Category: News

  • Malaysia Progressing a Notch Higher as the Country Welcomes UFI Leaders

    Malaysia is advancing in the sector as the country welcomes more business events. On December 13 and 14, 2022, Mr. Kai Hattendorf, Managing Director of The Global Association of the Exhibition Industry (UFI), visited Kuala Lumpur for the UFI Expert Day 2022, which was hosted by the Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB).

    “Malaysia is on course to highlight its immense potential as a growing exhibition destination in the region. I believe that the hosting of UFI Expert Day is a great opportunity to highlight our cutting-edge facilities and demonstrates that Malaysia is more than ready to deliver significant contributions in the sector. This initiative enables the nation’s business events industry to obtain latest update on exhibition industry growth and trends and act as a knowledge sharing platform for industry stakeholders to share their insights and ideas in uplifting Malaysia’s exhibition profile in the region. It was, in my opinion, a genuinely rewarding opportunity for UFI and Malaysia,” says Dato’ Sri Dr. Abdul Khani, CEO of MyCEB.

    In the wake of its business events industry’s recovery, Malaysia’s government, associations and industry players are teaming up to support the needs and long-term goals of international organisers and planners. Following the country’s continued commitment to bring together members and exhibition industry professionals in person, Kai Hattendorf on behalf of UFI took the advantage to announce that Malaysia is chosen to be the host of the UFI Asia Pacific Conference 2023 on the 2nd and 3rd March in Kuala Lumpur, Malaysia. This visit from UFI is timely in boosting Malaysia’s business events industry and proves that the industry is ready to re-emerge stronger than before in the coming decade.

    “Following our recent MoU with MyCEB to introduce the UCP qualification in Malaysia, it is amazing to see the dedication of both organisations to promote the growth of the exhibition industry. The UFI Expert Day states a strong commitment between MyCEB and UFI in connecting more exhibitors, attendees, stakeholders, and policymakers especially in the Asian region. We’re happy to announce as well that the 2023 UFI Asia-Pacific Conference will take place in Kuala Lumpur on 2 – 3 March 2023. Being a great location with so much growth potential, modern exhibition venues and well-developed supporting infrastructure, MyCEB is an ideal host for our first in-person conference in the region after the pandemic,” says Kai Hattendorf, Managing Director and CEO of UFI,” says Kai Hattendorf, Managing Director of UFI.

    MyCEB believes in embracing the role as a driver of change and being proactive in addressing concerns and remain conscious of the needs and expectations of the industry. The convergence of UFI experts proves that the national bureau is prepared to assist its industry stakeholders to strive and further improve Malaysia’s performance in the global market.

    Around 50 local top corporate and exhibition industry experts comprising of exhibition organisers, exhibition centres, government agencies, associations and service providers related to the exhibition industry attended the event and fully demonstrate the country’s growth potential to become the preferred exhibition destination in the region.

    The event made notable marks during a constructive dialogue session, ‘Exhibition and Beyond’ moderated by Mr. Noor Ahmad Hamid, COO of MyCEB, and insights sharing from key opinion leaders such as Dato’ Sri Dr. Abdul Khani Daud, CEO of MyCEB; Mr. Kai Hattendorf, Managing Director/CEO of UFI; Dato’ Vincent Lim, President of The Asian Federation of Exhibition and Convention Associations (AFECA); and Mr. Gerard Leeuwenburgh – Country General Manager Malaysia of Informa Markets.

  • MEDAN PERTEMPURAN VOKAL TERBAIK FAMILI SELEBRITI – SAKSIKAN FAMILI DUO MUSIM BAHARU AHAD INI!

    Tujuh pasangan selebriti terkenal Malaysia diketengahkan dalam musim baharu Family Duo, rancangan realiti nyanyian di TV3 yang disiarkan secara langsung dari Studio Sri Pentas 2 setiap Ahad jam 9.00 malam. di TV3 dan disiarkan dalam HD secara langsung di www.tonton.com. bermula pada 18 Disember 2022.

    Famili Duo ialah program realiti nyanyian yang unik dan berlainan daripada program-program yang lain dimana ia menampilkan pasangan peserta yang terdiri daripada selebriti popular bergandingan dengan ahli keluarga mereka. Selepas perkenalan musim pertamanya pada 14 Februari 2021, Famili Duo telah mencapai objektifnya yang bertujuan mengangkat nilai kekeluargaan serta mengeratkan lagi silaturahhim dalam kalangan ahli keluarga menerusi muzik.

    Musim baharu Famili Duo dibawakan khas oleh Penaja Bersama iaitu Good Virtues Co. dan Polident. Program 8 episod ini menggandingkan Janna Nick dan Sean Lee sebagai hos program manakala Ajai dan Mas Idayu sebagai juri tetap Ia menyaksikan tujuh pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan berentap (battle) pada setiap minggu yang membawakan tema berbeza untuk merebut hadiah mingguan iaitu RM 10,000! Lebih menarik, para finalis Famili Duo untuk musim baharu ini berpeluang untuk merebut hadiah utama sebanyak RM 100,000 di pentas akhir nanti! Pemarkahan ditentukan oleh juri tetap (80%) dan undian atas talian oleh penonton (20%).

    Antara tujuh pasangan peserta yang bersaing di musim baharu Famili Duo, pasangan manakah bakal menambat hati juri tetap dan para penonton? Jangan ketinggalan untuk mengikuti persembahan mingguan mereka iaitu Ara Johari & Shaffiq Erwin (sepupu), Ayda Jebat & Fyna Jebat (adik-beradik), Bella Astillah & Wani Kayrie (sepupu), Sabhi Saddi & FareedPF K-Clique (Adik Beradik), Sissy Imann & Naim Daniel (Sepupu), Siti Sairah & Siti Saida (adik-beradik) dan Yamani Abdillah & Zaki Yamani (adik-beradik).

    Musim baharu Famili Duo diketuai oleh Russell Mark Rodrigues sebagai pengurus projek, Muhamad Sufian Che Isa sebagai penerbit eksekutif dan Noradillah Binti Abdullah sebagai penerbit. Gunakan hashtag #familiduoTV3 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial media.

     Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, jangan lupa ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia serta TikTok @TV3MalaysiaOfficial.

     

  • Redza Rosli Tiada Niat Untuk Menyakiti Scha Elinnea?

    Nur Kaisara, seorang gadis yang sanggup berbelanja demi menjaga penampilan dan terlalu taksub dengan kecantikan. Sikapnya juga tidak disenangi oleh orang sekelilingnya. Apabila Nur Kaisara dipertemukan dengan Naufal Nidham, adakah dia mula dilimpahi oleh kesenangan hidup yang diimpikan atau sebaliknya?

    Terbaharu di slot Samarinda TV3, saksikan drama bersiri Hati Tanpa Rasa yang bakal bersiaran pada hari ini (13 Disember 2022), setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam dan turut disiarkan melalui perkhidmatan penstriman iQIYI 1 jam selepas siaran TV.

    Hati Tanpa Rasa merupakan adaptasi daripada novel Heartless karya Ateen Khalid dengan menampilkan Redza Rosli dan Scha Elinnea sebagai watak utama. Drama 26 episod ini diterbitkan oleh Creative Skill Solution, diarahkan oleh Ayie Mustafa & Emi Suffian dan nukilan skrip daripada Nieza Nahar.

    Nur Kaisara (Scha Elinnea) terlalu taksub dengan kecantikan dan sanggup berkorban untuk mengikat perut kerana gaji yang rendah. Dia juga seorang yang sombong dan tidak disenangi oleh orang sekelilingnya. Hanya teman serumah, Erin dan Laila yang memahaminya. Di pejabat, Kaisara mempunyai rakan rapat, Danish yang turut menyimpan perasaan padanya dalam diam. Kaisara ada musuh tegar bernama Julia yang sentiasa mencari kesalahannya dan sanggup menggoda Danish semata-mata untuk menyakitkan hati Kaisara.

    Satu hari, Kaisara ditawarkan gaji yang lumayan sebagai pembantu peribadi kepada Naufal Nidham ataupun Nid (Redza Rosli), seorang arkitek yang bekerja di syarikat pembinaan milik ayahnya, Dato’ Nazrin. Malahan, Nid juga seorang lelaki bujang yang paling dikenali kerana latar belakang keluarganya yang berkedudukan dan kaya.

    Umpama durian runtuh, Kaisara terlalu teruja dan terus menerima tawaran tersebut tanpa berfikir panjang dan tidak membaca syarat-syarat kontrak dengan teliti. Selepas menandatangani kontrak, barulah Kaisara sedar dia ‘bersetuju’ untuk bekerja sebagai pemandu peribadi dan dikehendaki mematuhi lima syarat tambahan dalam perjanjiannya.

    Akibat terikat dengan kontrak yang telah ditandatanganinya, Kaisara terpaksa akur bekerja dengan Nid. Mereka berdua selalu bergaduh dan Kaisara juga menggelar Nid dengan pelbagai nama termasuk ‘Mr Banyak Syarat’ dan ‘Mr Potong Gaji’. Sepanjang mereka bekerja, mula terbit satu perasaan yang aneh dalam hubungan mereka. Tanpa diketahui oleh Kaisara, Nid mempunyai sebabnya untuk mengambil Kaisara bekerja dengannya.Apakah niat sebenar Nid?

    Jangan lupa temujanji anda untuk menonton Hati Tanpa Rasa menerusi slot Samarinda, setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 10.00 malam atau strim di perkhidmatan penstriman iQIYI 1 jam selepas siaran TV. Ia juga disertakan dengan sari kata dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia di mana penonton boleh mengakses secara percuma pada bila-bila masa melalui www.iQ.com/local atau muat turun aplikasi iQIYI di App Store dan Play Store. Pelanggan VIP iQIYI boleh menikmati akses VIP Ekspres bagi drama ini yang membolehkan penonton untuk menonton episod terkini, 1 jam selepas tayangan di TV3 manakala pengguna percuma dapat menonton 48 jam selepas.

    Sejak diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2020, iQIYI telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan apabila mencapai peningkatan pengguna lebih daripada 15 kali ganda. Dari segi pertumbuhan keseluruhan dalam tahun 2021, iQIYI juga tersenarai sebagai khidmat penstriman Asia nombor satu di Malaysia berdasarkan jumlah muat turun, jumlah pelanggan aktif bulanan, dan jumlah masa yang diluangkan di platform tersebut.

    Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

  • Semua dijemput hadir ke ‘ERA SYOKVAGANZA’ pada 17 & 18 Dis di Ipoh

    ERA, jenama radio No. 1 Malaysia, menjemput semua rakyat Malaysia ke ‘ERA SYOKVAGANZA’ dan menikmati pelbagai aktiviti dan hiburan menarik pada hujung minggu, termasuk perlawanan bola sepak, persembahan penyanyi popular tanah air, dan menonton Piala Dunia FIFA 2022 , pada 17 – 18 Disember 2022, jam 5 petang hingga 12 tengah malam di Stadium Perak, Kompleks Sukan Ipoh, Perak.

    Semua boleh menyaksikan perlawanan bola sepak yang akan diadakan pada 17 – 18 Disember 2022, bermula 5 petang, di Stadium Ipoh, Perak. Perlawanan bola sepak menampilkan ERAvengers FC yang diwakili Nabil, Radin dan Azad (3 Pagi ERA), Ray dan Haniff (101 ERA), Fazziq (Daebak ERA), bersama selebriti-selebriti tempatan termasuk kumpulan Akim and the Majistret, Insomniacks, Tomok, Black, serta kumpulan bola sepak amatur, Team Challo. Kesemua mereka akan menentang pemain-pemain bola sepak dari Perak FC dan Majlis Bandaraya Ipoh. Tiket perlawanan bola sepak boleh didapati di kaunter Stadium Perak, Ipoh.

    Pengunjung di ‘ERA SYOKVAGNZA’ juga boleh berhibur dengan persembahan-persembahan hebat daripada penyanyi-penyanyi popular tempatan, pada 17 Disember 2022, bermula 30 malam, di Perkarangan Stadium Indera Mulia, Ipoh. Peminat boleh menyaksikan persembahan daripada kumpulan muzik Akim and the Majistret dan Insomniacks, penyanyi-penyanyi popular Tomok, Black, Siti Nordiana, Haqiem Rusli, Afiq Shazwan, Nabila Razali, Sarah Suhairi, serta penyanyi baharu, Hasif Upin dan Meernash.

    Peminat bola sepak boleh turut menyaksikan tontonan perlawanan Piala Dunia FIFA 2022, pada 17 – 18 Disember 2022, bermula 11 malam, di Perkarangan Stadium Indera Mulia, Ipoh. Peminat boleh menonton perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat, serta perlawanan akhir kejuaraan FIFA 2022 bersama personaliti-personaliti ERA termasuk Nabil, Radin, Azad, Danial, Isha Norsham, Haniff, Ray, Fazziq dan Zahier Yusoff.

     

    Untuk maklumat lanjut tentang ‘ERA SYOKVAGANZA’, ikuti ERA di platform media sosial.

  • LAGU PERNAHKAH OLEH AMIR JAHARI DAN LYDBIE

    Lagu pertama daripada sepuluh lagu dalam album Joget: Made In Malaysia, Pernahkah , ditulis sepenuhnya oleh Amir Jahari dan dipersembahkan oleh Amir Jahari dan Lydbie.

    Album Joget : Made in Malaysia adalah sebuah projek terbitan Luncai Emas Sdn Bhd dengan sokongan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) menerusi Dana Kandungan Digital. Ia adalah sebuah projek yang mengangkat irama joget ke dalam karya-karya terbaru generasi muda.

    Selain itu, objektif penerbitan album ini adalah untuk memperbanyakkan lagi lagu-lagu joget melayu kepada versi yang lebih kontemporari, inovatif, dinamik dan menjadi sebahagian proses rejuvenasi muzik Malaysia. Album ini menggabungkan kepakaran penggiat seni professional, pensyarah dan pelajar muzik dan seni dari empat institusi pengajian tinggi awam iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) bersama artis-artis baru pelapis masa hadapan seperti Luca Sickta, Kmy Kmo dan Putri Khareeza.

    “Menjadi cita-cita saya agar irama tradisi Malaysia menjadi sebagai “force” dalam penciptaan muzik moden Malaysia. Maka dengan melihat kerancakan populariti muzik “dance” dan “world beat” saya terpanggil untuk menjadikan rentak tradisi Malaysia sebagai taruhan kerana elemen “dance” yang ada pada semua rentak tradisi ini. Joget dipilih untuk taruhan pertama” kata Dato M.Nasir di sidang media album Joget : Made In Malaysia di World Trade Center (WTC) pada bulan Oktober yang lalu.

    Amir Jahari yang asalnya dari Sarawak, cukup terkenal kerana pencapaiannya sebagai seorang artis, pencipta, dan pemuzik yang membawakan muzik bergabung dengan bunyi-bunyian etnik, folk dan pop, kali ini berpadu suara dengan Lydbie, penyanyi muda juga dari Sarawak. Genre muziknya adalah jazz dan r&b. Lydbie telah berkecimpung dalam dunia muzik sejak umur 10 tahun.

    Menurut Amir Jahari, “Lagu Pernahkah ini karya baru saya pada tahun 2022, saya tulis di hadapan Masjid Jamek, Kuching Sarawak, mengisahkan kesedaran terhadap “mental illness” seperti kemurungan dan “anxiety”. Ramai yang terkesan setelah pandemik Covid-19, bukan sahaja kewangan rakyat Malaysia terjejas, keberadaan mentalnya juga.”

    “Lagu dan lirik ini saya cipta untuk kita sedar adanya penyakit mental yang tersembunyi dan supaya kita sentiasa bertanya khabar pada sesiapa yang kita kenali, kerana kita takkan tahu tahap keberadaan mental mereka kecuali kita tanya. Saya harap lagu ini dapat sedikit sebanyak memberi semangat kepada mereka yang mengalami masalah ini” kata Amir lagi.

    ‘’Sebaik sahaja diberitahu abang Amir , saya berasa teruja dengan projek ini . Saya pun cuba mengisi lagu tersebut dengan apa yang saya fahami dimana lagu ini bercerita mengenai jenis – jenis perasaan manusia yang berada di titik hidup yang terendah. Because sometimes, small things we do or say can give a big impact to others.Video muzik ini dirakam dalam tempoh masa yang singkat dan dijalankan di Sarikei kerana Lydbie tinggal di sana. Untuk saya, pengalaman berlakon agak kurang dan kekok tapi tak salah mencuba, jadi saya lakukan sebaik yang mungkin. Semoga lagu dan music video ini dapat memberi sedikit ‘’ comfort feeling’’ kepada pendengar’’. Jelas kata – kata dari Lydbie.

    “Saya juga amat berterima kasih kepada Luncai Emas, kerana memberi Amir dan Lydbie peluang untuk menghasilkan projek ini bersama, kepada produksi muzik yang dikelola oleh Abdul Karim, serta produksi video yang dikelola oleh Sazel Sapihan. Terima kasih atas segala usaha menjayakan projek ini menjadi kenyataan.” Kata Amir di akhir perbualan.

    Menurut Dr. Raja Iskandar dari Universiti Malaysia Kelantan selaku penasihat seni warisan album Joget: Made in Malaysia,Gabungan nyanyian pasangan ini membawa melodi dan citarasa remaja kontemporari yang mudah dihayati dan berlatarkan gubahan irama joget yang ringkas dan bersahaja.”

    Luncai Emas berharap usaha album joget ini akan mendapat sokongan semua golongan peminat tua dan muda dan daripada radio, televisyen, media cetak dan elektronik.

    Lagu Pernahkah berpotensi menjadi lagu yang diminati oleh semua golongan dan boleh didengari di semua platform streaming seperti Spotify, Apple Music, Joox, iTunes dan video muziknya juga boleh dilihat di saluran Youtube Luncai Emas tidak lama lagi.

     

  • DISCUSS ALL THINGS WOMEN EMPOWERMENT AT ‘BRUNCH WITH WOMEN TALK’

    Venture into female empowerment issues when TV3’s chat show Women Talk hosts a special ‘Brunch With Women Talk’ event on 10 December 2022 at the M Resort & Hotel in Kuala Lumpur beginning at 9.00 a.m. The event is also live streamed on TV3’s official YouTube page under the theme ‘Women Spearheading The Way Forward,’ offering an exceptional panellist lineup of notable women who are leading the change for women.

    Being of importance to the talk show programme Women Talk, this event is to further provide the opportunity for women alike to connect with amazing icons as they show mutual support in this platform for women’s voices and concerns. With 250 in attendance, the brunch event features great individuals including Chairman of Yayasan Aids Malaysia, Datuk Prof. Dr. Adeeba Kamarulzaman, Chief Executive Officer of Christy Ng Sdn. Bhd., Christy Ng, Singer, Jaclyn Victor,  together with Head of SAYS Video Unit, Nandini Balakrishnan..

    This special event explores topics of interest such as Post Pandemic: The New Outlook in Life, Giving Yourself The Gift of Self-Love & Self-Care, Surviving The “Mad Men World”, Mental Health & Wellness, Leading In Heels: Dressing & Feeling Successful, The Rise of SME & Social World, and Surviving The World of Marriage. To add to the excitement, the event closes its curtains with song performances from Jaclyn Victor.

    ‘Brunch With Women Talk’ is sponsored by Proviton and Flavettes as co-sponsors, as well as M Resort & Hotel Kuala Lumpur as official location of the event. The production team of Women Talk is led by Puan Shahila Shah as head of production, together with Datin Elaine Daly and Said Thani as producers, whereas Deborah Henry and Zoraya Vadillo take charge as hosts of the programme.

    Continue watching the second season of Women Talk every Saturday, at 5.00 pm on TV3, and stream live in HD at www.tonton.com.my and on TV3’s official YouTube channel. For more information and the latest developments, visit www.xtra.com.my and follow the official social media sites Facebook, Instagram & Twitter at @TV3Malaysia.

     

  • BenQ Unlocks World’s First 4LED 4K HDR Gaming Projector for Ultra Realistic Open-World Games

    The best audio-visual performance on a large projected scale is offered by the X3000i, which BenQ, the leading projector manufacturer in the world, unveiled today. Open-world games that are infused with living realism and offer gaming scenes with 100% DCI-P3 wide colour range coverage are available to players thanks to BenQ’s patented CinematicColorTM technology. With input lag as short as 4ms, this technology also includes a treVolo surround sound system. The BenQ X3000i 4LED 4K HDR Gaming Projector is now available for purchase by all Malaysians for just RM11,999.00 from their official online stores on Shopee and Lazada.

    “Leading the X series with an unprecedented combination of cinematic images and realistic sounds, along with the lag-free control that comes from 4ms response time at 240Hz frame rate,” said Conway Lee, President of BenQ Corporation. “X3000i invites gamers to expand infinite universes and realize their full potential.”

    For a truly immersive gaming experience, X3000i draws gamers deeply into the plot with authentic colors balanced with true 4K UHD, high 3000-lumen visual brightness, crisp 500,000:1 super high contrast with Dynamic Black algorithms, 3D readiness, and projector-optimized HDR with HDR10 / HLG support ensuring futureproof visual performance, while the 4LED light source with auto color calibration guarantees years of gaming enjoyment.

    Adding to the visual with audio enhancement, X3000i fully envelopes players in powerful 5W x 2 stereo speakers that are tuned by BenQ’s treVolo audio team and enhanced by Bongiovi DSP (Digital Signal Processor) with Dynamic Stereo Enhancement, offering aural details with more surrounded, three-dimensional game sounds. Audio can be output to an external sound system via HDMI eARC for the ultimate cinematic experience.

    The realness of all interactions can be further discovered through role playing, first-person shooter, and sports games as X3000i is equipped with specially-designed preset game modes. The depth, clarity, definition, and presence of the surrounding deep bass background music, approaching footsteps and clear vocals are emphasized respectively, with the true colors the games originally intend to display. These carefully calibrated settings are also applicable in models such as TK700STi and TK700 in the TK as well as TH Series, complementing a full projector lineup that’s dedicated to gaming.

    Styled in dynamic design to complement any gamer’s décor and setup flexibility of 1.3x zoom, 2D keystone, and advanced AV connectivity, X3000i’s 4LED light source provides over 30,000 hours or 10+ years of vibrant colors and gorgeous gaming quality without lamp replacement cost. Console gamers who play for hours on can carefully explore the storyline and show the world who they aspire to be with no hassle.

    For more information on BenQ’s X3000i 4LED 4K HDR Gaming Projector  go to https://bit.ly/3EMYXwG. Those who wish to purchase the product may do so at BenQ’s official online stores on Shopee and Lazada.

    To learn more about all of BenQ’s premium offerings, visit BenQ Malaysia and follow @benq_my on Instagram and Facebook.

  • MCWEA 10 Years Of Excellent Enhancement. We Shine Further.

    Malaysia Chinese Women Entrepreneurs Association (MCWEA) is an autonomous organisation of forward-thinking female entrepreneurs. Puan Sri Dr. Susan S.C. Cheah founded the organisation in 2011.

    Vision:

    To be one of the leading associations of Women Entrepreneurs in Malaysia and beyond

    Mission:

    To organize and to participate in entrepreneurship activities for entrepreneurial or business community contributing to national building and unity.

    Objective:

    To provide a platform to enable personal and business growth and glow of women entrepreneurship through positive works that will create a long-lasting impactful contribution to individuals and business development as well as to nation building.

    Our Core Values:

    Mastery. Commitment. Wisdom. Empowerment. Affection.

    Cover rationale:

    The theme for our 10th Anniversary Celebration, ’10 years of excellent enhancement. We shine further’, as illustrated on the cover, is reflective of our sheer commitment to constantly enhance our professionalism and service to the community and contribute to nation building. In this amazing journey spanning a decade,MCWEA is able to continue its strive to empower women through the unity of its members. Every sparkle represents each unique individual who shines in her own bright light and continues to shine day by day.

    MCWEA Women of Excellence Awards 2022

    Objective:

    To celebrate women of excellence in business, institution, organization and community in Malaysia, in conjunction with the 10th Anniversary celebration of MCWEA.

    1.Ms.Anna Teo

    Founder & Group CEO of Hernan Corporation Sdn.Bhd

    2.Associate Professor Dr. Chee Hui Yee

    Faculty of Medicine and Health Sciences, Universiti Putra Malaysia.

    3.Datuk Dr. Denise Lim

    Managing Director, VKids Trend Sdn Bhd

    Director, TVS Global Organization Sdb Bhd

    4.Datin Dorph Peng

    Founder & Mananging Director

    Green Wellness Malaysia

    5.Puan Sri Datin Sri Ela Tan

    Cofounder cum Managing Director of Phyto Science

    6.Professor Dato’ Elizabeth Lee

    CEO, Sunway Education Group (SEG)

    7.Ms. Karen Qu

    Excecutive Director, e-Beauty Group of Companies

    8.Dato’ Dr.Lee Bee Phang

    Dato Dr Lee Bee Phang has created a National Record in The Mlaaysia Book of Records for being the First Chinese Woman Commisioner of Police on 21 March 2021.

    9.ACP Madam Lai Le Ching

    Principal Assistant Director (Strategic Planning)

    Commercial Crime Investigation Department (CCID), Royal Malaysia Police

    10.Datuk Lim Mee Ling

    Executive Director & CEO

    Ogawa World Berhad

    Healthy Wold Lifestyle Sdn Bhd

    11.Ms. May Lee

    Agency Manager, Hong Leong Assurance

    12.Ms. Natalie Sit

    Group CEO, Acestar

    13.Dato’Ng Wan Peng

    Director, F&N Holdings Berhad

    Director, Hong Leong Assurance Berhad

    Director, IRIS Corporation Berhad

    Director, Digital Penang

    Director, Nano Malaysia Berhad

    14.Ms.Ng Sheau Yuen

    Group Executive Director

    Tomei Consolidated Berhad

    15.Ms.Mary-Ann Ooi Suan Kim

    Principal, O S Kim & Associates

    16.Ms Queenie Teng

    Executive Director, Harriston Chocolate

    17.Ms. Rachel Yew

    CEO, Pantai Hospital Cheras

    18.Asst Prof Dr. Saizi Xiao

    Assistant Professor cum Director of External Engagement,

    School of Economics, University of Nottingham Malaysia

    19.Ms.Shamen Phang

    Founder, Star Glory Asia (M) Sdn Bhd

    20.Datin Yap Shin Siang (Datin Shin)

    YYC Group CEO & Finance Expert

    CA(M), CPA (AUST), CFP, MBA )U.K), B.COM (MELB)

    21.Ms. Shirley Tay

    Founder/Executive Director, Phipure Sdn Bhd

    22.Ms. Yong Siew Lee

    Managing Partner, Messrs. Yong SL & Koh

  • AL-IKHSAN SPORTS TAWARKAN DISKAUN SEHINGGA 80% UNTUK LEBIH DARIPADA 10,000 KASUT DARI DUA JENAMA KASUT LARIAN TERBAIK

    Bersempena dengan masuknya tahun baru 2023, Al-Ikhsan Sports mengadakan Jualan Harga Borong di The Paddock di Petaling Jaya dari 12 Disember hingga 18 Disember 2022.

    Selain daripada beberapa tawaran hebat yang sedia ada, 50 pencinta sukan terawal akan menerima baucer bernilai RM50 dari Al-Ikhsan Sports pada hari pelancaran jualan. Jualan harga borong pada tahun ini membawakan banyak pilihan kasut larian untuk pelanggan kami daripada dua jenama yang terkenal iaitu ASICS dan New Balance.

    “Al-Ikhsan Sports mengalu-alukan pelanggan kami ke The Paddock untuk pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan dengan diskaun sehingga 80% untuk lebih 10,000 barangan daripada dua jenama terkenal iaitu ASICS dan New Balance. Sebagai peruncit sukan nombor 1 di Malaysia, Al-Ikhsan Sports sentiasa memastikan pelanggan kami menikmati harga yang terbaik. Sebagai contoh, anda boleh mendapatkan kasut larian kegemaran anda dengan harga  lebih dari RM700-800 di tempat lain tetapi di Al-Ikhsan Sports, anda boleh dapatkannya dengan harga kurang dari RM200! Inilah kelebihan yang kami tawarkan kepada setiap pencinta sukan di Malaysia sejak 30 tahun yang lalu.” Kata Encik Vach Piluttla, Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sports.

    Al-Ikhsan Sports bakal membuka lagi cawangan baru di beberapa lokasi terpilih untuk memberi kesenangan kepada semua dalam mendapatkan produk barangan sukan dengan lebih mudah. Al-Ikhsan Sports menjadikan sukan mampu milik dan kini mempunyai 170 cawangan di seluruh Semenanjung Malaysia. Barangan Al-Ikhsan Sports juga boleh didapati melalui laman e-dagang rasmi di www.al-ikhsan.com.

  • Single Terbaharu Dari Alvin Chong ‘One And Only’

    Alvin Chong, seorang pelakon dan penyanyi kacak, sangat disenangi oleh semua orang. Namanya dikenali ramai penyokong setia persada seni tempatan ketika mula menceburi bidang hiburan Melayu.

    Setelah lama tidak muncul dengan buah tangan baharu untuk para peminat setianya, Alvin Chong kini kembali dengan sebuah lagi karya menarik berjudul ‘One And Only’

    Lagu yang diilhamkan dari kisah peribadi Alvin sendiri ini mempunyai makna yang besar buat dirinya.

    “Ia menggambarkan perasaan saya beberapa tahun yang lalu. Lebih tepat sewaktu pandemic Covid-19. Tika itu, saya banyak menghabiskan waktu di dalam kereta bersendirian. Ini kerana sebaik sahaja saya keluar dari kereta saya rasa seperti ada beban. Ada tekanan dan tanggungjawab yang perlu saya laksanakan sebagai seorang anak, artis, abang dan juga kawan.

    Saya rasa seolah-olah berada di dalam kereta adalah satu-satunya tempat yang saya anggap zon selamat dan selesa buat diri sendiri. Malah pada saat itu, walaupun sudah penat bekerja seharian saya mengalami masalah untuk tidur,” jelas Alvin tentang karya terbaharu ini.

    Namun, Alvin yakin semua orang pasti pernah melalui situasi seperti ini sehingga rasa sangat sulit untuk meneruskan kehidupan.

    “Tetapi saya percaya selepas hujan pasti ada pelangi, sesudah malam yang gelap tentu ada pagi yang terang. Seusai detik-detik hitam pasti ada saat indah yang menjelma,” kata Alvin lagi.

    Lagu yang ditulis bersama kumpulan komposer terkenal MFMF ini mengambil masa dua hari untuk dizahirkan.

    “Kami mulanya berborak panjang sekitar dua jam untuk mendapatkan idea utama lagu ini. Setelah menjelaskan ia berkisar perasaan saya, kami kemudian memikirkan lirik dan bunyi yang sesuai. Sungguhpun ia bernuansa sedih dan sendu saya tidak mahu ia menjadi balada suram. Saya mahu ia menjadi lagu yang lebih rancak biarpun lirik sedikit bertentangan.

    MFMF setuju dengan idea itu dan berjaya memberikan apa yang saya mahu. Ia mudah untuk dinikmati dan boleh didengar secara santai,” ujar Alvin tentang karya ini

    Lebih menarik, proses rakaman lagu ini berjalan dengan sangat mudah.

    “Sewaktu hendak merakam lagu ini, saya diberitahu kami perlu merakamkan vokal terdahulu untuk demo sahaja. Biasanya demo akan diserahkan kepada pihak syarikat rakaman untuk mendapat kelulusan dan kemudian barulah kita rakam lagu yang sebenar.

    Walau bagaimanapun pihak MFMF memberitahu kami tidak perlu merakam semula kerana vokal yang sudah dimasukkan sewaktu nyanyian demo rupa-rupanya sudah cukup bagus. Saya terkejut namun sangat gembira. Malah menurut para penerbit, ramai penyanyi kedengaran lebih tenang dan semula jadi sewaktu merakam demo berbanding sewaktu rakaman sebenar.

    Ini kerana mereka rasa tiada tekanan sewaktu merakam demo sahaja. Itulah yang terjadi pada saya kerana saya memang sedikit gementar saat rakaman sebenar,” seloroh Alvin tentang proses rakaman lagu.

    Alvin turut menyatakan bahawa dia sangat gembira bekerjasama dengan MFMF.

    “Mudah bekerja dengan mereka. Mereka dengar pendapat saya dan memahami kehendak saya sebagai artis.

    Saya pernah bekerja dengan penerbit serta komposer yang lebih senior dan lama dalam industri. Mereka ini biasanya kurang mahu mendengar pendapat artis baharu kerana rasa mereka lebih tahu apa yang sesuai untuk kami.

    Oleh kerana itu saya senang bekerja dengan MFMF kerana mereka lebih terbuka dengan cadangan dan idea saya,” bingkasnya lagi.

    Lagu ini juga menampilkan sebuah video muzik menarik yang menjalani penggambaran di Klang.

    “Pada mulanya, video muzik ini mengambil masa dua hari untuk disiapkan. Namun dua minggu kemudian kami mengambil keputusan untuk menambah satu lagi babak dengan kumpulan kugiran yang memainkan muzik iringan.

    Ini untuk mengingatkan para peminat saya bahawa saya bukan sahaja seorang pelakon tapi sebenarnya bermula sebagai penyanyi juga,” tambah Alvin lagi.

    “Namun ada beberapa cabaran untuk menghasilkan video ini. Yang pertama, cuaca yang sangat panas ditambah dengan aneka lapisan pakaian yang perlu saya kenakan pada hari tersebut. Kedua, kami terpaksa tunggu saat jalanan kosong tanpa kereta untuk mendapat tangkapan terbaik,” ujarnya.

    Saat ditanya apakah harapan Alvin untuk lagu ini, dia memberikan jawapan yang sangat mudah namun berkesan.

    “Saya harap sesiapa yang mendengar lagu ini akan terus percaya bahawa sentiasa ada harapan dalam kehidupan. Janganlah putus asa kerena proses pendewasaan memang tidak mudah. Semuanya mampu diselesaikan kerana Tuhan tidak akan membebani seseorang dengan sesuatu yang tidak dapat diatasi. Terus yakin dan percaya sambil memberikan yang terbaik dalam hidup seharian. Jangan sesekali berputus asa!” kata Alvin menutup bicara.

    Single ONE & ONLY boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX, Deezer dan YouTube Music  yang telah pun keluar pada 25 Novmber jam 12 tengah malam bersama dengan music videonya boleh ditonton di laman YouTube Universal Music Malaysia.