Domino’s Express Kini di Guar Chempedak!

Selepas kejayaan pembukaan Domino’s Express yang pertama di Bahau, Negeri Sembilan, Domino’s Pizza Enterprises Ltd (Domino’s) terus memperluaskan rangkaiannya dengan pembukaan cawangan baharu di Guar Chempedak, Kedah pada 2 April 2025. Format inovatif Domino’s Express menawarkan konsep Grab & Go yang memudahkan pelanggan menikmati piza segar dengan masa menunggu yang minimum.

Keistimewaan cawangan ini adalah PizzaPanjang, piza sepanjang 8 inci yang sesuai untuk hidangan seorang. Dengan kerak keemasan rangup, sos istimewa lazat dan lapisan keju meleleh, pelanggan boleh memilih perisa seperti Aloha Chicken, Chicken Pepperoni, Beef Pepperoni, Simply Cheese, dan 3 Meats – semuanya pada harga berpatutan RM8 sahaja!

Menurut Ringo Joannes, Ketua Pegawai Eksekutif Serantau Domino’s Pizza Malaysia, Singapura dan Kemboja, “Kami gembira membawa Domino’s Express ke Guar Chempedak selepas sambutan luar biasa di Bahau. Matlamat kami adalah untuk terus memudahkan pelanggan menikmati piza kegemaran mereka dengan lebih cepat dan mudah.”

Selain PizzaPanjang, Domino’s Express Guar Chempedak turut menawarkan piza saiz Regular pada harga eksklusif RM13. Komitmen Domino’s terhadap kualiti, kepantasan dan kemudahan terus menjadi keutamaan dalam setiap cawangannya. Dengan perancangan untuk memperluaskan konsep Domino’s Express ke seluruh Malaysia, lebih ramai rakyat akan dapat menikmati piza segar dan lazat dengan lebih pantas.

Jangan lepaskan peluang untuk mencuba PizzaPanjang di Domino’s Express Guar Chempedak! Layari www.dominos.com.my untuk maklumat lanjut.