Tag: #iQOONeo10MY #PowerToWin

  • iQOO Neo 10 Hadir di Malaysia: Gabungan Kuasa Berkembar dan Prestasi Bertaraf Mercu untuk Generasi Baharu

    iQOO Neo 10 Hadir di Malaysia: Gabungan Kuasa Berkembar dan Prestasi Bertaraf Mercu untuk Generasi Baharu

    iQOO Malaysia hari ini memperkenalkan peranti pintar terbaharunya, iQOO Neo 10, yang direka khas untuk pengguna yang mendambakan prestasi tertinggi dalam permainan mudah alih dan pengalaman harian yang serba lancar. Dilengkapi dua cip berkuasa tinggi iaitu Snapdragon 8s Gen 4 dan Cip Superkomputer Q1, iQOO Neo 10 membawakan revolusi prestasi dan ketahanan dalam satu reka bentuk futuristik yang bergaya.

    Pemproses Snapdragon 8s Gen 4 menawarkan peningkatan kuasa sehingga 49% dan kecekapan tenaga 39% berbanding generasi sebelumnya. Disokong pula oleh RAM LPDDR5X Ultra sehingga 16 GB dan fungsi RAM tambahan, peranti ini mampu mengekalkan sehingga 52 aplikasi aktif di latar belakang dengan pantas dan stabil. Cip Q1 yang dikhususkan untuk pengalaman permainan pula membolehkan interpolasi kadar bingkai hingga 144 FPS, serta menyokong grafik berkualiti tinggi dan tindak balas ultra-pantas.

    Bagi peminat permainan mudah alih, iQOO Neo 10 menampilkan sistem penyejukan VC terbesar dalam sejarah jenama ini, dengan ruang wap seluas 7000 mm² yang menstabilkan suhu sepanjang sesi permainan intensif. Tambahan lapisan perlindungan grafit turut digunakan untuk memastikan kestabilan prestasi walaupun ketika penstriman langsung atau rakaman video yang panjang.

    Keupayaan bateri iQOO Neo 10 turut menjadi tumpuan. Menggunakan teknologi BlueVolt Generasi Ketiga, bateri 7000 mAh dengan sistem pengecasan pantas 120W mampu diisi penuh dalam masa hanya 36 minit. Fungsi pengecasan terus turut ditawarkan untuk mengurangkan haba semasa pengecasan, sekaligus memanjangkan jangka hayat bateri dengan lebih efisien dan selamat.

    Paparan AMOLED 1.5K dengan kadar segar semula 144 Hz memberikan pengalaman visual yang terang, responsif dan selesa di mata. Dengan kecerahan maksimum 2000 nits dan teknologi pengurangan kerlipan 4320 Hz PWM Dimming, skrin ini sesuai digunakan walau di bawah cahaya matahari terik tanpa menjejaskan keselesaan mata. Reka bentuknya pula memikat dengan gabungan rekaan minimalis, warna elegan dan bentuk ergonomik yang ringan dan nipis.

    Dalam bidang pengimejan, iQOO Neo 10 dilengkapi kamera utama 50 MP Sony IMX 882 dengan penstabil imej optikal (OIS). Sistem ini turut dibantu algoritma pintar yang memastikan tangkapan gambar lebih hidup, tajam dan kaya dengan warna, sesuai untuk pelbagai keadaan sama ada siang mahupun malam.

    Peranti ini turut menawarkan ketahanan lasak dengan struktur dalaman berkusyen, kaca pelindung dan filem anti-jatuh. Disahkan dengan gred ketenteraan dan penarafan IP65, iQOO Neo 10 tahan terhadap debu dan percikan air. Dipacu oleh sistem operasi Funtouch OS 15, ia menjanjikan pengalaman lancar dan tahan lama sehingga 60 bulan, dengan pelbagai fungsi AI untuk menyokong kerja dan gaya hidup moden.

    Pelancaran ini turut diserikan dengan pengenalan Pertandingan Esports Kampus di seluruh institusi pengajian tinggi serta cabaran TikTok Branded Mission #PowerToWinChallengeMY yang memadukan semangat permainan dan kreativiti digital dalam satu platform interaktif.

    iQOO Neo 10 kini tersedia secara rasmi di Malaysia pada harga bermula RM1999 menerusi Shopee, Lazada, TikTok Shop dan E-Stor rasmi vivo. Jualan pertama bermula 5 Jun hingga 9 Julai 2025 dengan pelbagai tawaran istimewa termasuk hadiah eksklusif Ugreen, lanjutan jaminan, perlindungan skrin dan aksesori bernilai sehingga RM1633, bergantung kepada model yang dibeli.

    Pelanggan juga boleh mendapatkan aksesori tambahan seperti iQOO Buds 1i dan pengecas pantas dengan harga diskaun sempena promosi Shopee 6.6 Lagi Murah Sale. Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini, layari kedai rasmi iQOO dan vivo di Shopee atau ikuti media sosial rasmi iQOO Malaysia.