Musim cuti sekolah ini, Johor Bahru bakal bergegar dengan karnival padang paling meriah di Malaysia apabila Karnival Jom Heboh (KJH) kembali sempena sambutan Hari Nanas Malaysia 2025.
Bermula 27 hingga 29 Jun 2025 di Padang B, Angsana Johor Bahru Mall, ribuan pengunjung dijangka membanjiri lokasi ini untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik daripada demo memasak tart nanas sehinggalah konsert bintang terkenal tanah air. Kali ini, nanas bukan sekadar buah, tapi simbol kebanggaan rakyat Malaysia.
Raikan nanas, komoditi rakyat Malaysia
Hari Nanas Malaysia merupakan usaha untuk memperkasakan industri nanas negara, dari ladang hingga ke pasaran global. Di Johor, negeri yang terkenal sebagai pengeluar utama nanas, sambutan ini pastinya lebih bermakna. Pelbagai aktiviti berteraskan nanas menanti, termasuk percubaan rekod Malaysia Book of Records “Most Pineapple Tart Bakes in an Event”, pertandingan tart nanas, seminar industri nanas antarabangsa, uji rasa dan demonstrasi produk, pertandingan kupas nanas, teka rasa buah dan pertandingan e-sukan. Jangan lupa, ada peluang bawa pulang buah nanas secara percuma.
Tonton, sembang dan menang
Studio Tonton Drama Sangat akan menghidupkan pentas dengan pelbagai pertandingan terbuka sepanjang hujung minggu. Antara aktiviti termasuk pertandingan nasyid terbuka (27 Jun), tarian zapin kreatif (28 Jun) dan Ejen Ali Explorace untuk si cilik (29 Jun). Hadiah terkumpul hampir RM7,000 menanti pemenang. Tambah meriah, pengunjung juga boleh bertemu bintang-bintang kegemaran dari drama-drama popular TV3 seperti Aku Bukan Ustazah 2 dan Polis Peronda.
Konsert Jom Heboh: malam penuh bintang

Saksikan persembahan penuh tenaga daripada barisan artis tanah air. Pada Sabtu, 28 Jun, pentas akan dimeriahkan oleh Amir UK’s, Tuju & Loca B, Wany Kayrie, Haiza dan Sofarz. Manakala malam Ahad, 29 Jun pula menyaksikan persembahan daripada Nabila Razali, Sham Visa, Drama Band, K.O.I dan Jaclyn Victor. Konsert bermula jam 9 malam.
Aktiviti keluarga dan pameran interaktif
Pengunjung boleh mencuba pengalaman pemanduan maya dalam NSTP Car Sim Experience, menikmati pelbagai promosi menarik di lebih 170 reruai termasuk CelcomDigi, TikTok Shop, Adabi dan banyak lagi. Jangan lepaskan peluang membeli barangan eksklusif Jom Heboh seperti t-shirt, botol air dan cenderahati lain di Kedai Jom Heboh.
Jom selawat dan qasidah
Sempena Hari Nanas Malaysia, jangan lepaskan program ‘Jom Selawat’ pada malam Jumaat, 27 Jun, di Padang B, Angsana Johor Bahru Mall. Program akan menampilkan penceramah dan kumpulan qasidah untuk majlis ilmu yang santai dan menyentuh hati.
Jangan lepas peluang
Warga Johor dan kawasan sekitar, ini masa terbaik untuk bersantai, berhibur, membeli-belah dan mengenali lebih dekat tentang industri nanas negara. Hadiah menarik seperti iPad dan barangan eksklusif Jom Heboh menanti pengunjung bertuah.
Karnival Jom Heboh x Hari Nanas Malaysia 2025 akan berlangsung dari 27 hingga 29 Jun di Padang B, Angsana Johor Bahru Mall. Masuk adalah percuma.
Untuk maklumat lanjut, layari www.jomheboh.com.my dan ikuti @jomhebohofficial di Facebook dan Instagram.
