Debaran pelancaran telefon boleh lipat paling dinanti-nantikan, HONOR Magic V5, semakin terasa. Hanya berbaki lima hari sebelum acara besar tersebut, HONOR Malaysia mengumumkan satu tawaran eksklusif yang pasti mengujakan peminat teknologi dan pencinta muzik: pembeli awal Magic V5 akan menerima pembesar suara premium Harman Kardon Onyx Studio 9 bernilai RM1,299 secara percuma!
Pra-tempahan akan dibuka bermula 15 Julai, dan pelanggan yang membuat tempahan awal bakal menikmati bukan sahaja sebuah telefon pintar dengan reka bentuk lipat paling nipis dan kukuh, tetapi juga sistem audio berprestasi tinggi yang menjadikan Magic V5 pusat hiburan mudah alih peribadi anda.
Bunyi Hebat, Hiburan Maksima
Hadiah istimewa ini bukan calang-calang. Harman Kardon Onyx Studio 9 dikenali dengan bunyi yang lantang, jernih dan penuh kedalaman – sesuai untuk streaming drama, mendengar muzik atau sesi karaoke di rumah. Dipadankan pula dengan bateri besar 5820mAh dan prestasi tahan lama Magic V5, pengguna dapat menikmati maraton hiburan tanpa gangguan, di mana-mana sahaja.
Perlindungan Lebih, Keyakinan Berganda
HONOR turut memperkenalkan jaminan perlindungan yang dipertingkatkan, menjadikan Magic V5 bukan sahaja canggih dari segi teknologi tetapi juga dari aspek penjagaan selepas jualan. Tawaran ini mencerminkan komitmen HONOR untuk memastikan setiap pembelian hadir bersama ketenangan fikiran buat pengguna.
Tandakan 15 Julai – Pelancaran Rasmi Magic V5
Jangan lepaskan peluang menyaksikan pelancaran rasmi HONOR Magic V5 secara langsung pada 15 Julai jam 2 petang di Facebook HONOR Malaysia. Tempah lebih awal untuk jadi antara yang pertama memiliki telefon lipat revolusioner ini beserta hadiah audio premium eksklusif.
Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi HONOR Malaysia di www.honor.com/my atau ikuti perkembangan di Facebook rasmi HONOR Malaysia.
