Tag: #2025

  • KARNIVAL JOM HEBOH 2025 KEMBALI LEBIH GEMPAK DI KL BASE, KUALA LUMPUR BERSAMA MISI ISTIMEWA EJEN ALI!

    KARNIVAL JOM HEBOH 2025 KEMBALI LEBIH GEMPAK DI KL BASE, KUALA LUMPUR BERSAMA MISI ISTIMEWA EJEN ALI!

    Bersedia untuk pengalaman karnival yang lebih segar dan luar biasa! Karnival Jom Heboh (KJH) kembali membuka tirai edisi 2025 dengan lokasi baharu di KL Base, Kuala Lumpur bermula 30 Mei hingga 1 Jun 2025 sempena cuti sekolah. Acara ini menjanjikan tiga hari penuh hiburan, interaksi dan aktiviti mesra keluarga yang mampu mencipta memori bermakna untuk semua lapisan masyarakat.

    Rekod kehadiran lebih 2.1 juta pengunjung pada tahun lalu membuktikan KJH kekal relevan sebagai karnival luar terbesar di Malaysia. Tahun ini, lebih 150 jenama akan berkumpul di bawah satu platform dengan tawaran pengalaman imersif, daripada reruai interaktif, pesta makanan, sesi ramah mesra selebriti hingga ke konsert gempak dua malam berturut-turut.

    Menambah kelainan tahun ini, pelancaran Flag-Off Supercar di Balai Berita telah membuka tirai kempen dengan paparan barisan kereta mewah dan maskot Ejen Ali serta Ejen Alicia. Semua kenderaan hebat ini akan dipamerkan sepanjang karnival, memberi peluang kepada pengunjung untuk bergambar dan mengenali jentera impian secara lebih dekat.

    Ejen Ali Bawa Dunia Perisik ke KL Base

    KJH Kuala Lumpur turut mengetengahkan tema Ejen Ali sebagai tarikan istimewa, sempena kejayaan filem Ejen Ali The Movie 2 yang sedang hangat di pawagam. Kanak-kanak bakal disambut oleh maskot Ejen Ali dan Ejen Alicia dalam pelbagai aktiviti seperti sesi zumba, pertandingan mewarna dan cabaran permainan papan di Ejen Ali M.A.T.A Academy. Tidak ketinggalan, Studio Tonton Drama Sangat akan menganjurkan pertandingan cosplay watak Ejen Ali yang menawarkan hadiah menarik kepada peserta paling kreatif.

    Selebriti & Konsert Dua Malam

    Pengunjung juga berpeluang bertemu selebriti kegemaran seperti Shaza Bae, Fahrin Ahmad, Dayah Bakar dan ramai lagi menerusi sesi Meet & Greet. Sementara itu, dua malam konsert akan menggamatkan KL Base, dengan barisan artis popular seperti Ella, Shiha Zikir, Khai Bahar, Aisha Retno, Ara Johari, dan ramai lagi. Konsert ini akan dikendalikan oleh penyampai Hot FM, Kool 101 dan personaliti terkenal Media Prima.

    Aktiviti Interaktif untuk Semua

    KJH 2025 menjanjikan aktiviti unik buat semua peringkat umur. Pengunjung boleh menguji kemahiran pemanduan di NSTP Car Sim Experience, menyanyi di Jom Lokal Jam, atau sertai Jom E-Sport Championship anjuran 100PLUS. Servis motosikal dan pemeriksaan gigi percuma juga disediakan setiap hari dengan kerjasama badan teknikal dan kesihatan tempatan.

    Karnival turut menyediakan zon permainan kanak-kanak Soopa Doopa, serta peluang menaiki belon udara panas untuk menyaksikan panorama Kuala Lumpur termasuk pemandangan Merdeka 118, KLCC, TRX dan Menara KL dari udara.

    Rancang Hujung Minggu Anda Sekarang!

    Jangan lepaskan peluang untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga dan rakan-rakan di Karnival Jom Heboh Kuala Lumpur. Acara ini terbuka untuk semua, dari 10 pagi hingga 10 malam selama tiga hari penuh keriangan.

    Ikuti perkembangan lanjut di laman web rasmi www.jomheboh.com.my dan media sosial @jomhebohofficial di Facebook dan Instagram. Kongsi pengalaman anda dengan tanda pagar rasmi #KarnivalJomHeboh dan #KJH.