Glamour Night 2025: Miss M World & Universe × LnR Empire

Dunia ratu cantik melangkah ke era baharu dengan penganjuran Miss M World & Miss M Universe 2025 yang telah berlangsung penuh gemilang di W Hotel Kuala Lumpur, Malaysia, pada 21 September 2025. Bertemakan “Beauty, Earth & Peace”, pertandingan ini menghimpunkan 40 peserta dari 25 negara bagi meraikan keindahan dalaman, kelestarian alam sekitar dan perdamaian sejagat.

Antara pemenang utama yang dinobatkan termasuk Katerina Vlasenko (Ukraine) dan Angie Jane (Malaysia) sebagai Miss M World 2025, Kristina Barskaia (Russia) sebagai Miss M Universe 2025, serta Tatiana Fedorishcheva (Russia) yang meraih gelaran Mrs M Universe 2025. Yuni Putri (Indonesia) turut dinobatkan sebagai Miss Global M Universe 2025 serta Duta Keamanan Dunia (UNPKFC), manakala Sharon Gool Sek Hui (Malaysia) diumumkan sebagai Mrs Global M Universe 2025. Turut menerima pengiktirafan ialah Julie Rolle (USA) sebagai International M World 2025, Culochra Rao (Azerbaijan) sebagai Mrs M Universe 2025, Gulchokhra Faro (Azerbaijan) sebagai Mrs. International M World 2025, serta Vina Putri (Indonesia) yang dilantik sebagai Duta Keamanan Dunia (UNPKFC).

Para pemenang akan mewakili negara masing-masing dalam pelbagai program seni dan kebajikan global bersama World Peace Committee dan UNPKFC, bagi menyuarakan isu kemanusiaan, kelestarian serta perdamaian sejagat.

Sebagai penaja rasmi, LnR EMPIRE memperkenalkan produk unggulan mereka, LnR Luxury Hair Mist haruman rambut mewah yang dirumus bagi mencipta aura tenang, keaslian dan gaya elegan tanpa perlu berlebihan. Produk ini diiktiraf Halal, mesra wudhu, teruji padanan, sesuai untuk semua jenis rambut serta menawarkan haruman lembut yang tahan lama. Keunggulan LnR EMPIRE turut diiktiraf di peringkat antarabangsa melalui pelbagai anugerah berprestij termasuk International Entrepreneurial Excellence Award 2025, Global Honor Award 2025, dan Prestige International Entrepreneurial Excellence Award 2025.

Sebagai kesinambungan acara utama, sebuah program eksklusif bertajuk “An Afternoon with M World and LnR EMPIRE” telah diadakan pada 21 September 2025 di W Hotel Kuala Lumpur, dan diteruskan pada 6 Oktober 2025, jam 3 petang di Harlequin 1A, Royale Chulan Damansara. Acara ini turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat seperti Dato Freddie Fernandez, Presiden Persatuan Karyawan Malaysia; Mr Aaron Tan, Pengurus Besar Royale Chulan Damansara & Curve; serta Tan Sri Kayveas, tokoh politik Malaysia. Majlis ini menjadi titik pertemuan penting antara diplomasi wanita, keanggunan berjiwa dan jenama yang menjunjung nilai spiritual serta keindahan dalaman sebagai definisi sebenar kecantikan.

Dalam satu pengumuman istimewa, Dato Dr Reiss Tiara, Pengasas & Penganjur Miss M Universe/M World, turut melantik secara rasmi Dato Dr Azlin, Pengasas LnR EMPIRE, sebagai Duta Kecantikan & Martabat untuk program Islamic Beauty Empowerment Pageant 2026. Pelantikan ini melambangkan komitmen bersama dalam memperkasa wanita melalui keanggunan spiritual, nilai martabat serta representasi yang berjiwa, sekali gus membuka lembaran baharu dalam dunia ratu cantik berteraskan nilai sejagat dan keindahan dalaman.