Hidup ni penuh babak yang tak dijangka – dari tangisan pertama bayi, ke langkah pertama, hingga ke perancangan masa hadapan yang lebih tenang. Menyedari pentingnya perlindungan menyeluruh sepanjang hayat, Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) hari ini memperkenalkan pelan takaful terbarunya: PruBSN Asas360, satu pelan fleksibel yang menyokong anda di setiap fasa kehidupan.
Mengambil inspirasi dari pelan sebelumnya, PruBSN AsasLink, yang telah membantu lebih 200,000 keluarga sejak 2018 dengan perlindungan melebihi RM8 bilion, Asas360 hadir dengan nafas baharu – lebih menyeluruh, lebih berdaya tahan, dan lebih sesuai untuk keperluan gaya hidup masa kini. Dengan lebih RM340 juta tuntutan telah dibayar setakat ini, Asas360 dirangka untuk menjadi pelindung utama keluarga anda, tidak kira apa yang berlaku.
Perlindungan Tanpa Had Hingga Usia 100 Tahun
Asas360 memberi ketenangan dengan menawarkan perlindungan perubatan tanpa had tahunan atau seumur hidup – sesuatu yang sangat kritikal di saat kos rawatan semakin meningkat. Anda tidak lagi perlu bimbang tentang kos perubatan yang melambung; pelan ini sedia menampungnya agar kestabilan kewangan anda tidak terjejas.
Lindungi Bayi Anda Sejak Dalam Kandungan
Perlindungan bermula seawal minggu ke-13 kehamilan dengan rider Baby TotalCare. Ia merangkumi 28 keadaan kongenital, gangguan perkembangan, rawatan ICU, jaundis bayi, serta komplikasi kehamilan dan kelahiran. Bahkan sokongan kesihatan mental untuk ibu turut disertakan. Ini memberikan anda ketenangan untuk fokus pada saat-saat bermakna bersama keluarga tanpa tekanan kewangan.
Komitmen Terhadap Kesihatan & Kesejahteraan Jangka Panjang
Dengan manfaat Health360, anda dilindungi daripada pelbagai cabaran kesihatan – daripada rawatan pesakit luar, kecemasan akibat kemalangan, denggi, penyakit berjangkit, hingga rawatan kanser dan buah pinggang. Sokongan kesihatan mental juga tidak dilupakan. Asas360 hadir bukan sahaja sebagai perlindungan kesihatan, tetapi juga sebagai pelan sokongan pendapatan saat anda memerlukan rehat dan pemulihan.
Fleksibel, Ikut Bajet Anda
Asas360 direka supaya anda boleh sesuaikan pelan mengikut keperluan dan bajet sendiri. Dengan 20 rider tambahan yang boleh dipilih dan pilihan co-payment, pelan ini memberi anda kawalan penuh terhadap sumbangan bulanan. Malah, dengan rider Health360, anda akan menikmati perlindungan menyeluruh sambil menyesuaikannya mengikut kemampuan.
Bonus Kewangan Untuk Masa Depan
Melalui Kasih Bonus, pelan ini menawarkan ganjaran tunai sebanyak 1% daripada Jumlah Asas Dilindungi setiap 10 tahun, dilaburkan dalam dana pilihan anda. Ini bukan sahaja meningkatkan nilai tunai pelan, malah membantu memperkukuh pertumbuhan kewangan anda untuk masa hadapan yang lebih terjamin.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PruBSN, Wan Saifulrizal Wan Ismail, “Kelahiran dan membesarkan anak boleh menjadi beban kewangan, terutamanya dalam suasana ekonomi mencabar. PruBSN Asas360 direka untuk meringankan tekanan ini dan membolehkan keluarga Malaysia menikmati perlindungan menyeluruh tanpa kompromi.”
Perlindungan Seumur Hidup, Untuk Setiap Masa Depan
PruBSN Asas360 adalah simbol komitmen PruBSN terhadap takaful yang mudah diakses, fleksibel dan relevan, tidak kira latar belakang pelanggan. Inilah masa untuk memilih pelan yang berkembang bersama anda dan keluarga – dari awal kehidupan hingga ke hari-hari emas.
PruBSN Asas360 – Untuk Setiap Kehidupan. Bagi Setiap Masa Depan.