Bersedialah untuk diterjah ke dalam dunia gelap penuh rahsia, pengkhianatan dan dendam apabila Anak-Anak Mafia, sebuah siri drama aksi jenayah paling hangat tahun ini, mula menemui penonton secara eksklusif di Tonton bermula 12 Jun 2025. Teraju utamanya, Mierul Aiman membawakan watak Andra, seorang pemuda dari Thailand yang menyamar sebagai ahli geng mafia Serigala Merah demi membongkar misteri kematian ibu bapanya dua dekad lalu.
Dalam dunia penuh tipu muslihat dan permainan kuasa, Andra menjejak jejak pembunuh melalui jalan berliku yang membawa dia terus ke pusat kekuasaan Serigala Merah – sebuah sindiket mafia kejam yang diketuai oleh Ice, lakonan penuh intensiti oleh Fitri Farok. Namun apabila cinta mula menyapa dalam bentuk Katrina (Scha Elinnea), kekasih kepada Ice yang menyimpan rahsia hatinya sendiri, segalanya mula bercelaru.
Dengan arahan Shuhaimi Zulkefli, Anak-Anak Mafia membawa anda menghayati naratif yang sarat emosi dan penuh ketegangan. Siri 10 episod ini bukan sekadar kisah balas dendam, tetapi turut menyelongkar sisi gelap kemanusiaan – kepercayaan yang dikhianati, cinta yang diuji, dan dendam yang menjadi warisan.

Barisan pelakon turut diperkuatkan dengan watak-watak unik seperti Black (Fariz Isqandar), bekas pesalah juvana yang kini menjadi raja kelab malam dan penyeludupan manusia, serta Rudy (Zhen Ning), seorang penggodam misteri yang memburu keadilan selepas menjadi mangsa buli sewaktu remaja. Setiap watak membawa sejarah dan luka mereka tersendiri – menjadikan siri ini lebih kompleks dan mengasyikkan.
Sepanjang misi berbahaya itu, Andra berdepan pilihan sukar antara membunuh atau dikhianati, antara membongkar kebenaran atau menyelamatkan hati yang telah jatuh cinta. Di setiap episod, penonton akan dibawa menelusuri jalan cerita penuh konflik, drama dan kejutan yang tak terjangka.
Lebih mengujakan, kemunculan para pelakon utama dalam sesi Meet & Greet sempena sambutan ulang tahun ke-41 TV3: Penuh Drama di PBAKL 2025 baru-baru ini turut menjadi perhatian peminat. Ribuan hadir untuk bertemu dengan bintang kesayangan mereka seperti Mierul Aiman, Fitri Farok, Fariz Isqandar, Scha Elinnea dan Zhen Ning yang meluangkan masa beramah mesra dan bergambar bersama peminat setia.
Jangan lepaskan peluang untuk menonton Anak-Anak Mafia secara eksklusif hanya di Tonton bermula 12 Jun 2025. Sediakan diri anda untuk kisah yang akan meruntun emosi, meremangkan bulu roma dan menyesakkan dada di setiap babak.
Ikuti perkembangan terkini dan konten eksklusif di media sosial Tonton – Facebook, Twitter, TikTok dan Instagram di @tontonmy. Gunakan hashtag rasmi #Tonton untuk jadi sebahagian daripada perbualan hangat drama ini.
