EJEN ALI THE MOVIE 2 CEMERLANG DI PAWAGAM!

Cuti Sekolah Bermula Dengan Aksi, Emosi dan 1.4 Juta Penonton!

Misi cuti sekolah kini dalam mod berjaya! Ejen Ali The Movie 2 (EATM2) membuka tirai musim cuti persekolahan dengan penuh bergaya apabila mencatat lebih 200,000 penonton pada hari pertama cuti semalam, 29 Mei. Selepas hanya lapan hari ditayangkan, filem animasi tempatan kegemaran ramai ini telah meraih kutipan luar biasa sebanyak RM21.9 juta, dengan jumlah tontonan mencecah 1.4 juta di seluruh negara.

Suasana di pawagam seluruh tanah air bertukar menjadi ‘markas utama’ para ejen apabila peminat dari pelbagai lapisan usia, terutamanya keluarga, membanjiri lokasi tayangan. Tiket ditempah lebih awal, sementara pelbagai aktiviti interaktif turut disediakan bagi memeriahkan lagi pengalaman menonton, termasuk sesi mewarna untuk si cilik, pertemuan eksklusif bersama maskot Ejen Ali serta jualan barangan koleksi edisi terhad.

Berdasarkan maklum balas penonton dan data pra-tempahan tiket, EATM2 dijangka kekal sebagai pilihan utama keluarga sepanjang musim cuti sekolah. Filem ini menyajikan kombinasi hebat aksi mendebarkan, kisah persahabatan menyentuh hati serta mesej bermakna tentang keberanian dan pengorbanan. Ia menjadi pilihan tepat bagi ibu bapa yang mahukan kandungan yang menyeronokkan dan sarat nilai positif untuk anak-anak.

Fenomena ini turut memperlihatkan impak besar Ejen Ali dalam industri animasi tempatan – bukan sekadar hiburan kanak-kanak, tetapi sebuah francais yang berjaya merentasi generasi. EATM2 mengukuhkan lagi reputasinya sebagai filem animasi Malaysia yang mampu bersaing dengan produksi antarabangsa dari segi kualiti visual, jalan cerita dan sambutan penonton.

Para penonton juga aktif berkongsi detik misi mereka di media sosial, menjadikan #ejenalithemovie2 antara tanda pagar yang sedang tular sepanjang minggu ini. Kehangatan filem ini membuktikan bahawa animasi tempatan kini berada di tahap yang membanggakan dan mampu menawan hati jutaan penonton tanpa mengira usia.

Jangan lepaskan peluang menyertai misi ini bersama keluarga anda! Ejen Ali The Movie 2 sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara – penuh aksi, penuh misi, penuh emosi!

Gunakan #ejenalithemovie2 #eatm2 #ejenali #AniMY #sapotlokal #SaluteAnimatorTempatan untuk teruskan gelombang sokongan dan raikan kreativiti animasi Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi!