Category: News

  • PENDUDUK JERANTUT BOLEH BERJIMAT SEHINGGA 30% MELALUI PROGRAM JUALAN RAHMAH DI ECONSAVE, JERANTUT, PAHANG

    Yang Berhormat Senator Puan Hajah Fuziah Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, melawat Pasaraya Econsave di Jerantut hari ini sebagai sebahagian daripada Kempen Jualan RAHMAH.

    Penduduk Jerantut boleh berjimat dan dapat mengurangkan kos belanja barang dapur dengan adanya Jualan RAHMAH ini di mana ayam standard bersih dijual pada harga RM7.99 sekilogram berbanding harga siling iaitu RM9.40 sekilogram. Manakala Telur Gred C pula dijual pada harga RM10.00 sepapan berbanding harga siling RM12.30 sepapan.

    Lain-lain barang yang turut dijual pada harga yang menjimatkan antara 10%-30% lebih murah dari harga semasa setempat adalah:

    1. Ikan;
    2. Sayur-sayuran;
    3. Minyak masak;
    4. Gula;
    5. Tepung;
    6. Beras; dan
    7. Barangan yang telah diproses.

    Setakat ini, Jualan RAHMAH telah dilaksanakan di 134 lokasi merangkumi 29 Kawasan Parlimen di seluruh negara. Pejabat KPDN Negeri Pahang komited untuk memperluaskan program Jualan RAHMAH ini ke semua Parlimen di Negeri Pahang secara berperingkat.

    KPDN menyeru supaya lebih ramai lagi pemain industri khususnya hypermarket dan pasaraya supaya dapat bersama-sama berganding bahu dengan kerajaan bagi menjayakan aspirasi ini.

    KPDN ingin mengajak semua rakyat setempat khususnya pengguna di Jerantut untuk datang beramai-ramai berbelanja di Jualan RAHMAH di mana Inisiatif Payung RAHMAH dilaksanakan sebagai sebahagian dari usaha membantu rakyat mengurangkan kos sara hidup.

    Untuk sebarang pertanyaan lanjut, pihak pemain industri dan orang ramai boleh menghubungi Sekretariat Perdagangan Pengedaran dan Industri Perkhidmatan (SPIP) di talian hotline 03- 8882 5881/ 5905 atau melalui emel kepada spip@kpdn.gov.my.

  • JUALAN RAHMAH HARI RAYA BERSAMA SABELLA

    Yang Berhormat Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, hari ini menyempurnakan Majlis Pelancaran Jualan RAHMAH bersama SABELLA, yang dijalankan di ibu pejabat SABELLA Holding Sdn Bhd di Batu Caves, Selangor.

    Pelaksanaan Inisiatif Payung RAHMAH oleh SABELLA ini meliputi aktiviti Jualan RAHMAH yang dijalankan bermula pada 25 Mac 2023 sehingga 20 April 2023. Jualan RAHMAH Bersama SABELLA ini merangkumi pelbagai produk pakaian sedia ada untuk dipakai terus (ready to wear) seperti baju kurung, blaus, tudung dan banyak lagi yang masingmasing ditawarkan pada harga yang lebih rendah sehingga 71% berbanding harga jualan murah sedia ada.

    Untuk pengetahuan, bagi Jualan RAHMAH ini, SABELLA akan mengeluarkan sejumlah 700,000 pasang produk pakaian dengan harga bermula serendah RM 8.00 dan ianya boleh didapati di 6 lokasi terpilih iaitu:

    1. Sabella HQ, Batu Caves, Selangor;
    2. Dewan Kg Melayu Majidee, Johor Bharu, Johor;
    3. Dewan Teratai, Shah Alam, Selangor;
    4. Dewan Perhimpunan Melayu Kedah, Alor Setar, kedah (13/4/2023- 20/4/2023);Mydin Tunjong KB, Kota Bharu, Kelantan; dan
    5. Dewan TER,Kuala Terengganu, Terengganu.

    KPDN melihat tambahan diskaun di bawah Jualan RAHMAH yang ditawarkan oleh SABELLA ini sebagai tawaran yang amat berbaloi, berpatutan dan mampu milik kepada seluruh rakyat Malaysia, seiring dengan kualiti material pada setiap produk. Seterusnya, Jualan RAHMAH ini juga dapat membantu golongan yang kurang berkemampuan bagi persediaan menyambut bulan Syawal yang bakal tiba.

    Selaras dgn hasrat kerajaan untuk mendaya upakan rakyat dalam menjana pendapatan bagi mengurangkan kos sara hidup yang makin meningkat, SABELLA turut memperkasa 250,000 orang ‘dropship’ yang majoritinya terdiri daripada suri rumah golongan B40 di seluruh Malaysia.

    KPDN terus komited untuk memastikan seluruh warga Malaysia MADANI dilindungi dan tidak terbeban dengan peningkatan kos sara hidup (cost of living) dalam situasi mencabar dan tidak menentu pada hari ini. Pada masa yang sama, KPDN sentiasa menyokong usaha yang dilaksanakan oleh warga industri sektor peruncitan di negara ini untuk menggalakkan rakyat Malaysia berbelanja dengan memberi ganjaran tambahan atau nilai tambah kepada pengguna, khususnya menjelang musim perayaan yang bakal menjelang.

    Di bawah Inisiatif Payung RAHMAH yang diterajui oleh KPDN, pengguna dijangka dapat berbelanja keperluan harian dengan harga yang 3 berpatutan, disamping berpeluang untuk mendapat ganjaran istimewa yang ditawarkan oleh peniaga. Inisiatif Payung RAHMAH adalah manifestasi keprihatinan dan konsep kasih sayang Kerajaan kepada rakyat Malaysia, khususnya golongan berpendapatan rendah dengan kerjasama rakan-rakan strategik yang terlibat.

    KPDN amat berharap agar usaha seperti ini mampu menarik perhatian rakyat Malaysia, khususnya pengguna untuk mendapatkan barangan dengan harga yang murah dan berpatutan tetapi berkualiti seiring dengan jenama produk yang ditawarkan.

     

     

  • JUALAN RAHMAH HARI RAYA 99 SPEEDMART : BARANGAN ASAS PADA HARGA MAMPU MILIK

    Yang Berhormat Datuk Seri Salahuddin bin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, hari ini menyempurnakan Majlis Pelancaran Jualan RAHMAH bersama 99 Speed ​​Mart Sdn Bhd, yang diadakan di 99 Speed ​​Mart Cawangan Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

    Pelaksanaan Inisiatif Payung RAHMAH di seluruh 2,300 cawangan 99 Speed Mart di seluruh negara ini meliputi aktiviti Jualan RAHMAH yang dijalankan selama sebulan mulai 23 Mac 2023 sehingga 22 April 2023. Jualan ini melibatkan sebanyak 150 pelbagai produk barangan asas dan perlu seperti beras, susu tin, air minuman, ketupat mini, kordial, barangan pencuci, mentega, biksut raya dan sebagainya yang masing-masing ditawarkan pada harga yang lebih rendah sehingga 40% berbanding harga jualan murah sedia ada.

    KPDN melihat tambahan diskaun di bawah Jualan RAHMAH yang ditawarkan oleh 99 Speed Mart ini sebagai tawaran yang amat berbaloi, berpatutan dan mampu milik kepada seluruh rakyat Malaysia, seiring dengan keperluan rakyat untuk mendapatkan barangan keperluan asas. Seterusnya, Jualan RAHMAH ini juga dapat membantu golongan yang kurang berkemampuan bagi persediaan untuk menyambut bulan Ramadan dan Syawal yang bakal tiba.

    KPDN terus komited untuk memastikan seluruh warga Malaysia MADANI dilindungi dan tidak terbeban dengan peningkatan kos sara hidup (cost of living) dalam situasi mencabar dan tidak menentu pada hari ini. Pada masa yang sama, KPDN sentiasa menyokong usaha yang dilaksanakan oleh warga industri sektor peruncitan di negara ini untuk menggalakkan rakyat Malaysia berbelanja dengan memberi ganjaran tambahan atau nilai tambah kepada pengguna, khususnya menjelang musim perayaan yang bakal menjelang.

    Di bawah Inisiatif Payung RAHMAH yang diterajui oleh KPDN, pengguna dijangka dapat berbelanja keperluan harian dengan harga yang berpatutan, disamping berpeluang untuk mendapat ganjaran istimewa yang ditawarkan oleh peniaga. Inisiatif Payung RAHMAH adalah manifestasi keprihatinan dan konsep kasih sayang Kerajaan kepada rakyat Malaysia, khususnya golongan berpendapatan rendah dengan kerjasama rakan-rakan strategik yang terlibat.

    KPDN amat berharap agar usaha seperti ini mampu menarik perhatian rakyat Malaysia, khususnya pengguna untuk mendapatkan barangan dengan harga yang murah dan berpatutan tetapi berkualiti seiring dengan jenama produk yang ditawarkan.

  • OPS TIRIS – 5,000 LITER MINYAK DIESEL BERSUBSIDI DIRAMPAS PENGUAT KUASA KPDN

    Pada 21 Mac 2023, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berjaya menumpaskan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi menggunakan OPS TIRIS dalam serbuan di sebuah premis tidak bernombor di Semenyih, Selangor yang disyaki digunakan sebagai stor penyimpanan dan pemindahan minyak diesel bersubsidi.

    Serbuan yang dilakukan oleh sepasukan anggota penguat kuasa daripada KPDN Putrajaya bermula kira-kira jam 9.30 malam itu adalah hasil risikan yang telah dilakukan oleh pihak KPDN selama beberapa hari sebelum serbuan.

    Hasil pemeriksaan lanjut ke atas keseluruhan premis, pasukan serbuan telah menemukan minyak diesel dengan kuantiti keseluruhan berjumlah 5,000 liter serta beberapa peralatan lain yang digunakan untuk kegiatan penyelewengan minyak diesel.

    Minyak diesel, pam bermotor, paip penyambung, beberapa dokumen berkaitan serta peralatan-peralatan lain yang ditemui di lokasi serbuan telah 2 disita bagi tujuan siasatan lanjut. Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM 13,250.00.

    Kertas siasatan telah dibuka dan siasatan lanjut ke atas kes ini sedang dilakukan di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 bagi mengenalpasti individu/syarikat yang terlibat dalam aktiviti ini serta rantaian pengedaran minyak diesel tersebut termasuklah sumber minyak diesel ini diperolehi dan diedarkan.

    Berdasarkan statistik penguatkuasaan OPS TIRIS bermula 1 Mac 2023 sehingga 21 Mac 2023, sebanyak 2,582 pemeriksaan telah dilakukan di seluruh Negara. Daripada jumlah itu, sebanyak 69 kes telah dihasilkan yang melibatkan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM 1.27 juta.

    KPDN ingin memberi amaran keras ke atas mana-mana individu/syarikat yang berkaitan agar sentiasa mematuhi perundangan yang telah ditetapkan. Mana-mana orang yang melakukan kesalahan boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) dan jika disabitkan boleh didenda tidak lebih RM1,000,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Juta) manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM3,000,000.00 (Ringgit Malaysia Tiga Juta) bagi orang perseorangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali manakala bagi syarikat sekiranya sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Juta) manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM5,000,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Juta).

    Selain itu, syarikat ini juga akan disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) (Akta 613) iaitu kesalahan pengubahan wang haram bagi tujuan mengesan, membeku, menyita serta sehingga ke peringkat perlucutanhak ke atas apa-apa hasil pendapatan atau harta yang dijana daripada aktiviti haram penyelewengan berkaitan minyak diesel.

    Jika disabitkan dengan kesalahan di bawah Akta 613 ini boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima belas (15) tahun dan juga boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau lima juta ringgit yang mana yang lebih tinggi.

    KPDN akan mempergiatkan operasi ke atas pihak-pihak lain yang terlibat melalui proses pengauditan bersama agensi penguatkuasaan lain seperti Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memastikan ketirisan dan penyelewengan ke atas barangan kawalan dan bersubsidi terutamanya minyak diesel ini dapat dibanteras daripada terus berleluasa.

    KPDN juga ingin memberikan amaran keras kepada semua yang berkaitan dan menegaskan bahawa Kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam sindiket dan aktiviti haram ini. Tindakan tegas akan diambil termasuklah mendakwa mereka di 4 Mahkamah berdasarkan peruntukan undang-undang di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).

    Masyarakat disaran untuk menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa dengan memberikan kerjasama sekiranya mempunyai sebarang maklumat terutamanya berhubung aktiviti penyelewengan barang kawalan dan bersubsidi bagi memastikan aktiviti haram ini dapat dibanteras sehingga ke akar umbi yang boleh menyebabkan kerugian besar kepada rakyat dan Negara

    Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung aktiviti penyelewengan barang kawalan dan bersubsidi boleh menyalurkan aduan yang lengkap kepada pihak Kementerian melalui saluran berikut:

    1. WhatsApp 019-279 4317 / 019-848 8000
    2. Portal e-Aduan KPDN iaitu http://e.aduan.kpdn.gov.my
    • Call Centre 1-800-886-800
    1. E-mel (e-aduan@kpdn.gov.my)
    2. Aplikasi Telefon Pintar Ez ADU KPDN
    3. Bilik Gerakan Penguatkuasaan 03-8882 6088 / 6245
  • Program Kongsi Rezeki Ramadan

    Sepanjang Ramadan ini, Program Perkongsian Rezeki Ramadan akan menyampaikan sejumlah 3,000 paket juadah sarapan pagi kepada golongan asnaf khususnya pelajar kolej dan anak yatim.

    Pengagihan pek berbuka puasa itu telah bermula pada 1 Ramadan melibatkan 200 pelajar Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) kampus Bangi, Selangor.

    Menu yang disajikan adalah berkhasiat dan berkualiti bagi memastikan golongan asnaf benar-benar dapat menikmati juadah yang enak ketika berbuka puasa.

    Perdana Menteri Kesembilan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, program ini diadakan bagi memastikan golongan asnaf tidak terpinggir dan dapat merasai nikmat ketika berbuka.

    “Di saat kita mampu membeli pelbagai juadah berbuka dan menikmati makanan yang lazat, masih ada lagi mereka yang tidak bernasib baik.

    “Menginsafi hal ini, Program Kongsi Rezeki Ramadan menyediakan juadah berbuka berupa pek makanan kepada golongan fakir miskin dan Asnaf melalui pengagihan secara reach out kepada golongan sasar, ” kata Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.

    Beliau berkata demikian ketika menyantuni dan mengagihkan juadah berbuka puasa kepada pelajar-pelajar Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Keramat di sini hari ini.

    Tambah Dato’ Sri Ismail Sabri, program ini juga memupuk dan menyuburkan semangat Keluarga Malaysia, untuk saling bantu membantu khususnya terhadap golongan memerlukan di bulan yang mulia ini.

    Pada hari ini, sebanyak 100 pek makanan di agihkan kepada pelajar Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dan 120 pek makanan kepada penghuni Rumah Limpahan Kasih yang beroperasi di Puchong, Selangor.

    Dari jumlah 3,000 pek makanan yang diagihkan sepanjang Ramadan, sebanyak 500 diperuntukkan kepada petugas keselamatan.

    Sumbangan tersebut dilaksanakan bagi meringankan beban pengawal keselamatan yang berpendapatan rendah.

  • 313 KELUARGA TERIMA SUMBANGAN KOTAK MAKANAN DAN WANG TUNAI SEMPENA BANTUAN PASCA BANJIR DAERAH ROMPIN

    Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) hari ini menyampaikan sumbangan dan wang tunai berjumlah RM72,000 kepada 313 isi rumah Rompin yang terjejas akibat banjir baru-baru ini.

    Timbalan Menterinya Senator Fuziah Salleh (gambar) dalam kenyataan berkata sumbangan pasca banjir itu bertujuan meringankan beban mereka yang telah ditimpa bencana.

    Beliau berkata ia disampaikan kepada keluarga yang terjejas akibat banjir di kampung Orang Asli dan kampung tradisi antaranya Kampung Bukit Serok, Kampung Meripoh, Kampung Rekoh, Kampung Perwira Jaya, Kampung Lubok Batu selain Kampung Gadak.

    Katanya Bakul Rahmah itu disumbangkan oleh Rakan Strategik KPDN antaranya Yayasan Food Bank Malaysia dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, manakala wang tunai disumbangkan oleh Tabung Musaadah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Yayasan Takwa.

    “Sejak banjir melanda pada 1 Mac lepas, KPDN menerusi pejabat KPDN Pahang telah menghulurkan bantuan kepada 837 mangsa banjir di Pahang melibatkan kawasan Chini (Pekan), Raub, Jerantut, Temerloh dan Rompin. Sejumlah 800 bungkusan sumbangan bantuan Food Bank dan Bakul Rahmah disampaikan kepada mereka yang terkesan akibat musibah ini,” katanya.

    Selain itu, menurut Fuziah sepanjang berlakunya banjir Sekretariat Food Bank Malaysia bersama Rakan-Rakan Strategik Utama program Bakul Rahmah telah mengagihkan sumbangan berbentuk makanan sedia dimakan dan keperluan diri kepada mangsa yang terlibat.

    Menurutnya bantuan diagihkan kepada mangsa yang ditempatkan di 41 buah Pusat Penempatan Sementara di lima negeri iaitu Terengganu, Perak, Pahang, Johor dan Kelantan.

  • PENGORBANAN SEJATI SI KECIL DEMI KELUARGA TERCINTA

    Nasib tidak menyebelahi Maya sekeluarga apabila Maya ditinggalkan suaminya, Syukri yang menghilangkan diri akibat ketagihan dadah. Kehidupan Maya yang terdiri daripada lima orang anak kecil iaitu Azhar, Mia, Adi, Yeye dan Adam menjadi gelap dan huru-hara. Adakah Maya dan keluarganya akan mengatasi kesukaran mereka?

    Drama bersiri 13 episod ini merupakan terbitan syarikat produksi KL Motion Pictures telah mengisi slot Lestary bermula pada 15 Mac 2023 mengambil alih siri drama Kami Budak Band. Saksikan Jaga Aku Selamanya bersiaran setiap hari Rabu hingga Sabtu pada pukul 9.00 malam di saluran TV3 atau strim secara langsung secara definisi tinggi di www.tonton.com.my

    Diarahkan oleh Wan Alauddin Wan Zainuddin, Shahril Sarjen dan Rashidi Ishak, drama ini menampilkan pelakon popular dan bakat muda yang hebat seperti Nadiya Nisaa, Johan As’ari, Puteri Rafasya, Baqir Jamalullail, Dzul Hadziq, Putri Lesya, Rashidi Ishak, Hafiz Halim dan ramai lagi.

    Demi kelangsungan hidup keluarga, Maya (Nadiya Nisaa) terpaksa membawa diri bekerja di bandar dan terpaksa mengharapkan Azhar (Baqir Jamalullail) selaku anak sulung untuk menjaga adik-adiknya. Azhar selaku anak sulung terpaksa berkorban dan sanggup berhenti sekolah demi melakukan apa saja kerja demi mendapatkan sumber kewangan untuk adik-adiknya.

    Mak Minah (Aishah Sudin) satu-satunya jiran mereka yang prihatin tentang Azhar dan adik-adiknya, namun seringkali dimarahi oleh anaknya, Seri (Farhana Fahizam). Seri telah berjanji dengan Maya untuk menjadi pengantara antara Maya dan anak-anaknya tetapi sentiasa bertindak kasar terhadap Azhar dan adik-adiknya, bahkan sengaja mencuri duit yang dikirim oleh Maya untuk keperluan anak-anaknya, demi keseronokan dirinya sendiri.

    Sementara itu, nasib Maya di bandar pula diuji apabila dia sering diganggu oleh majikannya, Encik Mujid (Jeri Ariffin) yang gatal dan menyebabkan isterinya, Kak Sal (Shareena Esa) tidak berpuas hati dengan Maya sehingga akhirnya Maya dibuang kerja. Keadaan itu memberi peluang kepada Amri (Zac Zikrie) untuk mempergunakan Maya yang kononnya prihatin terhadap nasib Maya dan anak-anaknya. Apakah nasib yang bakal menimpa Maya setelah diperlakukan begitu? Dapatkah Azhar kekal tabah menggalas tanggungjawab menjaga adik-adiknya?

    Jangan terlepas untuk saksikan Jaga Aku Selamanya di slot Lestary, setiap hari Rabu hingga Sabtu pada pukul 9.00 malam dan strim langsung secara definisi tinggi melalui www.tonton.com.my. Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

  • MALAYSIA HOSTS 3,000 PARTICIPANTS FROM TAIWAN’S WOWPRIME CORPORATION COMPANY

    With assistance from the Malaysia Convention & Exhibition Bureau, representatives from Taiwan’s WOW Prime Company, a food and beverage firm, are making Malaysia their preferred location (MyCEB). From 26 March through 28 September 2023, the incentive trip will arrive in waves. A total of 3,000 people will take part in the trip, which is expected to have an RM57.9 million economic effect on the nation.

    The participants of WOWprime Corporation Company Incentive Trip 2023 will be treated to a relaxing 5-star resort stay at Lexis Hibiscus Port Dickson, the resort that laid claim to not one, but TWO Guinness World Records with its unique features that would certainly give it an edge in the global hospitality industry. They will be receiving a plethora of offerings such as Melaka Historical Tour visiting the cultural heritage sites and experience the night market at Alor Street. An array of shopping experience at the duty-free Genting Premium Outlets and Genting Sky Avenue Complex, followed by local chocolate product shopping, and varieties of photoshoot session at the Chinatown, Kwai Chai Hong, Saloma Link bridge, KLCC and National Palace.

    “Thanks to the support of our Taiwanese participants, MyCEB is honoured to announce that we are the proud host to 3,000 participants of WOWprime. This is a great motivation for us to further prepare and welcome our participants in the best capacity! We hope to get more Taiwan business visitors to make Malaysia as your preferred business events and corporate incentive destination,” said Dato’ Sri Dr. Abdul Khani Daud, Chief Executive Officer of MyCEB.

    “Having WOWprime augurs well with our target in welcoming 114,000 corporate meetings and incentive participants for 2023, and we will continuously provide the support to meet your requirements so that each participant who visits Malaysia will be inspired by the destination and its endless experience from our distinctive uniqueness in each location,” he continued.

    As an English-speaking yet multilingual country with vibrant, emerging economic and business centre, recognised as one of the world’s friendliest nations, and a great value for money destination, Malaysia has all the first-world infrastructure you want in a destination that makes it easy to stage world-class events successfully, often attracting record attendances.

    MyCEB’s strong support, proven capabilities and creativity has paved the way for local Destination Marketing Companies (DMCs) to bring in even more corporate incentive groups in the future.

  • Pelancaran Kempen Jualan Rahmah Jakel

    Selaras dengan hasrat kerajaan, Jakel mengambil inisiatif memulakan Jualan Jakel Rahmah sempena Aidilfitri di Jakel Mall, di sini hari ini. Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, akan mengakhiri kempen jualan yang akan menyampaikan peralatan Aidilfitri pada kos yang berpatutan.

    Menurut Pengarah Urusannya, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel, inisitif tersebut adalah sebahagian tanggungjawab social korporat (CSR) selain tanda penghargaan Jakel di atas sokongan para pelanggan.

    “Usaha itu juga bagi mendukung hasrat kerajaan dalam usaha menawarkan persiapan Hati Raya dengan harga mampu milik kepada orang ramai khususnya umat islam sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.”

    “Diharapkan inisiatif kami ini dapat memberi kesan positif terutamanya kepada para pelanggan yang terkesan akibat keadaan ekonomi mencabar sekarang,” katanya.

    Jualan Rahmah Jakel yang akan berlangsung dari 22 Mac sehingga akhir syawal itu menawarkan potongan harga dari 10 hingga 85%.

    Orang ramai boleh mendapatkan koleksi pakaian raya pelbagai saiz, potongan dan  material yang ditawarkan menerusi kempen ini.

    Ini meliputi baju Melayu dewasa, baju kurung Wanita, baju Melayu danbaju kurung kanak-kanak selain pakaian sedondon pasangan yang semuanya potongan tambahan 10-20% dari harga jualan murah.

    Lebih menarik, baju Melayu Dewasa Jakel, Aaron Aziz dan Nabil Ahmad turut ditawarkan dengan percuma kain samping pada harga istimewa antara RM139 hingga RM149 sepasang, yang mana harga asalnya, antara RM259 ke RM299 sepasang.

    Menerusi kempen ini, orang ramai turut boleh mendapatkan kurta dengan harga yang sangat rendah dari RM59 sehelai dan kain samping RM49 dengan pelbagai corak menarik.

    Selain kempen tersebut, Jakel turut menawarkan keperluan lain sempena Aidilfitri seperti permaidani, langsir, aksesori dan banyak lagi dengan potongan harga di bawah satu bumbung.

  • LAGU Bismillahir Rahmanir Rahim dari kumpulan Zawfan dan Nazrey Johani

    Nasyid is one of the musical genres that flourishes and establishes itself in the community as the music business in Malaysia develops. The world’s borders and limits are becoming less distinct as a result of the fast advancement of technology. In fact, the term “global village” refers to how the globe is no longer seen as distinct. For preaching, this creates a large space. The music business has a vibrant, vibrant aesthetic.

    Namun dalam kepelbagaian, kebebasan dan kreativiti itu, muncul sebuah kumpulan yang bernama ZAWFAN. Lahir dari kerinduan mereka pada lagu-lagu dakwah yang hanya dihasilkan menggunakan 100% pergendangan, kompang atau alat perkusi gendangan. Bermatlamat menghidupkan semula nasyid yang mereka rindui. Nasyid yang hanya dinyanyikan dengan vokal berharmoni diiringi kompang dan pergendangan sahaja. ZAWFAN percaya lagu dakwah sebegini dirindui masyarakat.

    Malah di laman media sosial, mereka berjaya menghidupkan sebuah komuniti perindu nasyid yang mempunyai keyakinan yang sama seperti mereka. ZAWFAN yakin kerinduan kepada lagu-lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan nasyid seperti Raihan, Nadamurni dan The Zikr tidak hanya dikongsi dalam komuniti kecil mereka tetapi juga dirasai oleh ramai lagi pendengar di luar sana.

    Konsep Dan Gaya Muzik

    Membesar dengan lagu-lagu nasyid daripada Raihan, Nadamurni dan TheZikr, bagi mereka nasyid klasik yang disampaikan sekitar tahun tahun 80-an dan 90-an sangat sederhana, namun ia berjaya dihayati masyarakat.

    “Tidak sarat, hanya berbekalkan lirik yang jelas dan melodi yang ringkas, nyanyian yang sederhana dengan vokal berharmoni serta iringan kompang dan pergendangan sahaja, namun ia mampu membawa mesej keagamaan, ketuhanan, kemanusiaan dan kerohanian dengan penyampaian yang sangat mengesankan masyarakat,”ujar Hafiz Tarmizi dari ZAWFAN.

    Single kedua ZAWFAN bertajuk “Bismillahir Rahmanir Rahim”

    Bismillahir Rahmanir Rahim” ialah single kedua ZAWFAN. Terdahulu lagu bertajuk “Rasul Kita” telah diterbitkan pada tahun 2021. Seperti juga lagu sebelumnya, ZAWFAN meneruskan susunan muzik yang menggunakan 100% perkusi. Kedua-dua lagu dan lirik ditulis oleh Sirr Muhammad dan Hafiz Tamizi. Dari sudut perkusi pergendangan, ia adalah hasil dari susunan pemuzik seperti Zufar Adzahan dan Fadzli Radzi.

    Gabungan gubahan dan susunan beserta alunan vokal berharmoni di dalam lagu ini pasti mengimbau nostalgia pendengar kepada nasyid di era 90an. Melodi santai, ringkas dan lirik yang jelas serta rangkap chorus yang berulang sememangnya menjadi resepi yang menjadikan lagu ini mudah untuk dinyanyikan setiap lapisan umur masyarakat.

    “Dari sudut pandang muzik, didapati lagu ini mengambil dari pelbagai unsur dan pengaruh antaranya Nusantara, Timur Tengah, Eropah, Asia dan Amerika Latin. Ini bukan sesuatu yang asing dalam nasyid asalnya kerana ciri-ciri muzik Islam yang sejagat sifatnya seharusnya mengambil dan memanfaatkan seluruh tradisi kemanusiaan baik dari Timur mahupun Barat,” tambah Fadzli Radzi.

    “Malah babungan penyanyi utama kumpulan ZAWFAN, Yasir Tamizi dan bekas penyanyi utama kumpulan Raihan, Nazrey Johani adalah satu kolaborasi suara yang padu dan sangat baik, kami rasakan. Vokal kedua-duanya saling melengkapi, dengan penyampaian yang sederhana berjaya menggamit pendengar pada irama yang asal seperti di awal kemunculan Raihan dahulu,” yakin Yasir Tarmizi.

    Nazrey Johani sudah ada ZAWFAN

    Bagi peminat, pendengar dan pemerhati nasyid, sudah sedia maklum hubungan Raihan dan Nazrey Johani setelah beliau meninggalkan kumpulan itu. Walaupun rata-rata kecewa, apa yang berlaku bukan lagi rahsia. Menurut Nazrey keputusan itu dibuat atas sebab keadaan dan tuntutan perjuangan untuk menyebarkan Islam di kampung halamannya.

    Apabila dijemput oleh ZAWFAN untuk menjayakan “Bismillahir Rahmanir Rahim” Nazrey Johani berasa amat berbesar hati. Bak kata pepatah “Seperti Orang Mengantuk Disorongkan Bantal”. Menurut Nazrey, “Sememangnya inilah irama nasyid yang dirindui. Inilah nasyid yang asal, yang pernah berjaya mengangkat hasil karya tempatan ke mata dunia serta mendapat pengiktirafan paling tinggi dalam industri muzik.”

    ZAWFAN pula bersetuju dan berpandangan, sebelum munculnya budaya K-POP dari Korea hakikatnya, Malaysia sudah pun terlebih dahulu mengeksport budaya kita keluar dengan nasyid yang dibawakan Raihan.

    Ujar Nzarey lagi “Itulah nasyid pada takrifan yang paling asas, persembahan paling murni dan tulen. Kerinduan pada nasyid yang dibawa bersama Raihan itu terubat dengan penampilan saya di dalam lagu “Bismillahir Rahmanir Rahim” bersama dengan ZAWFAN.”

    Paduan vokal berharmoni ZAWFAN menggamit kenangan semasa beliau bersama Raihan dahulu. Walaupun sudah tidak lagi bersama Raihan, menurutnya ZAWFAN sedikit sebanyak dapat mengubat kerinduan itu.

    Edaran, Terbitan dan Muzik video

    Sebuah muzik video juga sudah di peringkat suntingan terakhir. InsyaAllah, ia bakal dilancarkan di laman YouTube mereka pada bulan Ramadhan.

    Bismillahir Rahmanir Rahim” diterbitkan oleh ZAWFAN sendiri dan akan diedarkan secara digital oleh Soofi Media. Ia boleh didapati di semua platform digital seperti Spotify dan Apple Music dan boleh didengari di IKIM.fm, ZAYAN dan radio-radio tempatan yang lain seluruh negara.

    Harapan

    ZAWFAN dan Nazrey Johani berharap agar irama nasyid terus mendapat tempat dihati mereka yang benar-benar menginginkan hiburan yang mendidik jiwa.

    “Mudah-mudahan usaha kami ini sedikit sebanyak dapat mengangkat dan menjulang semula irama nasyid yang kini semakin jauh ditinggalkan masyarakat di arus perdana,” ujar mereka.

    NAZREY JOHANI (kiri) bersama ZAWFAN yang dianggotai oleh Hafiz Tarmizi (atas, tengah), Fadzil Radzi (kanan, tengah) dan Yasir Tarmizi (bawah).