Pasangan yang inginkan perkhidmatan istimewa dilengkapi dengan pilihan menu makanan dari kopi yang menakjubkan, bingsu penyejuk hati hingga ke nasi ayam buttermilk yang pasti memikat selera. Kafe Cinta Dalam Kopi merupakan pilihan yang tepat untuk meluahkan rasa sayang kepada orang tersayang dan dilengkapi dengan suasana yang romantik dan damai.
Kafe pertama yang dibuka oleh SACC Food Chain Sdn. Bhd. (SFCSB) anak syarikat kepada SACC Convec Sdn. Bhd. (SCSB) sebuah anak syarikat milikan penuh PKNS telah memulakan operasinya pada 5 Februari tahun ini di dalam Kompleks Evo di sini mengalu-alukan penggemar kopi dan food hunter untuk mencuba dan merasai sendiri makanan yang menyelerakan dan suasana yang sesuai untuk healing di Kafe Cinta Dalam Kopi.
Dilancarkan oleh Ahli Lembaga Pengarah SFCSB, Suhaimi Kasdon turut menyatakan keterujaan beliau mengenai kafe ini yang menawarkan variasi menu yang pelbagai dengan harga yang berbaloi memang wajib untuk dikunjungi kerana pembukaan kafe masa kini ibarat cendawan tumbuh selepas hujan terutama di Bangi yang mempunyai pelbagai pilihan kafe hipster.
“Pelbagai menu menarik menanti anda yang terdiri daripada menu tempatan, menu Asia dan menu barat. Kalau rambang mata, anda boleh mencuba Mee Kari Nyonya, Nasi Lemak Ayam Crispy mahupun Big Breakfast CDK. Kuantiti hidangan juga pasti membuatkan anda tersandar kekenyangan sambil tersenyum kegembiraan”, ujar Suhaimi lagi.
Bersempena dengan hari pelancaran Kafe Cinta Dalam Kopi, pihak kafe berbesar hati untuk memberikan pelbagai promosi menarik seperti berikut:
- 300 biji kek cawan CDK secara percuma
- RM1 sahaja bagi pembelian kopi yang kedua
- percuma kek potong bagi pembelian minimum RM40
- percuma belon berbentuk hati
- baucar bernilai RM20 secara percuma
- promosi ‘Happy Hour’ dua bekas Bingsu RM22 sahaja bermula 5 Februari hingga 29 Februari.
Kafe Cinta Dalam Kopi ini dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam turut menyediakan ruang untuk mereka yang gemar bergambar atau instagrammable spot. Jadi tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang, tempah tarikh pada 17 Februari ini dan datang ke Kafe Cinta Dalam Kopi untuk merasai sendiri pengalaman kopi yang memikat dan penuh kasih sayang dalam setiap tegukan bakal menjadi sebuah kenangan terindah bersama mereka yang tersayang.