Get ready, Malaysia! Festival muzik paling ‘relatable’ dan penuh emosi bakal menggegarkan Kuala Lumpur apabila Ruang Inspirasi Festival (RIF) 2025 berlangsung pada 17 Ogos 2025 (Ahad) di Mega Star Arena. Yang paling mencuri tumpuan? Kumpulan pop sensasi dari Indonesia, Juicy Luicy, akan menjadi tumpuan utama acara ini!
Dibawakan oleh Expoindo dan Thrive, RIF bukan sekadar festival muzik ianya satu pengalaman menyeluruh yang menggabungkan muzik, cerita, dan inspirasi. Bukan hanya dengar lagu, tapi juga faham makna di sebalik setiap lirik.
“Kami nak cipta satu ruang di mana muzik bukan sekadar hiburan, tapi juga satu sumber semangat, healing dan inspirasi,” kata Bram Tulong, wakil Expoindo.
JUICY LUICY, ARTIS FASA PERTAMA YANG DINANTI
Dengan lagu-lagu yang berjaya meruntun jiwa seperti ‘Lantas’, ‘Lampu Kuning’, ‘Sialan’ dan banyak lagi, Juicy Luicy sememangnya menjadi suara hati ramai anak muda. Mereka bukan asing di telinga peminat Malaysia, malah sering viral di TikTok dan Spotify!
“Lagu mereka sangat dekat dengan realiti kehidupan – tentang cinta, kecewa, harapan. Sebab itu kami pilih mereka sebagai highlight utama RIF 2025,” tambah Bram.
Dan ini baru artis fasa pertama lebih ramai nama besar akan diumumkan dalam masa terdekat!
BILA MUZIK & CERITA BERSATU
Apa yang membezakan RIF dengan festival lain? Artis bukan sekadar perform, mereka juga akan berkongsi kisah perjalanan muzik, cabaran, dan momen penting dalam hidup mereka secara langsung di atas pentas!
“Kami nak penonton rasa dekat dengan artis. Biar mereka pulang bukan saja dengan lagu, tapi juga dengan semangat dan inspirasi baru,” jelas penganjur.
DUA SLOT, DUA ENERGI
RIF 2025 akan berlangsung dalam dua sesi pada hari yang sama tengah hari & malam. Persembahan malam akan menampilkan Juicy Luicy dan beberapa lagi kejutan.

Tiket untuk slot malam kini boleh didapati dengan harga pra-jualan seperti berikut:
- RM528 – Presale VVIP (Seated)
- RM328 – Presale VIP (Seated)
- RM258 – Presale Gold (Seated)
- RM158 – Presale Platinum (Standing)
- RM128 – Presale Silver (Seated)
Tiket kini boleh dibeli melalui aplikasi BBO Events atau laman rasmi: www.ri-fest.com/kualalumpur
MISI LEBIH BESAR: HUBUNGKAN KOMUNITI MALAYSIA & INDONESIA
RIF bukan hanya untuk hiburan semata. Ia juga menjadi jambatan budaya antara Malaysia dan Indonesia, merapatkan komuniti muzik serantau dan menyebarkan mesej positif melalui karya seni.
“Kami mahu RIF jadi platform serantau bukan saja konsert, tapi satu gerakan yang menyatukan, menyembuhkan dan memberi inspirasi,” kata Johnathon Wong, wakil BBO Events.
IKUTI KAMI UNTUK KEMASKINI TERKINI!
🔥 Pengumuman Fasa Kedua bakal mengejutkan ramai!
📲 Jangan lupa follow @rifest.my di Instagram & TikTok untuk berita terkini, pengumuman artis seterusnya dan promosi eksklusif.
