SUNWAY PYRAMID, 24 Februari 2025 – GV Ride Malaysia mengumumkan kempen khas Ramadan yang memberikan perjalanan percuma kepada pengguna di Subang, Petaling Jaya dan Kajang. Kempen ini berlangsung sepanjang Mac 2025 dan bertujuan membantu mengurangkan beban rakyat Malaysia dalam urusan pengangkutan harian mereka.
Sebagai penyedia perkhidmatan e-hailing berdaftar di bawah Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), GV Ride dimiliki oleh GV Car Ventures Sdn Bhd (GVV). Menerusi kempen ini, GV Ride berhasrat untuk menyediakan satu juta tempahan percuma kepada rakyat Malaysia, sekaligus menggalakkan lebih ramai pengguna mencuba perkhidmatan mereka.
Ketua Pegawai Eksekutif GVV, Kabeer Maand menyatakan bahawa kempen ini bukan sekadar promosi, tetapi juga satu usaha dalam memberikan manfaat kepada masyarakat sepanjang Ramadan. “Kami ingin membantu pengguna mendapatkan akses perkhidmatan e-hailing yang lebih mudah, fleksibel dan mampu milik,” katanya dalam sidang media di Sunway Pyramid.

Kempen ini membolehkan pengguna menikmati satu perjalanan percuma setiap hari dengan had tambang RM30 termasuk tol. Jika tambang melebihi RM30, penumpang hanya perlu menanggung baki bayaran. Walau bagaimanapun, promosi ini mempunyai had keseluruhan sebanyak RM500,000 dan akan tamat sebaik sahaja jumlah ini digunakan sepenuhnya.
GV Ride menawarkan ciri-ciri canggih seperti penjejakan masa nyata dan sistem pembayaran tanpa tunai bagi memudahkan pengguna. Sistem bidaan harga juga membolehkan pengguna mendapatkan kadar tambang yang lebih kompetitif dan berpatutan.
Selain membantu pengguna, kempen ini juga membuka peluang kepada pemandu yang ingin menyertai GV Ride sebagai rakan pemandu. Pendaftaran boleh dibuat melalui aplikasi GV Ride yang boleh dimuat turun di App Store dan Google Playstore.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, pengguna boleh menghubungi pasukan khidmat pelanggan GV Ride yang tersedia sepanjang masa melalui Autobot dan ejen perkhidmatan.
Dengan adanya kempen ini, GV Ride terus mengukuhkan kedudukannya sebagai alternatif e-hailing yang lebih mesra pengguna dan kos efektif. Jangan lepaskan peluang ini dan nikmati perjalanan percuma sepanjang Ramadan!