Selepas sekian lama meninggalkan kesan luar biasa melalui dua siri konsertnya, Melly Goeslaw, ikon muzik Indonesia yang tidak asing lagi, kembali menyapa peminat dengan sebuah persembahan yang pastinya dinantikan ramai. Menyempurnakan trilogi konsertnya, Ada Apa Dengan Melly…? Prom Nite akan berlangsung pada 31 Mei 2025 di Axiata Arena, jam 8.30 malam.
Pesta yang digelar sebagai penutup gemilang ini dianjurkan oleh Icon Entertainment, mengangkat tema penuh glamor, “Dress To Kill”, menandakan malam pertemuan semula bagi peminat yang telah mengikuti perjalanan muzik Melly sejak siri Back to School dan Malam Graduasi.
Konsert Ada Apa Dengan Melly…? Prom Nite bukan sekadar sebuah persembahan muzik, tetapi sebuah acara yang dirancang sebagai malam penuh kenangan. Dengan tema prom yang elegan, para peminat bukan hanya dijemput untuk menikmati alunan karya Melly, tetapi juga untuk hadir dalam gaya terbaik mereka.

Iman Tang, pengasas Icon Entertainment, mengungkapkan rasa syukur kerana akhirnya dapat merealisasikan siri ketiga ini selepas dua persembahan sebelumnya mencatat kejayaan luar biasa.
“Ada Apa Dengan Melly…? Prom Nite adalah kemuncak kepada perjalanan konsert ini. Ia bukan sekadar persembahan muzik, tetapi satu bentuk penghargaan kepada peminat Melly yang telah setia menyokong. Kami ingin menjadikan malam ini sebagai malam pesta yang akan kekal dalam ingatan semua yang hadir,” ujar Iman.
Sebagai malam bertemakan prom, peminat digalakkan untuk tampil dengan busana paling glamor, elegan, dan memukau. Iman menambah, “Anggaplah malam ini sebagai majlis tari menari yang istimewa, pertemuan semula bersama teman-teman sambil meraikan karya-karya Melly yang telah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita.
Melly Goeslaw sendiri menyatakan keterujaannya untuk menyapa peminat Malaysia dalam suasana penuh magis ini.
“Konsert ini adalah momen terindah yang saya ingin kongsikan dengan semua. Ia bukan sekadar penutup siri konsert, tetapi sebuah perayaan cinta terhadap muzik yang telah menyatukan kita semua. Pastikan kalian hadir kerana malam ini akan menjadi kenangan yang tidak akan terlupakan,” ujar Melly.

Tiket untuk konsert ini boleh dibeli menerusi www.ticket2u.com.my. Berikut adalah kategori dan harga tiket:
- Prom Kayangan: RM 558
- Pesona Malam: RM 428
- Malam Dipagari Bintang: RM 328
- Gala Glamor (Standing): RM 258
- Magis Cahaya Bulan: RM 228
Maklumat Acara:
- Acara: Ada Apa Dengan Melly…? Prom Nite
- Tarikh: 31 Mei 2025
- Lokasi: Axiata Arena
- Masa: 8.30 malam
- Penganjur: Icon Entertainment
- Pembelian Tiket: www.ticket2u.com.my
Ini adalah malam anda untuk menyaksikan persembahan ikonik Melly Goeslaw, memori yang tidak akan berulang. Pastikan anda bersiap untuk malam paling gemilang, penuh glamor, dan sarat kenangan pada 31 Mei 2025. Jangan lupa dapatkan tiket anda sekarang sebelum kehabisan!