian Valdy yang penuh penghayatan menjadikan setiap bait lagu mudah dirasai oleh sesiapa sahaja yang pernah mengalami kekecewaan cinta.
“Gelas Yang Retak” menceritakan kisah seseorang yang dikhianati oleh pasangan, hingga kehilangan kepercayaan dan kesukaran untuk menerima kembali cinta yang telah patah. Melalui vokal yang matang dan sarat emosi, Valdy membawa pendengar merasai setiap detik kesedihan, kepedihan dan kekecewaan dalam kisah lagu ini. Lagu ini menegaskan bahawa luka akibat pengkhianatan bukan mudah sembuh, dan kepercayaan yang pecah sukar kembali seperti sediakala.
Menurut penulis lagu, Tegar, “Gelas Yang Retak” lahir daripada pengalaman realiti mengenai hilangnya kepercayaan dalam sebuah hubungan, yang kemudian dihidupkan oleh Valdy dengan ekspresi vokal penuh warna dan kedalaman emosi. Single ini dijangka menambah koleksi lagu-lagu emotif Valdy yang sering menjadi pilihan pendengar balada beremosi, dan bakal tersedia di semua platform digital streaming termasuk Spotify, Apple Music, YouTube Music dan Joox mulai 28 November 2025. Lagu ini memberi peluang kepada peminat menyelami perjalanan emosi yang relatable dalam kisah cinta moden.
Syahriyadi kembali mencuri perhatian peminat muzik dengan single terbaharu berjudul “Boring”, sebuah karya ciptaan Tegar Cs yang mengangkat tema percintaan moden, khususnya rasa bosan terhadap pasangan yang kerap menjawab “terserah” dalam setiap hal. Lagu ini menampilkan lirik ringkas tetapi padat maksud, digabungkan dengan melodi santai yang mudah diikuti, membolehkan pendengar muda cepat menghayati setiap bait. Dengan sentuhan humor yang halus, lagu ini memaparkan realiti hubungan masa kini yang dekat dengan pengalaman peribadi generasi muda, menjadikannya bukan sekadar hiburan, tetapi juga karya yang relatable.
Gaya nyanyian Syahriyadi yang natural dan bersahaja memudahkan pendengar merasai emosi yang tersirat di sebalik liriknya. Penghayatan ini memberi resonansi mendalam kepada generasi muda yang sering menghadapi situasi sama dalam hubungan mereka. Sebelum ini, Syahriyadi telah membuktikan kemampuannya melalui lagu-lagu seperti Kada Pacang Lagi, Cinta Membawa Bahagia, dan Menahan Rindu, yang menggabungkan vokal puitis dengan muzik pop moden yang relevan dengan selera semasa. Kehadiran lagu-lagu ini turut membina pengikut setia di platform digital, memperkukuh posisi Syahriyadi sebagai penyanyi muda berbakat dalam industri muzik Indonesia dan serantau.
Melalui single “Boring”, Syahriyadi sekali lagi menegaskan bahawa beliau mampu menghasilkan karya yang relevan dengan pengalaman hidup generasi muda sambil mengekalkan identiti muzik tersendiri. Projek ini memperlihatkan keseimbangan antara emosi, hiburan, dan kualiti muzik, memastikan pengaruhnya terus berkembang di Indonesia dan Malaysia. Dengan penglibatan aktif di platform digital seperti Apple Music, YouTube, dan Instagram, Syahriyadi kini mempunyai lebih 247 ribu pengikut yang dapat mengikuti perjalanan muziknya secara langsung.
Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) bakal menganjurkan Konsert Makan Malam Amal The Legends pada 27 Disember 2025 di WTC Kuala Lumpur, menampilkan persembahan selama 4 jam oleh barisan legenda muzik tanah air. Konsert amal ini bertujuan mengumpul dana bagi membantu artis dan individu yang memerlukan di bawah naungan Persatuan Karyawan, sambil memberikan pengalaman muzik yang penuh nostalgia kepada peminat.
Acara ini bakal diserikan dengan persembahan Sweet Charity sebagai tarikan utama, membawakan lagu-lagu malar segar yang sinonim dengan mereka. Turut memeriahkan pentas adalah Dato’ Khadijah Ibrahim, Dato Ito Blues Gang, Kopratasa, Dato Andre Goh, Helen Velu, dan Mariam Ahmad. Selain itu, ‘Master Guitarist Showcase’ menampilkan empat gitaris tersohor – Simon Carefree, Kid Search, Shahrul Ekamatra, dan Man Kidal – menjanjikan persembahan epik yang menyentuh jiwa setiap penonton.
Misi utama konsert ini adalah untuk menyokong Tabung Kebajikan Karyawan, yang membantu artis veteran serta penggiat seni menghadapi cabaran kesihatan, kewangan dan kehidupan. Hasil kutipan daripada jualan meja makan malam dan tiket akan disalurkan terus kepada mereka yang layak. Peminat boleh menyertai pengalaman premium melalui meja makan bermula RM3,000 ke atas, atau membeli tiket konsert hanya RM88 untuk merasai magis malam penuh muzik ini.
Presiden Karyawan, Dato’ Freddie Fernandez, menekankan bahawa konsert ini bukan sekadar persembahan, tetapi usaha bersama untuk memastikan kebajikan warga seni terus terpelihara. Ikon Rock Nusantara, Dato’ Ramli Sarip, dan trio tersohor Kopratasa turut menyuarakan harapan bahawa semangat kebersamaan dan kasih sayang dalam dunia seni terus subur melalui acara amal ini.