Cuti sekolah baru sahaja bermula, tetapi suasana di pawagam seluruh negara sudah pun mencetuskan fenomena luar biasa. Filem animasi tempatan, Ejen Ali The Movie 2 (EATM2), telah mencuri tumpuan ribuan keluarga Malaysia, menjadikan wayang sebagai ‘port wajib’ ibu bapa dan anak-anak yang ingin bersantai bersama. Sejak hari pertama tayangan, pawagam dilaporkan penuh di pelbagai lokasi, menyaksikan penonton berpusu-pusu demi tidak melepaskan peluang menyertai misi terbaru Ejen Ali.
Kejayaan EATM2 bukan sekadar pada tiket yang laris terjual, tetapi juga pada sambutan hangat dan keterujaan peminat yang tidak berbelah bahagi. Pengarah filem, Usamah Zaid Yasin, meluahkan rasa terharu dengan sambutan yang jauh mengatasi jangkaan. Menurutnya, pawagam seperti GSC IOI City Mall Putrajaya, GSC Aman Central Kedah, TGV Central i-City Shah Alam dan TGV Toppen Johor Bahru mencatat penjualan tiket penuh sejak awal pagi, menunjukkan betapa besar impak Ejen Ali dalam hati penonton.
Para ibu bapa yang ditemui di lokasi tayangan rata-rata kagum dengan nilai positif yang diselitkan dalam jalan cerita EATM2. Watak-watak seperti Ejen Ali dan Ejen Alicia tidak hanya menjadi inspirasi, malah mempamerkan teladan dalam keberanian, kesetiaan, dan semangat tidak berputus asa. Nilai murni seperti kerja berpasukan, kejujuran dan rasa tanggungjawab turut mendapat pujian kerana disampaikan secara halus dan berkesan.

Bagi ibu bapa yang masih tercari-cari hiburan berkualiti untuk anak-anak, EATM2 jelas muncul sebagai pilihan utama. Visual yang memukau, plot yang padat dengan aksi dan emosi, serta lagu tema ‘Teman Sejati’ nyanyian Nidji, menjadikan filem ini satu pengalaman sinematik yang menyentuh hati seisi keluarga. Ia bukan sekadar filem animasi biasa ia adalah cerminan kekuatan nilai kekeluargaan dan sahabat sejati.
Menonton EATM2 juga menjadi detik istimewa buat keluarga untuk merapatkan hubungan. Dari berkongsi popcorn di pawagam hingga berbual tentang jalan cerita selepas tayangan, setiap momen menjadi ruang bermakna untuk berinteraksi dan belajar bersama. Filem ini mencetus peluang kepada ibu bapa untuk membimbing anak-anak memahami nilai kehidupan dalam suasana yang menyeronokkan.
Bagi mereka yang belum menyaksikan EATM2, masa semakin suntuk! Jangan lepaskan peluang untuk menyertai pelbagai aktiviti istimewa yang berlangsung di pawagam terpilih dari sesi mewarna, penampilan maskot, hingga koleksi barangan eksklusif yang hanya boleh didapati ketika musim tayangan ini.
Cuti sekolah hanya datang beberapa kali setahun jadikan ia lebih bermakna dengan misi hebat bersama Ejen Ali dan rakan-rakannya! Satria, Bangkit bukan sekadar slogan, tetapi semangat yang dirasai seisi keluarga yang memilih EATM2 sebagai hiburan utama musim ini.
Dapatkan tiket anda hari ini dan alami sendiri kehebatan Ejen Ali The Movie 2! Jangan lupa kongsikan detik-detik berharga anda di media sosial dengan tanda pagar rasmi:
#EjenAliTheMovie2 #EATM2 #EjenAli #LetsPlay #AniMY #SapotLokal #SaluteAnimatorTempatan
