Tag: #honor200

  • Siri HONOR 200 Kini Menerima Ciri Fotografi AI Terbaharu, AI Eraser Akan Bermula Pertengahan September

    Siri HONOR 200 Kini Menerima Ciri Fotografi AI Terbaharu, AI Eraser Akan Bermula Pertengahan September

    Siri HONOR 200, telefon pintar flagship kelas pertengahan fotografi potret premium telah menerima kemas kini Magic AI terbaharu yang meningkatkan pengalaman pengguna beserta keupayaan Bokeh Adjustment, Group Photo Enhance dan fungsi AI Eraser.

    Fokus objek tersendiri dengan Bokeh Adjustment

    Ciri baharu Bokeh Adjustment kini tersedia pada HONOR 200 Pro dan HONOR 200, membolehkan pengguna memasukkan efek kabur dalam gambar secara kreatif dengan menyelaras fokus dan apertur, seperti sistem kamera profesional. Apa yang mengagumkan ialah ianya memberikan fleksibiliti yang lebih baik bagi pengguna untuk mencipta hasil penggambaran yang kreatif dengan menumpukan kepada bahagian tertentu sesebuah gambar yang diambil secara khusus.

    Tangkap ‘wefie’ menarik dengan Group Photo Enhance

    Manakala ciri AI Group Photo Enhance menyokong pengayaan ketelitian potret, membetulkan mata tertutup dan raut wajah tidak seimbang untuk menghasilkan gambar secara berkumpulan yang sempurna tanpa perlu mengambil gambar tambahan berulang kali.

    Semasa menangkap gambar ‘wefie’, sekiranya terdapat individu mengelipkan matanya, teknologi Multi Frame Synthesis yang berkuasa akan membetulkan mata tersebut secara pintar agar semua orang di dalam gambar tersebut kelihatan sempurna. Fungsi ini hanya tersedia pada kamera belakang dan ianya dicipta khas bagi gambar secara berkumpulan untuk dua hingga 50 orang.

    Buang objek yang tidak dikehendaki dengan AI Eraser

    Fungsi AI Eraser baharu akan dikemas kinikan bagi Siri HONOR 200 pada pertengahan September 2024. Ciri ini berupaya untuk membuang objek yang tidak dikehendaki daripada gambar secara pintar dan lancer. Contohnya seperti orang, kenderaan dan banyak lagi daripada latar belakang yang boleh menjejaskan keindahan sesebuah gambar. Objek ini boleh dibuang secara manual atau automatik bagi menghasilkan gambar yang bersih dan kelihatan profesional.

    Siri HONOR 200 Mendefinisikan Semula Fotografi Potret Tahap Studio 

    Siri HONOR 200 memanfaatkan penggunaan AI Portrait Engine baharu yang dibangunkan dengan kolaborasi bersama Studio Harcourt yang berpangkalan di Paris untuk menangkap fotografi potret bertaraf studio dalam bentuk telefon pintar mudah alih yang kompak.

    Siri ini menampilkan Kamera Utama 50MP dengan model Pro menggunakan Kameran Utama H9000 1/1.3 inci, manakala Standard menggunakan sensor Sony IMX906. Kamera Telefoto 50MP pula menggunakan sensor Sony IMX856 dan sistem anti-goyang Dual OIS (OIS+EIS) untuk gambar serta video yang lebih stabil.

    Dalam memastikan prestasi yang mantap dan bernilai, Siri HONOR 200 menggunakan paparan AMOLED 120Hz terkini yang mempunyai pensijilan TÜV Rheinland Flicker Free Display Certification dan pensijilan TÜV Rheinland Full Care Display Certification.

    Bagi prestasi lebih lancar, Pro menggunakan prosesor mudah alih Qualcomm Snapdragon 8s Gen3 dan cip HONOR C1+RF dipertingkatkan, manakala bagi model HONOR 200 menampilkan prosesor mudah alih Qualcomm Snapdragon 7 Gen 3. Siri HONOR 200 dikuasakan oleh bateri berkapasiti besar 5,200mAh dengan teknologi pengecasan berwayar 100W Wired HONOR SuperCharge, manakala model Pro didatangkan dengan pengecasan tanpa wayar 66W Wireless HONOR SuperCharge Wireless.

    Untuk maklumat lanjut mengenai Siri HONOR 200, ikuti akaun Facebook rasmi atau kunjungi laman sesawang HONOR Malaysia di https://www.honor.com/my/

     

  • Siri HONOR 200: Perkasakan Impian Pencipta Kandungan di TikTok Awards Malaysia 2024

    Siri HONOR 200: Perkasakan Impian Pencipta Kandungan di TikTok Awards Malaysia 2024

    HONOR Malaysia kembali menyemarakkan industri media sosial dengan melancarkan telefon pintar Flagship Estetik AI, Siri HONOR 200, sebagai sebahagian daripada kolaborasi tahun kedua dengan TikTok Awards Malaysia 2024. Bertemakan ‘Celebrating New Dreams’, majlis anugerah ini bertujuan untuk mengiktiraf pencipta kandungan TikTok yang paling kreatif di Malaysia, termasuk mereka yang terlibat dalam e-dagang melalui TikTok Shop.

    Terdapat dua segmen utama dalam anugerah ini: Pilihan Juri (Judge’s Pick) dan Pilihan Ramai (People’s Choice). Orang ramai digalakkan untuk mengundi pencipta kandungan TikTok kegemaran mereka sehingga 9 Ogos 2024. Para pemenang akan diumumkan pada majlis anugerah yang dijadualkan berlangsung pada 11 Ogos 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur. Pemenang bagi kategori Creator of the Year akan menerima telefon pintar HONOR 200 Pro yang berkuasa daripada HONOR.

    Menangi HONOR 200 bernilai RM1,899!

    Orang ramai juga berpeluang untuk memenangi telefon pintar HONOR 200 bernilai RM1,899 dengan menyertai cabaran #ImpianMuTikTokAwards dan kongsikan pencapaian hebat berinspirasi mereka dalam tahun sebelumnya di akaun TikTok dengan menggunakan tanda pagar tersebut. Peserta boleh berkongsikan kisah mereka sebelum 9 Ogos 2024, dan tiga pemenang akan menerima HONOR 200 setiap seorang.

    Siri HONOR 200, pilihan pencipta kandungan Malaysia

    Siri HONOR 200 yang adalah peranti Flagship Estetik AI amat popular dalam kalangan pengguna dan menjadi antara telefon pintar kelas pertengahan yang terlaris di Malaysia. Siri ini dilengkapi dengan sistem tiga kamera utama 50MP. Direka bersama Studio Harcourt yang terkemuka dari Paris, Siri HONOR 200 menawarkan fotografi potret bertaraf studio, membolehkan pencipta kandungan merakam potret profesional yang menawan dengan lancar. 

    Selain itu, Siri HONOR 200 menampilkan prestasi bertaraf flagship termasuk bateri karbon silikon 5,200mAh dengan pengecasan berwayar 100W Wired HONOR SuperCharge, Magic AI Experience serta paparan jagaan mata. Semua ciri-ciri ini juga didapati dalam Siri Magic.   

    TikTok Awards Malaysia 2024 meraikan kreativiti, dikuasakan oleh Siri HONOR 200 

    HONOR Malaysia amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan TikTok bagi penganjuran TikTok Awards Malaysia 2024, sambutan untuk pencipta kandungan paling berbakat di negara. Melangkaui inovasi teknologi, HONOR amat komited untuk memperkasakan pencipta tempatan untuk mencapai tahap yang lebih tinggi. Siri HONOR 200 akan menjadi nadi kepada majlis ini yang mempersembahkan potensi hebat teknologi dalam memperkayakan kreativiti dan inovasi.

    Dengan detik menjelang anugerah kini bermula, HONOR mempelawa orang ramai untuk mengundi pencipta kegemaran mereka. Setiap undi menyumbang kepada pengiktirafan dan ganjaran kepada bakat tersohor dalam kalangan masyarakat. Marilah kita meraikan kuasa impian dan kreativiti bersama-sama.

    Saksikan siaran langsung TikTok Awards di TV3 dan akaun rasmi TikTok Malaysia pada 11 Ogos 2024, jam 9 malam.

    Untuk maklumat lanjut mengenai Siri HONOR 200, sila kunjungi laman sesawang rasmi HONOR Malaysia di https://www.honor.com/my/ 

  • Sesi Foto HONOR 200 Studio Dapat Sambutan Hangat: Cepat Daftar untuk Slot Akan Datang!

    Sesi Foto HONOR 200 Studio Dapat Sambutan Hangat: Cepat Daftar untuk Slot Akan Datang!

    Sesi foto studio percuma HONOR 200 Studio di Sunway Pyramid yang akan bermula pada 17 hingga 21 Julai ini menerima maklum balas yang amat memberangsangkan daripada orang ramai dan kesemua slot telah dipenuhi sebelum acara ini berlangsung.

    Keupayaan fotografi yang dikuasakan AI pada Siri HONOR 200 yang termasuk model Pro dan Standard berjaya menarik minat rakyat Malaysia. Hasil tangkapan gambar menggunakan model Pro daripada sesi foto HONOR 200 Studio baru-baru ini telah menambat hati pengikut di media sosial HONOR Malaysia.

    Walaupun sesi foto di Sunway Pyramid sudah penuh, pengunjung masih boleh mengunjungi lokasi acara untuk mendapatkan penggambaran percuma dengan kamera potret berkuasa HONOR 200 Pro. Pengunjung juga boleh alami sendiri prestasi penuh kuasa dan rekaan menawan HONOR 200 Pro di ruang pameran. Mereka yang berminat boleh membeli terus peranti tersebut serta membawa pulang hadiah percuma menarik.

    HONOR 200 Studio Berikutnya di IOI City Mall mulai 31 Julai hingga 4 Ogos

    Selepas Sunway Pyramid, HONOR akan menganjurkan HONOR 200 Studio yang seterusnya di IOI City Mall, Putrajaya mulai 31 Julai hingga 4 Ogos ini. 

    Orang ramai yang ingin menyertai sesi foto studio percuma boleh mendaftar di pautan di bawah. Slot adalah terhad dan pendaftaran awal adalah digalakkan untuk mengelakkan kekecewaan. 

    Lokasi: IOI City Mall, Putrajaya, LG East Court

    Pautan Pendaftaran: https://bit.ly/HONOR200SeriesStudio_IOICityMall   

    Rakyat Malaysia memuji Siri HONOR 200 – Apa kata mereka?

    Acara HONOR 200 Studio di Pavilion Bukit Jalil dan Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang baru-baru ini telah menerima pujian hebat daripada orang ramai terhadap keupayaan Siri HONOR 200. Berikut pandangan daripada beberapa pengunjung tentang Siri HONOR 200.

    Selepas selesai sesi foto HONOR 200 Studio, Srewart Ong memuji keupayaan kamera HONOR 200 Pro yang dapat menghasilkan gambar jelas dan tajam. “Kualiti kamera telefon ini amat mengagumkan, bagaikan menggunakan kamera profesional!” katanya. Ong memberitahu terdapat penambahbaikan ketara pada HONOR 200 Pro berbanding HONOR 90 yang dimilikinya sekarang. 

    Seorang lagi peserta, Nurussaadah berkata, kualiti gambar HONOR 200 Pro yang bagaikan diambil dengan kamera professional mendorongnya untuk menukar telefon kepada peranti tersebut. “Sudah tentu saya akan mencadangkan HONOR 200 Pro kepada rakan-rakan dan ahli keluarga,” katanya yang kali pertama mengikuti sesi foto studio. 

    Heah Hooi Xuan turut mengaui terkejut dengan hasil tangkapan HONOR 200 Pro pada wajahnya yang telah disolek. “Mekap dan sesi foto menunjukkan sisi berbeza diri saya. Saya tidak pernah menjangka kamera telefon pintar boleh menangkap gambar yang bertaraf profesional,” katanya.

    HONOR 200 Pro dan Standard membawakan AI Portrait Engine berkuasa yang direka bersama Studio Harcourt yang berpangkalan di Paris bagi menangkap gambar berkualiti studio dengan tiga mod potret. Mod ini mencipta semula pencahayaan dan bayang Studio Harcourt bagi menghasilkan gambar yang mengagumkan. Kedua-dua model Pro dan Standard mengetengahkan Kamera Utama 50MP dan tetapan Kamera Telefoto 50MP dengan menampilkan Sensor Sony IMX856 baharu. Bagi memastikan gambar lebih jelas dalam mana-mana situasi, kedua-dua peranti ini dilengkapi dengan sistem anti-goyang Dual OIS (OIS+EIS).

    Untuk maklumat lanjut mengenai Siri HONOR 200, kunjungi laman sesawang rasmi HONOR Malaysia di https://www.honor.com/my/

  • Penggambaran Studio Profesional Percuma di Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang: Daftar Sekarang untuk HONOR 200 Series Studio, Slot Terhad!

    Penggambaran Studio Profesional Percuma di Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang: Daftar Sekarang untuk HONOR 200 Series Studio, Slot Terhad!

    Acara sulung HONOR 200 Series Studio di Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur minggu lalu telah menarik ramai pengunjung yang ingin mengalami sendiri Flagship Estetik AI HONOR ini. Keseronokan orang ramai jelas kelihatan semasa mereka mencuba HONOR 200 Pro untuk penggambaran profesional percuma, dengan ramai membawa orang tersayang untuk mengabadikan memori indah bersama-sama. Gambar-gambar yang dihasilkan amat mengagumkan dan mencetus maklum balas yang amat memberangsangkan, membuktikan keupayaan telefon pintar tersebut dalam menghasilkan imej bertaraf studio.

    HONOR 200 Series Studio Akan Datang ke Pulau Pinang!

    Penduduk Pulau Pinang bakal berpeluang mengalami sendiri keupayaan HONOR 200 Pro yang mengagumkan dan HONOR AI Portrait Engine yang canggih, di samping kamera berkuasa di HONOR 200 Series Studio di Sunway Carnival Mall, Main Atrium, Aras Bawah (New Wing) mulai 10 hingga 14 Julai 2024.

    Orang ramai boleh mendaftar sekarang untuk penggambaran percuma dengan tiga tema utama untuk dipilih iaitu Self Portrait (Office Look, Vintage, Ethnic dan Light and Shadow), Couple (Be Cool dan Korean Style) serta Family. Slot adalah terhad dan pendaftaran boleh dilakukan di pautan bawah atau kunjungi laman Facebook rasmi HONOR Malaysia.

    Pautan untuk mendaftar: https://bit.ly/HONOR200SeriesStudio_SunwayCarnivalMall

     

    Orang ramai teruja dengan keupayaan fotografi potret bertaraf studio HONOR 200 Pro

    HONOR 200 Pro menggunakan Sensor Kamera Utama H9000 1/1.3 inci berkuasa yang sama digunakan pada HONOR Magic6 Pro. Selain itu, peranti ini juga dilengkapi dengan AI Portrait Engine generasi baharu yang direka bersama Studio Harcourt, menggabungkan kedua-dua ciri tersebut untuk menawarkan keupayaan fotografi potret bertaraf studio ini secara cekap.

    Ramai pengunjung yang telah mengalami sendiri keupayaan pengimejan HONOR 200 Pro yang dikuasakan AI berasa teruja dengan kemudahan dan kualiti gambar, terutamanya semasa menangkap gambar potret. Beberapa pempengaruh, antaranya Syifa Jamil, Sally Whoo, Meeki dan Mendro hadir ke penggambaran HONOR 200 Series Studio di Pavilion Bukit Jalil.

    Mengulas mengenai HONOR 200 Pro, pelakon tempatan Meeki efek cahaya pada kamera telefon pintar ini menawarkan keterlihatan profesional yang amat mengagumkan. “Saya telah membelanjakan banyak wang untuk menjalankan penggambaran studio tetapi HONOR 200 Pro dapat menghasilkan gambar berkualiti seperti diambil professional. Lebih menarik, tiada filter diperlukan untuk menjadikan saya nampak cantik,” Meeki berkata HONOR 200 Pro peranti ideal untuk ibu bapa untuk merakamkan momen indah bersama orang tersayang dengan mudah selain harga yang berpatutan.

    “Telefon pintar Siri HONOR 200 ini bagaikan kamera studio poket. Kamera HONOR 200 Pro ini juga boleh menangkap gambar dengan tekstur, gradien, dan bayang yang seakan sama dengan tangkapan kamera profesional,” kata Fahmi Perwira, pencipta kandungan teknologi yang juga mengambil bahagian dalam penggambaran tersebut. Fahmi juga menambah bahawa mod-mod Studio Harcourt Siri HONOR 200 antara mod kamera terbaik yang pernah dialami sebagai seorang pengulas teknologi.

    “Saya memerlukan gambar untuk portfolio pekerjaan saya dan telah meninjau beberapa studio yang mengenakan harga sekitar RM300 ke RM1,500 untuk penggambaran professional,” kata Jack Yee. Dia memberitahu amat kagum dengan keupayaan pengimejan HONOR 200 Pro dan tidak menyangka telefon pintar HONOR dapat menghasilkan gambar hebat yang sesuai untuk portfolio.

    Selain Sunway Carnival Mall, orang ramai boleh alami kuasa Siri HONOR 200 dan mendapatkan penggambaran percuma dengan HONOR 200 Pro di lokasi-lokasi seterusnya:

    Sunway Pyramid, LG2 Orange Concourse, Selangor (17 – 21 Julai)

    Pautan untuk mendaftar: https://bit.ly/HONOR200SeriesStudio_SunwayPyramid

    IOI City Mall LG East Court, Putrajaya (31 Julai – 4 Ogos)

    Pautan untuk mendaftar: https://bit.ly/HONOR200SeriesStudio_IOICityMall

    Untuk maklumat lanjut mengenai Siri HONOR 200, kunjungi laman sesawang rasmi HONOR Malaysia di https://www.honor.com/my/

  • Siri HONOR 200 Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Jun

    Siri HONOR 200 Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Jun

    Siri HONOR 200 yang dikenali sebagai Flagship Estetik AI akan mula dijual di pasaran Malaysia mulai 28 Jun ini. Siri terbaharu ini yang membawakan model Pro dan Standard amat dinanti-nantikan peminat susulan pelancaran rasmi baru-baru ini. Peranti berkenaan mengetengahkan keupayaan potret yang dikuasakan AI, pengalaman pengguna Magic AI generasi baharu serta spesifikasi gred flagship yang berteraskan nilai.

    HONOR 200 Pro didatangi dengan penstoran 12GB RAM+512GB dan akan dijual pada harga RM2,699. Manakala model Standard hadir dalam dua varian iaitu 12GB RAM+512GB pada harga RM2,199 dan RM1,899 untuk 12GB RAM+256GB.

    Bagi setiap pembelian HONOR 200 Pro atau Standard, pembeli akan membawa pulang hadiah percuma bernilai RM898 terdiri daripada HONOR Earbuds X6 dan jaminan Penggantian Retak Depan & Belakang 365 Hari. Siri HONOR 200 boleh dibeli menerusi laman sesawang rasmi HONOR, HONOR Experience Stores di seluruh negara, Shopee, Lazada, TikTok Shop serta pengedar sah Senheng, SenQ, Harvey Norman dan Urban Republic.

    Siri HONOR 200 Menetapkan Tahap Bagi Fotografi Potret Telefon Pintar dengan HONOR AI Portrait Engine

    Menangkap gambar potret bertaraf studio kini mudah dengan Siri HONOR 200. Menerusi AI Portrait Engine yang dihasilkan bersama Studio Harcourt terkemuka yang berpangkalan di Paris serta teknologi pengimejan termaju, Siri HONOR 200 mengubah fotografi potret menjadi karya seni. 

    Bagi memastikan kualiti pengimejan yang jitu, Siri HONOR 200 menampilkan Kamera Utama 50MP dengan model Pro mempunyai Sensor Kamera Utama H9000 1/1.3 inci yang sama digunakan dalam HONOR Magic6 Pro. Manakala model Standard pula menampilkan Sensor Sony IMX906. Selain kamera utama yang berkuasa, Siri HONOR 200 juga membawakan Kamera Telefoto 50MP dengan Sensor Sony IMX856 bersama sistem anti-goyang Dual OIS (OIS+EIS).

    Untuk melaksanakan pelbagai tugasan, penggunaan aplikasi yang banyak, bermain permainan mudah alih dan sebagainya, model Pro dikuasakan pemproses Snapdragon 8s Gen 3 dan cipset HONOR C1+ RF Enhanced Chipset yang dipertingkatkan. Model Standard pula menggunakan pemproses Snapdragon 7 Gen 3. Kedua-dua peranti ini turut menampilkan perisian MagicOS 8.0 terkini dengan Magic AI Experience yang dipertingkatkan, seterusnya menawarkan pengalaman pengguna yang dikuasakan AI lebih mengagumkan.

    Di samping itu, Siri HONOR 200 dimuatkan bateri 5,200mAh yang disokong pengecas berwayar 100W Wired HONOR SuperCharge. Namun, hanya Pro mempunyai pengecas tanpa wayar 66W Wireless HONOR SuperCharge. Seterusnya, kedua-dua peranti ini turut dilengkapi paparan AMOLED 120Hz yang mendapat pensijilan TÜV Rheinland Flicker Free Display Certification dan TÜV Rheinland Full Care Display Certification.

    HONOR 200 Pro tersedia dalam warna menarik Ocean Cyan dan Moonlight White, manakala Standard didapati dalam warna Coral Pink, Moonlight White dan Black.

    Sertai HONOR 200 Series Studio di Pavilion Bukit Jalil 

    HONOR sedang menganjurkan acara studio fotografi telefon pintar yang pertama di negara ini di Pavilion Bukit Jalil, Centre Court, Aras 2, Oval mulai hari ini hingga 30 Jun 2024. Penggambaran ini merupakan sebahagian daripada acara HONOR 200 Series Studio yang mana pengunjung boleh alami sendiri gambar bertaraf profesional yang diambil dengan HONOR 200 Pro. 

     HONOR 200 Series Studio ini juga akan diadakan ke Pulau Pinang, Selangor, dan Putrajaya dalam minggu-minggu yang akan datang. Orang ramai boleh mendaftar untuk penggambaran studio potret bertaraf profesional di tiga lokasi tersebut. Maklumat pendaftaran dan butiran acara seperti berikut:

    1. Sunway Carnival Mall Main Atrium, Aras G (New Wing), Pulau Pinang (10 – 14 Julai)

    Pautan Pendaftaran: https://bit.ly/HONOR200SeriesStudio_SunwayCarnivalMall  

    1. Sunway Pyramid, LG2 Orange Concourse, Selangor (17-21 Julai)

    Pautan Pendaftaran: https://bit.ly/HONOR200SeriesStudio_SunwayPyramid   

    1. IOI City Mall LG East Court, Putrajaya (31 Julai – 4 Ogos)

    Pautan Pendaftaran: https://bit.ly/HONOR200SeriesStudio_IOICityMall 

    Untuk maklumat lanjut mengenai Siri HONOR 200, ikuti laman Facebook rasmi HONOR Malaysia dan laman sesawang di https://www.honor.com/my/

  • Studio Fotografi Telefon Pintar Pertama Malaysia Bakal Dibuka di Pavilion Bukit Jalil

    Studio Fotografi Telefon Pintar Pertama Malaysia Bakal Dibuka di Pavilion Bukit Jalil

    Susulan pelancaran Siri HONOR 200, HONOR akan membuka studio fotografi telefon pintar yang pertama di negara ini di Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 26 hingga 30 Jun 2024. Penggambaran ini merupakan sebahagian daripada acara HONOR 200 Series Studio yang akan diadakan di beberapa lokasi terpilih, yang mana HONOR bakal memperlihatkan kuasa versi Pro daripada barisan Flagship Estetik AI ini untuk menangkap fotografi bertaraf studio profesional. 

    Acara bertemakan ‘Let Your Beauty Speak for Itself’ ini mengetengahkan idea bahawa percaya kepada diri sendiri adalah satu kecantikan dan setiap individu layak untuk memperolehinya. Acara ini mempelawa pengunjung untuk menerokai kecantikan diri mereka dan merakamkannya dengan HONOR 200 Pro.

    Daftar untuk menyertai Siri HONOR 200 Studio

    Mereka yang berminat untuk mendapatkan penggambaran studio fotografi percuma boleh mendaftar untuk acara HONOR 200 Series Studio di Aras 2 Centre Court (Oval), Pavilion Bukit Jalil, mulai 10 pagi hingga 10 malam, dari 26 hingga 30 Jun 2024. 

    Slot adalah terhad dan mereka yang berminat boleh membuat pendaftaran terlebih dahulu melalui pautan ini bit.ly/HONOR200SeriesStudio

    Selain Pavilion Bukit Jalil, penggambaran studio fotografi tersebut turut diadakan di HONOR 200 Series Studio yang akan dianjurkan di Pulau Pinang, Selangor dan Putrajaya dalam beberapa minggu akan datang. Berikut senarai lokasi dan pautan untuk pendaftaran studio fotografi acara tersebut: 

    1. Sunway Carnival Mall Main Atrium, G Floor (New Wing), Pulau Pinang (10 – 14 Julai)

    Pendaftaran: https://bit.ly/HONOR200SeriesStudio_SunwayCarnivalMall 

    2. Sunway Pyramid, LG2 Orange Concourse, Selangor (17-21 Julai)

    Pendaftaran: https://bit.ly/HONOR200SeriesStudio_SunwayPyramid  

    3. IOI City Mall LG East Court, Putrajaya (31 Julai – 4 Ogos)

    Pendaftaran: https://bit.ly/HONOR200SeriesStudio_IOICityMall 

     

    Siri HONOR 200, Flagship Estetik AI Yang Memberi Nafas Baharu Fotografi Potret Mudah Alih 

    Siri HONOR 200 memiliki AI Portrait Engine yang kolaborasi secara bersama dengan Studio Harcourt yang tersohor yang berpangkalan di Paris, bagi menangkap gambar potret berkualiti studio. Kedua-dua versi HONOR 200 Pro dan Standard dilengkapi Kamera Utama 50MP serta Kamera Telefoto 50MP. Selain itu, kedua-dua peranti ini turut hadir dengan sensor Sony IMX856 terbaharu, sekaligus menjadikannya telefon pintar pertama di Malaysia yang mempunyai sensor berkuasa ini.

    Versi Pro didatangkan dengan Sensor Kamera Utama H9000 1/1.3 inci yang juga digunakan dalam flagship HONOR Magic6 Pro. Manakala varian Standard menggunakan Kamera Utama 50MP yang dipadankan dengan sensor Sony IMX906. Untuk tangkapan gambar yang lebih jelas dan teliti, peranti ini dilengkapi dengan sistem anti-goyang Dual OIS (OIS+EIS).

    Telefon pintar HONOR 200 Pro didatangkan dengan penstoran 12GB+ 512GB serta tersedia dalam warna Ocean Cyan dan Moonlight White, pada harga RM2,699. Bagi versi Standard HONOR 200 pula, ianya tersedia dengan penstoran 12GB + 512GB (RM2,199) dan 12GB+256GB (RM1,899). Kedua-dua model ini menawarkan tiga pilihan warna yang menarik iaitu Coral Pink, Moonlight White dan Black. 

    Untuk maklumat lanjut mengenai acara HONOR 200 Series Studio, ikuti laman Facebook rasmi HONOR Malaysia dan laman sesawang di https://www.honor.com/my/ 

  • Siri HONOR 200 Dilancar di Malaysia: Harga Bermula RM1,899 dengan Hadiah Percuma Bernilai RM1,078 bagi Prapesanan

    Siri HONOR 200 Dilancar di Malaysia: Harga Bermula RM1,899 dengan Hadiah Percuma Bernilai RM1,078 bagi Prapesanan

    HONOR secara rasmi melancarkan telefon pintar Flagship Estetik AI terbaharu, Siri HONOR 200, di Malaysia hari ini. Siri HONOR 200 yang direka dengan penuh gaya ini hadir dalam dua versi, HONOR 200 Pro dan Standard. Peranti kelas pertengahan premium ini dijual pada harga bermula daripada RM1,899, dan mengintegrasikan teknologi termaju dengan estetik fotografi klasik serta keupayaan AI yang berkuasa dengan lancar.

    Prapesanan Siri HONOR 200 bermula sekarang

    Prapesanan HONOR 200 Pro dan versi standard bermula sekarang sehingga 27 Jun 2024, 3 petang. Pelanggan boleh membuat pembayaran deposit sebanyak RM20 dan bawa pulang hadiah menarik bernilai RM1,078 selepas pembayaran penuh. Hadiah-hadiah ini termasuk:

    • Rebat RM200 (Termasuk deposit RM20)
    • HONOR Earbuds X6  
    • Penggantian Retak Depan & Belakang 365 hari

    Prapesanan Siri HONOR 200 boleh dilakukan di pelbagai platform, antaranya di laman sesawang HONOR, kedai HONOR Experience Store di seluruh negara, Shopee, Lazada, dan pengedar sah termasuk Senheng, SenQ dan Urban Republic.

    Fotografi Flagship Bertaraf Studio di Tapak Tangan Anda

    Siri HONOR 200 baharu melangkaui sempadan fotografi potret dengan HONOR AI Portrait Engine yang dikuasakan oleh AI dan direka secara bersama dengan Studio Harcourt yang terkemuka di Paris. Kedua-dua telefon pintar ini berupaya untuk menangkap fotografi imej potret bertaraf studio dengan lancar.

    Terdapat tiga Mod Potret eksklusif iaitu Harcourt Vibrant, Harcourt Colour dan Harcourt Classic. Ketiga-tiga mod ini membolehkan pengguna menangkap imej potret yang mengagumkan dengan efek cahaya dan bayang signature Studio Harcourt dengan hanya menekan butang.

    Sebagai tambahan kepada HONOR AI Portrait Engine yang berkuasa, HONOR 200 Pro menampilkan Kamera Utama 50MP yang menggunakan Sensor Kamera Utama H9000 1/1.3 inci yang juga digunakan pada peranti flagship HONOR Magic6 Pro untuk menangkap imej dengan ketelitian yang sangat hebat. Bagi versi standard pula, peranti ini dilengkapi Kamera Utama 50MP Main Camera dengan Sensor Sony IMX906. 

    Kedua-dua telefon pintar ini juga menampilkan Kamera Telefoto 50MP yang menggunakan Sensor Sony IMX856 baharu. Ini menjadikan kedua-dua peranti tersebut yang pertama di dalam pasaran Malaysia menampilkan sensor ini serta dipadankan dengan Ultra Lebar dan Kamera Makro 12MP. Bagi memastikan tangkapan imej yang stabil, Siri HONOR 200 juga dilengkapi sistem anti-goyang Dual OIS (OIS+EIS). 

    Alami Magic AI Experience dalam Telefon Pintar Kelas Pertengahan Premium

    Siri HONOR 200 juga mencatatkan pencapaian dengan menjadi siri HONOR Number pertama yang menampilkan ciri-ciri Magic AI Experience seperti yang dilihat pada Siri HONOR Magic premium. Dengan mengetengahkan MagicOS 8.0 yang terkini, Siri HONOR 200 ini menawarkan pengalaman pengguna tiada tandingan dengan rangkaian ciri-ciri pintar yang dikuasakan oleh AI bagi meningkatkan kefungsian, navigasi dan banyak lagi dengan lancar.

    Ciri Magic Portal membolehkan pengguna berinteraksi dengan kandungan berguna seperti teks dan imej secara intuitif dengan menyeretnya dari satu aplikasi ke aplikasi yang lain dengan prompt konteks yang sensitif. Ciri Magic Capsule pula membolehkan akses mudah kepada ciri-ciri telefon yang lazim digunakan seperti Pemasa, Penggera dan Rakaman Layar Screencasting dengan prompt konteks yang sensitif. 

    Bagi keadaan di mana pengguna tidak dapat menyentuh paparan telefon contohnya semasa makan, ciri AI Air Gestures membolehkan mereka melayari dan menikmati kandungan dengan hanya melambai tangan mereka di hadapan skrin telefon. Magic AI juga mempunyai Folder Pintar yang membantu menyusun skrin utama pengguna secara pintar bagi membolehkan akses kepada aplikasi yang lazim digunakan. Untuk keselamatan tambahan, ciri Blur Private Info melindungi maklumat sensitif seperti alamat dan kata laluan secara pintar semasa mereka berkongsikan imej pada aplikasi sosial atau mesej.

    Telefon pintar HONOR 200 Pro memiliki dua ciri Magic AI tambahan iaitu AI Natural Tone 2.0 dan AI Motion Sensing Capture. Ciri AI Natural Tone 2.0 menyesuaikan warna paparan untuk tontonan optimum dengan menganalisis cahaya persekitaran melalui sensor terbina. Manakala AI Motion Sensing Capture pula menangkap gambar subjek yang bergerak pantas dengan kejelasan mengagumkan tanpa kekaburan.

    Spesifikasi Flagship yang bernilai

    Dengan kuasa, prestasi dan nilai yang luar biasa, Siri HONOR 200 menampilkan Bateri Karbon Silikon 5,200mAh berkapasiti besar dengan sokongan pengecas berwayar 100W Wired HONOR SuperCharge, membolehkan pengecasan penuh dalam tempoh hanya 41 minit. Versi Pro pula menawarkan ciri tambahan pengecas wayarles 66W Wireless HONOR SuperCharge dengan pengecas wayarles yang sesuai.

    Di samping itu, HONOR 200 Pro memiliki paparan lengkung AMOLED Quad-curved Floating Display 6.78 inci dengan bezel nipis, manakala versi standard pula memiliki paparan lengkung AMOLED Quad-curved Floating Display 6.7 inci. Paparan pada kedua-dua telefon pintar ini menampilkan kecerahan HDR tertinggi sehingga 4,000 nits, menawarkan kejelasan yang sangat bagus dalam semua keadaan cahaya beserta Pemalapan Tanpa Risiko 3,840Hz bagi penglihatan selesa. Dua paparan ini diperakui dengan pensijilan TÜV Rheinland Flicker Free Display Certification dan TÜV Rheinland Full Care Display Certification yang berprestij.

    Bagi menawarkan prestasi yang efisien dan berkuasa, HONOR 200 Pro disertakan dengan pemproses mudah alih Qualcomm Snapdragon 8s Gen3 terkini dan set cip HONOR C1+RF yang dipertingkatkan untuk kesambungan optimum walaupun berada di kawasan dengan rangkaian lemah, selain menambah baik prestasi rangkaian 5G. Versi standard pula dimuatkan pemproses Qualcomm Snapdragon 7 Gen 3 yang menawarkan kombinasi prestasi dan nilai yang optimum. Kedua-dua versi Pro dan standard ini juga dilengkapkan dengan pembesar suara dwi stereo. 

    Harga dan Warna

    HONOR 200 Pro didatangkan dengan konfigurasi penstoran 12GB RAM+512GB serta tersedia dengan warna Ocean Cyan dan Moonlight White, pada harga RM2,699.

    Versi standard HONOR 200 tersedia dalam dua konfigurasi penstoran, iaitu 12GB RAM+512GB (RM2,199) dan 12GB RAM+256GB (RM1,899) dengan tiga warna menawan iaitu Coral Pink, Moonlight White dan Black.

    Untuk maklumat lanjut mengenai Siri HONOR 200, sila layari laman sesawang rasmi HONOR Malaysia di https://www.honor.com/my/

  • Magic AI Experience Dalam Siri HONOR 200 Bakal Tersedia Dalam Andalan Premium

    Magic AI Experience Dalam Siri HONOR 200 Bakal Tersedia Dalam Andalan Premium

    Siri HONOR 200, telefon pintar flagship estetik AI terkini dari HONOR yang akan dilancarkan di Malaysia, menggabungkan teknologi AI canggih dengan fotografi potret klasik untuk menghasilkan fotografi berkualiti studio yang menakjubkan pada telefon pintar.

    Rangkaian kelas pertengahan premium ini akan mengintegrasikan ciri-ciri Magic AI Experience terkini, serupa dengan yang terdapat pada telefon flagship premium Siri HONOR Magic, yang mempertingkatkan kefungsian, kemudahan penggunaan, dan keupayaan tangkapan imej. Berikut adalah 6 Magic AI Experience yang baharu dan berkuasa yang bakal ditonjolkan dalam Siri HONOR 200.

    • Magic Portal (Eksklusif)

    Magic Portal memahami dan mentafsir mesej dan tingkah laku pengguna dengan bijak, membawa mereka mencari item seperti alamat dan imej secara mudah dengan hanya menyeret dan melepaskannya daripada satu aplikasi ke aplikasi yang lain. Sebagai contoh, apabila pengguna menjumpai gambar pakaian yang cantik di media sosial, Magic Portal membolehkan mereka mencari item sama di platform e-dagang dengan sangat mudah hanya melalui satu seretan, menjadikan membeli-belah lebih mudah kepada pengguna.

    • AI Air Gesture

    Kesan minyak pada skrin telefon biasa berlaku ketika menggunakannya sambil makan dengan tangan. Dengan ciri AI Air Gesture, pengguna boleh menala aplikasi pilihan ke atas dan ke bawah, menangkap layar, menukar kamera depan dan belakang, atau juga mengambil gambar menggunakan ciri ini tanpa perlu menyentuh paparan tersebut. Magis, bukan?

    • AI Blur Private Info

    Dalam era di mana media sosial menjadi sebahagian besar dalam kehidupan kita, sekeping imej boleh mendedahkan maklumat sensitif. Maka, amat penting untuk melindungi privasi pengguna. HONOR mengutamakan privasi pengguna dengan memproses data pada peranti secara selamat dan melengkapi HONOR 200 dengan Blur Private Info. Ciri ini mengaburkan maklumat sensitif seperti nama, kata laluan, dan maklumat perhubungan secara terus daripada menu Share sebelum imej dihantar.

    • Magic Capsule

    Mengakses kepada ciri-ciri telefon yang biasa digunakan sering memerlukan beberapa sentuh untuk mengakses menu tambahan atau notifikasi. Magic Capsule membolehkan pengguna untuk hanya menekan pada notifikasi dan terus mendapat akses kepada maklumat relevan serta fungsi penting bagi tindakan segera tanpa perlu melayari pelbagai menu seperti pemasa, penggera,  rakaman layar, panggilan telefon dan banyak lagi.

    • AI Motion Sensing Capture (Eksklusif)

    Dengan AI Motion Sensing Capture, HONOR 200 Pro mampu menangkap imej yang jelas dan teliti walaupun subjek sedang bergerak pantas. Mula diperkenalkan dalam siri HONOR Magic5, ciri ini membolehkan momen potret yang pergerakan laju seperti menyepak, melompat atau menari ditangkap dengan kejelasan dan ketelitian yang lebih jitu. 

    • AI Natural Tone 2.0 (Eksklusif)

    Sama ada dalam keadaan cahaya di kawasan luaran atau dalaman yang berbeza, melihat paparan telefon pintar dengan jelas boleh menjadi sukar. Siri HONOR 200 menangani masalah ini dengan AI Natural Tone 2.0. Ciri ini menyesuaikan suhu warna paparan berdasarkan cahaya persekitaran, memberikan pengalaman melihat paparan secara alami dan konsisten setiap masa. 

    Prapesanan HONOR 200 Pro dengan deposit RM20! 

    Cepat lakukan prapesanan HONOR 200 Pro dengan hanya perlu membayar deposit sebanyak RM20 semasa promosi Early Bird Special mulai 10 hingga 18 Jun 2024.

    Dapatkan hadiah percuma menarik bernilai RM1,377 selepas membuat pembayaran penuh, yang merangkumi:

    • Rebat RM200 (Termasuk deposit RM20)
    • Pemegang Pengecas Wayarles HONOR SuperCharge 
    • HONOR Earbuds X6
    • Penggantian Retak Depan & Belakang 365 hari

    Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Istimewa Early Bird HONOR 200 Pro, sila layari laman sesawang rasmi HONOR di https://www.honor.com/my/shop/new-launch/ 

    Pelancaran Siri HONOR 200 pada 19 Jun 2024

    Siri HONOR 200 yang dinanti-nantikan akan dilancarkan pada 19 Jun 2024 ini di Malaysia! Tandakan kalendar anda dan tontoni penstriman secara langsung majlis pelancaran pada jam 8 malam waktu Malaysia melalui akaun Facebook rasmi HONOR Malaysia.