Sesi Foto HONOR 200 Studio Dapat Sambutan Hangat: Cepat Daftar untuk Slot Akan Datang!

Sesi foto studio percuma HONOR 200 Studio di Sunway Pyramid yang akan bermula pada 17 hingga 21 Julai ini menerima maklum balas yang amat memberangsangkan daripada orang ramai dan kesemua slot telah dipenuhi sebelum acara ini berlangsung.

Keupayaan fotografi yang dikuasakan AI pada Siri HONOR 200 yang termasuk model Pro dan Standard berjaya menarik minat rakyat Malaysia. Hasil tangkapan gambar menggunakan model Pro daripada sesi foto HONOR 200 Studio baru-baru ini telah menambat hati pengikut di media sosial HONOR Malaysia.

Walaupun sesi foto di Sunway Pyramid sudah penuh, pengunjung masih boleh mengunjungi lokasi acara untuk mendapatkan penggambaran percuma dengan kamera potret berkuasa HONOR 200 Pro. Pengunjung juga boleh alami sendiri prestasi penuh kuasa dan rekaan menawan HONOR 200 Pro di ruang pameran. Mereka yang berminat boleh membeli terus peranti tersebut serta membawa pulang hadiah percuma menarik.

HONOR 200 Studio Berikutnya di IOI City Mall mulai 31 Julai hingga 4 Ogos

Selepas Sunway Pyramid, HONOR akan menganjurkan HONOR 200 Studio yang seterusnya di IOI City Mall, Putrajaya mulai 31 Julai hingga 4 Ogos ini. 

Orang ramai yang ingin menyertai sesi foto studio percuma boleh mendaftar di pautan di bawah. Slot adalah terhad dan pendaftaran awal adalah digalakkan untuk mengelakkan kekecewaan. 

Lokasi: IOI City Mall, Putrajaya, LG East Court

Pautan Pendaftaran: https://bit.ly/HONOR200SeriesStudio_IOICityMall   

Rakyat Malaysia memuji Siri HONOR 200 – Apa kata mereka?

Acara HONOR 200 Studio di Pavilion Bukit Jalil dan Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang baru-baru ini telah menerima pujian hebat daripada orang ramai terhadap keupayaan Siri HONOR 200. Berikut pandangan daripada beberapa pengunjung tentang Siri HONOR 200.

Selepas selesai sesi foto HONOR 200 Studio, Srewart Ong memuji keupayaan kamera HONOR 200 Pro yang dapat menghasilkan gambar jelas dan tajam. “Kualiti kamera telefon ini amat mengagumkan, bagaikan menggunakan kamera profesional!” katanya. Ong memberitahu terdapat penambahbaikan ketara pada HONOR 200 Pro berbanding HONOR 90 yang dimilikinya sekarang. 

Seorang lagi peserta, Nurussaadah berkata, kualiti gambar HONOR 200 Pro yang bagaikan diambil dengan kamera professional mendorongnya untuk menukar telefon kepada peranti tersebut. “Sudah tentu saya akan mencadangkan HONOR 200 Pro kepada rakan-rakan dan ahli keluarga,” katanya yang kali pertama mengikuti sesi foto studio. 

Heah Hooi Xuan turut mengaui terkejut dengan hasil tangkapan HONOR 200 Pro pada wajahnya yang telah disolek. “Mekap dan sesi foto menunjukkan sisi berbeza diri saya. Saya tidak pernah menjangka kamera telefon pintar boleh menangkap gambar yang bertaraf profesional,” katanya.

HONOR 200 Pro dan Standard membawakan AI Portrait Engine berkuasa yang direka bersama Studio Harcourt yang berpangkalan di Paris bagi menangkap gambar berkualiti studio dengan tiga mod potret. Mod ini mencipta semula pencahayaan dan bayang Studio Harcourt bagi menghasilkan gambar yang mengagumkan. Kedua-dua model Pro dan Standard mengetengahkan Kamera Utama 50MP dan tetapan Kamera Telefoto 50MP dengan menampilkan Sensor Sony IMX856 baharu. Bagi memastikan gambar lebih jelas dalam mana-mana situasi, kedua-dua peranti ini dilengkapi dengan sistem anti-goyang Dual OIS (OIS+EIS).

Untuk maklumat lanjut mengenai Siri HONOR 200, kunjungi laman sesawang rasmi HONOR Malaysia di https://www.honor.com/my/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *