KUALA LUMPUR CONVENTION CENTRE RAIH KEPERCAYAAN UNTUK SIDANG KEMUNCAK ASEAN KE-46, PERKUKUH 20 TAHUN PENGALAMAN ANTARABANGSA

Menyambut ulang tahunnya yang ke-20, Kuala Lumpur Convention Centre (The Centre) dengan bangganya diumumkan sebagai lokasi rasmi Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 pada 26 dan 27 Mei ini, mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai pentas utama Malaysia untuk acara bertaraf antarabangsa.

Sebagai fasiliti mesyuarat paling unggul di negara ini, The Centre sebelum ini telah menganjurkan pelbagai pertemuan berisiko tinggi termasuk Mesyuarat Menteri Kewangan ASEAN ke-12 dan Gabenor Bank Pusat, Sidang Kemuncak KL 2022, serta Forum Bandar Sedunia ke-9 anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 2018. Walaupun berdepan cabaran keselamatan dan ancaman siber, tiada sebarang pelanggaran keselamatan direkodkan, hasil prosedur ketat dan kerjasama rapi bersama pihak berkuasa.

“Kuala Lumpur Convention Centre bukan sekadar tempat acara – ia adalah aset strategik negara. Melalui perkhidmatan bertaraf dunia, prasarana bersepadu dan lokasi ikonik di tengah-tengah Kuala Lumpur City Centre, kami sentiasa mempertingkatkan pengalaman pelanggan untuk menyokong keterlibatan serantau secara berkesan. Kami bersedia memberi perkhidmatan terbaik untuk ribuan delegasi Sidang Kemuncak ASEAN ke-46,” ujar John Burke, Pengurus Besar The Centre.

Penganjuran acara berprofil tinggi seperti ini menuntut lebih daripada sekadar ruang. Terletak bersebelahan Menara Berkembar Petronas, The Centre menawarkan akses terus ke lima hotel dalam bangunan dan lebih 22,000 bilik penginapan di kawasan sekitarnya dari kelas ekonomi ke mewah.

Landskap Kuala Lumpur City Centre pula menyediakan pelbagai kemudahan termasuk lebih 350 tempat makan, laluan pejalan kaki berhawa dingin yang bersambung ke Suria KLCC dan taman bandar KLCC Park, serta akses terus ke sistem pengangkutan awam bandar.

Dengan pengalaman operasi selama dua dekad, The Centre telah mengendalikan lebih 22,000 acara dari pelbagai skala. Antara kekuatan uniknya termasuk dapur komersial halal terbesar di Malaysia, yang membolehkan penyediaan makanan dalam rumah tanpa bergantung sepenuhnya pada khidmat katering luar – kelebihan signifikan dalam pengendalian acara berskala besar.

Di samping infrastruktur fizikal, nilai tambah utama The Centre ialah keupayaan keselamatannya yang terbukti, hasil kerjasama erat bersama pihak polis, penguatkuasa trafik dan pasukan keselamatan khas. Gabungan kawalan operasi menyeluruh, kemampuan katering dalaman dan komitmen kepada keselamatan menjadikannya pilihan utama bagi delegasi antarabangsa yang mementingkan kecekapan dan keramahan.

Menyedari keperluan pelanggan global yang semakin kompleks, The Centre turut melabur dalam teknologi terkini termasuk paparan LED canggih, sistem AV generasi baharu, serta bilik mesyuarat pintar dengan kawalan AI. Selain itu, protokol keselamatan siber bertaraf perusahaan dan amalan penganjuran lestari yang diperakui ISO menjadikan The Centre antara lokasi paling bersedia untuk masa depan.

Pelaburan berterusan ini menzahirkan komitmen The Centre terhadap inovasi, kemampanan dan kecemerlangan, sekaligus mengangkat reputasinya sebagai pusat konvensyen utama ASEAN dengan kebolehan terbukti menganjurkan acara berimpak tinggi seperti Sidang Kemuncak ASEAN ke-46.

Sejak 2005, The Centre telah memainkan peranan penting dalam memperkukuh keterlibatan global Malaysia, menjadi tuan rumah kepada lebih 29 juta tetamu dan menjana impak ekonomi mencecah RM12.6 bilion. Ia juga satu-satunya lokasi di Malaysia yang pernah menjadi tuan rumah kepada tiga Sidang Kemuncak ASEAN – pada 2005, 2015 dan kini 2025.

Untuk maklumat terkini dan berita lanjut, layari www.klccconventioncentre.com atau ikuti media sosial rasmi The Centre:
Facebook – @klccconventioncentre
LinkedIn – Kuala Lumpur Convention Centre
Twitter – @klccconvention
Instagram – @klccconventioncentre