Month: December 2024

  • Sime Motors Expands BYD Presence with First 3S Centre in East Malaysia

    Sime Motors Expands BYD Presence with First 3S Centre in East Malaysia

    Sime Motors, the official distributor of BYD electric vehicles (EVs) in Malaysia, has made a significant stride in advancing the country’s electric mobility ecosystem with the opening of new BYD 3S Centres and showrooms in East Malaysia. These new facilities are a key part of Sime Motors’ broader vision to bring electric vehicles closer to the people of Sabah and Sarawak, while enhancing customer experience and accelerating the adoption of low-carbon solutions.

    The spotlight is on the newly launched BYD 3S Centre in Kota Kinabalu, marking the first-ever BYD 3S Centre in East Malaysia. This flagship facility, which spans over 1,288 square meters, offers a comprehensive suite of services, including sales consultations, vehicle test drives, and top-tier aftersales support. With a focus on providing customers with an easy and seamless experience, the 3S Centre is set to become a central hub for electric vehicle enthusiasts and potential buyers in the region.

    Strategically located at the Sedco Industrial Estate, the new centre is not only a sales and service facility but also a place where customers can discover BYD’s cutting-edge technology and sustainable electric vehicle offerings. Additionally, the centre boasts two high-speed DC Super Charger units with four charging guns, capable of delivering up to 180kW of power, making it one of the most advanced charging stations in East Malaysia.

    In line with Sime Motors’ commitment to expanding BYD’s footprint across East Malaysia, the company has also opened a new BYD showroom in Sibu, Sarawak, complementing the existing showroom in Kuching. These three showrooms are now fully operational, bringing the total number of BYD showrooms in East Malaysia to three.

    In addition to showrooms, Sime Motors and Regas EV Sabah have also set up authorized Body & Paint Centres in both Kuching and Kota Kinabalu. These after-sales facilities provide high-quality vehicle repairs and maintenance services, ensuring that BYD owners in East Malaysia receive comprehensive support throughout their EV ownership journey.

    The expansion of BYD’s presence in East Malaysia is not just about providing high-quality electric vehicles—it also supports Malaysia’s transition towards a more sustainable, low-carbon future. As part of the broader initiative, BYD and Sime Motors are committed to providing affordable and accessible EV options to Malaysians, particularly in regions like Sabah and Sarawak, where electric mobility solutions are still in their early stages.

    Datuk Matthew Tan, Managing Director of Regas EV Sabah, said, “The opening of the BYD 3S Centre in Kota Kinabalu, along with the new showrooms in Sibu and Kuching, reflects BYD’s commitment to the future of electric mobility in East Malaysia. We are excited to bring BYD’s world-class EVs and cutting-edge charging infrastructure closer to the people of Sabah and Sarawak, as well as provide enhanced after-sales services to ensure a smooth and reliable ownership experience.”

    The opening of the BYD 3S Centre in Kota Kinabalu is only the beginning. Sime Motors has ambitious plans to expand BYD’s footprint across Malaysia with further showrooms, service centres, and charging stations planned for the near future. BYD Malaysia is rapidly becoming a key player in the electric vehicle sector, and with plans to exceed 30 showrooms by the end of 2024, the company is positioning itself to meet the rising demand for electric vehicles across the country.

    To celebrate BYD’s second anniversary in Malaysia on 8 December 2024, Sime Motors will be offering exclusive promotions and discounts to 1,208 customers. This limited-time package, worth up to RM35,000, is designed to mark the brand’s successful two years in the Malaysian market and to encourage even more consumers to make the shift towards electric mobility.

    For those interested in learning more about BYD’s latest offerings, services, and upcoming events in East Malaysia, Regas EV Sabah is actively updating their social media channels. Customers can follow Regas EV Sabah on Facebook and Instagram for the latest news and promotions, or contact them via email at general@regasev.my.

    – Regas EV Sabah Facebook: https://www.facebook.com/bydregasevsabah
    – Regas EV Sabah Instagram: https://www.instagram.com/byd_regasevsabah/

    For more details, visit https://byd.simedarbymotors.my/blog/join-the-finale-fiesta-1208-celebrate-byds-2nd-anniversary.html

    For more information, you may visit https://byd.simedarbymotors.my or follow www.facebook.com/BYDCarsMalaysia or www.instagram.com/bydcarsmalaysia/.  For enquiries, contact the Customer Care number at 1300-38-1888.

  • Kempen ‘Sempurna Sekali’ Gegarkan Tahun Baharu Cina 2025 dengan Hoseh & Waseh!

    Kempen ‘Sempurna Sekali’ Gegarkan Tahun Baharu Cina 2025 dengan Hoseh & Waseh!

    Media Prima bakal menggegarkan sambutan Tahun Baharu Cina 2025 dengan kempen terbarunya ‘Sempurna Sekali’ yang penuh dengan kegembiraan dan keceriaan. Menerusi kempen ini, dua maskot baharu, Hoseh dan Waseh, akan menyemarakkan perayaan dengan membawa mesej positif mengenai kekayaan dan kebahagiaan. Dikenali sebagai simbol bagi perubahan, kebijaksanaan, dan kecekalan dalam budaya Cina, ular yang melambangkan tahun ini akan menjadi fokus utama kempen, menyampaikan semangat untuk menghadapi cabaran hidup dengan penuh kesabaran dan fleksibiliti.

    Kempen yang diterajui oleh 8TV, saluran bahasa Cina No. 1 di Malaysia, turut disokong oleh pelbagai platform utama seperti Eight FM, Tonton, Rojaklah, Viralcham, Tantannews (TTN), dan WOWSHOP. Majlis pelancaran kempen yang berlangsung pada 26 November 2024 telah memperkenalkan tema kempen dan program-program hebat yang menjanjikan sambutan Tahun Baharu Cina yang luar biasa dan meriah.

    Sambutan Tahun Baharu Cina kali ini lebih meriah dengan kehadiran dua maskot Hoseh dan Waseh. Hoseh mewakili kekayaan, manakala Waseh menggambarkan kebahagiaan. Menggunakan ular sebagai simbol utama, maskot ini menggambarkan kebijaksanaan dan perubahan yang membawa kepada kecekalan dan kejayaan dalam kehidupan. Kempen ini bertujuan menyampaikan mesej optimis untuk menyambut tahun baharu dengan semangat yang tinggi.

    Untuk menambah kemeriahan, Media Prima memperkenalkan koleksi barangan edisi terhad yang boleh didapati di pasaran. Pelbagai barangan seperti plush toy, gelang kunci, tote bag, t-shirt, cop, tuala, dan sarung kaki yang memaparkan maskot Hoseh dan Waseh kini tersedia untuk dibeli di Kedai Buku Popular serta melalui platform e-dagang rasmi. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan koleksi eksklusif ini sementara stok masih ada!

    Sebagai sebahagian daripada kempen, 8TV mempersembahkan lagu tema ‘蛇全蛇美 Hoseh Liao (Shé-Quan-Shé-Mei Hoseh Liao)’, yang akan dinyanyikan oleh 26 CNY Buddies, termasuk pengacara terkenal dan penyampai radio. Lagu ini menggabungkan elemen K-pop dan tarian tangan yang trendy, menjadikannya sesuai dengan selera generasi muda. Antara selebriti yang turut serta dalam projek ini termasuklah Owen Yap, Gary Yap, Rickman Chia, Orange Tan, dan banyak lagi. Lagu ini dijangka mencuri perhatian ramai, terutama sekali bagi mereka yang menyukai muzik yang menghiburkan dan penuh semangat.

    Berlangsung sepanjang kempen ‘Sempurna Sekali’, 8TV memperkenalkan Pertandingan MV Kreatif, yang terbuka kepada semua rakyat Malaysia untuk menyertai. Peserta hanya perlu menghasilkan MV kreatif berasaskan lagu tema ‘Hoseh Liao’ dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai sehingga RM20,000. Penyertaan dibuka sehingga 7 Januari 2025. Ini adalah peluang bagi rakyat Malaysia untuk menunjukkan kreativiti mereka sambil meraih ganjaran menarik.

    Tahun ini, 8TV juga menyediakan pelbagai program menarik untuk memeriahkan sambutan Tahun Baharu Cina, termasuk drama tempatan dan filem popular. Salah satunya adalah drama Whimsical Elf Five yang memperkenalkan pelakon muda seperti Emily Chua, Victoria Ng, Minsley Chin, dan lain-lain. Drama ini mengisahkan perjalanan lima gadis muda yang membentuk kumpulan Elf 5 dan menghadapi cabaran hidup mereka.

    Tidak ketinggalan, musim kedua drama My Star Family yang penuh dengan elemen komedi juga akan menemui penonton, mengisahkan kehidupan keluarga selebriti yang belajar untuk menghargai erti kasih sayang dan perayaan. Selain itu, CNY Fun Together 2025 akan menjelajah ke pelbagai lokasi di seluruh negara, menampilkan perayaan dan aktiviti menarik bersama komuniti setempat.

    Jasmine Project Love kembali untuk musim kedua, mengangkat kisah inspirasi dan memberi tumpuan kepada golongan istimewa. Dalam episod khas Tahun Baharu Cina, program ini menampilkan Ong Ching Yee, Owen Yap, dan Chan Wei Wei yang menyambut perayaan bersama mereka di Beacon Life Training Centre.

    Selain itu, program CNY Showdown 2025 pada malam pertama Tahun Baharu Cina akan menampilkan hiburan menarik, termasuk persembahan istimewa dan cabaran angpau bersama selebriti terkenal. Program lain yang turut memeriahkan suasana termasuklah A New Journey CNY Special, Ho Chak! CNY Special, As You Wish 2025, dan CNY Feng Shui 2025.

    Kempen ‘Sempurna Sekali’ ini juga mendapat sokongan daripada penaja-penaja seperti Kinohimitsu, Loong Kee Dried Meat, Ensure Gold, Jasmine Food, dan banyak lagi. Bagi yang ingin mengikuti perkembangan terkini kempen ini, layari akaun rasmi 8TV di Facebook (@8TVbadukongjian), Instagram (@8tvmalaysia), dan media sosial lain untuk maklumat lanjut.

    Sertai perbualan hangat di media sosial dengan hashtag #CNYHoSehLiao dan raikan Tahun Baharu Cina dengan penuh keceriaan dan kreativiti bersama Media Prima!

  • Art Toys Café Brings Global Toy Artists and Exciting Pop-Up Events to Sunway Pyramid

    Art Toys Café Brings Global Toy Artists and Exciting Pop-Up Events to Sunway Pyramid

    As Art Toys Café continues to captivate visitors with its unique fusion of art, culture, and gourmet delights, the café is taking its offerings to the next level with exclusive collaborations with renowned toy artists and pop-up events that promise to elevate the experience for art toy enthusiasts, collectors, and visitors alike. Situated in the vibrant and newly reimagined Oasis Wing of Sunway Pyramid Mall, this whimsical space has quickly become a go-to destination for anyone looking to enjoy high-quality coffee, pastries, and a world of collectible art toys.

    One of the most exciting aspects of Art Toys Café is its commitment to connecting local art toy fans with international artists through live events and meet-and-greet opportunities. The café has already begun hosting exclusive appearances by world-renowned artists, and more collaborations are lined up for the coming months.

    In December 2024, Taiwanese toy artist Yokai Toys will make his first appearance in Malaysia at Art Toys Café. Known for his distinctive style that blends traditional Asian folklore with modern pop art, Yokai Toys’ visit will give fans the chance to meet the artist, explore his creations, and learn about his creative process. This marks the first of several global artist meet-ups planned at the café in the upcoming months.

    Following Yokai Toys, Zombie Party, a popular toy artist from China, will visit Art Toys Café in January 2025. Famous for his dark, quirky characters that merge horror and humor, Zombie Party’s visit is expected to attract fans from all over Malaysia and beyond. These events offer a rare opportunity for fans to engage with the artists themselves, collect exclusive merchandise, and even get a sneak peek of upcoming projects.

    Datuk Millen Lee, founder of Milolo and Art Toys Café, shared, “We are thrilled to bring these talented international artists to Malaysia. Art toys have a global following, and by hosting these events, we hope to create a platform where fans can interact with the artists and share their love for this creative world. It’s also a great way to celebrate the rich diversity of art toys from different cultures.”

    In addition to international collaborations, Art Toys Café is also deeply committed to promoting local talent. The café recently hosted the Malaysian Art Toys Showcase, which featured a curated selection of toys from Malaysian artists. The showcase included limited-edition collectibles, custom art toys, and live demonstrations by the featured artists, allowing attendees to experience first-hand the creativity and craftsmanship behind these unique toys.

    Michael Chua, a prominent local character artist and a key representative of the Malaysian Art Toys Showcase, shared his excitement about the event: “It’s great to see local artists getting the attention they deserve. Art Toys Café provides a perfect platform for us to display our work and engage with fans. The support we’ve received from the café has been overwhelming, and we look forward to more collaborations in the future.”

    One of the defining features of Art Toys Café is its interactive and community-focused environment. The café regularly hosts pop-up events that offer more than just a space to enjoy pastries and coffee — they create opportunities for creative expression, workshops, and live art installations.

    Upcoming pop-up events include live art toy customizations by local and international artists, as well as hands-on workshops where visitors can create their own art toys or learn how to paint and design toys from professional artists. These workshops are designed to give guests a deeper appreciation for the artistry behind the toys, while also providing a fun and educational experience for all ages.

    “We believe that the Art Toys Café is more than just a café; it’s a community space where creativity and art come to life. Our pop-up events allow our visitors to engage in the creative process, meet like-minded individuals, and even take home their own customized art toy,” said Datin Michelle Lee, co-founder of the café.

    For collectors, Art Toys Café offers an ever-evolving collection of limited-edition art toys and collectibles that are available for purchase exclusively at the café. From rare blind-box toys to one-of-a-kind designer pieces, the café has quickly become a hub for toy collectors looking for special and hard-to-find items.

    The café’s toy collection is rotated regularly, ensuring that there is always something new and exciting for visitors. In addition to popular global brands like Labubu, Zimomo, and Pokémon, Art Toys Café also features collaborations with local toy designers, offering visitors the chance to purchase exclusive, one-off creations that can’t be found anywhere else.

    “We want Art Toys Café to be a place where collectors can discover something truly unique. Our rotating collection of toys ensures that every visit offers something fresh for both seasoned collectors and newcomers to the scene,” shared Olivia Chen, the café’s marketing and events manager.

    Looking ahead, Art Toys Café has exciting plans for further expansion. Following the success of the first café in Sunway Pyramid Mall, the company is set to open six more locations in the Klang Valley by the end of 2025. Each new café will continue the theme of blending art, culture, and food, and will offer new opportunities for fans to connect with the art toy community.

    The brand also envisions creating a larger flagship outlet that will combine both the café and Milolo’s art toys retail store into a single, immersive space. This flagship store will serve as a hub for art toy fans and collectors, offering a deeper dive into the world of designer toys while providing a café setting to relax and enjoy the art.

    Art Toys Café has quickly become a landmark destination for toy collectors, art lovers, and food enthusiasts alike. By merging the world of collectible art toys with high-quality food and beverages, it has created a truly unique environment for guests to explore, create, and connect. With plans to host more global and local artists, expand its presence in Malaysia, and continue offering exclusive art toy merchandise, Art Toys Café is poised to become a major player in the growing world of designer toys and creative spaces.

  • Black Hanifah Kembali dengan Single Penuh Emosi ‘Hijab Rindu’

    Black Hanifah Kembali dengan Single Penuh Emosi ‘Hijab Rindu’

    Penyanyi popular, Black Hanifah, kembali dengan sebuah karya penuh emosi yang bertajuk “Hijab Rindu”. Lagu terbaru ini membawa tema ketabahan, kasih sayang, dan kematangan hidup, menyentuh hati para pendengar dengan lirik mendalam dan melodi yang menyentuh jiwa. Dicipta oleh Rudy Nastia bersama rakan-rakan kolaborasi, Nyawa Black, Kelana, dan Adi Pawana, serta lirik yang ditulis oleh Adi Pawana dan Rudy Nastia, lagu ini menjanjikan pengalaman muzik yang menyentuh emosi, terutamanya bagi mereka yang menghargai keluarga dan momen berharga dalam hidup.

    “Hijab Rindu” bukan sekadar sebuah lagu, ia adalah satu perjalanan melalui pelbagai perasaan dan pengalaman hidup. Liriknya mengajak pendengar untuk terus melangkah ke hadapan meskipun menghadapi kesukaran, dan untuk menerima setiap permulaan baru, terutama apabila kehadiran anak membawa makna yang lebih dalam kepada kehidupan. Menurut Black, “Lagu ini adalah tentang menghargai setiap memori dan menjadikannya sumber kekuatan untuk menghadap masa depan.”

    Dengan sentuhan seni yang penuh keaslian, Black sekali lagi menunjukkan komitmennya dalam menghasilkan karya yang tidak hanya menggugah perasaan tetapi juga mempamerkan kebolehannya dalam mengolah melodi dan lirik dengan teliti. “Hijab Rindu” adalah kolaborasi kedua Black bersama Rudy Nastia, Kelana, dan Adi Pawana, selepas kejayaan mereka dalam lagu “Hanyut” pada tahun 2021. Lagu ini dirakam di Mixbro Records dan proses mastering dilakukan oleh Huzai dari SYNS Music, mewakili yang terbaik dari genre pop balada.

    Single terbaru ini juga memegang makna yang mendalam bagi Black, yang baru-baru ini menjalani pembedahan pada pita suaranya akibat polip. “Hijab Rindu” merupakan rakaman pertama selepas prosedur tersebut dan memerlukan penyesuaian dalam nada dan pemilihan key yang tepat, yang telah dipermudahkan dengan bantuan pakar vokal Afif Tirmizie dan sentuhan gitar mahir dari Rudy Nastia. Black mengenang, “Sudah hampir dua tahun sejak saya boleh mencapai not tinggi dengan selesa. Dengan sokongan Afif, Rudy, dan pengalaman saya sendiri, saya dapat menjadikan lagu ini seperti yang saya impikan.”

    Lagu ini sangat bermakna untuk mereka yang bergelar ibu bapa atau mempunyai keluarga rapat. Black berharap para pendengar dapat meluangkan masa untuk menghayati setiap bait lirik dan melodi secara serentak. “Kisah sebenar setiap bait lirik muncul dengan cara itu,” ujarnya. “Hijab Rindu” memberi penghormatan kepada hubungan kekeluargaan yang penuh kasih sayang, dan diharapkan dapat menyentuh hati mereka yang telah melalui suka dan duka bersama keluarga.

    Menambah sentuhan peribadi pada muzik video, sebahagian besar rakaman diambil di Perth, Australia, menampilkan isteri serta anak-anak Black, yang menangkap momen-momen intim keluarga yang menekankan tema kasih sayang dan penghargaan terhadap insan tersayang.

    “Hijab Rindu” adalah penghargaan yang tulus untuk insan yang kita sayangi selagi mereka masih ada di sisi kita. Seperti yang diungkapkan oleh Black, “Ini adalah cerita yang tidak perlu dijelaskan, sebuah mesej yang tidak perlu dihebahkan – semuanya disampaikan dalam melodi lagu ini.” Lagu ini dijangka memberi kesan yang mendalam kepada pendengar dari pelbagai lapisan masyarakat, khususnya mereka yang menghargai kekuatan keluarga.

    Single “Hijab Rindu” terbitan Nova Music sudah mula boleh distrim di semua platform penstriman muzik mulai 6 Disember 2024. Selain itu, muzik video rasmi akan disiarkan di saluran YouTube ‘Nova Music Videos’ pada jam 3 petang pada hari yang sama. Jangan lupa saksikan di pautan berikut: https://youtu.be/UcsMy36NWyY.

    KREDIT PRODUKSI

    Tajuk : Hijab Rindu

    Artis : Black Hanifah

    Komposer : Rudy Nastia / Nyawa Black / Kelana / Adi Pawana Lirik : Adi Pawana / Rudy Nastia

    Penerbit & gubahan Muzik : Rudy Nastia

    Penerbit & gubahan vokal : Afif Tirmizie

    Gitar elektrik & akustik : Rudy Nastia

    Studio rakaman : Mixbro Records

    Jurutera Adunan awal & akhir : Huzai (SYNS Music)

  • Aksi Epik MLBB M6 Kini di Tonton! Strim Kejohanan Dunia MLBB Secara PERCUMA!

    Aksi Epik MLBB M6 Kini di Tonton! Strim Kejohanan Dunia MLBB Secara PERCUMA!

    Berita baik buat peminat Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) di Malaysia! Kejohanan Dunia MLBB M6 kini kembali dengan lebih hebat dan mendebarkan. Bermula 7 hingga 15 Disember 2024, Tonton membawakan siaran langsung eksklusif kejohanan e-sukan bertaraf dunia ini terus ke skrin anda. Bersiap sedialah untuk menyaksikan pertempuran sengit tanpa henti selama 24 jam setiap hari!

    Kejohanan M6 kali ini menyaksikan penyertaan 16 pasukan terbaik dari serata dunia, termasuk dua wakil tempatan yang bakal menggegarkan arena — Selangor Red Giants dan Team Vamos. Mereka akan bertarung dengan pasukan ternama dari Filipina, Indonesia, Singapura, China, dan negara lain dalam misi merebut gelaran juara dunia. Peminat MLBB pasti teruja melihat pasukan kegemaran mereka beraksi dalam pertarungan penuh strategi, ketangkasan, dan semangat juang.

    Dengan tema #GreaterThanEver, edisi kali ini tampil dengan pelbagai pembaharuan menarik. Bukan sahaja dari segi format permainan, malah hadiah wang tunai juga telah dipertingkatkan kepada jumlah terbesar dalam sejarah M-series — sebanyak USD 1 juta! Dengan peringkat Swiss Stage, Knockout Stage, dan Grand Final yang dijadualkan dari 7 hingga 15 Disember, kejohanan ini menjanjikan saat-saat yang penuh debaran.

    Selepas lima tahun, Malaysia sekali lagi menjadi tuan rumah kepada kejohanan M-Series. Ini merupakan peluang keemasan buat peminat tempatan untuk menyaksikan sendiri pertarungan sengit dalam suasana yang lebih dekat di hati. Kembalinya M6 ke tanah air pastinya menjadi kebanggaan kepada komuniti e-sukan tempatan, terutama apabila dua pasukan Malaysia turut bertanding untuk memburu kejuaraan.

    Persoalan paling hangat — siapakah yang bakal membawa pulang trofi M6 dan dinobatkan sebagai juara dunia MLBB? Adakah juara bertahan akan terus unggul, atau bakal muncul pemenang baharu yang memecahkan dominasi? Dengan format kejohanan yang lebih mencabar, setiap perlawanan dijangka sarat dengan aksi epik dan plot kejutan yang tidak dijangka.

    Tak perlu risau ketinggalan detik-detik penting kejohanan ini. Dengan Tonton, anda boleh menonton semua perlawanan secara PERCUMA! Muat turun aplikasi Tonton di telefon pintar anda atau layari www.tonton.com.my untuk mendaftar akaun dan menikmati akses penuh ke saluran khas MLBB. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan setiap saat penuh aksi dari peringkat Swiss Stage hingga ke Grand Final pada 15 Disember.

    Sebagai platform penstriman terkemuka di Malaysia, Tonton terus komited dalam menyokong industri e-sukan. Kerjasama bersama Mobile Legends: Bang Bang adalah langkah besar untuk memperkasakan ekosistem e-sukan di Malaysia, sekali gus memberi peluang kepada komuniti tempatan, khususnya golongan belia, untuk mengenali potensi besar dalam industri ini. E-sukan kini bukan sekadar permainan, malah ia menjadi platform kerjaya baharu yang menjanjikan prospek cerah.

    Kejohanan Dunia Mobile Legends: Bang Bang M6 hanya berlangsung sekali setahun. Pastikan anda menjadi sebahagian daripada detik bersejarah ini. Saksikan pertempuran penuh emosi dan kesungguhan dari pemain profesional terbaik dunia. Kumpul rakan-rakan anda, nyalakan semangat dan sorak pasukan kegemaran anda sepanjang kejohanan ini berlangsung.

    Untuk mendapatkan kemas kini tentang Kejohanan Dunia M6 dan program lain yang disediakan Tonton, ikuti akaun rasmi Tonton di Facebook, Twitter, TikTok, dan Instagram @tontonmy. Sertai perbualan dengan tanda pagar rasmi #Tonton dan #GreaterThanEver!

  • Teknologi AI HONOR Magic7 Pro Cegah Penipuan Digital dalam 3 Saat!

    Teknologi AI HONOR Magic7 Pro Cegah Penipuan Digital dalam 3 Saat!

    Penipuan menggunakan teknologi deepfake semakin menjadi masalah global yang menakutkan, dengan Malaysia turut mencatatkan kerugian besar akibat penipuan ini. Menurut laporan New Straits Times, pada 2024, Malaysia mengalami kerugian RM500 juta akibat penyalahgunaan teknologi AI untuk menghasilkan video palsu yang menyerupai individu terkenal, termasuk tokoh masyarakat, dengan tujuan untuk menipu mangsa agar melakukan urus niaga palsu.

    Antara figura awam yang wajah dan suara mereka dieksploitasi oleh penjenayah deepfake termasuk Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Lee Chong Wei, dan Khairul Aming, lapor Free Malaysia Today. Penipuan ini menyebabkan mangsa yang terpedaya untuk menyerahkan wang atau maklumat peribadi mereka kepada pihak yang tidak bertanggungjawab.

    Untuk melawan ancaman ini, HONOR memperkenalkan teknologi AI Deepfake Detection melalui telefon pintar terbarunya, HONOR Magic7 Pro. Telefon pintar ini dilengkapi dengan teknologi pengesanan deepfake pertama di dunia yang mampu mengesan dan membezakan kandungan video yang telah dimanipulasi dengan tepat. Semasa panggilan video, teknologi ini akan memeriksa aspek seperti pandangan mata, cahaya, ketajaman imej, dan pengulangan video untuk mengesan sebarang kecacatan yang tidak kelihatan oleh mata kasar.

    Sekiranya sebarang anomali dikesan dalam tempoh tiga saat, HONOR Magic7 Pro akan mengeluarkan amaran pada skrin, memberikan perlindungan kepada pengguna daripada menjadi mangsa penipuan digital. Dengan teknologi ini, HONOR Magic7 Pro menawarkan satu persekitaran yang lebih selamat untuk komunikasi digital.

    Khabar gembira bagi peminat teknologi, HONOR Magic7 Pro akan segera memasuki pasaran Malaysia. Pada 9 Disember nanti, lebih banyak maklumat mengenai rekaan, ciri-ciri AI, dan pandangan pertama mengenai telefon pintar flagship ini akan diumumkan.

    Untuk maklumat lebih lanjut, lawati laman Facebook rasmi HONOR Malaysia atau laman web HONOR di www.honor.com/my.

  • Hael Husaini Menang Anugerah di Asian Academy Creative Awards 2024 (AACA 24)!

    Hael Husaini Menang Anugerah di Asian Academy Creative Awards 2024 (AACA 24)!

    Penyanyi dan penulis lirik terkenal, Hael Husaini, sekali lagi membanggakan negara dengan meraih kemenangan di acara Asian Academy Creative Awards 2024 (AACA 24) yang berlangsung di Singapura baru-baru ini. Artis di bawah naungan Rocketfuel Entertainment ini membawa pulang anugerah dalam kategori “Best Theme Song (or Title Theme)” menerusi lagu “Diam,” runut bunyi asal (OST) drama bersiri terbitan Astro, My Famous Ex-Boyfriend.

    Kemenangan ini menjadi lebih bermakna apabila Hael berjaya menewaskan pencabar hebat seperti OST “Nothing’s Impossible” dari drama Jepun The Imaginary, terbitan syarikat gergasi penstriman global, Netflix.

    “Diam,” salah satu trek daripada album studio sulung Hael, Antonim Part Ⅰ, menjadi karya yang berjaya memukau juri profesional dan peminat. Lagu ini bukan sahaja menggambarkan emosi mendalam, tetapi juga berjaya melengkapi naratif kompleks drama My Famous Ex-Boyfriend, menjadikannya sebuah runut bunyi yang berkesan dan sangat dihargai.

    Pencapaian ini mengukuhkan kedudukan Hael sebagai pencipta muzik yang mampu menembusi pasaran antarabangsa, membuktikan bahawa bakat tempatan Malaysia boleh bersaing dengan karya dari negara lain.

    Walaupun tidak dapat menghadiri majlis anugerah tersebut, Hael menyampaikan ucapan terima kasihnya, “Saya benar-benar tidak menyangka lagu ‘Diam’ akan dipilih, apatah lagi memenangi anugerah ini. Pengiktirafan ini adalah hasil kerja keras saya bersama Iqie Hugh, dan saya sangat bersyukur kerana karya kami dihargai di peringkat antarabangsa.

    Kemenangan ini saya dedikasikan kepada pasukan Rocketfuel, semua peminat yang tidak henti menyokong, dan seluruh rakyat Malaysia. Ini adalah dorongan besar buat saya untuk terus menghasilkan karya berkualiti tinggi.”

    Kejayaan Hael di AACA 24 menambah lagi koleksi pencapaiannya di arena muzik. Sebelum ini, beliau telah memenangi pelbagai anugerah berprestij seperti Anugerah Juara Lagu (AJL) dan diiktiraf sebagai salah seorang penulis lagu terbaik Malaysia.

    Kemenangan ini tidak hanya menjadi bukti kecemerlangan Hael sebagai artis, tetapi juga membuka mata dunia terhadap kemampuan muzik Malaysia. Kejayaan beliau memberi inspirasi kepada generasi muda untuk terus berkarya dan bermimpi besar.

    Selepas persembahan cemerlang di pentas 29th Asian Television Awards di Jakarta, Indonesia, Hael kini melakar satu lagi sejarah baharu dengan membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa melalui kemenangan di AACA 24.

    Lagu “Diam” bukan sahaja menyerlah di peringkat tempatan, tetapi kini menjadi simbol kejayaan muzik Malaysia di arena global. Semoga kejayaan ini terus mengangkat martabat industri muzik negara dan memberi inspirasi kepada lebih ramai artis tempatan untuk melangkah lebih jauh.

  • Dato Hattan, Hazama & Black Janjikan Kelainan Bagi Konsert Hitam Manis

    Dato Hattan, Hazama & Black Janjikan Kelainan Bagi Konsert Hitam Manis

    Konsert Hitam Manis yang dinanti-nantikan bakal menjadi pentas untuk tiga penyanyi berbakat, Dato Hattan, Hazama, dan Black, bergabung kali pertama dalam satu persembahan luar biasa. Konsert yang akan berlangsung pada 8 Februari 2025, jam 7.30 malam di Plenary Hall, KLCC ini dijangka mencipta sejarah dengan kolaborasi tiga artis lelaki solo terkenal yang berbeza gaya muzik dan genre.

    Pada mulanya, penganjur Reacch Events. merancang konsert solo untuk Dato Hattan, namun penyanyi legenda ini lebih memilih untuk mengadakan persembahan bersama dua rakan artisnya, Hazama dan Black. Pemilihan nama Hazama dan Black dibuat kerana hubungan rapat yang mereka miliki, di mana Hazama merupakan juara Akademi Fantasia (AF9) dan Black pernah berkolaborasi dengan Dato Hattan dalam konsert jelajah di Sarawak.

    “Konsert Hitam Manis ini dipilih kerana setiap seorang daripada kami memiliki penampilan kulit hitam manis, yang melambangkan keserasian antara kami. Saya kenal Hazama sejak dia di AF9 dan Black pula pernah bersama saya dalam konsert. Kami bertiga ada chemistry yang kuat,” kata Dato Hattan ketika sidang akhbar di Saloma Kuala Lumpur.

    Tambah Dato Hattan, keunikan konsert ini terletak pada gabungan lagu-lagu hit dari tiga generasi berbeza, di mana penonton dapat menikmati lagu-lagu popular yang membangkitkan nostalgia. “Bagi saya, ini adalah kerjasama yang sangat istimewa kerana masing-masing membawa kelebihan tersendiri – saya dengan rock dan blues, Hazama dengan pop rock, dan Black dengan balada. Penonton pasti dapat menikmati pelbagai genre dalam satu konsert yang penuh warna,” ujarnya.

    Konsert yang bakal disokong oleh lebih 10 pemuzik profesional di bawah pengarah muzik Genervie Kam ini juga menjanjikan kelainan. Setiap penyanyi akan mendendangkan lagu-lagu popular mereka, termasuk lagu-lagu yang belum pernah mereka nyanyikan sebelum ini. Dato Hattan, sebagai contoh, akan memberi penghormatan kepada Allahyarham Jay Jay, penyanyi kumpulan Carefree, dengan menyanyikan salah satu lagu terkenal kumpulan tersebut sebagai tribute.

    Hazama, yang teruja untuk turut serta dalam konsert ini, turut berkongsi keterujaannya. “Saya tak fikir panjang apabila Dato Hattan tawarkan saya untuk konsert ini. Ia adalah peluang untuk kami bertiga berkongsi pentas yang belum pernah ada di Malaysia sebelum ini. Selain itu, kami juga akan menyertakan lagu-lagu untuk semua golongan, termasuk Gen Z, dengan Adam Eiman yang akan turut rap untuk lagu ‘Hitam Manis’,” jelas Hazama.

    Black, yang kini kembali sihat selepas menjalani pembedahan, juga tidak sabar untuk menyertai Konsert Hitam Manis. “Setelah suara saya pulih, saya bersemangat untuk kembali ke pentas besar dan menyanyikan 10 lagu untuk penonton. Ini adalah peluang terbaik untuk menghiburkan semua peminat saya, baik yang lama mahupun peminat baru,” ujar Black dengan penuh semangat.

    Bagi peminat yang ingin menonton Konsert Hitam Manis, tiket boleh didapati dalam beberapa kategori iaitu RM988 (VVIP), RM688 (VIP), RM588 (Diamond), RM488 (Platinum), RM388 (Gold), RM228 (Silver), dan RM198 (Bronze). Tiket boleh dibeli di laman sesawang https://ticket2u.com.my/hitammanis.

    Dengan gabungan bakat, semangat, dan kelainan yang ditawarkan, Konsert Hitam Manis menjanjikan sebuah pengalaman muzik yang tidak akan dilupakan. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan tiga penyanyi hebat ini di pentas megah KLCC, 8 Februari 2025.

  • ‘Benci Jadi Cinta’ Drama Bersiri Vertikal Pertama TV3 di TikTok!

    ‘Benci Jadi Cinta’ Drama Bersiri Vertikal Pertama TV3 di TikTok!

    Bagaimana jika dunia yang bertentangan tiba-tiba bertembung? Itulah kisah di sebalik Benci Jadi Cinta, drama bersiri vertikal pertama TV3 yang akan memikat hati anda bermula 9 Disember 2024. Menampilkan pelakon utama Syahmie Thsaqeef dan Harissa Adlynn, siri ini bakal membawa anda ke dalam dunia penuh konflik, tawa, dan cinta yang tidak dijangka.

    Benci Jadi Cinta mengisahkan Syah (Syahmie Thsaqeef), seorang lelaki yang tegas, tenang, dan serba teratur, serta Orked (Harissa Adlynn), wanita penuh semangat dengan personaliti ceria dan gaya hidup yang serba berwarna. Pertemuan mereka di tempat kerja mencetuskan konflik apabila perbezaan ketara antara mereka mula menimbulkan pertelingkahan.

    Namun, takdir mengatur mereka untuk bekerjasama dalam sebuah projek penting. Ketegangan demi ketegangan bertukar menjadi detik-detik kecil yang penuh makna—seperti momen perkongsian hati, pengalaman cinta lalu, serta impian yang selama ini terpendam. Hubungan yang bermula atas dasar kerja akhirnya mula berubah, menyemai perasaan cinta yang tidak mereka jangka.

    Seiring dengan perjalanan mereka, mampukah Syah dan Orked melepasi ego masing-masing dan mengakui perasaan sebenar? Atau adakah kehadiran pihak ketiga akan merumitkan lagi hubungan mereka? Jawapannya hanya dapat anda temui dalam episod demi episod yang sarat dengan elemen komedi romantik dan drama.

    Sebagai drama bersiri vertikal pertama TV3, Benci Jadi Cinta membawa 20 episod berdurasi 2 minit setiap satu. Siri ini disiarkan secara eksklusif di platform TikTok @DramaSangat pada jam 12 tengah hari setiap hari, bermula 9 hingga 28 Disember 2024. Format ini memastikan penonton dapat menikmati jalan cerita yang ringkas tetapi padat dengan emosi dan hiburan.

    Puan Marlia Zul Amran, Pengurus Besar Kandungan TV3, berkata, “Benci Jadi Cinta adalah langkah strategik TV3 untuk memenuhi kehendak penonton masa kini, terutamanya generasi muda yang lebih cenderung kepada kandungan di media sosial. Siri ini adalah usaha kami untuk mencipta pengalaman baharu dan memperluaskan jangkauan platform kami melalui TikTok.”

    Bagi Syahmie Thsaqeef, memegang watak utama sebagai Syah adalah pengalaman yang mencabar tetapi menyeronokkan. “Watak Syah adalah peluang untuk saya meneroka sisi baharu dalam dunia lakonan. Saya harap penonton bukan sahaja terhibur, tetapi juga dapat merasai perjalanan emosi watak-watak ini,” katanya.

    Adakah anda #TeamBenci atau #TeamCinta? Jangan lupa untuk mengikuti episod pertama Benci Jadi Cinta di TikTok Drama Sangat mulai 9 Disember ini. Untuk maklumat lanjut dan kandungan eksklusif, ikuti TV3 di:

    • Facebook, Twitter, YouTube, dan Instagram: @TV3Malaysia
    • Instagram rasmi Drama Sangat: @DramaSangat
  • vivo Malaysia Launches Vision+ Contest: Capture Malaysia’s Essence with the X200 Series

    vivo Malaysia Launches Vision+ Contest: Capture Malaysia’s Essence with the X200 Series

    vivo Malaysia is excited to announce the launch of the vivo Vision+ Malaysia contest, inviting photographers, content creators, and enthusiasts to showcase their creativity using the powerful 200MP ZEISS APO Telephoto lens of the vivo X200 series. This contest offers participants a unique opportunity to capture Malaysia’s diverse beauty and gain a chance to be featured on the global Vision+ platform.

    Unleash Your Creative Potential

    The vivo Vision+ Malaysia contest encourages participants to explore and capture the true essence of Malaysia, whether through its rich cultural heritage, breathtaking landscapes, lively festivals, or dynamic urban scenes. By submitting stunning images, participants not only stand a chance to win attractive prizes but also gain international recognition.

    Your Pathway to Global Exposure

    Winners of vivo Vision+ Malaysia will automatically enter the prestigious Vision+ Mobile PhotoAwards, a global platform that celebrates exceptional photography from around the world. This offers a direct route for Malaysian photographers to compete at an international level. Ready for your work to shine globally? Visit the official Vision+ Mobile PhotoAwards website to explore more about the competition and its exciting categories. Your winning photo could be the one to capture the world’s attention!

    Suggested Themes for Participation

    • What You See vs. What I Capture: Highlight the art of storytelling through unseen details.
    • Unique Perspectives: Offer fresh angles and unconventional viewpoints.
    • Malaysian Heritage & Festivals: Showcase the heart of Malaysia’s cultural richness.
    • Concerts & Celebrations: Bring the excitement of live events to life through your photos.

    How to Enter the Contest:

    1. Capture: Take an incredible photo using your vivo smartphone.
    2. Share: Post your images on social media, tag @vivoMalaysia, and use the hashtags:
      • #vivoX200series
      • #GoFarBeyondUltra
      • #vivoVisionPlus
      • #vivoX200MPM
    3. Stand Out: Including the vivo smartphone watermark increases your chances of winning.
    4. Submit: All entries must be original, and participants can submit multiple photos.

    Exciting Prizes Await

    The contest offers exciting rewards worth a total of RM15,500, including the grand prize of the vivo X200 Pro. This is a fantastic opportunity to showcase your photography skills and gain global recognition. Don’t miss your chance—submit your entries between December 5th, 2024, and January 5th, 2025!