Tag: #mellygoeslaw

  • Ada Apa Dengan Melly…? Prom Nite, Penutup Gemilang Siri Konsert Melly Goeslaw!

    Ada Apa Dengan Melly…? Prom Nite, Penutup Gemilang Siri Konsert Melly Goeslaw!

    Selepas sekian lama meninggalkan kesan luar biasa melalui dua siri konsertnya, Melly Goeslaw, ikon muzik Indonesia yang tidak asing lagi, kembali menyapa peminat dengan sebuah persembahan yang pastinya dinantikan ramai. Menyempurnakan trilogi konsertnya, Ada Apa Dengan Melly…? Prom Nite akan berlangsung pada 31 Mei 2025 di Axiata Arena, jam 8.30 malam.

    Pesta yang digelar sebagai penutup gemilang ini dianjurkan oleh Icon Entertainment, mengangkat tema penuh glamor, “Dress To Kill”, menandakan malam pertemuan semula bagi peminat yang telah mengikuti perjalanan muzik Melly sejak siri Back to School dan Malam Graduasi.

    Konsert Ada Apa Dengan Melly…? Prom Nite bukan sekadar sebuah persembahan muzik, tetapi sebuah acara yang dirancang sebagai malam penuh kenangan. Dengan tema prom yang elegan, para peminat bukan hanya dijemput untuk menikmati alunan karya Melly, tetapi juga untuk hadir dalam gaya terbaik mereka.

    Iman Tang, pengasas Icon Entertainment, mengungkapkan rasa syukur kerana akhirnya dapat merealisasikan siri ketiga ini selepas dua persembahan sebelumnya mencatat kejayaan luar biasa.

    Ada Apa Dengan Melly…? Prom Nite adalah kemuncak kepada perjalanan konsert ini. Ia bukan sekadar persembahan muzik, tetapi satu bentuk penghargaan kepada peminat Melly yang telah setia menyokong. Kami ingin menjadikan malam ini sebagai malam pesta yang akan kekal dalam ingatan semua yang hadir,” ujar Iman.


    Sebagai malam bertemakan prom, peminat digalakkan untuk tampil dengan busana paling glamor, elegan, dan memukau. Iman menambah, “Anggaplah malam ini sebagai majlis tari menari yang istimewa, pertemuan semula bersama teman-teman sambil meraikan karya-karya Melly yang telah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita.

    Melly Goeslaw sendiri menyatakan keterujaannya untuk menyapa peminat Malaysia dalam suasana penuh magis ini.

    “Konsert ini adalah momen terindah yang saya ingin kongsikan dengan semua. Ia bukan sekadar penutup siri konsert, tetapi sebuah perayaan cinta terhadap muzik yang telah menyatukan kita semua. Pastikan kalian hadir kerana malam ini akan menjadi kenangan yang tidak akan terlupakan,” ujar Melly.

    Tiket untuk konsert ini boleh dibeli menerusi www.ticket2u.com.my. Berikut adalah kategori dan harga tiket:

    • Prom Kayangan: RM 558
    • Pesona Malam: RM 428
    • Malam Dipagari Bintang: RM 328
    • Gala Glamor (Standing): RM 258
    • Magis Cahaya Bulan: RM 228

    Maklumat Acara:

    • Acara: Ada Apa Dengan Melly…? Prom Nite
    • Tarikh: 31 Mei 2025
    • Lokasi: Axiata Arena
    • Masa: 8.30 malam
    • Penganjur: Icon Entertainment
    • Pembelian Tiket: www.ticket2u.com.my

    Ini adalah malam anda untuk menyaksikan persembahan ikonik Melly Goeslaw, memori yang tidak akan berulang. Pastikan anda bersiap untuk malam paling gemilang, penuh glamor, dan sarat kenangan pada 31 Mei 2025. Jangan lupa dapatkan tiket anda sekarang sebelum kehabisan!

  • MELLY GOESLAW KEMBALI ADA APA DENGAN MELLY & FRIENDS BAGI MERAYAKAN MOMENT TERBESAR PADA 1 JUN 2024

     

    Artis Indonesia, Melly Goeslaw akan kembali ke Malaysia setelah mencipta sejarah dan fenomena menerusi konsert unggul Ada Apa Dengan Melly (Back To School) pada Februari 2023. Kedatangan Melly bersama Anto Hoed pada 1 Jun 2024 ini akan dimeriahkan dengan rakan seperjuangan yang sentiasa memberi sokongan. Lantaran itu konsert kedua yang dijangka bakal mencipta sejarah tersendiri digelar Ada Apa Dengan Melly & Friends (Malam Graduasi).

    Dibawakan oleh AKE Group yang merealisasikan sekali lagi projek mega konsert dari Iman Tang (Icon Entertainment), Ada Apa Dengan Melly & Friends (Malam Graduasi) akan dilaksanakan di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 1 Jun 2024.

    Selaku ‘Pengetua’ Melly mahu memeriksa keadaan terkini ‘anak-anak didiknya’ yang pernah merayakan pesta lewat Ada Apa Dengan Melly (Back To School) sekaligus meraikan mereka melalui sebuah acara yang lebih penuh magis dengan Ada Apa Dengan Melly & Friends (Malam Graduasi).

    “Saya bahagia setelah melihat ‘anak-anak didik’ saya menyambut Ada Apa Dengan Melly (Back To School) dengan antusias yang luar biasa.

    “Sejak itu, pihak saya bersama Iman Tang terus merencana sesuatu yang lebih besar selepas menerima banyak pertanyaan mengenai konsert seterusnya.

    “Jadi lanjutan daripada siri Ada Apa Dengan Melly (Back To School), kini kami dengan bangga mengumumkan Ada Apa Dengan Melly & Friends (Malam Graduasi) yang bakal berlangsung pada 1 Jun 2024 ini akan lebih gah dan terus melakar sejarah,” ujar Melly Goeslaw.

    Bagi penganjur Iman Tang dari Icon Entertainment pula, persiapan rapi diambil selama satu tahun sebelum Ada Apa Dengan Melly & Friends (Malam Graduasi) bertemu peminat di Malaysia.

    Tempoh masa setahun yang dilihat sedikit dekat untuk sebuah konsert daripada penyanyi yang sama dibimbangi akan kurang sambutan.

    Namun Iman Tang percaya momentum Ada Apa Dengan Melly (Back To School) akan menjadi lebih kuat dengan Ada Apa Dengan Melly & Friends (Malam Graduasi).

    “Untuk Ada Apa Dengan Melly (Back To School) kami membawa konsep nostalgia masa sekolah dengan kesemua peminat wajib hadir berbaju sekolah.

    “Waktu itu, Melly hanya mendendangkan lagu-lagu milik dan ciptaannya yang cukup mahsyur sepanjang peminatnya bersekolah lalu membesar dewasa secara solo.

    “Kali ini untuk Ada Apa Dengan Melly & Friends (Malam Graduasi), sebuah konsep baharu dibawakan untuk peminat.

    “Melly tidak hadir berseorangan. Beliau akan membawa rakan-rakan yang pernah berduet dan berkolaborasi dengannya sepanjang lebih dua dekad menjadi pelaku seni ke atas pentas.

    “Dan sesuai dengan tema Malam Graduasi, konsert ini menjadi lebih ‘mewah’, meriah dan penuh dengan perayaan di antara Melly, rakan-rakannya dan peminat semua.

    “Jadi kami percaya walaupun Melly kembali ke Malaysia hanya dalam tempoh setahun dan melakukan konsert, Ada Apa Dengan Melly & Friends (Malam Graduasi) akan sukses kerana ‘anak-anak didiknya’ perlukan malam graduasi,” ujar Iman Tang.

    Iman Tang juga memberitahu setiap peminat yang hadir perlu mengikut tema pakaian graduasi yang ditetapkan.

    Pembelian tiket Ada Apa Dengan Melly & Friends (Malam Graduasi) boleh dibeli menerusi www.ticket2u.com.my atau hubungi talian hotline di 012 6530 700 (WhatsApp).

    Okay semua ‘anak didik’ Melly Goeslaw siap-siap untuk hari besar, hari graduasi bersama Melly dan rakan-rakan menerusi Ada Apa Dengan Melly & Friends (Malam Graduasi) di Axiata Arena, Bukit Jalil, 1 Jun 2024 ini! Tiket akan mulai dijual pada 1 Mac 2024, Jumaat, 11 pagi.

    Harga-harga tiket adalah seperti berikut:
    SEJARAH RM228
    PENDIDIKAN JASMANI RM288
    SAINS RM328
    SASTERA RM428
    MATEMATIK RM588