GGR Motor (M) Sdn Bhd tidak henti-henti menunjukkan dominasinya sebagai peneraju dalam industri kenderaan elektrik (EV) di Malaysia dengan langkah-langkah proaktif mereka menuju mobiliti lestari. Langkah terkini mereka, iaitu pelancaran Skim Insentif Motosikal Elektrik pada Disember 2023, telah menjadi tonggak penting dalam menggalakkan penggunaan EV di Malaysia.
Dibawah kepimpinan Muhammad Musaddiq Mohamed Azmi (Dekmat) dan Prof Dr. Nizar Abdul Jalil, GGR Motor mencapai kejayaan gemilang dengan menjual 100 motosikal elektrik dalam tempoh hanya 2 hari. Kejayaan ini bukan sahaja mencerminkan permintaan yang kukuh di pasaran tempatan, tetapi juga memberi sokongan positif kepada insentif kerajaan untuk mendorong penggunaan EV.
Komitmen GGR Motor terhadap kelestarian alam dan pengurangan emisi karbon menjadi teras nilai mereka. Penggunaan EV tidak hanya memberi manfaat dalam penjualan kenderaan, tetapi juga menyumbang kepada kebersihan udara dan mengurangkan pencemaran alam. Namun, walaupun mencapai kejayaan yang membanggakan, GGR Motor tidak berpuas hati. Dengan sasaran berani untuk menjual 5000 unit dan mencapai pendapatan jualan RM50,000,000.00 menjelang Disember 2024, GGR Motor tidak hanya mendorong penjualan, tetapi juga merangsang pertumbuhan industri pekerjaan berkemahiran dalam sektor EV dan teknologi hijau.
Sebagai syarikat berpangkalan di Malaysia dengan cawangan di Damansara dan Johor Bahru, GGR Motor bertekad untuk terus memperkukuhkan kerjasama industri dan mengemudi revolusi EV ke tahap yang lebih tinggi. Dalam usaha yang unik, GGR Motor menjalin kerjasama dengan Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA) untuk melantik ikon budaya sebagai duta jualan bagi motosikal elektrik mereka. Langkah ini memberi peminat dan bakal pembeli akses yang lebih mudah kepada produk GGR Motor.
GGR Motor bukan hanya menjadi pemangkin perubahan, tetapi juga menentukan masa depan mobiliti Malaysia. Malaysia, era elektrik sudah di hujung jari, dan GGR Motor bersedia membawa anda ke arah perubahan tersebut. Inilah ‘Ubah’ yang sebenar dalam masa depan mobiliti negara.