PETALING JAYA, 13 Februari 2025 – Ruang Rama, lokasi acara terbaharu di Petaling Jaya, telah membuka pintunya dengan penuh kemeriahan menerusi sebuah majlis pelancaran yang mengangkat semangat kebersamaan. Bersempena pembukaannya, Ruang Rama menganjurkan Bufet Iftar pada 12 Februari 2025, menampilkan hidangan autentik dan hiburan istimewa sepanjang bulan Ramadan.
Majlis bufet ini bukan sahaja menyajikan pelbagai juadah berbuka puasa, tetapi turut dimeriahkan dengan persembahan khas oleh kumpulan nasyid terkenal, Rabbani. Sepanjang bulan Ramadan, kumpulan ini akan mengalunkan melodi indah untuk menghidupkan suasana berbuka yang lebih bermakna bagi para tetamu.
Pengurus dan anggota kumpulan Rabbani, Azadan bin Abd Aziz, menyatakan keterujaannya untuk terlibat dalam acara ini. “Ini adalah peluang bermakna buat kami untuk menyumbang kepada komuniti dengan meraikan bulan Ramadan melalui muzik dan kebersamaan. Kami tidak sabar untuk menghiburkan para tetamu dan sangat teruja memulakan perjalanan baru ini bersama Ruang Rama.”
Selain Rabbani, penyanyi legenda Malaysia, Dato’ Aishah, turut membuat persembahan memukau pada malam Iftar Buffet Preview sebagai artis undangan. Persembahannya yang penuh jiwa mendapat sambutan hangat daripada para hadirin. Turut menyerikan majlis ialah persembahan gamelan tradisional yang memperkayakan elemen budaya dalam acara ini.
Acara perasmian ini turut dihadiri oleh beberapa nama besar dalam industri hiburan seperti Dato’ Amy Search, Dato’ Acis, serta ahli kumpulan Popshuvit dan Bunkface. Dengan kehadiran lebih 400 tetamu, majlis ini menjadi titik permulaan yang berprestij bagi Ruang Rama sebagai destinasi acara utama di Klang Valley.

Sebagai tambahan kepada pengalaman berbuka yang istimewa, Ruang Rama mengumumkan cabutan bertuah eksklusif yang ditaja oleh Mahabbah, sebuah agensi pelancongan ibadah. Sepanjang tempoh bufet dari 4 hingga 26 Mac 2025, para pengunjung berpeluang memenangi hadiah menarik seperti pakej Umrah percuma dan percutian pelayaran Star Cruise.
Bufet Iftar di Ruang Rama menampilkan pelbagai hidangan klasik Malaysia dan gerai masakan istimewa. Promosi bufet berlangsung dari 4 hingga 26 Mac 2025 dengan harga RM89 seorang (dewasa) dan RM70 seorang (kanak-kanak). Bagi tempahan awal dari 12 hingga 25 Februari 2025, pelanggan boleh menikmati harga istimewa RM79 (dewasa) dan RM60 (kanak-kanak). Harga tidak termasuk SST 8%.
Lebih daripada sekadar ruang acara, Ruang Rama menawarkan pengalaman lengkap dengan kemudahan moden. Dengan ruang dua tingkat yang mampu menampung antara 400 hingga 600 tetamu, Ruang Rama sesuai untuk pelbagai acara seperti majlis perkahwinan, perayaan, serta acara korporat. Ia juga menawarkan pakej promosi eksklusif bermula dari RM12,999+ yang merangkumi sistem AV, dekorasi klasik, meja dan kerusi, serta pelbagai kemudahan lain.
Dengan gabungan hidangan lazat, persembahan bermutu tinggi, serta layanan mesra, Ruang Rama bersedia menjadi destinasi utama bagi pelbagai majlis. Untuk maklumat lanjut mengenai Bufet Iftar dan tempahan acara, layari laman rasmi www.ruangrama.com atau hubungi +6012-230 5783.