McDonald’s Malaysia sekali lagi membuktikan komitmennya terhadap komuniti dengan meraikan lebih 70,000 penunggang penghantaran makanan (rider) di seluruh negara menerusi kempen tahunan #MekdiBelanjaRider. Diteruskan buat tahun keempat berturut-turut, kempen ini merupakan tanda penghargaan kepada para rider yang menjadi tulang belakang kepada perkhidmatan penghantaran makanan negara, termasuk McDelivery dan platform rakan kongsi seperti GrabFood, ShopeeFood, Foodpanda, serta syarikat penghantaran bebas lain.
Dilancarkan pada tahun 2021, #MekdiBelanjaRider tercetus daripada keinginan McDonald’s untuk menghargai insan-insan gigih yang tanpa lelah menghantar hidangan ke pintu pelanggan, tidak kira cuaca atau masa. Tahun ini, lebih 70,000 rider disambut dengan hidangan percuma berupa McDonald’s Foldover atau burger Spicy McCrispy, yang boleh ditebus di semua restoran McDonald’s seluruh negara antara jam 2.00 hingga 5.00 petang.

“Rider bukan sahaja membantu menjayakan operasi harian kami, mereka juga adalah penghubung antara jenama dan pelanggan. Dalam rutin harian yang kadang-kadang tidak kelihatan, mereka tetap hadir dengan senyuman, menghantar makanan dengan penuh tanggungjawab. #MekdiBelanjaRider adalah tanda kecil penghargaan kami atas dedikasi besar mereka,” kata Hajah Melati Abdul Hai, Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Impak, McDonald’s Malaysia.
Kempen ini turut menjadi lanjutan kepada rangkaian aktiviti kemasyarakatan McDonald’s Malaysia sepanjang tahun. Sebelum ini, syarikat telah melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk program khas sempena Hari Guru, sambutan Ramadan bersama komuniti masjid dan surau, serta sambutan ulang tahun bersama rumah-rumah kebajikan.
#MekdiBelanjaRider bukan sekadar pemberian makanan ia simbolik kepada nilai murni memberi kembali kepada masyarakat dan memupuk semangat kebersamaan. Ia juga selari dengan aspirasi Program Komuniti @ McDonald’s, yang kini mencatat lebih 10,000 aktiviti kemasyarakatan setiap tahun melalui lebih 370 cawangan restoran di seluruh negara.

Dengan misi untuk bukan sekadar menjadi penyedia makanan segera tetapi juga penyumbang aktif kepada komuniti, McDonald’s Malaysia akan terus komited menyantuni dan mendampingi mereka yang banyak berjasa kepada masyarakat.
Untuk maklumat lanjut tentang program kemasyarakatan McDonald’s, sila layari laman rasmi atau ikuti saluran media sosial rasmi McDonald’s Malaysia.
