Golden Treasure Pizza Domino’s: Meriahkan Tahun Baharu Cina Dengan Penghargaan Untuk Hero Penghantaran

Tahun Baharu Cina 2025 disambut dengan penuh kemeriahan dan kejutan oleh Domino’s Pizza, yang melancarkan Golden Treasure Pizza – sebuah sajian eksklusif yang bukan hanya menyemarakkan selera tetapi juga memberi penghargaan kepada golongan penghantar yang bekerja keras di belakang tabir.

Dalam menyambut perayaan Tahun Baharu Cina, Domino’s membawa sesuatu yang baru dengan memperkenalkan Golden Treasure Pizza yang unik. Piza ini hadir dengan kerak piza berbentuk syiling emas Cina purba, memberikan pengalaman makan yang luar biasa. Keistimewaan Golden Treasure Pizza terletak pada tiga pilihan rasa premium yang memenuhi cita rasa pelbagai penggemar piza.

  • Golden Salmon Pizza yang disajikan dengan empingan salmon premium,
  • Golden Prawn Pizza dengan udang bakar yang menyelerakan, dan
  • Golden Popcorn Chicken Pizza yang menggunakan ayam popcorn yang rangup dan empuk.

Setiap pilihan piza ini dilapisi dengan sos berkrim berperisa udang karang dan keju mozzarella, serta dihiasi dengan keju cheddar merah di kerak Gold Coin Crust, menjadikan rasa piza ini begitu sempurna dan memikat.

Bagi mereka yang lebih menyukai piza bentuk biasa, Golden Treasure Pizza juga boleh didapati tanpa Gold Coin Crust, memberi pelanggan lebih banyak pilihan mengikut selera mereka. Dengan saiz Regular dan Large yang tersedia, pelanggan juga berpeluang menikmati diskaun 50% sepanjang hari, memberikan nilai yang lebih kepada setiap pesanan.

Untuk melengkapi hidangan Tahun Baharu Cina yang lebih istimewa, Domino’s turut memperkenalkan Golden Four Chicken Drummets. Hidangan sampingan ini disediakan dalam empat perisa istimewa – Asli, Honey Garlic dengan Bawang Putih Goreng Rangup, Oriental Orange dengan Bijan, dan Gochujang dengan Kepingan Cili Kering. Gabungan rasa manis, masam dan pedas dalam setiap gigitan mencipta kesempurnaan yang sesuai dinikmati bersama Golden Treasure Pizza.

Tersedia dalam set 16 ketul, Golden Four Chicken Drummets boleh didapati dengan harga RM49.90 dan merupakan pilihan sempurna untuk dinikmati bersama keluarga atau rakan-rakan ketika sambutan perayaan.

Sempena pelancaran Golden Treasure Pizza, Domino’s juga mengambil kesempatan untuk memberi penghormatan kepada para penghantar yang bekerja di belakang tabir, yang memastikan setiap pesanan sampai tepat pada waktunya. Bertemakan “Golden Treasure, Shared Moments”, Domino’s mengadakan acara khas untuk memberi penghargaan kepada penghantar-penghantar dari Abang Domino’s, GrabFood, FoodPanda, dan ShopeeFood.

Melalui acara ini, Domino’s memberikan hadiah-hadiah menarik kepada para penghantar yang hadir, termasuk baucer petrol, pin tambah nilai e-Dompet Touch ‘N Go, wang tunai, dan hadiah utama berupa motosikal baru bernilai lebih RM5,000. Ganjaran ini diberikan sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang telah berusaha keras, memastikan penghantaran piza kepada pelanggan berjalan lancar dan tepat pada waktunya.

Linda Hassan, Ketua Pegawai Pemasaran Domino’s Malaysia, Singapura, dan Kemboja, menekankan bahawa sambutan Tahun Baharu Cina ini adalah masa untuk berkongsi kegembiraan dan menghargai setiap usaha yang dilakukan oleh individu yang berperanan dalam kehidupan harian kita. “Selain memperkenalkan produk istimewa untuk pelanggan, kami mahu memberi penghormatan kepada golongan penghantar yang bekerja keras setiap hari. Mereka adalah wira yang memastikan setiap momen bersama Domino’s menjadi lebih istimewa,” kata Linda.

Salah seorang penghantar, Hayasi Muhammad, berkongsi rasa terima kasihnya atas penghargaan yang diberikan. “Ini adalah pengalaman yang tidak ternilai. Sebagai penghantar, kami sering bekerja di belakang tabir, dan sukar untuk mendapat pengiktirafan. Tetapi hari ini, Domino’s memberi penghargaan kepada kami, dan ini membuatkan kami merasa dihargai,” katanya sambil tersenyum lebar.

Golden Treasure Pizza dan Golden Four Chicken Drummets kini boleh didapati di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh mengunjungi cawangan Domino’s atau memesan secara dalam talian di aplikasi Domino’s atau di www.dominos.com.my. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati pengalaman makan yang berbeza, penuh dengan penghargaan dan kejutan istimewa!