Coway Innovation Fest perkenal pratonton eksklusif BEREX Smart Mattress dan paparan teknologi kediaman pintar selama lima hari di IOI City Mall
Coway, jenama terkemuka dalam solusi kehidupan sihat, meraikan 19 tahun kehadirannya di Malaysia dengan penganjuran Coway Innovation Fest (CIF), satu acara pameran berskala besar yang memperkenalkan pelbagai inovasi terkini kepada orang ramai. Diadakan di IOI City Mall dari 21 hingga 25 Mei, CIF menyatukan teknologi, keselesaan dan gaya hidup moden dalam satu pengalaman unik yang terbuka kepada umum.
Antara tarikan utama ialah pelancaran eksklusif Coway BEREX Smart Mattress, tilam pintar pertama Coway yang direka untuk memahami keperluan tidur individu secara dinamik. Dilengkapi dengan sensor pintar terkini, tilam ini mampu mengesan pergerakan dan postur tidur serta melaras keselesaan zon secara automatik sepanjang malam – menyokong penjajaran tulang belakang dan meningkatkan kualiti tidur.

“Kami amat berbangga untuk membawakan Coway BEREX Smart Mattress sebagai bukti komitmen kami dalam inovasi kesihatan dan kesejahteraan. Tilam ini bukan sahaja canggih, tetapi juga menyentuh aspek paling peribadi dalam kehidupan tidur yang berkualiti,” ujar Ryan Jung, Ketua Bahagian Pemasaran dan Produk Coway Malaysia.
Bersama tilam pintar, CIF turut mempersembahkan beberapa produk inovatif lain seperti Mesin Basuh & Pengering 2-dalam-1, Penyaman Udara P-Series dan penulen air Villaem III semua direka untuk memenuhi keperluan kediaman moden dengan tumpuan kepada fungsi, estetika dan penjagaan kesihatan.
Mesin basuh dan pengering pintar ini dilengkapi kapasiti cucian 10kg dan pengeringan 6kg, dan menggunakan Direct Drive Inverter Motor untuk operasi senyap serta efisien. Penyaman Udara P-Series pula bukan sekadar menyejukkan ia turut menapis udara secara masa nyata dengan sistem penulenan enam peringkat yang membuang sehingga 99.99% pencemar.
Villaem III, penulen air generasi ketiga Coway yang turut mencuri tumpuan di festival ini, menawarkan sehingga 48 tetapan peribadi, termasuk pelbagai suhu dan isipadu air. Dengan fungsi pensterilan UV automatik setiap 12 jam dan tangki air panas 2.7 liter, Villaem III menjadi simbol keseimbangan antara keselamatan, kebersihan dan kemudahan.
“Melalui Coway Innovation Fest, kami bukan sahaja meraikan ulang tahun ke-19, malah menunjukkan bagaimana kami terus mendahului dalam mencipta produk dan pengalaman yang benar-benar bermakna buat rakyat Malaysia,” tambah Ryan.

Festival ini juga menjadi pentas kepada pengenalan Coway Brand Store pertama di Malaysia, menandakan langkah baharu dalam memperluas keterlibatan jenama dengan pengguna secara lebih langsung dan interaktif.
CIF memperkukuh komitmen Coway untuk terus membina masa depan yang lebih sihat, bersih dan pintar bagi semua lapisan masyarakat menjadikan kediaman bukan sekadar tempat tinggal, tetapi ruang terbaik untuk hidup.
Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini, layari www.coway.com.my atau ikuti Coway Malaysia di Facebook dan Instagram.
