Tag: #GlobalEhsanRelief

  • Malam ‘Dari Kasih ke Ehsan’ Satukan Masyarakat Sokong Inisiatif Kemanusiaan Global Ehsan Relief

    Global Ehsan Relief tampil dengan penganjuran makan malam amal Dari Kasih ke Ehsan sebagai usaha memperkukuhkan sokongan terhadap pelbagai misi kemanusiaan yang dilaksanakan di dalam dan luar negara. Program itu dijadual berlangsung pada 14 Ogos 2026 di Dewan Tun Rahah, Kuala Lumpur.

    Acara berkenaan bakal menghimpunkan penyumbang, rakan strategik serta masyarakat umum dalam satu malam penuh pengisian bermakna menerusi persembahan kumpulan Inteam, tausiyah daripada Ustaz Hanafiah Abdul Malek, Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmoodi dan PU Amin, selain dikendalikan oleh Fedtri Yahya.

    Pengarah Program, Suffi Shukor berkata, objektif utama penganjuran adalah memberi pengalaman yang lebih dekat kepada para tetamu mengenai realiti misi kemanusiaan melalui perkongsian kisah di lapangan, sekali gus menyemai semangat kasih sayang dan keprihatinan terhadap mereka yang memerlukan.

    Dana yang berjaya dikumpulkan akan dimanfaatkan bagi menjayakan Ehsan Lokal, Bantuan Kecemasan Gaza, Bantuan Musim Sejuk serta Projek Umrah Anak Yatim dengan sasaran kutipan sebanyak RM500,000.

    Orang ramai boleh mendapatkan tiket individu bermula RM175, manakala pakej meja korporat ditawarkan antara RM5,000 hingga RM25,000 yang turut disertakan kemudahan pelepasan cukai.