Vivo Malaysia Tampil Dengan Telefon Kompak Premium Pertama

vivo Malaysia kini mengorak langkah ke era baharu telefon pintar dengan memperkenalkan model terbaharunya, vivo X200 FE telefon skrin rata kecil pertama jenama ini di Malaysia. Dicipta khusus untuk mereka yang mahukan prestasi bertaraf mercu dalam rekaan kompak dan mudah digenggam, vivo X200 FE tampil dengan gabungan inovasi, gaya dan praktikaliti.

Dengan paparan rata bersaiz hanya 6.31 inci, vivo X200 FE membawakan pengalaman penggunaan satu tangan yang selesa, menjadikannya peranti pilihan buat pengguna aktif yang sentiasa bergerak. Telefon ini hadir bukan sekadar bergaya ia turut dilengkapi spesifikasi premium termasuk Kamera Super Telefoto ZEISS 50MP yang menawarkan imej luar biasa dari segi kejelasan dan keupayaan zum, sesuai untuk merakam detik spontan mahupun potret penuh emosi.

Rekaan telefon ini turut diperkemaskan dengan empat pilihan warna yang menyerlah dan memikat, iaitu Pink Vibe, Yellow Glow, Blue Breeze dan Black Luxe setiap satu membawa karakter unik tersendiri untuk menyesuaikan gaya dan personaliti pengguna.

Sempena ketibaan vivo X200 FE, vivo Malaysia akan menganjurkan tiga acara pratonton eksklusif buat para peminat di lokasi terpilih seluruh negara. Para pengunjung berpeluang menjadi antara yang pertama mencuba sendiri telefon ini dan menikmati pelbagai ganjaran menarik termasuk cenderamata eksklusif serta bengkel minyak wangi percuma untuk 10 pendaftar terawal di setiap lokasi.

Berikut adalah lokasi dan tarikh acara pratonton:

21 Jun 2025: Kedai Pengalaman dan Servis vivo, Mid Valley Southkey

27 Jun 2025: Kedai Konsep vivo, Setia City Mall

29 Jun 2025: Kedai Konsep vivo, Gurney Plaza
(Semua acara bermula jam 3:00 petang)

Peluang keemasan ini pastinya dinanti-nantikan oleh peminat teknologi dan penggemar gaya hidup moden. Untuk info lanjut dan kemas kini rasmi, layari laman web dan saluran media sosial vivo Malaysia.

Laman Web: https://www.vivo.com/my
Facebook: facebook.com/vivoMalaysia
Instagram: instagram.com/vivo_malaysia