Tag: \#TontonGenPlus #SuaiKenalSekolah #SESERIKL #MediaPrimaTV #SAFIShayla #InspirasiRemaja #AktivitiSekolah #KeyakinanDiri #ProgramMotivasi #TontonMalaysia

  • TONTON GEN+ SUAI KENAL SEKOLAH SUNTIK SEMANGAT DI SESERI!344 Murid Sekolah Menengah Sains Seri Puteri Terima Inspirasi Daripada Selebriti & SAFI Shayla

    TONTON GEN+ SUAI KENAL SEKOLAH SUNTIK SEMANGAT DI SESERI!344 Murid Sekolah Menengah Sains Seri Puteri Terima Inspirasi Daripada Selebriti & SAFI Shayla

    Semangat muda, keyakinan diri dan aura glamor mewarnai petang penuh makna di Sekolah Menengah Sains Seri Puteri (SESERI), Kuala Lumpur apabila program Tonton Gen+ Suai Kenal Sekolah anjuran Rangkaian Televisyen Media Prima hadir membawa gelombang motivasi dan inspirasi buat 344 murid Tingkatan 2 hingga Tingkatan 5.

    Berlangsung dari jam 2:00 petang hingga 5:30 petang, program istimewa ini mempertemukan pelajar dengan selebriti-selebriti popular tanah air seperti Hariz Hamdan, Apich Lo, kumpulan Dukes, Syafiq Adnan, Amirulhakim Lokman, Risk Saidon, Aizat Saha dan Nisa Kay. Kehadiran barisan ikon muda ini bukan sekadar menceriakan suasana, tetapi menjadi penyuntik semangat apabila mereka berkongsi pengalaman jatuh bangun dalam kerjaya, kisah peribadi serta mesej motivasi yang dekat di hati remaja.

    Suai Kenal Sekolah merupakan sebahagian inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) TV3, Tonton dan DIDIKTV KPM, dengan kerjasama jenama penjagaan diri terkenal SAFI Shayla. Program ini bertujuan membina jati diri generasi muda melalui aktiviti luar bilik darjah yang menyeronokkan dan menyemai semangat positif secara santai namun bermakna.

    Pengurus Pemasaran Kandungan TV3 & Tonton, Encik Ali Iskandar bin Othman berkata, “Kami mahu para pelajar alami cara pembelajaran yang lebih menyeronokkan – bukan semata-mata akademik, tetapi mengenali potensi diri, melatih keyakinan serta mencungkil bakat terpendam. Harapan kami, pengalaman ini memberi semangat baharu untuk mereka menjadi individu yang lebih berani, yakin dan kreatif!”

    Antara aktiviti yang mencuri tumpuan termasuk sesi ice-breaking, pertandingan Tic Tac Toe, cabaran Mix & Match, serta sesi uji bakat yang menggalakkan pelajar berkomunikasi, bekerjasama dan mengekspresikan diri dalam suasana penuh gelak tawa. Setiap aktiviti direka khusus untuk mengasah kemahiran sosial dan menyuntik keyakinan diri dalam kalangan murid.

    Kemuncak program turut menyaksikan sesi istimewa bertajuk “Sis Shay, Inspirasi Hijabi” oleh SAFI Shayla yang memberi fokus kepada penjagaan diri dan kesihatan rambut bagi pelajar berhijab. Peserta wanita didedahkan dengan tip praktikal untuk mengekalkan keselesaan dan keyakinan diri walaupun bertudung, selaras dengan misi jenama SAFI Shayla iaitu “Keyakinan Bermula Dari Penjagaan Diri.”

    Program yang penuh dengan nilai positif ini turut dihadiri oleh Puan Norzila binti Ali Musa, Pengetua Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Puan Rozaina Mahmod, Pengurus Hal Ehwal Korporat dan Kawalselia SAFI, serta wakil Media Prima dan Tonton.

    Melangkah ke lebih banyak sekolah selepas ini, Tonton Gen+ Suai Kenal Sekolah kekal komited membawa perubahan melalui pengalaman bermakna dan interaktif. Dengan sokongan padu jenama terkemuka seperti SAFI Shayla dan barisan personaliti inspirasi, program ini membuktikan bahawa langkah kecil boleh memberi impak besar kepada masa depan generasi muda Malaysia.